Tag dari Miss Rapunzel
Ye la, aku buat la niiii.
1. Dimanakah tempat kerja anda? dan mengapa?
Tempat keje aku sekarang adelah di _ E _ _ / _ E _ _ _ N _ _ N (Sila putar. Huruf E dan N diberikan percuma)
Mengapa aku keje kat situ adelah kerana apa kau ingat aku boleh pilih-pilih mana nak letak ofis aku?? Tapi ciri-ciri penting bagi memastikan aku sentiasa ada rasa nak masuk ofis adelah :
* Ofis aku mestilah dekat dengan fast food, kalau tepi KFC lebih afdal.
* Mestilah kena lalu hiway sebab aku kaya, takat duit tol RM6.40 hari-hari tu takde hal. Kalau esok diorang upkan ke RM8.80 lagi lajuuuuu aku lalu hiway.
* Mesti tak jauh dari rumah sebab aku memang tak bercita-cita nak mandi kul 6 pagi tetiap hari. Skolah dulu pun lagi 5 minit nak kul 6.55am baru aku masuk masuk bilik air. Itu baru masuk je, belum campur aku termenung kat depan sink, dah kena pekik ngan mak aji baru korang dengar shower berbunyik.
* Reserved parking.
Dulu aku penah keje kat KL. Tak best sebab hari-hari jam, kalau taknak rasa jam kat jalan, kau kena naik komuter ngan LRT which sama gak jam dengan manusia dan ketiak-ketiak mereka serta haruslah berani bergesel buah dada.
Aku penah gak keje kat Putrajaya which is panorama indah, tapi tempat makan jauh, tapi ofis best cuma aku malas nak berprotokol, nak mintak cuti pun kena ngadap 3-4 orang baru lulus. Eh, blah la.
Aku penah keje ngan US company yang benefit and gaji meletup-letup tapiiiii keje selari ngan buruh kasar buat terowong SMART. Dia pedulik apa kau puasa ke tak, kalau dia kata meeting santak ke pukul 10 malam, ko berbuka la ngan korek hidung.
Tempat keje sekarang adelah ok, sebab ikut kepala aku nak design ofis macamana. Flexible working hours but masih ada undang-undang. Keje tetap keje, tak kira la keje from home ke from ofis. Yang penting figure hujung bulan.
2. Berapakah harga car park area tempat kerja anda?
FREE!!!
...sementara MPSJ tak kepoh nak letak parking meter. Kang sok kalau tempat tu dah glemer mula la sibuk nak pacak meter menyusahkan aku. Tapi kalau aku dah kaya sok, aku pi ofis naik helikopter je, park kat bumbung.
Tak suka la bayar-bayar parking ni. Susah-susah je ko letak meter, kalau kena saman pun bukannya aku nak bayar. Muahahahah.
3. adakah anda rasa tempat yg letak kereta anda selamat?
So far selamat je, sebab dari tingkap aku, boleh nampak keta kat bawah. Lagipun saper la nak rompak aveo???? Kaler ijau lak tu.
4. antara drive sendiri dan orang hantar..yg mana pilihan anda?
Kalau nak hantar, orang tu mestilah tak bawak laju dan mempunyai ketahanan diri terhadap kesakitan melampau.
Sebab kalau kau laju, aku konfem menjerit. Bila aku menjerit aku tak menjerit saje, tangan aku mesti berlepuk-lepak kena kat peha kau sekuat-kuatnya. Suara aku kalau menjerit memang mencecah beribu desibel. Jadi sebelum kau mati terkejut ataupun kita menemui ajal bersama-sama di bawah lori trailer, aku warn tolongggg perlahankan kereta. Tapi kalau kau still nak men-speed, tolong turunkan aku kat tepi and kau boleh pegi mati sorang.
Tapi biar la aku bawak je keta sendiri, tu lagi best. Keta pun auto apa lagi yang malas sangat nak bawak ni???
5. sila tunjukan bukti gambar tempat letak kereta anda??
Takde bahan bukti, minta mahap.