Tak tau apesal semalam rasa malas gilaaa nak keluar.
Mungkinkah sebab dah boring asik berjalan ataupun takde duit?
Biarlah rahsia.
Bila boring tak tau nak buat apa kat rumah selalunya kita tend untuk buat apa??
Ye, betul.
Kita tend untuk mentekedarah tak berenti-renti.
Jadiiiiiiiii...
Taukah anda masakan akan menjadi lebih enak sekiranya wap ketiak dibebaskan?
Objek yang difokuskan adelah mamalia yang feeling-feeling hip hop. Errr..perut yang sedikit tersentil itu sila abaikan.
Budak ini sedang mentelaah di depan ibunya dengan perasaan yang sangat tertekan sekali.
Anak aku ni kalau tak di check beg skolah dia, manjang je takde homework. Asal aku tanya ada homework? Memang tak pernah ada.
Bila aku dah transform jadi Raja Bersiong, barulah dia nak kuarkan segala buku-buku. Time aku nak memasak masa tu lah dia suruh aku tengokkan homework dia. Time aku tengah melingkar depan TV, dia terkinja-kinja kat sebelah. Camne aku nak jadik ibu mithali kalau asik terpekik je? Jiran sebelah ni mesti ingat aku mak tiri.
For lunch : tomyam daging + ayam, kangkung goreng ikan masin, ikan bakar. Budu jangan dilupa. Boleh jadik bergaduh kalau aku lupa siapkan budu.
Akhirnya bergaduh jugak, sebab aku sibuk nak snap gambar, lupa nak hidangkan mangkuk untuk dia hirup tomyam. Tapi kejap je bergaduh sebab lepas makan, aku telanjang depan dia. Settle.
Sangat mudah memikat hati suami, bukankah begitu?
Sangat mudah memikat hati suami, bukankah begitu?
Sepatutnya Mak Aji ngan Pak Aji datang sekali lunch sama. Tengah-tengah aku masak tetiba teringat ni mak aji makan apa tengahari ni. Aku call suruh dia lunch kat rumah aku, dia taknak, Alasan, dah nak zohor. Aku macam...??? Macamlah kat rumah aku takleh semayang.
Oh, mungkin diorang nak bermesra.
Tengah-tengah layan hindustan, Mak Aji call cakap dah on the way.
Lantassss, dewa pemasakkan merasuk semula diri ini.
Padahal buat cekodok udang je.
Tapi kira ok la dari aku kuarkan biskut keras buat balik anjing tu (biskut yang keras gila kalau nak makan kena cecah ngan teh dulu kalau tak, memang ko ada potensi nak pakai gigi sampel)
Tapi kira ok la dari aku kuarkan biskut keras buat balik anjing tu (biskut yang keras gila kalau nak makan kena cecah ngan teh dulu kalau tak, memang ko ada potensi nak pakai gigi sampel)
Hasilnya.
Jangan memperlekehkan kekuasaan cekodok udang ini okk. Ini namanya cekodok sakti!
Kesaktiannya masih terasa hingga ke pagi ini sebab aku berak-berak tak benti.
Ni bibik aku la punya pasal dia suggest letak cili api.
Orang lain makan rilek je.
Bontot aku ni dah melecettttt. Nak suruh En Wan tolong tengokkan rasa bersalah pulak halakan bontot kat suami.
Eh, macam tak biasa pulak.
Aku nampak Redza macam kurus pulak dalam gamba ni. Padahal semua kata dia dah kembang. Bila aku tanya En Wan 'Bang, Redza kurusnyaaaaaa'.
'Bukan Redza kurus. Awak yang gemuk'.
Ok.
Hari ni aku taknak masak!

See? Aku dah cakap, semalam aku rajin gila. Siap buat bubur kacang hijau lagi. Seb baik bibik aku senyap-senyap tanam daun pandan. Takyah aku curi jiran sebelah punya.
Aku nampak Redza macam kurus pulak dalam gamba ni. Padahal semua kata dia dah kembang. Bila aku tanya En Wan 'Bang, Redza kurusnyaaaaaa'.
'Bukan Redza kurus. Awak yang gemuk'.
Ok.
Hari ni aku taknak masak!
Tu yang aku malas nak bawak Redza berjalan sekali. Sebab bapak dia sama naik jadi budak-budak tak kira tempat nak main ngan anak.
Macamana dia leh jumpa microfon ni pun aku tak tau. Aku rasa aku dah sorok dah.
Redza : Ma, tengok ni. Ija lock star.
Aku : TIDOOOOOOO!!!!!!!!!!!!
Dan rumah pun menjadi senyap serta-merta....
Oh, btw that is not only our wardrobe but our sex mirror too. Eh.