walk on wings, tread in air: Apa aku nak buat dengan bibik ni? Rasa nak pelempang sekali la. <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Apa aku nak buat dengan bibik ni? Rasa nak pelempang sekali la.
2007-04-05

Semalam was a very long day. Walaupun aku touched down kol 6pm, tapi disebabkan pukul 5.30pg aku dah bangun and merayap kat highway drive sensorang sambil bukak mp3 ke volume 24, so semalam adelah sangat-sangat sangat-sangat leteyyy.
Aku rasa plan aku nak tengok 'Jangan Pandang Belakang' tak jadik la.
Cara-cara pukul 6.30am bawak keta sorang-sorang pun aku dah kejap-kejap pandang side mirror, pandang seat blakang, tak leh jadik ni. Harus kensel angan-angan nak tengok movie tu.
Itu baru drive 6.30pagi, belum lagi kot aku kena bermalam kat hotel sorang-sorang pas ni.
Kalau aku lepak Bintulu, konfem akan lepak kat satu hotel ni yang aura spooky-nya amat tinggi! Karang mula la aku terbayang ada pompuan takde kepala kat bucu dinding, kepala bergolek bawah katil.. Dah, dah, stop!!

Sempat gak la aku lepak rumah mak metua aku semalam. Gi Tganu la katakan. Siap beli kepok bagai. Masa lepak kat umah mak metua aku tu, terkeluar la cerita pasal bibik aku.
Mak aku cakap masa kitorang gi Bali last time, dia bantai tido siang sampai bengkak-bengkak muka. Rupanya selama ni, dia tak mandi pagi pun, agak-agak time aku nak balik dari keje tu baru la dia mandi. Dan time aku nak balik keje tu jugak la dia sibuk nak menyapu mengemop semua rupanya.
Sepanjang hari aku takde dari pagi ke petang rupanya dia banyak membuta.

Today aku plan nak lunch ngan laki aku. Tapi aku tersampai area Shah Alam awal sangat, jadi aku singgah umah jap tapi aku tak call bibik kata aku nak balik. Sampai umah, aku terus ketuk pintu depan. Mencicit dia turun. Bukak je pintu, aku tengok dia dengan mata merah, muka melekit tak mandi lagi, rambut macam pompuan baru lepas kena rogol.

Aku : Tido??

Bibik : Mana ada (tinggikan suara kat aku ni. Macam aku pulak bibik dia). Baring aje.

Macam cilaka jawapan.
Boleh tak kalau nak menipu tu, ko pegi sikat rambut ko dulu, basuh muka pastu turun bawah bukak pintu? Ingat aku bangang ke?

Aaku malas nak bising lebih-lebih sebab perut aku pun sakit, senggugut.
So aku naik atas, tengok Redza, pastu aku masuk bilik jap.
Sekali aku tengok plastik gula-gula Redza makan semalam elok je atas lantai lagi.

Aku : Bik, atas ni dah sapu ke belom?

Bibik : Atas mana?

Atas mana?
Apa ko ingat rumah ni 3 tingkat ke.

Aku : Atas ni la, bilik akak ni dah sapu ke belum? Plastik gula Redza ni ada lagi atas lantai.

Bibik : Atas tak sapu. Memang tak sapu.

Aku : Apesal memang tak sapu? Kenapa mesti tak payah sapu?

Bibik : **diam** (masa ni dia bukan reti nak turun bawah ambik penyapu, dia boleh lepak pulak dengan anak aku main lori. Dia ingat aku menyanyi agaknya kat telinga dia)

Ko tak hangin bila dengar jawapan dia?
Aku ni dah la migrain, senggugut lagi.
Sekali aku hayun siku aku kena kat tengkuk ko karang, tersadai 4 bulan kat spital.

Last Sunday, mak aku datang rumah nak tengok cucu. So masa aku tengah readykan minum petang, mak aku guna toilet bawah. Lepas dia kuar, dia tanya apesal bilik air aku tu air kat bawah tu bergenang? Tersumbat ke?

Aku terus pandang bibik. Sebab dia sorang je guna bilik air bawah.

Aku : Bik, apesal ngan bilik air. Tersumbat?

Bibik : (taknak pandang muka aku, buat-buat bizi) Entahla kak, tak tau kenapa tersumbat.

Aku : Apesal tak tau pulak? Ko sorang yang guna bilik air bawah, bukan ada orang lain guna. Dulu tak tersumbat kan? (suara aku dah memang high pitch time ni)

Bibik : Dulu tak. Entah, tiba-tiba tersumbat.

Aku : Mesti ada sebab. Apesal dah tersumbat tapi tak bagitau?

Bibik : Tak tau macamana nak dibagitau.

Aku : Sebab benda tu tersumbat ko yang buat kan? Sebab tu ko tak tau macamana nak bagitau kan?

Aku bukan suruh ko repair, bangang. Aku suruh ko bagitau je, tu pun payah?

Bibik aku ni kan, apa benda dia sentuh memang berkecai.
Jenis yang suka paksa.
Hose kat lawn pun boleh patah dia kejekan. Ko main wushu dengan hose tu ke hape?

Tingkap hall bawah pun camtu. Tingkap tu kalau dah ketat, tak payah la ko tarik lagi, ko benti la takat mana yang tingkap tu boleh rapat. Laki aku balik karang, ko bagitau la tingkap tu tak boleh tutup. Nanti laki aku tau la nak buat apa.
Ini tak, dia pi tarik sekuat hati sampai patah pemegang tu. Pastu bila aku tanya kenapa patah. Dia kata tak tau macamana boleh patah. Semua aku tanya, semua dia tak tau. Aku rasa rumah aku ada hantu kot.

Aku paling blow kalau aku tanya sikit, dia mesti tinggikan suara. Cantik sangat perangai. Macam kau pulak bayar gaji aku. Nak je aku record suara dia masa menjawab tu and letak kat sini, biar korang dengar, sakit ati ke tak. Aku rasa sesiapa yang follow blog aku ni, tau macamana aku bengang gila ngan bibik blur ni. Dari mula aku ambik sampai skang, memang failed! Konfem cukup je setahun, aku perambat dia suruh balik. Tak kosser aku nak mengadap muka dia hari-hari. Dah la masak pun aku jugak kena buat. Betul-betul macam mem.

Last 2 days kot, aku ni masak telur ikan masak lemak cili api. Aku nak ajar dia sekali so next time, kalau aku balik keje lambat dia dah boleh buat sendiri. Aku dah kata jangan masukkan apa-apa kalau aku tak suruh. Aku nak lepak kat hall jap. Selang 5 minit dia jerit dari dapur, 'Kak, nak masukkan telur ikan tak?'. Aku cakap 'JANGANNNNN'.

Pastu selang seminit, aku masuk dapur aku tengok dia dah masukkan telur ikan.
Aku pandang dia, 'Apesal masukkan? Dengar tak akak cakap jangan tadi?'.

'Dengar', dia jawab.

'Dah tu? Tak paham bahasa? Ke pekak?'

Sorry la beb, aku memang kasar sikit kalau deal ngan orang bangang tahap babun ni.
Ni bebal kuasa duoploh empat ok??
 Jangan la aku mengandung masa dia ada kat umah ni. Aku takut terkenan je.

posted by aveo757 @ 10:25 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER