walk on wings, tread in air: Eh apesal skang weekend je cam boring?? <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Eh apesal skang weekend je cam boring??
2009-06-20
Ni aku tengah update blog dari rumah Mak Aji.
Semua dah tido, aku je melepak kat hall sorang-sorang.
Baru la aman aku nak berkarya.

Macam biasa, kalau dah sampai rumah Mak Aji, dok pulak sensorang, memang habis aku kelebet lemari dia.




Ni gamba masa nak daftar Maahad Hamidiah Kajang, masuk Form 1.
Jangan memain okkkk, aku dulu layak masuk skolah agama.
Dulu laaa. Zaman-zaman iman masih menebal di dada.
Sopan okkk aku lam gamba ni. Baju skolahyang aku pakai tu, kalau aku berdiri, labuh dari lutut okkkk, siap pakai kain dalam ngan stokin lagi. Skang jangan harap aku nak pakai kain dalam. Kain dalam pun lagi panjang dari skirt aku pi opis.

Ni kalau ada budak Maahad yang tau aku jadik macam ni skang, memang sakit jantung semua, konfem. Jadik, tolong la jangan bagitau aku dulu penah masuk Maahad.
Tapi aku masuk pun kejap jeeeee.
Orientasi lom habis aku dah kuar, sebab .... sebab ..... sebab tak tau.

Bukan, bukan sebab panas pakai tudung.
Sebabnya adelah aku tak tahan kena torture. Asal silap sikit je kena hafal surah ni. Asal silap sikit je kena baca Quran sampai 5-6 page. Memang la benda tu bagus, tapi yang tukang raging pun agak-agak la. Dah la aku ni macam culture shock, dari pakai pinafore terus masuk skolah agama. Kot nak bagi kesedaran kat aku tu man-man la. Ni ko hadapkan kat aku segala macam surah suruh hafal tang-tang tu jugak mana aku tak troma, baik-baik aku naif terus aku jadik gengster, panjat pagar asrama sebab nak gi public phone call bapak aku ambik aku skarang jugak aku nak balik.

Tapi memang masa masuk Maahad aku cam shock sket. Ye la, kat rumah mandi sorang, kat asrama mandi ramai-ramai guna air kolah, pakai kain batik lak tu.
Aku mana reti pakai kain batik. Ikat la macamana ketat pun kat dada, the moment aku jirus air je, kain tu cantekkkkk je melurut sampai ke pinggang. Dahhhhhh aku kena denda stayback lepas Isyak sebab menayangkan payudara di khalayak ramai. Takat tetek budak Form 1 yang sejemput pun nak berkira. Jeles la tu.

Tapi masa ni memang aku stress sangat.
Nak kata stress sebab terasa hidup ada orang kawal tu satu hal.
Stress sebab aku tak menjadi diri aku tu satu hal lagi.
Aku terpaksa berlakon jadi baik. Cakap lembut, pelan, halus je suara. Eh penat sialll aku nak kontrol gelak kih kih kih kih sambil tutup mulut.

Betul, kalau kita train diri kita lama-lama kita jadik biasa.
Tapi aku rasa aku tau tahap penerimaan aku terhadap sesuatu tu sampai level mana.
So, tolong jangan paksa aku jadik orang lain.
Maybe mak aku pun sedar yang aku tak happy, so dia benarkan aku quit.
Hoorrayyyyyyyyyyy!!
(eh, setannya)

Lepas a few weeks kuar dari Maahad, aku dapat offer pi TKC.
Seriesly aku taknak masuk.
Sebab dari kecik lagi aku disogokkan dengan cerita-cerita budak pandai-pandai masuk TKC, SFT, SSP, bla bla bla. Sebab bapak aku pun cikgu STF, so dia la yang paling banyak bagi nasihat blaja rajin-rajin nanti bleh masuk asrama.

