Still demam lagi.
Kali ni memang sah aku sorang je yang demam, kalau tak En Wan la yang nextnya.
Tapi aku dah warning dia jangan gatal tengah-tengah malam bangun nak gentel-gentel aku, aku terajang kang. Esok ko yang demam aku jugakkkk yang nak membelanya.
Please okkk. Tepi sikit.
Di ketika ini aku masih dengan hidung yang merembes-rembes ngan air hidung, dah 3/4 kotak tisu BabyWipes Redza aku habiskan. Sejuk sket hidung aku pakai tisu bontot baby. Kepala aku ada macam bungik ngongggggggggg sepanjang hari, kepala sudah berat maka update takleh panjang-panjang.
Hati aku sebenarnya tengah tak senang duduk ni, jiran cina sebelah rumah aku ni ada kes ngan Ah Long kot. Semalam, tengah melepak ngan En Wan lepas lunch, dengar suara laki cina menjerit-jerit depan gate dia. Aku seperti biasa wat dek dulu sebab dah biasa sangat dengar suara orang sebelah ni terjerit main ngan cucu dia. Sekali aku dengar 'Hey! ^*%%&%$^*(^%& cho lei!!!!'.
Saper kata sia-sia ngadap cerita Cina kol 6 petang tetiap hari??? Dengan word cho lei tu je aku dah boleh bajet ada benda tak kena.
Sekali nampak ada 2 mamat tengah hongga (nenek aku punya bahasa, kalau ada yang tak paham, nasib la. Kamus Dewan memang takde nya) gate rumah sebelah siap pekik-pekik suruh jiran aku keluar, pakkal siang je. Kalau malam, aku konfem dia dah panjat gate tu pecah pintu rumah pastu terjadilah scene tumbuk-tumbuk dan baling badan atas meja, lalu meja berkecai tapi jiranku gagah membangunkan diri dan mengambil batang besi paip yang tetiba je boleh ada kat tepi beliau lalu melibas-libas ke arah Ah Long. Dan Ah Long pun mengelak libasan tersebut dengan bersenggayut pada alang pintu lalu menendang perut beliau dan lagi sekali beliau tercampak ke dinding lalu tersembam ke lantai dan darah pun bersembur keluar dari mulut dah hidungnya. Tapi beliau masih kuat dan bangun lagi kali ini dengan perasaan sangat marah sambil matanya kemerah-merahan lalu beliau pun mensilang-silangkan selendang di bahunya yang tadi takde tetiba boleh ada pulak lalu melompat tercampak tinggi berpusing-pusing dengan dasyatnya seperti sommersault berputar lalu menjadi Moero Attack.
Aku baru je lepas tengok cerita ni tadi, ntah sape sape rajin nau donlowd kat YouTube. Gila legend cerita Jepun ni siall. Aku sanggup ponteng tusyen sebab citer ni la. Tapi sebagai balasannya kena sesah cukup-cukup ngan Mak Aji la. Memang takde semangat kesukanan betul orang tua ni.
Time tu dan-dan budak-budak ni semua beli bola tampar. Sikit-sikit bola tampar, asal PJ bila cikgu kata buat aktiviti bebas aje, 'main bola tampar jom, eh bola tampar la'.
Aku tampa sorang-sorang kang.
Eh, terbabas pulak.
En Wan tak kasik aku tengok adegan-adegan pergaduhan secara live telecast ni, dan-dan tu dia tarik aku tak kasik tengok. Dia tau aku mesti troma kalau tengok orang gaduh depan mata. Memang la takut tapi agak best jugak jadik kepoci.
Pastu kejap tadi ada polis datang. Ni polis yang bukan pakai moto punya okkk. Datang ngan keta siap bawak gun lagi. Patut la aku tengok keta orang sebelah ni takde kat rumah, rupanya selama ni dia dok parking kat area kejiranan yang lain. Takut agaknya keta kena simbah ngan cat merah tulis 'KILL KILL KILL DIE DIE DIE!!'.
Tak tau la apa nasib orang sebelah ni.
Bibik aku kata hari tu ada lori datang angkut pasu-pasu bunga dia semua.
Nak angkut kereta tak jumpa agaknya, meh la kita angkut apa yang ada dulu.
Angkut la anjing rumah sebelah tu sekali, tak nak pulak ko angkut.
Memekak okkkkk, pantang ada orang melintas semua dia sergah. Ntah mana punya mazhab anjing dia beli ntah. Barua betul.
Aku pulak yang cuak nak tinggalkan anak aku lam rumah ni.
Mana la nak tau kan, kot ada scene tembak-tembak nanti, tertembak rumah aku kang.
Ok, En Wan dah panggil.
Masa untuk tido berjemaah.
Hidung pun dah tersumbat sebelah ni.