2007-08-22

Sila buat ayat dengan perkataan 'CUN'


Sebelum aku start meroyan, memula aku nak tanya adekah anda suka makan nasik lemak?

Nasik lemak sotong?
Nasik lemak kerang?
Nasik lemak kosong?

Oh, aku bukan nak jual nasik lemak.
Sebab last Sunday aku gi makan nasik lemak kat satu restoran ni.
So, aku ngan laki aku pun mintak nasik lemak kerang.
Pada pengalaman aku yang dah makan nasik lemak kerang selama lebih seploh tahun, kalau aku mintak 'bagi saya nasik lemak sotong', of course la aku mintak sambal sotong kan?

Kalau aku mintak nasik lemak kerang of course la sambal kerang, betul tak?

Tapi this kedai, aku mintak nasik lemak kerang, dia bagi aku ni :




Nasik lemak dengan kerang. Sambal satu piring lain. Pandai-pandai ko la nak golek-golekkan kerang tu lam sambal.

Dan itulah kesudahannya nasik lemak aku. Tak lalu aku nak makan. Ntah mana punya resepi istana zaman silam dia bawak masuk dapur. Kembang tekak aku.

Okehhh. Sessi meroyan.

Semalam, ada satu kongkang terlepas dari zoo tup tup termasuk lam Yahoo Mail aku.
Dah la tak tau mana asal usul. Nak kutuk aku tapi tak berani nak tunjuk identiti. Sanggup lak create satu mail account khas semata-mata nak kutuk aku tu.

Kongkang ni kata aku perasan cun.
Letak gambar yang cun-cun aje dalam blog.
Belagak nak tunjuk dapat husband hensem.
Kontrol cun manjangggg.

Kesian..kesian.
Cenggini la.
Apa kata ko baca blog aku dari awal sampai habis. Tengok adekah aku tak penah letak gambar aku di era kegendutan?
Di waktu selenga?
Di waktu muka aku melekit?

Yang ko susah hati muka aku ok ke, sememeh ke, pesal?
Aku sendiri tak penah kesah muka aku camne pun.
Tak tau pulak aku ada orang rajin bukak blog ni semata-mata nak tengok muka aku camne hari ni. Apa kata secara otomatiknya aku lantik ko jadik perunding imej aku? Ko sebenarnya nak dapat tempias aku kan?
Ngahngahngah.

Sebagai memenuhi permintaan ko, aku bagi la gambar eksklusif dari aku untuk ko print and buat tido.

Dariku untukmu...

Cukup?
Tak cukup?
Aku up lagi
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Cukup untuk hari ni.
Pueh ati????
Aku takde mood nak carut kat orang hari ni sebab aku pose.
Tapi aku ade mood nak pakai baju raya.
Ok tak baju raya aku ni?
Aku dah pakai dah last Sunday gi kenduri kawen member aku.
Raya lambat sangat la, mana la tau kot tak sempat raya tahun ni, aku dah pakai dulu.
Lagi 2 pasang baru tempah semalam. Kalau siap awal, baju tu bakal menerima nasib yang sama.
Aku pakai baju lama pun bukan orang kampung aku perasan kan?


Gambar PERAHSAN CUN dari aku.

Sebenarnya ni bukan la baju raya sangat. Sebab aku beli baju je, kain aku dah ada lama. Tetiba macam aku PERASAN CUN pulak bila pakai baju ni. So aku beli. RM49 hengget je okkkkkk. Nak beli sila pegi Giant Shah Alam. Jangan beli sama ngan aku. Aku terajang perot kang.

CUN tak baju tu?
CUN tak aku?
CUN tak aku?

wakakakakakka.

p/s : aku pose hari ni. Jangan naikkan darah aku.