2007-04-07
kukukukukukujua
Bila kita boring, kita tend untuk melakukan perkara-perkara tak berfaedah seperti menonton vcd lucah, blogging, chat kat YM, mengumpat jiran sebelah punya daun kering masuk dalam rumah aku, mengorat mamat bangla lalu depan rumah, bergayut kat tepon tapi bil tepon orang lain yang kena bayar, melarikan diri dari rumah bersama pakwe, berkahwen tanpa pengetahuan ibubapa...apa benda aku merepek ni??
Gambar kat atas tu adelah hasil dari aktiviti luar kawal.
Memandangkan aku tengah period, jadik aku pun menconteng tangan sendiri.
Pastu tunjuk kat laki aku.
'Bang, ok tak?' sambil senyum-senyum mintak kena puji.
'Buat sendiri ke? Hmm...ok, cantik. Tapi kalau kuku panjang lagi nampak cantik.'
'Ishhh...mana boleh simpan kuku panjang, hukum dia macam bela babi sekandang'.
Laki aku diam tapi pandangggggggggggg je muka aku sambil buat muka tertekan.
'Habis yang awak conteng-conteng kuku ni apa hukumnya?'
Errrr.....