2009-12-31

Memang selebet pun



Satu kejadian yang best berlaku semalam adelah tetiba ramai gila yang anonymous komen kat blog aku. Aku pun tak tau mana datang ramai-ramai ni. Tima kasihlah kerana dalam pada menyampah tu masih berminat nak ambik tau life aku.

Semalam otw balik dari keje, singgah rumah Mak Aji. Aku memang tak sabar gila nak tunjukkan magazine Impiana kat dia. Sebabbbbb, dulu time kecik-kecik aku rajin belek majalah Jelita dia. So ada ruangan dekorasi ke apa ntah dalam tu. Biasala kan budak-budak mana tau mak kita ada duit ke tak, tau mintak je. So aku suruh lah 'Ma, belila kerusi macam ni', 'Ma, belila TV besar macam ni', bla bla bla. Sebab aku kagum gila ngan rumah-rumah yang dalam mags tu, gila bapak besar pastu cam kemas sepanjang masa. Rumah Mak Aji takde la bersepah, tapi takde la sampai mengkagumkan tetamu yang datang kan.

So bila aku selalu suruh dia beli tu belini, ubah tu ubah ni, dia cakap 'Aku nak tengok rumah ko sok apa aje yang ada!'.

Gila bengkek orang tua ni ngan aku.

Tapi aku pun satu halllll. Dapat baju pun setahun sekali, lagi nak suruh dia tukar setti tetiap tahun. Seb baik dia cuma sound je, kalau dia bagi pakej libasan kanggg.

So semalam dengan sangat bermotifnya tujuan aku ke Bangi, dengan belagaknya aku bentangkan magazine depan dia and ingatkan balik apa dia pernah cakap kat aku dulu.

'Ma, ingat tak masa kecik-kecik dulu mama cabar Diana?'

Terus dia senyum tak bercakap-cakap.

Yeahhhhh. Puas hati dapat kenakan mak sendiri. <---- ciri-ciri anak yang sangatlah solehah.

Yes, aku pun heran apesal En Wan boleh senyum lam magazine tu. Series aku bengang. Kalau bergamba dengan aku tu boleh jadi bergaduh nak suruh dia senyum, kalau orang lain yang snapkan dengan girangnya sengih. Tapi satu benda yang dia alergik adelah flash kamera. Tak caya tengok balik gamba semalam. Mata dia lebih sepet dari biasa. Memang dia takleh lansung bergamba kalau ada flash. Lain la aku kan. Aku tak boleh takde flash. Wakakakaka.

Dia memang takleh lansung ngan flash kamera, mesti mata dia tertutup. Masa kawen dulu pun lagi banyak gamba dia yang direjek dari diaccept, semua sebab mata dia tertutup. Aku pun tak tau apehal yang ko takut sangat ngan flash. Lainlah kalau flasher.

Those yang tanya apesal aku sopan gila babi masa interview tu,apa ko ingat aku nak cakap bersusun rapi macam tu? Gila tidak okkk. Tidakkkkkkkkkkkkkkkkk.

Memang la isi dia memang macam yang aku cakap. Tapi takde la aku bergitu punya santun nak buat ayat 'malar hijau', 'segenap ruang', 'penjelmaan kabinet', 'memudarkan hasrat', ohhhhh. Aku sendiri tak pernah terfikir adanya perkataan such as 'segenap'. Like ayat '..saya dan suami memilih menggandingkan batu granit sebagai kemasan kaunter top. Keteguhan dan kualiti material granit bukanlah sesuatu yang asing. Kami percaya keupayaan batu granit adalah pilihan tepat. Coraknya mampu menyuntik elemen dekorasi yang menarik'.

Sumpah.
Kalau macam ni la ayat BM aku, menangis pemeriksa kertas SPM aku baca okk. Konfem best buddy aku Prof DiRaja Ungku Aziz.

Padahal, ayat sebenar yang keluar dari mulut aku 'Kitorang memang suka granit, sebab dia tak senang calar. Nak potong sayur takyah pakai alas, potong je atas tu pastu lap. Tapi kitorang pakai gak alas kayu tu sebab sayang'.

Tapi gila ayat macam ni dia nak publish satu Malaysia baca?
Bukan takat report dia, dengan dia dia sekali kena humban lam tong sampah.

Bak kata sorang pengkomen, 'Orang lain masuk mag, pakai baju merelip. Kak Di sempoi je'.

Tu bukan sempoi dikkk.
Tu namanya selekeh.
Mak Aji pun sound 'Apesal ko macam bibik si Wan je aku tengok?'

Tak agak-agak tau dia ni kalau nak bandingkan aku.

Tapi lojik apa.
Yang nak difokuskan dapur, bukan aku.
Pehal aku lak nak over-over. Lainlah kalau yang datang tu Covergirl. (besar tak cita-cita aku?)

Tapi memang aku selekeh pun.
Ni semua salah dia --->> MAK AJI.
Sebab asal aku nak pakai bedak je, 'Tak payah nak berbedak segala takat nak pegi skolah. Ko nak buat apa? Nak mengorat?'

Hek elehh, ada ke aku yang nak mengorat orang.
Of cos lah orang yang mengorat aku.
Lalalala.