walk on wings, tread in air: Korang ni takde keje ke selain menge-tag orang? <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Korang ni takde keje ke selain menge-tag orang?
2008-09-04

State 15 weird things/ habits/ little known facts about yourself.

tagged by ang3l al0n3


1. tak kisah apa pun brand untuk facial and skincare, semua aku belasah. Maybe sebab kulit aku takde masalah. Tak pakai apa pun bolehhhhhhhhhh, tapi berkerak la.

Year 2003, aku dah keje. Apeng datang rumah aku and masuk bilik (biasa la penyakit org pompuan mesti nak check-check sampai ke bilik).

”La, ko guna PONDS?”

Shilaker okkkkk.

Tak dapat la nak tengok aku pakai SKII, Shiseido, Clinique. Aku pakai benda yang senang nak carik kat Guardian. Tapi kalau balik umah Mak Aji, aku belasah gak dia punya Clarins.

Same goes to makeup, segala Bobby Brown ke, MAC ke, ntah hapa hapa lagi lah. Mahal okkkk. Kalau muka aku transform bak bidadari jula juli bintang tujuh takpe gak.

Tunggu kaya sok aku beli.


2. Tak ramai kawan pompuan yang rapat. Sebab aku ni kasar. Tengok mulut pun tau dah.
Kalau ada pun yang rapat cuma Apeng ngan Rozie. Dak Rozie ni ayu-ayu (read : lembikkkkkk). Kalau rasa nak feeling-feeling boleh la ajak dia ni. Tapi kalau nak buat kecoh, carik pasal, mencarut, rogol anak orang, harusla Apeng.

Aku lagi suka kawan ngan lelaki sebab :

a. Lelaki ni most of them are selamba
b. Dengan lelaki aku boleh gelak kuat-kuat takyah cover mulut
c. Dengan lelaki aku boleh cakap pekik-pekik
d. Aku gatal sebab tu nak kawan ngan laki je.


3. Sangat suka bergambar walaupun muka tak siap. Kat mamak Bistro pun jadik.
Mampos la kan, muka aku bukan muka kau.

4. Kalau takde keje sangat nak buat, aku keluarkan dress-dress, and segala baju-baju, aku mix and match depan cermin, siap tukar-tukar mekap bagai. Tu yang mekap cepat abis, seb baik pakai L’oreal je.

5. Tido adelah dalam keadaan bogel. Rimas pakai baju.

6. Pengumpul bra and g-string. Macam-macam kaler ada. Kalau pakai baju hijau, bra ngan panties mesti hijau. Rasa melangkah dengan penuh yakin sekali. Tapi beli yang murah-murah je, takat yang RM15 selai kat Jusco. Aku tak paham kenapa Mak Aji pakai Mark N Spenser. Masa aku skolah rendah dulu aku penah try bra dia, sumpah tak selesa. Apesal bra dia net-net. Geli aku. Baik takyah pakai terus.


7. Suka makan merepek-repek macam mamee, twisties, Rota, Cheezel,…. bla bla bla. Memang sentiasa ada stok kat rumah.


8. Beli nite cream tapi tak pakai. Beli body lotion tapi tak pakai. Beli hair treatment serum tapi tak pakai. Kesimpulannya aku bukan jenis yang jaga kecantikkan diri. Aku menjaga kehodohan diri.


9. Kalau mengamuk aku menghempas-hempas tapi mulut tak bunyik. Tak suka bazirkan suara dengan marah orang. Tapi aku sangat suka membebel. Nasib la En Wan. Tapi kalau ngan Redza aku tak bagi chan. Tak cukup ngan suara, aku gulung-gulung sokabar aku bantai.


10. Kuat berangan. Tapi bukankah berangan itu menunjukkan kita ada cita-cita?

Ayat 1 : “Aku selalu berangan nak jadik model”
Ayat 2 : “Aku bercita-cita nak jadik model”
Kan ke sedap sket bunyiknya tu. Takde la nampak gedik sangat walaupun aku rasa agak getik jugak dengar.


11. Masa blaja kat U dulu aku pakai tudung, tapi balik cuti bukak, pastu pakai balik. Pakai bukak pakai bukak. Skang ni aku tak tau mana aku letak tudung-tudung aku.

Memalukan betul dengan perangai macam ni pakai tudung.

Oh, lupa aku penah skolah Maahad Hamidiah dulu.

Lagi sekali, amat memalukan!


12. Lansung tak tau apa-apa pasal kereta kecuali adjust side mirror. Tapi ada hati nak pakai keta besar. Seriously, camne nak bukak bonet pun tak tau. Let alone nak suruh aku check minyak itam, check air. Tukar tayar?? Isi angin kat tayar pun aku tak penah.


13. Kalau tido mesti genggam tangan En Wan. Kalau nak pusing badan pun, aku akan silangkan kaki dengan dia.


15. Anything yang melibatkan fizikal look, aku senang mengalah. Other than that, I’ll fight.

Contoh, kalau orang tu slender aku takkan kutuk.
Kalau orang tu jadik model aku takkan dengki.
Kalau orang tu dapat laki hensem, biarlah, dah dia pun cun.

Tapi kalau orang tu tak cun tapi selalu kata dia cun and ramai offer dia jadik model tapi "I tolak sebab tak boleh bahagikan masa", tak bijak mana tapi cakap dia penah dapat offer gi UK tapi tolak sebab "I lagi suka blaja kat Malaysia", memang mati la kena kutuk ngan aku. Aku upah korang kutuk dia sekali. Dosa sendiri-sendiri.


15. Mudah tersentuh kalau tengok orang susah takde duit, takde makanan. Sebab aku pun penah susah masa kecik-kecik dulu. Penah rasa how orang layan kita bila kita susah. Dapat baju baru pun setahun sekali je. Pakai baju orang bagi. Mak bapak aku dulu cukup takut lalu depan KFC kalau kitorang ada. Memang dapat ambik bau je la pastu toleh-toleh tengok orang tu makan apa.

Bila 2 tahun lepas bapak aku terima pingat from YDP Agung, aku speechless.
How someone yang penah jadik jaga parking keta waktu muda akhirnya dapat pengiktirafan macam tu. Sebab tu bapak aku selalu pesan, tak bijak takpe, janji rajin usaha, insyallah berjaya. Tapi aku bijak. Eh.

And papa selalu pesan, duit takkan bawa kita ke mana.
Kalau dapat sikit, bagi sikit.
Kalau dapat banyak, bagi banyak.
Ada rezeki lebih, buat makan-makan jamu orang.
Tetamu yang datang akan mendoakan kita.

Justeru (dah lari topik dah ni), saya menyeru kepada semua, marilah beramai-ramai datang beraya rumah aku pada Hari Raya Aidilfitri nanti. Peta jalan carik sendiri. Tak sempat datang kalu, aku open sampai Deepavali.

Lagi 26 hari lagi nak raya!!!

Bangun, bangun! Semangat! Semangat!

posted by aveo757 @ 1:33 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER