walk on wings, tread in air: Kenapa saya suka hari ni? - PART II <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Kenapa saya suka hari ni? - PART II
2007-08-16

Aku ada kat umah parents aku ni. Semalam laki aku dah pi JB, balik esok. So semalam aku paksa parents aku datang temankan aku ngan Redza. Pastu pagi ni, bapak aku angkut cucu dia balik Bangi. Dia pulak paksa aku tido bangi malam ni. Mak bapak aku risau tinggalkan aku berdua ngan Redza bukan sebab takut ada orang kacau. Tapi takut aku lenjan Redza, kang masuk spital lak budak tu.

Ingat aku mental ke nak belasah anak sampai masuk spital.
Tapi mak aku lebih mengenali anak dia kan..so, kasik can la dia nak bambu aku. Anak dia kan singa..grrrrrr.

Malam besday tu, laki aku bawak pi dinner kat restaurant mana ntah, tapi cun gila tempat tu. Siap makan dalam pondok lagi. Makanan dia superb, western food dia banyak gila. Tapi sebab tekak aku kemelayuan ditambah pulak dengan lapar gila, aku carik nasik gak. Yang aku konfius tu, makanan dia melayu ngan western je, takde makanan dasar pandang ke timur pun. Tapi sepanjang aku mentekedarah kat situ, dia dok putar lagu Jepun. Apekes.

Seb baik aku bawak translator. Tanpa disuruh-suruh dia translatekan apa bijik butir lagu tu.



Translator. Entah betul ke tak apa dia bagitau aku. Asik nak mengenakan aku je..



Budak nakal yang french fries datang pun dia belasah lagu 'Happy Birthday' gak. Tapi bukan untuk aku, 'Pear pear pe yu yu Ijaaaaaaa' (Happy Birthday to you Redza)
Mungkin sebab pondok-pondok jadian dia ala-ala jepun so sebab tu dia belasah lagu jepun.

Aku makan tak hengat. Aku order satu pinggan terak nasik lemak sotong. Gila bapak besar sotong dia. Nasik dah habis pun sotong ada lagi semangkuk. Pastu aku order lagi cendol, pastu sandwich and mushroom soup. Untuk Redza aku order fries (yang aku belasah jugak sampai kering).

Lepas makan tu...jeng jeng jeng.
Laki aku kan suka buat surprise.
Last year ke, last 2 yrs, dia buat surprise bawak aku gi tengok midnite movie cerita King Kong. Malam tu dia buat lagi satu surprise untuk celebrate besday aku yang membuatkan aku tersangat-sangat la surprise gila sampai malas nak cakap.

Dia bawak aku gi tengok ROYAL LONDON CIRCUS.
I was like...???? Ape ke heyyyy la ko hayak aku tengok badut bodo berpassing-passing bola dengan beruk ni?

Tapi takpela, sebab Redza pun seronok aku layan je.
Best gak, cuma dia tau pasal circus ni pun last minute, maka tercampak la kitorang ke seat blakanggggggggggg. Seat depan semua penuh. Tapi bagus gak tak dapat seat depan. Yang dok depan ada la 3-4 orang kena tarik atas stage bertomoi ngan badut.
Kosserrrrrrrr!

Sebab masuk dalam takleh bawak kamera ngan videocam, so aku curik-curik ambik gambar ngan HP aku. Tapi gambar fail. Dok jauh, pastu lupa nak adjust setting. Ni je yang aku dapat snap. Itupun curik-curik sebab takut kena rampas ngan guard.



Ni first show, diorang lumba lari atas wheel gedabak ni. Mamat yang lari tu dah nak jatuh dah. Aku rasa dia pun cuak gila. Sure lepas show buat kenduri baca doa selamat. Kalau jatuh, konfem bersepai pankreas.



Yang ni lawak jenaka sungguh. 4-5 kali jugak la jatuh atas net. Seb baik rakyat Mesia bertatasusila tinggi. Kalau kat negara lain konfem dapat boo.

Tapi kitorang tak abis tengok. Show 3 jam. Kol 10.30pm Redza dah merengek nak tido. Aku pun dah tersangap-sangap sebab penat sangat. Dah la dalam tu sejuk nak mampos, terkejung-kejung aku tahan kencing. Tak dapat la kalau nak suruh aku kencing kat kontena luar tu. Hancing pering!



posted by aveo757 @ 10:19 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER