Masalah Pertama :
Aku dah sampai tahap bengang nak meninggal dah ni.
Apesal laptop aku suka hang ikut sedap anak tekak dia?
Yang aku notice, kalau time aku tengah sedap-sedap tekan keyboard masa tu la dia nak jam. Lagi satu kalau aku biarkan laptop ni lama-lama on tak buat apa-apa, tetiba kang dia hang.
Mencibang betul la.
Aku ni nak cepat la setannnnnnnnn.
Time aku sibuk berYM tu takde pulak ko nak jam.
Pagi ni je dah 3 kali aku restart.
Bangkaiii.
Sudahnya, aku benti buat keje. Update blog.
See if dia berani nak hang ke tak.
Lagi satu kan, last week, aku try print document, dia tak kuar-kuar. Pelik.
Last-last company depan ni datang hantar dokumen yang aku print tu. Pelik kan? Dia kata masuk kat company dia. Pekejadahhhhh.
Iklan Pertama :
Lately ni semenjak ada advertisement pasal Disney HK kat nuffnang, ramai lak yang tanya berapa cost aku pi sana dulu. Korang nak pi Disney Winter ehh?? Jeles okkkkkkkkkk.
Yang dulu tu aku gi Kowloon and Disney, 5 days 4 nites. Per person RM2500 without flight tiket. Tapi masa tu MAS tengah buat promo so cuma RM800 per person. Sape nak bagi MAS RM800 pegi balik HK kan. Haruslah aku feeling-feeling diva naik MAS padahal dok kat ekonomi seat je. Tapi sesaper yang nak pegi jenjalan jauh-jauh tu ambik la MAS, mahal sikit takpe, janji selesa and takyah ko pening-pening nak pilih "Nak makan maggi kari ke maggi ayam?"
Serik aku naik AA kalau long hours flight. Nak pulak kalau dok depan sekali, troli makanan start dari belakang. Konfem sampai kat aku je, 'Kita cuma ada maggi ngan sandwich aje'.
Mentang-mentang la takde restoran lain kat atas tu. Takat tolong tuangkan air panas dalam cup pun sampai lima ringgit, boleh bla.
Jap. Jap. Sape penah pegi Halong Bay?
Masalah Kedua :
Sejak aku try vitamin ni, aku noticed, kencing aku kaler pineapple juice (mati la takde orang nak minum pineapple juice pas ni).
Apesal eh?
Adekah kerana side effect dari Vitamin C yang diesktrak dari oren?
Iklan Kedua :
Semalam lunch ngan Ah Beng.
The moment dia nampak aku je, dia buat muka kesiyal.
Sebelum dia start apa-apa baik aku berterus-terang.
Aku : Yela, rambut aku macam penyapu kan?
Ah Beng : Aku baru nak cakap.
Memang binawe rambut aku ni.
Now dia dah panjang, dari jauh ko nampak cam penyapu.
Dari belakang nampak cam pantat itik.
Dari atas ko nampak macam dah nak botak sikit.
Tapi dari tepi nampak cam Shakira.
Wakakaka.
Lawak apekah ini?
Sape ntah dulu penah hantar komen kat aku tanya bila Ah Beng nak update blog dia balik. Semalam buat kesekian kalinya aku pujuk dia update balik blog tapi dia kata dia dah terlalu TUA TAPI KONFEM MACHO untuk berblog lagi. Kita wait and see je la.
Masalah Ketiga :
Beberapa bulan yang lalu aku didatangi oleh penyakit yang dinamakan gatalipanteknosia tetiba nak try kosmetik kat kaunter-kaunter. Alasan, ape best sangat ke kosmetik mahal-mahal ni. Meh aku try sket.
Spent around RM1300 beli the whole set ni, DERMA WHITE okk. Beli taknak kalah, nak yang memutihkan aje. Sekaliiiiiiiiiiiiiii tak sesuai ngan muka. Muka aku gila berminyak. Yang penting, muka aku tetap kelabu.
Kalau kulit aku ni putih macam Lisa Surihani, berminyak banyak pun still nampak sweet okkk.
Tapiiiii, ni Diana. Bukan Lisa Surihani.
Bila aku pakai bendalah ni, tak sampai 5 minit, muka aku berpeluh.
Everytime aku nak apply bedak, aku kena tadah muka aku depan aircond kasi kering.
Masuk lam keta pun kena on aircond full blast. Kalau tak muka aku macam bengkak, merah-merah je.
Mula-mula aku ingat effect kejap sebab bertukar kosmetik.
Dah lama-lama fed-up ah. Berminyak semacam je muka.
Lagipun menyusahkan aku asal nak kuar je kena apply segala tok nenek serum and krim. Rimas okkk.
Last-last aku patah balik ke Guardian, beli Bioessence.
Sejukkkkk je muka aku.
Yang penting, sejuk poket.
Clinique tu aku simpan je la buat pedoman. Len kali jangan gatal-gatal nak singgah kaunter. Muka kau tu pakai benda-benda murah je.
Tapi apesal muka aku jadi berminyak??