2006-09-18

Management sucks!!


Hari ni dah la aku lonely, hubby gi outstation.
Period pain lak. So, ingatkan today malas nak kuar jumpa customer,nak lepak je la ngadap PC and buat la apa2 yg patut, backlogs pun menambun. Alih-alih bos aku suruh gi Bintulu esok pagi flight 5am.

Jadi, pukul berapakah harus aku bergerak dr rumah? Kol 3am, ok?
Then, kul berapakah harus aku bangun tido nak siap2 semer? Pukul 2am ok?
So, perlukah aku tido kalau setakat kol 2am dah nak kena bangun? Or haruskan aku santak tengok TV malam kang sampai kol 2am, pastu esok jumpa customer mula la aku tersangap-sangap, menguap macam nak rabak mulut???

Dah la gi sana rush, lagi mau siapkan tender sehari suntuk Rabu ni. Pastu on the same day aku kena gerak lam kol 5++pm camtu, straight gi airport, catch flight to Kuching, stay 1 nite, then next morning fly balik ke Bintulu. Macam Bintulu tu sekangkang kera je dr rumah aku. Pegi pagi, petang balik. Pagi subuh, malam2 kang balik. Esok pagi kul 8.30am boleh gi opis dan buat muka ceria cam biasa. Aku leteeeeeeeeeeey la keje camni. Dah la hubby aku pun outstation gak. Aku pun sama naik outstation. Abis anak aku? Seb baik ada bibik, kalau tak, mana aku nak campakkan? Aper aku takde laki ke yang nak diromenkan malam rabu ni? Tapi itu bukan motifnya. Yang aku hangin tu..too rush for a work la. Terkejar sana sini, produktif ke camtu? Suka-suka je nak suruh aku gi sinun kul 4-5 pg, pastu aku kena melangok kat airport sampai 7 jam tunggu flight balik KL sebab ko kedekut nak mampos nak spend duit book kan hotel utk aku lepak.

Kisah hotel...apa kejadah la letakkan aku kat HOTEL LIWAH! Hotel separuh bintang aku rasa. Aku tau la gred aku tak layak untuk yang 5 bintang, ko letak yg 2 bintang pun aku tak kecik ati beb. Kalau dah tau takde bajet, jgn suruh aku gi ok???
Aku bukan jenis memilih nak lepak hotel kelas2 atasan ni. Aku tak heran la ko bagi 17 bintang pun. Aku cuma mintak some consideration. Ko dah hantar aku mendadak-dadak, pastu lagi mau pilih aku kena naik AA ke MAS ke, pastu lagi mau bajetkan hotel. Aku tak pegi lansung kang. Pastu mcm takde apa-apa je kan bila suruh aku gi malam2 buta, subuh-subuh sepi-i. Sungguh berasa diriku ini laksana call girl.
Tapi..apa2 pun satu kejadian telah berlaku ptg tadi yang menyebabkan aku telah terpaksa meng'pass'kan agenda pegi ke Bintulu on Thusrday nnt ke collegue aku. Sebab?? Ade laaaa....

Dah..dah..aku nak pi bancuh teh susu. Bontot aku tak bersimen cam ko Ah Beng, buat milo pun malas, suruh org lain bancuhkan. Kalau aku la tea lady tu...harus aku letakkan julap. Biar 'bersimen' bontot ko kat jamban sehari suntuk!