2006-09-13
Bestnye kalau dapat buat sekali seumor hidup
Tak payah gi keje tapi hujung bulan dapat gaji
Best aper bangun kul 10am, boleh golek-golek termenung lagi dalam setengah jam, pastu tak yah gosok baju, lepas mandi boleh pakai bra ngan skirt je, pastu boleh YM secara terang-terangan sambil pasang MP3 kuat2, lepak depan laptop sambil sebelah kaki naik atas kerusi..iskk..best!! best!! Bolehkah ia menjadi kenyataan? Ataupun aku sekadar berada di alam Alice in the Wonderland? Aku buleh aper buat keje dari rumah. Laptop, internet access, pricings, notes semer lengkap. Saje je management jaki ngan aku. Nak gak tengok punch card aku full. Dah la still guna punch card lagi. Woih! Makcik nasik lemak ayam madu tu pun dah guna swipe card la dol! Tak vast lansung.
Menekan button CLOSE DOOR bila nampak ada orang berlari ke arah lif
Pernah buat ni? Aku pernaaaaaaahhh...dan nikmatnya pergghhhhhhhh...hingga ke tulang hitam! Adela satu sister ni punyala vogue, pakai pump shoes, rambut legally blonde, bawak tote bag, pakai half cut jeans and halter neck top. Memangla cun..tapi takyah la control gaya ko sampai bejalan pun kejung semacam je. Lalu depan brader2 yg tgh lepak hisap rokok lak tu. Control ayu la...hah meh sini aku tambahkan ko punya ayu. Aku selamba aje tekan gila punya press sampai nak terbenam button CLOSE tu bila nampak dia berlari ala-ala di tepian pantai nak kejarkan lif. Ape punya bingai. Dah tau nak kejar lif, kangkang luas2 la sikit. Ko bukan pakai skirt pun. Hamik kau...
Tak kasik keta merge into traffic walaupun dia dah bagi signal
Memang tak beretika. Tapi best kalau dapat buat se-das. Aku penah try buat sekali. Malangnya keta aku yg kena sagat. Tu la..nak carik gaduh ngan lori lagi. Aku sumpah 7 keturunan jadik kelindan! Aku kena buat lagi sekali pasni...dengan menggunakan kereta orang lain.
Rolling my eyes bila ada org tanya soalan
Alternative utk 'no comment'. Belum penah try lagi. Tak reti aku...dah la mata aku juling air, sekali aku rolling, dibuatnya mata hitam aku hilang terus, tak ke naya.
Menyalahkan org lain walaupun diri sendiri salah demi men'kaber' malu
Ni mamang bangsat betul. Teringin nak buat gak sebelum aku mati. Sebab org selalu buat kat aku!!!!!!!!!!!
Malas bangun bila dah tido
Ini adelah antara 10 nikmat dunia. 9 daripadanya adelah seks...HAHAHHAHAHAH. Dan ia menduduki tangga teratas dalam life aku. Tido adelah ibadah ok???
Menghuru-harakan hidup seseorang dalam sehari
Aku teringin nak huru harakan hidup ex-bf aku dan bininya. Bestnya kalau aku dapat balas balik apa dia buat kat aku. Call dia hari-hari, sms tengah2 mlm, biar bini dia suspect sikit. Pastu aku hantar email-email porno kat dia kasik ghairah. Dia ni pantang org seduce...gerenti masuk trap punya. Pastu ajak makan2...date lebih kurang..gesel-gesel adelah perlu kerana itu senjata utama. Pastu suruh org snap gambar aku ngan dia tengah bergeselan, then pos kat wife dia yg 'I executive tau' tu (ni tektik drama minggu ni, aku takde idea baru la). Padan muka!! Ape ko ingat laki ko tu hensem sgt? Satu Uni bertolak-tolak rejectkan laki ko..ko je yg nak stok-stok lebihan tu. And please la..takyah la nak tuduh aku pompuan kejam sebab tinggalkan exbf aku tu sampai merana. Bukan aku sorang yg tinggalkan dia beb. Sowey la, wa tak ambik kaki spedo buat laki.
Menjawab soalan dengan soalan
Kenapa anda ambil girlfren saya? = Kenapa? Tak bolehkah?
Kenapa anda makan McChicken saya? = Oh! McChicken andakah yang saya telan itu?
Kenapa anda begitu lancau mengambil sales saya setelah saya penat mencarik lead? = ..jawablah kalau berani, sampai ke anak tekak penumbuk aku masuk kang.
Honking my horn kat keta depan walaupun dah jelas traffic light merah
Horn gila2..pastu buat bodoh (buat muka seposen Saiful Apek). Pastu siap turunkan tingkap lagi buat2 toleh keta belakang, saje nak konpiuskan org.
Terbeliakkan bijik mata kat budak umur 4 tahun
Tengah2 mak dia tunggu org bungkuskan rojak, kita jegilkan bijik mata kat anak dia yang berdiri kat sebelah. Lagi besar mata lagi best. Pastu siap tunjukkan penumbuk sikit. Mesti tercebik-tecebik dia. Agak2 cebikkan dia tu dah takleh kontrol, blah. Best aper..carik gaduh ngan samseng dah sah-sah aku kalah kan?
Sepak pasu bunga jiran sebelah
Rumah aku end lot, so jiran yg betul2 sebelah belum pindah. Yang sebelah lagi tu jauh la pulak. Lambat betul jiran aku ni pindah. Ntah ada pasu bunga ke tak nanti. Before pegi keje sepak dulu sebijik kasik murah rezeki dan panjang umur. Esok sepak sebijik lagi, kalau nak rahmat besar sepak je sliding door dia. Hey..apehal la aku nak sepak pasu org ni???
Meludah
Macam macho je meludah kat public kan? Ala-ala samseng pun ada gak. Sure gerun org pandang aku walaupun aku pakai baju kurung time tu sambil pegang payung and sebelah tangan bawak beg plastik Maidin.
Gelakkan org buta jatuh longkang
Weh...tapi ni gila punya lahanat keji sial la...tak boleh..tak boleh...