walk on wings, tread in air: Awat Aznil bagi pantun Era and Fasha macam tu? <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Awat Aznil bagi pantun Era and Fasha macam tu?
2007-04-29

Saper tengok AF semalam?
Keji! Keji! Keji!
Aku tak suka la diorang buat gimik bawak parents naik atas pentas when they know Aswad takde mak bapak. Bodoh! Takde sensitiviti lansung. Sedih aku tengok Aswad. Aku pun tak pasal menangis semalam.

Lagi satu yang aku tak suka bila diorang buat scene-scene sedih ni, mula la rakyat Malaysia yang tahap prihatin dan kasihan-mengasihani berganda ni buat undi kesian. Semorang tau, Aswad tak le sehebat mana menyanyi, so tolong la jangan undi dia sebab dia takde mak bapak. Dia takde mak bapak pun bukannya dia skang umur 7 tahun, dah 27 tahun dah pun. Dah boleh berdikari. Tak dinafikan memang sedih kalau mak bapak dah takde kan. Tapi boleh tak jangan gunakan isu ni untuk raih undi? Aku tau ini bukan kehendak Aswad. Astro la ni, takde isu lain ke ko nak create attention?

Sama la macam kes Mas dulu. Entah apa kriteria dia pun aku tak tau. Boleh bertahan sampai minggu before final. Benci la aku kalau penonton dah mula pekak tak tau nilai vokal seseorang.
This is a vocal and performance-based competition okkkkk. Bukan pertandingan salasilah diri!!

Aku takde la sakit hati dengan Aswad tu, memang takde rasa apa pun. Sumpah. Aku kagum jugak finally dia boleh jugak perform ok malam tadi. Tapi bila isu-isu leleh ni timbul, undi kesian tu yang akan mengatasi objektif sebenar program ni.

Aizat terkeluar.
Terkesima jugak dengan keputusan tu walaupun aku bukan penyokong dia. Dia memang ada suara and a good entertainer too. But, biasala kan, AF ni unpredictable.
Kadang-kadang orang tu tone bagus, tapi tak pandai perform, OUT.
Kalau suara bagus tapi attitude kureng, OUT.
Kalau suara bagus tapi takde rupa, OUT.
Kalau suara bagus, tapi dia anak orang kaya, OUT.
Macam kes Aizat ni sebab apa ek? Aku pun tak tau pesal. Mungkin reason dia : DAH TAKDE REZEKI.

Sebab tu la aku malas nak follow AF ni, aku tengok konsert je. Sebab kalau aku follow diari, aku yang stress.

Heliza. Ni lagi satu. Aku pun nampak dia kontrol semacam je semalam. Awat ko nak kontrol ni? Dah cun dah, takyah nak kontrol-kontrol la dik oiii. Tapi kakak dia cun ekkk, macam Nasha Aziz. Suka. Suka.

Dah..dah...cukup.

Ok, Jumaat malam aku tengok Jangan Pandang Belakang.
Aku pun tak percaya aku dah tengok citer tu. Paksa rela. Laki aku la ni. Masa tengok tu aku tak rasa pulak cerita ni seram sebab aku dah penah alami benda yang lebih kurang sama masa kat kolej dulu. So, perasaan menonton dan melalui sendiri pengalaman tu amat-amat berbeza.

Tapi aku dah lupa dah kes rasuk-rasuk masa kolej ni dulu. Lepas tengok filem ni, tak pasalllllllllll je aku teringat balik. And now aku tengah pikir apakah solutionnya bila aku nak kena drive sensorang pagi-pagi buta lagi 2 minggu lagi. Nak kena pi Bintulu ni. Tak jadik keje aku asik tengok cermin blakang je kang. Bodo la. Apsal aku pi tengok filem tu?

Pagi tadi aku bangun buat susu Redza kol 3pg pun aku dah rasa sejuk lain macam. Nak masuk toilet yang ada dalam bedroom sendiri pun pikir 3-4 kali. Mula la aku nak kena maki ngan laki ni. Takut tak kena tempat.

Scene paling best, masa hantu tu terbang atas keta dia. Walaweiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii Rozie, ko ingat lagi tak kes tu????? Tak dapek lupa sampai mati wooooooo. The same thing happened kat housemate aku dulu, masa dia kena rasuk. Pengetua kolej aku bodo, kitorang dah kata budak ni kena rasuk. Ooo, taknak percaya ni, mati-mati dia kata budak ni stress sebab nak exam. Dia pi suruh warden angkut budak ni naik van pi spital. Tak sampai setengah jam, van patah balik. Sebab? Sebab driver nampak dari side mirror ada benda putih melayang atas van. Hambik ko!!!!!!

Moden sangat kununnnnnnn. Taknak percaya hantu-hantu ni semua. Memang la hantu tu takde, tapi setan ada kan?

Tengok Ruminah Sidek makan dari bekas nasik tu pun aku teringat kes housemate aku dulu. Dia kata lapar. Nak makan. Okla, kitorang pi la dining hall tapaukan dinner untuk dia. At the same time, semua budak-budak kat rumah tu diwarned supaya dinner kat rumah, jangan ada sesaper gatal nak dinner ngan boifren sebab nak take turn monitor budak ni. Yang beboifren time tu cuma aku ngan Rozie je. So ko ngan aku la yang gatal tu kan? Whuahwhuah.

Lepas habis sebungkus nasik, dia kata dia lapar lagi, masa tu aku ngan Rozie rasanya yang belum makan lagi, terussss kasik dia makan nasik kitorang. Last-last empat bungkus nasik dia mentekedarah sorang-sorang. Kitorang yang dok mengadap dia makan tu dah meremang bulu roma. Kot tetiba dia bersilat kat situ, mau dan-dan tu jugak aku terkencet.

Pastu masa maghrib budak ni muntah-muntah dalam bilir air. Abis kuar semua yang dia makan tadi. Lembu pun boleh muntah makan 2 bungkus tau. Bayangkan 4 bungkus. Lepas muntah, cehhhhh, ambik wuduk pulakkkkkk. Dia dah start la ni. Masa tu kebetulan ada a few student laki dalam rumah kitorang dah standby, sebab kalau malam je penyakit budak ni menjadi-jadi. So, budak laki kat situ kata, takpe, biar dia nak sembayang. Kita tengok dulu.

Pehhhhhhhh, member sembayang berkiblatkan toilet bebbbbbb. Siap masa tahiyat akhir angkat jari kelingking tu. Bukan jari telunjuk. Adoooooo. Aku ngan Rozie punyala stressss. Rasa nak benti blaja malam tu jugak.

Banyak benda berlaku kat budak ni dulu. Maleh nak citer. Tapi kes dia berat la, sampai panggil imam masjid Kuching, bawak pi Darul Syifa' jumpa Haron Din. Last sekali berita yang aku tau, benda tu berjaya dipujuk keluar, tapi budak tu hilang ingatan sampai sudah. Pity her.

Baiklah, sebelum saya mengundurkan diri, di sini saya membuat permintaan kepada rakan-rakan sekalian, apekah langkah-langkah selamat untuk aku praktikkan bila aku drive pagi-pagi buta nanti. Camne aku nak tempuh highway ELITE lagi 2 minggu, kol 4 pagi untuk ke KLIA? Ngeriiiiiiiiiiiiiiiiiiii.

Tolong jangan bagi tips 'JANGAN PANDANG BLAKANG'. Aku terajang kang!

posted by aveo757 @ 10:19 AM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER