2009-06-11

100 Truths yang tak sampai 100

Jam menunjukkan pukul 3.45am.

Aku baru bangun.
Malam tadi tido kol 8.30pm sebab demam tak boleh tahan.
Seb baik aku tak jadi pi North, kalau tak konfem aku takleh buat apa-apa.
Memang dari last week rasa macam nak demam tapi tak demam-demam jugak.
Malam tadi tak boleh tahan dah.
Lepas Maghrib terus aku landing atas katil.
Tu pun solat Maghrib terbabas gi baca doa qunut masa tahiyat akhir. Boleh???
Gila punya tak bleh khusyuk.

Kul 9.30pm, En Wan kejutkan, tengok kat tapak tangan dia ada ubat.
Adehhh...aku paling malas makan ubat.

Kol 3am tadi terjaga sebab sedar En Wan takde kat sebelah.
Rupanya dia tido kat sofa.
Alahai kesiannya laki aku.
Dah la aircond betul-betul menghala ke sofa tu, ada yang esok dia pulak flat.

'Naper abang tido kat sofa?'

'Nanti abang berjangkit ngan Di. Kalau abang demam jugak, siapa nak jaga Di sakit?'

Sedihnya dengar.
Walaupun aku tau dia pun tak sedar apa dia cakap.
Tapi at least dia mamai pun kepala dia ingat aku. Dari 'Kalau abang demam jugak, siapa nak jaga Mona sakit?

Monaaaaaaaaaa?????

Terus aku terbalikkan sofa tu.

So esok aku pasti akan berada di rumah saje.
Dan esok aku leh makan pagi, tengahari dan malam lengkap sebab aku kan sakit.
Bila sakit kita kena makan ubat.
Kalau nak makan ubat, kita kena makan dulu.
Baru la ubat bertindakbalas dan kita akan cepat baik..hehe.

Dalam kepala dah terbayang nasik lemak sambal paru...ohhh heaven!




Tagged by Shikin.


Last phone call:
Hayden, a fren whom I met kat MySpace.

(I slept at 8.30pm last nite la beb, demammmmm. I saw your call, but tak larat nak angkat, sore pun yilekkk)


Last text message:
****

(got my msg??)


Last time you cried:
Kejap tadi at 3.45am masa solat Isyak.
Biasa la kan, orang banyak dosa memang macam ni.


Been cheated on:
Rasanya skang pun aku sedang ditipu.
Tapi being a person yang bodoh, dah ditipu berkali-kali pun aku boleh percaya balik kat orang yang menipu aku tu. Padahal aku memang dah tau dia tengah tipu aku.
Tapi aku still biarkan sebab aku rasa cam kesian kalau nak bagitau dia yang aku tau sebenarnya dia tipu aku. Kesian nanti dia malu depan aku, kesian nanti agenda dia terbantut, dan kesian akhirnya dia sedar yang dia lagi bodoh dari aku sebab misi baru nak mula dah terkantoi.


Kissed someone & regretted it:
Pernah.

Ehhh, terbukak pekung di dada pulak.


Laughed until you cried:
Tak pernah.
Kalau gelak sampai terkentut pernah.


Met someone who changed you:
I am what I am.
Takde saper boleh ubah aku.
Kalau ada yang boleh, takde la aku kekal blur sampai skang kan.


Found out who your true friends were:
Yup.

Aku rasa sampai bebila pun kawan pompuan yang boleh close ngan aku adelah ***.
This is the only kawan pompuan yang aku leh get along.
Maybe sebab dia pun kuang ajaqqq cam aku gak.

Minggu ni aku telah berjaya meyakinkan diri aku sememangnya aku tak boleh kawan rapat ngan pompuan. Eventually budak tu akan carik pasal ngan aku. Walaupun cara dia carik pasal tu macam lite-lite, tapi aku paham sangat yang dia memang tak boleh tengok aku senang sket dari dia. Dia macam jeles ngan apa yang aku ada. Padahal apa yang aku ada tu takde la besar sangat, ada member yang lagi happening, tapi memang dia rasa aku tak sepatutnya lebih dari dia. So bila dia rasa aku lebih sikit dari dia, mula la carik pasal konon apa yang dia cakap tu cam lawak la, tapi cam pantat.

Kalau dia rasa benda tu menyebabkan dia juara, nanti dia buat-buat la tanya aku 'Eh, ko taknak tukar kereta ke?' Ha, tu maknanya dia baru beli kereta baru la tu, biasa la kan, kang kalau cakap direct 'Aku beli kereta Camry baru, ko taknak tau ke harga dia berapa?' macam berlagak sangat la pulak. Padahal memang itu pun motif kau.

Tapi, kalau dia nampak aku macam lebihhhhh je dari dia (dia pun baca blog aku), ohhhh dia takkan tanya. Dia buat senyap je. Kalau orang lain start tanya pasal apa yang aku ada tu, dia seboleh-boleh taknak masuk campur and nak tukar topik lain. Kalau tengok zahirnya macam baik gilaaaaaaaaaaaa, series memang aku la nampak cam lahanat kalau compare ngan dia. Padahal busuk hati.

Tapi elok jugak la ko jeles tak sudah-sudah ngan aku, itu maknanya aku sentiasa LEBIHHH dari kau.


Found out someone was talking about you:
Ehh, ini tak payah tunggu tahun 2009.
Dari tahun 1984 lagi dah ada orang dok menjaja cerita pasal aku.
Antara ko nak dengar or buat dek je la.

Tapi aku rasa zaman paling cilaka was zaman skolah rendah.
Kalau ada budak bukak topik 'Kak Diana dapat pergi Jepun tau'

Takde de ko nak dengar budak tu tanya 'Diana?? Diana mana eh??'

Takde okkk.

Semua kenal akuuu.

'Ohhhh, kak Diana yang hitam tu eh?'

Pantekkkk.

Tapi kira ok la kan.
Aku terkenalllllll.


How many people on your FB friend's list do you know in real life:
Kenal setakat pernah jumpa tu ramai la.
Tapi kalau kenal sampai tau isi perut dia rasanya tak sampai 10 orang.
Sebab aku maleh nak ambik tau sangat hal orang kecuali benda tu sanat men-concern-kan aku.
Contohnya if the girl sangat cantik dan sangat berkarisma dan dia ada dalam top frenlist Wan Mohd Ridzuan.

Ohhhhhhh, konfem budak tu akan jadik kawan baik aku.


Do you want to change your name:
Nama takyah tukar.
Tapi nak tukar bontot aku ngan JLo boleh?


What time did you wake up today:
6.30am.
Lepas solat tido balik
Solat pun speed nak mampos sebab nak cepat ni, nak tido balik.
Kang dah siang susah nak tido.

Kat rumah sendiri boleh la kan.
Kalau balik Bangi, takde channn.
Lepas solat je, kena temankan mak aji kat dapur.
Tapi yang best ko takyah buat apa-apa, ko tengok je dia buat keje. Tak tolong pun dia tak kesah janji ko tak tido balik. Kalau ko tido balik kang kejap lagi ko dengar tin milo jatuh la, pintu terhempas la, saje je dengki. Nak beromen ngan laki pagi-pagi pun tak khusyuk.


Name something you CANNOT wait for:
Bila laki saya bogel di depan mata...ohhhhh I can't wait!!

Wakakakkaka.


Hugs or kisses:
Both.

Tapi kalau dah payah sangat, bagi flying kiss pun jadik la.
Takpe, imaginasi aku tinggi.


Shorter or taller:
Eh soklan ni bukan sepatutnya shorter or longer ke?

Wakakakaka.
Pang pang panggggg tampa diri sendiri laju-laju.


Romantic or spontaneous:
Aku jenis yang spontan dan selamba.
Kalau nak tengok if aku romantik, jom la skandal ngan aku.

Silakan abang yang di belakang tu..


Sex on first date:
Alamak ko ni...jangan la gelojoh.
Ilek-ilek laaaa.
Ringan-ringan dulu kannnnnnnnn????


Broken someone's heart:
Yup. Pernah.
And aku rasa regret gila sebab tak broke kan lagi hati dia biar sampai dia mati kejang.


Turned someone down:
Penah.

Kejadian berlaku pada tahun 2000, lokasi dalam komuter.
Ada satu brader ni memang akan duduk depan aku lam komuter masa nak gi keje.
Untilafter a few months, baru dia berani tegur aku itupun kebetulan time balik komuter sesak gila babi, tup-tup aku masuk tau-tau aku berdiri depan dia. Dan dada kami hampir-hampir bersatu. Wahhhh.

So masa ni dia ambik peluang kenal aku (amboi, kemain lagi ayat. Dia je yang ambik peluang, abih ko tak???).

Tau la kan komuter punya lembab berjalan camne, kalau dari KL nak sampaikan ke stesen UKM tu, habis aku bentangkan biodata sampai salasilah jiran rumah sebelah pun aku cerita.

Esok dan hari-hari seterusnya dia dah tak duduk depan aku dahhhh.
Siap savekan seat untuk aku lagi dok sebelah dia.
Hahahah. Gatal sialll aku ni.
Padahal dah bertunang.

Satu hari tu aku nampak dia macam dah tak terkawal.
Duduk sebelah pun asik nak menyendeng je.
Ek eleh brader ni over pulak. Konfiden je aku jadik awek ko. Eh series aku geli la jantan cam ni, takde bagi cue apa-apa terus nak landing-landing.
So, aku buat-buat simpan tiket komuter dalam purse.
Saje je aku tadahkan purse tu biar dia nampak gamba En Wan ngan aku tengah berpeluk-peluk.
Terus senyap sampai ke sudah. Esok tu aku dah tak nampak dia lam komuter.
Konfem petang tu jugak dia beli kereta taknak naik komuter dah.


Had more than 1 boyfriend at a time:
Jap eh, ada phone call.