2008-12-25

2312



Ni la boyfriend melayu aku yang pertama, Baggio, vocalist Damasutra. Aku minat dia since form 3, tapi sampai Form 5 je kot. Sebab lepas tu aku rasa nama dia pun dah hanyut ke mana.

Masa ni takde duit nak beli URTV, kalau aku beli pun konfem majalah tu terburai dikoyakkan oleh mak aji tercinta. Memang pantang anak-anak dia beli majalah hiburan ni. Kalau hari Ahad tu paper yang aku rembat siang-siang haruslah Pancaindera. Tak kosser de aku nak baca news lain, semuanya cerita menyakitkan jantung aku je. Baik gosip-gosipan. So, kawan-kawan aku yang tau aku gatal pantek ngan Baggio ni sedekah poster la, paper cuttings kat aku. Aku ada buku scrap pasal Baggio lagi. Mana buku tu ntah wallahualam.

Point-point nya :

1. Hensem (kalau tanya soklan chenta kat pompuan gedik memang ni la dulu pointnya)
Masa aku sekolah menengah, penglihatanku lebih tertumpu kepada muka melayu tulen. Kulit haruslah gelap-gelap sikit sebab kalau dia putih, macam tak sesuai je jalan beriringan. Sudah pasti aku nampak lebih hodoh dari dia. Lagipun, kalau dia putih, aku hitam, bakal menjadi bahan kutukan ipar duai dan sedara-mara bila balik raya nanti. Oh, memang aku kecoh okkk kecik-kecik dah plan nak kawen ngan artis.

Dulu Baggio ni aku rasa sangattttt la lelaki Melayu paling hensem. Takde lelaki melayu lain dah yang sehensem dia. Memang cinta habis la. Sampai signature aku dulu pun ada huruf B kat hujung. Buku-buku teks aku semua ada signature Diana + Baggio = forever.

Gatal takkkk???

2. Suara power
Tak dengar tu suara sikit punya power ke.
Masa ni aku terpekik-pekik tengok TV kat rumah konon bagi sokongan padu.
Tapi time skolah ni jangan harapla aku nak simpan kaset (dulu kaset okk) kat rumah, let alone kaset kumpulan rock. So, aku layan radio, Pilihan Bersama yang start kol 9-12 malam tu. Konfem hari-hari ada orang pilih lagu Umpama Mimpi Dalam Mimpi ni. Masa ni radio pun radio bodoh jenis yang pusing-pusing kat tepi nak cari station. Rumah mak aji pulak bawah lereng bukit sikit, so radio selalu tak clear. Dah satu hal pulak aku kena usung radio tu kejap lari bilik Ima, kejap lari bawah kat dapur, jap kang park bawah tangga. Tapi time tu usung-usung radio ni tak pelik di mata masyarakat, memang tengah trend gi mana-mana usung radio. Kan dulu teenagers jalan kat shoppng kompleks usung radio atas bahu sambil pakai spek hitam and handkerchief lilit kat tengkuk, pakai jeans ketat senteng..gila buruk.

3. Dia anak yatim piatu
Aku pun tak tau apa kaitan ntah anak yatim piatu ngan aku minat dia.
Mungkin jugak aku ni penuh dengan sifat kasih-mengasihani, so aku rasa kesian dia takde makbapak, tak cukup kasih sayang, biar lah aku bagi kasih sayang kat dia.

Ye, sila muntah.

4. Aku pernah telifon dia.
Encik Baggio kalau baca blog ni, sila lah mengimbas kembali kenangan di tahun 1991 apabila ada seorang budak perempuan menelifon anda di waktu pagi (time rehat) di rumah kakak anda di Kajang. Kawan aku managed to dapatkan nombor telifon Baggio sebab dia terserempak ngan Baggio kat Kedai BATA, Kajang. Penyanyi dulu beli kat BATA je dowhhh.

Dulu peminat tak berapa fanatik cam skang, so dia main bagi je nombor telifon, cuba skang tengok ko berani nak bagi ke tak. Itu pun kalau ko glemer la.

Yang angkat call tu akak dia, aku leh selamba kelentong cakap ni production house call. Bergeliga jugak otak aku. Sekali dapattttttttttt. Kakak dia panggil, ohhh dap dap duppp berdetuppp rasanya mau pecahhhhh (lagu dangdut siapa ni sape ingbat, aku main belasah je). Bila dia kata 'Hello' je, aku cuma sempat tanya 'Ni Baggio ke?'.

Dia kata 'Ye', je aku pun letak.
Pastu terkinja-kinja lompat pegang gagang public phone nangis-nangis. Konon terharu gila dapat cakap ngan fav idol. Seriesly, aku tak pernah rasa angau macam tu lepas tu. Dan-dan aku jadi pecinta yang setia, siap pasang ikrar kalau ada lelaki mintak biodata aku sok, aku takkan layan!!!

Memang sampai ke sudah takde laki mintak biodata ko pun. Takde saper gila nak kenal ko lah.


5. Aku dambakan cinta lelaki.
Dalam banyak-banyak point kat atas tu, aku rasa ni lah point yang sebenar-benarnya kenapa aku chenta dak Baggio ni.

Abis tu, kawan aku semua ada boyfren, aku je takde.
Sekali ada, ambik kauuuu artis siallll.

Tapi tu dulu la kan.
Zaman bijik baru nak membesar.

Skang ni ahli musikkkk?????

Memang panthangggggggg datuk nenek aku kawen ahli musik.


Actually aku baru lepas balik berdating dengan En Wan.
Sempena our 10th anniversarry bercouple. Tapi lambat 2 hari, sebab on the 23rd tu kan aku jatuh terkangkang.

Ye, ye.
Tarikh bercouple pun nak celebrate. Memang ngengada sikit orang tua kalau nak expresskan kasih sayang, lelebih. Semua hari dia nak sambut.

And that explains apekah maksud tajuk entry saya hari ini.

Memang selain birthday and wedding anniversary, every 23 Disember aku ngan En Wan akan celebrate. In fact, kitorang celebrate this date lebih dari date-date yang lain tu. Kalau tak celebrate yang lain tu aku rasa tak ralat sangat kot.

23 Disember 1998 was our first met after 9 bulan berchenta kat chatroom. Jumpa dan terus declare, tak ke gelojoh tu. Takde apa yang specialnya tarikh ni, but yang buatkan aku ingat tarikh ni sampai bila-bila sebab on this date En Wan tanya 'Boleh tunggu Wan tak? Wan ada lagi 2 tahun kat Jepun'

And I promised 'Di tunggu'.