Lagi banyak dia cerita ‘best’nya dok asrama, kawan ngan budak-budak bijak-bijak, laaaaaaaaaaaaaagi aku troma. Bila skolah aku call suruh ambik surat tawaran pi TKC, aku rasa cam nak demam. Dah terbayang dah makan nak kena beratur, pastu kena gi prep, kena paksa bersukan, kena study gila-gila sebab semua situ budak bijak so kebarangkalian aku nak jadik paling bodoh adelah tinggi sebab aku bukannya rajin study pun.

Thank God, sehari lepas dapat offer letter aku kena chicken pox.
Mak Aji punya la sexcited aku dapat TKC, berbijik-bijik air kelapa dia suruh aku minum biar cepat baik. Ntah apa-apa je la orang tua ni. Apa koman sangat ke study kat skolah biasa? Aku lagi suka okkk. Aku leh gi skolah jalan kaki, balik skolah tido jap, pastu buat homework, petang kang tengok cerita Cina, sukan-sukan boleh jalannnnnn. Aku tau la bila masa aku nak study. Boleh tak jangan paksa-paksa? Lagi kau paksa aku blaja lagi aku jadik bodoh okkk.


Ni kalau nak tau gamba yang disnap before diorang hantar aku balik semula ke asrama everytime outing. Memang macam ni la muka aku everytime nak balik. Memang tu je la protes yang aku leh buat. Buat muka cilaka bila bapak aku say ‘Cheeseeeeeeeeeee’.
Cheese la korang, aku tak hingin nak sengih.

Eh, malas la aku nak cerita pasal ni. Tetiba je aku stress mengingatkan kesan-kesan diraging oleh Kak Lily dan kena jinjit pad saper ntah bodoh piang pi letak lam store room. Nama je masuk skolah bijak, tapi sivik kat celah bontot.



Ni one of gamba terbaekkkkkk aku masa kat Fukuoka, year 1989. Jadik Duta Kecil gitu. Ntah apa yang aku promote pun aku tak tau. Yang aku tau everytime nak kuar rumah kena bawak bendera Malaysia.

So ni masa baru-baru sampai. Alangkan mak aku hantar pi Singapore time cuti skolah pun aku dah menangis macam nak rak macamkan nak hantar pi kerahan tenaga buat rel ketapi, inikan pulak hantar pi Jepun. Nak balik tak boleh, nak nangis pun macam la aku boleh balik time-time tu gak, nak toreh tangan ngan pisau takut lagi lama aku kena dok Jepun kang, so macam biasa la tanda protes aku....asal bergamba je aku buat la muka paling bangsat biar semorang tau aku menderita. Saje je aku tak ratakan bedak kat muka, biar capuk-capuk. Biar mak angkat aku takut tengok muka aku cam pompuan gila pastu dia call kedutaan tolong tolongggg ada orang gila kat sini sila hantar dia balik skarang jugakkk. Oh best.

Aku tak paham apesal budak-budak ni semua sexcited dok Jepun, nak balik siap nangis-nangis tarik tangan mak angkat taknak lepas cam sial je muka sekor-sekor aku tengok. Oi, mak bapak kau tengah tunggu kat KL ngan kompang nak renjis bunga rampai segala okk, so boleh tak ko gerak sekarang sebelum aku sepak tulang rusuk kau?

Benci betul aku ngan drama kesedihan melampau yang sengaja dibuat-buat padahal masa datang hari tu ko la yang nangis-nangis taknak makan dalam flight pastu dah pening kepala muntah pulak atas kasut aku, dah 2 hari sampai Jepun pun still nak makan nasik goreng mak dia bekalkan konon rindu. Pastu now ko pulak over tarik-tarik tangan mak angkat ko suruh ikut ko balik Mesia sekali, ehh aku lempang kang budak ni.




Ni masa darjah enam, year 1989, baru balik dari edisi menjelajah Bukit Cherakah oleh pasukan PBSM dan Pandu Puteri Sekolah Rendah Kebangsaan Bandar Baru Bangi. Kita kena masuk PBSM baru boleh jadik dokter. Pandu Puteri tu esok besar takat jadik stewardess je. Wakaka.

