walk on wings, tread in air: Mimpi setan <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Mimpi setan
2009-06-24



Petang tadi aku tertido lepas asar.
Rasa ngantuk sangat mengadap laptop dari pagi, dah la tak makan. (nak jugak emphasize kan "tak makan" tu..haha bodo).

Sekali aku mimpi benda yang buruk gila.
Memang la mimpi lepas Asar tu mainan syaitan kan tapi yang ni cam real okkkk.
Sampai dalam mimpi tu aku cam kata 'Eh mintak-mintak mimpi la'.

Aku mimpi En Wan mati!!

Sial tak??
Punya banyak la option mimpi yang aku leh dapat, kenapa mesti laki aku matiiiiiii???
Nehiiiiiiiiiiiiiiiii.

Dalam mimpi tu tetiba je aku dapat tau laki aku mati masa aku gi outstation.
Balik rumah, (rumah aku banglo lak tu) aku nampak moto Harley Davidson laki aku dah berselimut.

Mimpi taknak kalah okkk, rumah banglo, moto tak main kapcai.

Aku pun tak faham yang pertamanya kenapa laki aku tetiba ada moto Harley Davidson? Dia nak start moto EX5 anak sedara dia pun kejap hidup kejap mati tujuhblas kali.
Keduanya, apehal yang mati tu orang, tapi moto yang ko selimutkan??

Eh memang setan okk tido petang.

Pastu aku naik atas nampak mak aji ngan Ima tengah solat pastu nangis-nangis. Masa tu aku dah agak something bad berlaku and aku terus keluar masuk bilik aku. Pastu Mak Aji masuk bilik and terus peluk aku.

Tapi aku tak nangis okkk.
Tapi aku tau aku sedih and nangis dalam hati.
Macam aku taknak terima kenyataan laki aku dah mati, seboleh-boleh otak aku fikir apa benda yang boleh buatkan aku happy dengan cara cepat sebab aku taknak sedih.

Tetiba aku teringat laki aku ada kembar.
(Dalam mimpi pun leh terfikir nak buat skandal. Memang setan aku ni.)

Aku pun tak pasti mana datangnya tetiba dia ada kembar.
Dalam mimpi tu macam aku dulu bertunang ngan kembar dia, tapi kawen ngan dia.

Pastu on the way nak naik tingkat atas (aku pun tak tau banglo aku ni berapa tingkat padahal bilik aku tu dah tingkat 2 dah. Agaknya memang aku kaya gila masa ni), dorang tengah turunkan jenazah. Dah la tak selimutkan jenazah. Terkangkang je jenazah tu ngadap siling. Tapi moto ko gi selimutkan.

Masa lalu sebelah jenazah aku nampak muka laki aku. Memang aku tergamam.

Tetiba tangan laki aku sangkut kat baju aku.
Sudahhhhhhh.
Dah macam Ju-on la pulak mimpi aku ni.

Boleh pulak aku masuk bilik gi geledah album lama seboleh-boleh aku nak carik kembar laki aku tu. Bukan nak carik pengganti tau. Macam seolah aku menidakkan benda tu and kata yang walaupun si mati tu laki aku, tapi sebenarnya dia kawen ngan aku tak aci. Sebab aku bertunang ngan kembar dia tapi tetiba dia leh dapat kawen ngan aku. So, maknanya cinta sebenar aku adelah kembar dia tu.

Eh merepek la kan?

Yang nak buatkan benda ni lagi merepek, muka kembar dia tu bukan macam muka En Wan. Tapi macam muka kawan aku. Aku rasa lepas aku chatting ngadap webcam dia tadi, aku terus tido, tu yang terbabas-babas muka kawan aku masuk lam mimpi sekali.
Seb baik muka bini dia tak masuk sekali.


'Apa? Ko nak buat laki aku jadik laki kauu? Ko nampak ni???



Apa yang aku nak kata kat sini, moral mimpi aku:

1. aku susah nak menangis (kott..)

2. aku akan alihkan kesedihan aku dengan carik something yang boleh buatkan aku lupa kesedihan tu seperti mencarik jantan lain secepat mungkin.

3. aku tak boleh tak boleh tak boleh hilang laki aku.

4. aku sayanggggggggggg gila ngan En Wan.

5. Jangan tido petang. Baik layan Manjalara. Ulangan pun ulangan la.


Bangun je tido dah kol 6pm.
Terus call En Wan tanya dia kat mana.
Cuak okkkkk. Mana la tau kannn.

Tadi aku bagitau En Wan pasal mimpi tu.
Dia kata jangan pikirla, mimpi je.
Memang la saper nak pikir tapi ko ingat aku tak takuttttt??


I swear I lap you only...very stronggg.
posted by aveo757 @ 2:14 AM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER