2009-06-08

Penat...entry macam sial..JANGAN BACA.

Badan still penat lagi, baru balik from outstation.
Aku lupa nak bagitau aku takkan update a few days sebab aku takde di sini since last Friday sebab aku ada di situ, working.

Thanks to that sumone (wah, misteri je bunyiknya kan? hiyak hiyak hiyakkkk kena silambam ngan En Wan) yang call aku malam-malam dikala mata aku dah bajet nak lelap.
Dah la lam keta dengar SINAR FM, memang rasa cam roh aku dah sampai ke destinasi je.
Mamai gila.

Tapi aku rasa ko yang dok opis malam-malam lagi seram dari aku yang ada kat highway ni kotttt sebab aku gelak macam setan kat phone.
Bukan kah begitu?

Ok, series entry ini akan menjadi cam kesiyal jika aku meneruskan penulisan.
Kerana sebelah mata aku dah lelap, tinggal sebelah je bukak ni. Muka pun dah cam mat paipon.
Sebelum dahi aku landing atas keyboard, aku mintak diri dulu la ye.

Khamis ni start menjelajah Perak, Penang and Kedah pulak, insyallah.
Mau aku camping kat jalan je pasni, tak abis-abis hidup ngan outstation.

Selamat malam.