Entah apa motif aku jeles ngan budak PP.

Sepesen je rambut ngan muka kitorang asik-beradik kan?
Walaupun sepesen, tapi kawan-kawan mak aku tetap kata adik aku yang paling lawa.
Tapi tak kisah la, dia memang lawa, tapi laki dia tak hensem.
Haha.

Yang duduk bersila macam anak mama kotai tu Ibal.
Memang dia ni selenga je masa kecik, tu yang selalu kena penampar Ima. Sebab muka dia memang muka mintak kena penampa.

Aku sebenarnya rimas tengok rambut aku lam gamba ni.
Rambut cam jiban.
Kulit sedia maklum…terputih antara yang hitam.
Patut la Wan Shahidudin tu tak penah pandang muka aku walaupun aku duduk kat tepi tingkap sebelah koridor semata-mata senang nak usha dia kalau lalu.

Dulu kan aku admire gila ngan budak Shahidudin ni.
Cute gila muka dia. Aku takde gamba dia, tapi dia memang series cute. At least sedap la mata aku memandang. Dia tak sedap pandang aku tu lantak dia la. Bukan aku nak kawen ngan ko pun, minat je.

Memang kalau muka aku ni jangan harapla nak ada orang mintak biodata let alone nak pass-pass kirim salam thru member. Malam skett. Until masa aku kena ambik offer letter TKC kat skolah, on the same day dia pun kena datang sebab dia ambik offer letter Sekolah Sains Tunku Jaafar Kuala Pilah. Masa kat pejabat am tu dia dok berdepan ngan aku. Tapi sikit dia tak tegur. Aku lagi la kan, takkan aku nak tegur kot. Aku kan kaya dengan sifat anak dara yang pemalu tapi gatal bijik. So aku diam je la sambil tunggu akak kerani bagi surat. Jap kang akak tu panggil nama aku. Apa ntah akak tu cakap tapi akak tu ada cakap tahniah la dapat TKC. Pastu aku ambik surat, blah.

Jap lagi aku dengar mamat ni panggil aku dari belakang.

Macam nak terbabas basikal aku langgar keta skolah Cikgu Khalid bila dengar dia panggil aku. Tapi kalau langgar pun bagus jugak. Masa exam PKBS, tetiba je cikgu ni terpekik marahkan budak India kelas sebelah sampai patah pensil 2B aku terkejut punya pasal. Disebabkan itu aku jawab soklan objektif tak abis sebab aku tak bawak pensil spare.

'Awak dapat Kurshiah ye?’

‘Ye. Awak?’ (series masa ni aku dah nak tercakap ‘Ye. Awak pun?’. Bodoh pulak rasanya)

‘Saya dapat Tunku Jaafar. Awak kelas mana ye dulu?’

Nampak sangat la aku tak dikenali dan tak pernah tau akan kewujudannya.

Tapi aku tak demand lelebih.
Janji aku dapat cakap ngan dia.
And dia yang tegur aku dulu. Hahah tu yang best!!
Eh, gatal pulak.

Betul la cakap mak aku, kalau kita tak cantik, tapi kita pandai (eh ni bukan puji diri ye, ni peribahasa je) ramai orang nak kawan ngan kita. Tapi kalau kita tak cantik dan bodoh (ni ditujukan kat budak skolah aku yang dah la tak cun tapi hot sebab tetek besar and selalu pakai bra kaler pi skolah sengaja nak tayang bra sebab nak harap kat muka memang tak jalan jadik harap je la kat tetek yang besar tempayan) belum tentu ada orang nak kawan kita.
Aku tak pasti la if nasihat mak aku ni benar belaka sebab aku rasa aku dalam golongan yang bijak dan jelita, so aku takde kaitan dengan peribahasa kat atas. Hahaha.
posted by aveo757 @ 11:50 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER