2022-08-10

Perempuan yang berdikari tidak perlukan lelaki.


Post atas ni secara ringkasnya memberitahu bahawa perempuan yang berdikari sebenarnya tidak PERLUKAN lelaki. Perempuan begini MAHUKAN lelaki.

PERLU dan MAHU ada bezanya.
Seorang perempuan yang berdikari - yang boleh cari duit sendiri, yang berkerjaya, yang put food on the table, yang boleh shopping barang sendiri tanpa mengharapkan duit orang lain, yang boleh hire orang lain buatkan kerja untuk dia - adalah perempuan yang TIDAK PERLUKAN lelaki sebagai teman hidup.
Tetapi, tak bermakna dia tak mahukan lelaki.
Dia mahu, tapi kalau satu hari kau angkat kaki, dia takkan kejar kau balik.
Haa, gitu maksudnya.

Jangan salah anggap perempuan yang boleh buat banyak benda ni tak mahukan lelaki dalam hidupnya.
Tak. Bukan macam tu.
Perempuan macam ni, dia tahu dia boleh provide.
Dia hanya mahukan seorang lelaki yang boleh menyayangi, jadi kawan bersembang, partner untuk holiday sama-sama, dan yang paling penting lelaki itu mestilah setia.
Lelaki itu mestilah yang bagi her attention bila diperlukan.

Some lelaki (bukan semua), tergugat dengan perempuan macam ni.
They see an independent woman as a threat.
Tak pasti sama ada dia takut perempuan tu akan tinggalkan dia one day, ataupun dia rasa loser bila perempuan tu lebih hebat dari dia.
This kind of men memiliki mindset, perempuan (isterinya) tak boleh lebih pandai dari dia.
Walaupun dia tahu apa yang isteri dia buat/kata adalah betul, dia akan deny for the sake of menjaga egonya.
Tapi, the same statement yang isterinya cakap, kalau dicakap oleh kawan lelaki yang lain - baru dia percaya.
Nama dia nak agree apa yang isterinya cakap, memang tak.
Bagi dia, isteri tak mungkin lebih bijak atau lebih tahu dari suami sendiri. Isteri wajib bodoh.
Suami yang mesti bijak dari isteri. Gitu.

Hello brader. Now, things are so different in the 21st century.
These days, more women are steadily making boss moves.
Perempuan sama-sama bersekolah, sama-sama masuk universiti, sama-sama berkerjaya, sama-masa berduit, sama-sama berjawatan.
Dan di zaman online, we can't deny the fact that ramai perempuan yang make more money than ever.
Sama ada sebagai entrepreneur, working women atau stay-at-home mums.
Tak, bukan aku nak cakap perempuan dah sama taraf dengan lekaki. No.
Maksud aku adalah, perempuan juga bijak seperti lelaki, boleh memberi pandangan yang bernas seperti lelaki, boleh menjawat jawatan hebat seperti lelaki, layak mendapat bayaran gaji yang sama seperti lelaki, mampu berbelanja seperti lelaki.
Maka takde sebab isteri sentiasa wajib jadi bodoh dari suami.
Melainkan kau yang nak dia jadi bodoh.

Yang peliknya, masa belum bercinta, bukan main lagi sukakan perempuan yang ambitious, yang go-getter, yang tahu bawa diri, yang pandai urus diri, yang berani, yang itu, yang ini.
Tapi bila dah kawen, semua perkara yang dulunya dia suka dah jadi satu ancaman pulak.

Ini 👆🏻. Memang wujud ya, lelaki yang get intimidated bila pasangannya lebih hebat.
Once upon a time, seorang lelaki telah bengang bila result exam aku 3 point above setiap semester.
Mula-mula tu dia proud.
Dia yang over bertanya result kawan-kawan lelaki yang se-course dengan aku result dorang apa.
Bangga bagitau aweknya dapat berapa.
Lama-lama kejayaan aku jadi threat.
Asal aku cakap taknak keluar sebab nak study, dia bengang.
Mulalah kata aku abaikan dia lah, aku dah berubahlah.
Maybe because of so much pressure for him to do better membuatkan dia mencipta kesalahan untuk aku tanggung.

Sampai ke satu tahap tu bila aku keluar ke cafe tapau makanan sendiri - ini pun jadi satu ancaman untuk dia.
Seolah-olah aku dah tak harap kat dia lagi.
Dah tak nak makan bersama, dah taknak mintak dia tolong tapaukan.
Lepas tu tuduh aku "Ye lah, orang pandai, every sem 3 pointer, mana sepadan dengan kita". Drama.
Padahal kita nak cepat.
Balik karang nak sambung buat assignment, nak study, nak siapkan kerja lab.
Kalau nak tunggu kau habis kelas baru nak makan, pukul berapa kerja aku nak siap.
Tak boleh ke kita bertenet bila sama-sama free? Wajib ke setiap masa makan sama?

Depending on someone else untuk segala benda, sangat memenatkan ya.
Mana yang aku dah boleh buat, aku buat jelah.
Bukan tak appreciate jasa dan budi dia, tapi at one point kita dah boleh buat sendiri.
Benda boleh buat sendiri, takkan semata-mata nak menjaga hati maka aku tetap tunggu dia buatkan?
Aku ni jenis yang bila aku dah figured out things, I don't see a reason asking someone else for help anymore.
Maybe sikap beginilah yang some lelaki tak suka.
Dia taknak perempuan grow.
Dia nak perempuan kekal menempel kat dia supaya dia nampak hebat.

The thing is, perempuan yang hebat mahukan lelaki yang lebih dari sekadar boleh tolong tapaukan makanan.
For these women, it’s nice to have a man.
But they want a man yang can get them something they don’t already have or can’t get for themselves.
Contohnya apa?

Ok macam ni.
Not all "something" are THINGS.
Especially bila perempuan boleh dapatkan that THINGS sendiri.
These women mahukan things like attention, affection, deep conversation, lelaki yang strong character, loving person, dan protective (bukan obsessive).
THINGS yang sesekali berlaku contohnya servicekan kereta, gantikan tong gas (kehkehkeh), atau panjat bumbung. Yang ni perempuan suka laki buatkan. 
Kalau setakat perempuan tu boleh settle bil api air sendiri, pegi pasar alone, eat alone, oustation alone - yang ni takyahlah nak insecure.
Tak luak sikit pun kewibawaan seorang suami kalau isterinya boleh semua tu. 

Lelaki yang pasangannya yang independent, adakalanya boleh menjadi insecure.
Tahap insecurenya tak boleh bawa bincang.
Again, once upon a time, lelaki itu pernah men-follow aku outing senyap-senyap.
Padahal aku outing dengan geng-geng perempuan.
Terperanjat aku tengah sedap-sedap makan KFC, terpandangkan kelibat dia menyorok belakang tiang, tengah peratikan aku.
Serta-merta aku jadi marah.
Asal-asal aku tak meluat dah jadi menyampah.
Like, kau takde life ke? Kau takde assignment nak buat ke?
Banyak nau masa kau mengekor aku seharian. Dapat apa?
Ini adalah contoh karakter LELAKI LEMBIK, ya.
Benda paling best terjadi dalam life dia adalah awek dia.
Sebab tu dia jadi possesive.

That's why quote tadi "A man is only insecure about a woman when he knows she deserves better".
Lelaki yang macam tu tahu pasangannya hebat dan dia bukanlah calon yang sepadan.
Sebab itu dia jadi possessive.
Hidup bersama wanita yang berdikari mungkin mendedahkan kelemahannya.
Dalam banyak kes, sesetengah lelaki berasa tercabar bila pasangannya developed a natural inclination to do things that only men would normally do in relationships.
Rasa insecure tu yang buatkan lelaki meloncat bila melihat wanita jadi independent.

Boleh jadi juga semua ni terjadi sebab sekian lama dalam culture melayu khususnya lelaki, diportrayed as the caretakers, sementara perempuan were seen as the homemakers.
Jadi bila sekarang perempuan kelihatan seperti taking over the role of the provider, it becomes a problem to the society.
Tak dinafikan ada lelaki suka jadi breadwinner.
Alhamdulillah, baguslah.
Kalau semua suami provide siapa yang tak suka, kan.
However, now things are rapidly changing.
Perempuan berdikari bukan lagi satu benda yang pelik.
Tak perlu rasa tergugat pun, melainkan perempuan tu biadap dan merendahkan keupayaan suami.
Kalau setakat isteri keluar pi beli groceries sendiri, go outstation driving alone, pasang cabinet TV, mampu beli kereta, angkat beras 10kg sendiri - tak payahlah tergugat.
Lelaki yang have a hard time seeing a woman’s role goes beyond cooking and cleaning adalah lelaki yang mindsetnya sakit.

In many cases, perempuan yang ada strong karakter seperti self-assured, confident, ada stable career, selalunya disalah anggap sebagai arrogant, keras kepala, kering hati, tak boleh bertolak-ansur dan tak perlukan lelaki.
Perspektif yang salah tu. 
When a woman is already hit certain level or age, she can no longer tolerate drama. Dah malas nak layan benda yang drain her energy.
Mereka ini lebih straight forward.
Passing the wrong perspective could put a woman in a position where she is seen as someone that is too independent and doesn’t need a man - this is not true.


2022-08-09

Dusty Pink Tits pergi staycation kali pertama.


Flat aku seharian today.
Penangan berjimba on weekend dengan Dusty Pink Tits.
After so many years, setelah grad 22 tahun, baru kelmarin dapat staycation bersama-sama.
Kena tunggu anak masing-masing dah besar sebenarnya baru dapat buat program ni.

Alhamdulillah, friendship yang started sejak dari matrikulasi 27 tahun yang lepas, masih berpanjangan sampai sekarang.
Berjumpa makan-makan tu biasa, tapi bermalam bersama selepas berkahwin - belum biasa.
Suami masing-masing sporting berjemaah melepaskan isteri-isteri bercuti 1 malam.
Tak jauh mana pun, kat Le Meridien IOI City Mall je.
Saja pilih hotel yang attach dengan mall.
Senang nak makan, tak payah keluar merayap.

Aku tak bawak kereta. Malas.
En Wan hantarkan ke hotel, lepas tu dia terus balik.
Plan hari Sabtu tu, 4.30pm di Dolly Dimsum.
Seperti biasa, setiap kali perjumpaan, masing-masing kena ready satu hadiah.
Nanti akan buat undian untuk siapa bagi siapa.
Aku sampai-sampai je lobby, letak beg, zassss terus pi cari hadiah dulu.
Tak sempat nak beli hadiah awal.
Kebetulan memang nak beli kasut sneakers.
Padahal keluar dengan En Wan selama ni, manjang je tak jumpa yang berkenan.
Hari tu hanya ada 15 minit je sebelum 4.30pm, dalam keadaan rush tu, helok pulak jumpa yang berkenan.
Terus sarung, eh fit pulak. Tak payah try saiz-saiz lain.
Terus bayar dan kat situ juga aku salin kasut baru.
Then cari hadiah, bayar dan zassss ke Dolly Dimsum.
Helok pulak sampai sana tak sampai 5 minit tunggu, dah dapat masuk (sebab kena queue).

Selama ni setiap perjumpaan ada temanya.
This time, white and blue jeans.
Senang, takyah beli baju baru sebab masing-masing sure ada kaler ni.

Ahli Dusty Pink Tits yang penuh ada 10 orang. 2 tak dapat join. Tapi yang bermalam hanya 6 orang.
Lagi 2 stay sampai 10.30 malam saja. Port yang dipilih untuk makan-makan sesi pertama adalah Dolly Dimsum. Aku belajar makan Dolly dari budak-budak ni jugalah.
Lepas tu aku takleh nak stop. Kejap-kejap nak Dolly.

Ni antara food yang aku sempat snap. Ada yang aku lupa nak snap sebab sibuk makan.
Biasalah kan, kalau dah berjumpa ramai-ramai tu, dah tak teringat nak ambik gamba makanan.
Makanan-makanan dalam gambar ni pun bukan 1 je, ada yang 2-3 set. Boleh imaginelah betapa penuhnya meja kitorang hari tu. Tapi suprisingly, makan untuk 8 orang, hanya RM50/sorang.
Ok lah kan. Puas makan. Tapi, kalau korang nak enjoy makan dimsum sampai terbelahak, dengan ambience yang tenang dan view yang cantik, pegi Cyber Resort. Situ ada buffet dimsum RM55/pax, boleh refill banyak kali. Aku kalau pi Cyber Resort, sea coconut (lai ci kang) repeat sampai 3 kali.

Ini agenda seterusnya.
Agenda ni wajib setiap kali berjumpa, iaitu bertukar-tukar hadiah.
Undian dibuat on the spot. Siapa bagi siapa.
Kali ni aku bagi Rozie, dan kebetulan Rozie pun dapat nama aku.
Aku dapat baju tido pyjama. Dah pakai dah semalam 😁.

Hari Sabtu lepas, masa aku up gambar gathering ni ada follower tanya "Kawan-kawan Kak Di memang semua duduk KL ke?"

Eh tak. Ada je kat negeri lain.
Tapi, kebetulan dalam group Dusty Pink Tits yang 10 orang ni semuanya ada sekangkang kera antara satu sama lain.
Sometimes, some of them berjumpa sesama sendiri juga.
Cuma sesekali kitorang plan nak bagi berjumpa serentak macam ni.
Perjumpaan serentak macam ni yang selalunya bertema dan bertukar-tukar hadiah.
Saja je, untuk suka-suka.

Menyerlah sungguh kasut pink aku 😆. Dari jauh nampak kasut dulu.
Sebenarnya hari tu aku pakai kasut pengawas sebab aku kena kenduri kawen cousin aku dulu.
Kasut pengawas tu longgar, bila pakai selalu macam nak tercampak ke depan.
Masa beli dulu just nice je. Tak sampai sebulan dia jadi longgar sangat pulak.
Aku syak ini karang dengan budak-budak ni requires banyak berjalan.
Mau tertanggal kasut pengawas aku karang. Tu yang terus beli kasut baru tu.

Aku tengok gambar ni baru perasan dak Enon lari dari tema 😆.
Ni mesti kes baru balik dari kerja tak sempat salin baju ni.

Ni namanya tua bersama-sama.
Dari umur belasan hingga ke umur 45 tahun, masih gila bersama-sama. Nak dapat peluang bermalam together without suami dan anak-anak, lama menunggu sampai dah beruban rambut masing-masing.
Alhamdulillah, anak-anak dah boleh jaga diri sendiri, suami pun bagi green light.
Jangan ditanya berkali-kali ya, suami bagi green lite satu kali je terus zassssssssssss.
Jangan tanya-tanya lagi "Betul ke boleh ni?". Jangan.
Karang dia bertukar pikiran.

Plan asalnya lepas mentekadarah Dolly nak main bowling.
Konon nak mengimbau zaman belajar dulu asal outing je main bowling.
Ke laut jawabnya bila dah berjumpa ni kan.
Aku dah agak dah memang takkan jadi punya main bowling ni.
Check in pun pukul 5pm. Hotel penuh orang.
Lepas makan, terus naik bilik solat Asar-Maghrib.
Lepas Maghrib turun makan lagi.

Sebenarnya aku risau kena halau dari hotel je. Sebab suara masing-masing macam petir.
Ini lepas Maghrib nak turun ke mall semula untuk cari makan. 
Padahal idok le lapar sangat tapi saja nak buat syarat sambung bersembang. 
Dapat pekena teh tarik barulah sedap.
Maka, kitorang pun ke Sepiring.

Sebelum nampak Sepiring, nampak lobby hotel dulu. Maka wajiblah stop kejap untuk bergambar.
Nak berkumpul ramai-ramai macam ni bukan selalu. Nak pulak waktu malam. Kau ingat senang bini-bini orang nak terlepas malam-malam. Maka, gunakan peluang ni sehabis baik.
Selagi galeri henfon tu tak penuh, kita jangan stop bergambar.
Pantang ada orang melintas mesti kena tahan tolong ambikkan gamba.

Ini je yang aku sempat snap. Dalam pada kenyang taknak makan tu kan, penuh juga meja aku tengok.
Sebab tu aku tak percaya kalau kawan-kawan aku kata dah kenyang.
Perut sepesen aku je semua ni. Jenis perut 4 compartment.
Yang order rojak buah, yang order pasemboq, yang pulut hitam, yang kuih keladi.
Yang pasti teh tarik semua habis. Teh tarik Sepiring memang camni ha 👍🏻👍🏻.

Semua ni masa kat Uni ambil bowling as aktiviti senggang.
Bukan nak main sangat pun, nak cukupkan kredit je.
Sambil-sambil tu boleh merayap cuci mata kat mall.
Bowling centre kan kat mall.
Sekali jalan boleh beli jajan-jajan sekali.
8 orang ni takde satu pun dari fakulti seni kreatif, tapi 5 dari kami ambil seni kreatif as generic course.
Bayangkan budak sains ambik seni kreatif. Huru-hara!

Reason kitorang ambil seni kreatif adalah taknak ambik another paper bertulis semasa exam.
Cukuplah course masing-masing kena banyak mentelaah.
Biarlah generic course yang tak perlu membaca pulak.
Sekali, seni kreatif lagi susah wei sebab markahnya dinilai dari stage performance.
Kalau audience tak bagi respond kat performance kitorang, jawabnya drop la pointer masing-masing.

Aku rasa stress lecturer yang dapat kitorang as student.
Jenis kayu tak reti berlakon sekali ambik course Basic Acting and Teater.
Sayang betul la zaman dulu takde henfon berkamera.
Kalau tak, mesti banyak gambar kitorang tengah perform.
Masa tu daring betul aku. Berlakon teater perumahan setinggan berebut paip air.
Rileks je keluar stage berkemban kain batik dengan tuala lilit kat kepala.
Seb baik masa tengah bertekak tak tertanggal kain kemban aku.
Kalau tak, teater setinggan bertukar jadi tiger show.

Sembang punyalah tak ingat sampai staff Sepiring dah naikkan kerusi atas meja kitorang masih kat situ.
Halussss je staff dia bagi hint. 
Yelah yelah, nak balik lah ni.

Lepas settle kat Sepiring, 2 orang terus balik sebab tak join bermalam.
Kitorang berenam ni, masuk Tesco dulu beli air and jajan.
Padahal baru lepas makan kat Sepiring, kan?
Tetappp nak beli jajan lagi.
Lepas kat Tesco kitorang berenam keluar pi Cyberjaya cari Starbucks pulekkkk.
Sebab tu aku kata budak-budak ni kalau dah berkumpul, kau tak payah nak buat agenda main bowling ke, tengok movie ke, apa ke.
Memang plannya makan je.
Lepas makan, makan. Lepas makan, makan.
Dah pukul 11pm masih lagi boleh plan lepak minum-minum.

Kali ni aku tak pilih Java Chips.
First time merasa Raspberry Blackcurrent. Sedap.
Just nice la dengan perut aku yang dah sengkak kekenyangan masa tu.
Kalau minum Java Chip karang terbelahak pulak.

Sejam lebih jugaklah menceceh kat dalam ni.
Padahal semua bermalam kat hotel, boleh je sambung bersembang kat bilik, kan.
Tapi tu lah, nak ambik peluang merayap malam. Bukan selalu terlepas gini.
Kau bayangkan 6 orang bergumpal dalam satu kereta. Yang dua kat depan tu bolehlah mengangkang.
Yang 4 orang kat belakang ni terkemut macam buat senaman Kegel. Kahkahkah.

Ini aktiviti pagi-pagi buta. Lepas balik dari Starbucks, kitorang berkumpul satu bilik kejap untuk ambik gambar berbaju kaftan. Baju kaftan disponsor oleh Cheq.

Main objektifnya ini ha.
Masing-masing nak menceceh sambil pakai mask.
Mengimbau zaman blajo dulu katanya.
Tapi bila pakai mask sambil pakai tudung ginilah jadinya. Huru-hara mask jadinya.
Nak snap 1 gamba jenuh sebab masing-masing pakat gelak tengok muka orang sebelah.
Nasib tak kena halau keluar hotel.

Dah settle bergambar melepak lagi.
Yang terer buat reels, buat reels.
Yang ada akaun tiktok buat video tiktok.
Yang malas macam aku, sambung tengok video sambil gelakkan orang 😆.
 


Percayalah, nak menunggukan Ina buat video ni, sampai nak muntah aku dengar "Sopan santunnnnnn".
Jenuh nak tunggu dia siapkan video ni.

Ini kali ketiga kitorang melepak bersama-sama kat cafe Latest Recipe Le Meridien.
Sebab buffet dia sedap. Puas hati. Awal kitorang turun hari tu, 7.30am dah terpacak kat bawah.
Punyalah taknak bazirkan masa sebab kejap lagi dah nak balik.
Entah bila dapat moment like this lagi. Jadi, pastikan masa yang ada ni gunakan sepuasnya untuk bersembang lagi dan lagi. Padahal kat whatsapp group pun bersembang juga.



Port wajib setiap kali makan kat sini, memang akan snap satu di palang-palang kayu ni.
Kali ni temanya purple.

Kat tepi swimming pool ni memang banyak gambar, tapi aku malas nak letak semua ni.
Muntah karang tengok makcik-makcik purple berposing.
Yang penting, kau ada pose cover album kumpulan rock macam ni? Takde, kan?
Aku tak tahulah ini kumpulan rock ke, panca sitara.
Yang penting muka masing-masing konfiden.

Yang belakang sekali tu memang kejadian dia gitu.
Orang lain pandang kamera, dia pandang langit.

Di sebalik sebuah gambar yang menjadi, ada kerjasama yang kuat untuk bagi gambat jadi.
Sampai mencangkung tertonggeng semua ada. Takde hal, janji gamba semua ok.

Nampak nau aku sorang je yang tak paham assignment.
Orang lain pandang tempat lain, aku sorang pandang kamera. Kahkahkah.
Aku syak budak-budak ni tak perasan aku sorang je pelik dalam gamba ni, kalau tak mesti aku dah kena maki kat situ hari tu. Selamatttt.

Kolam ni bukan pool hotel, tapi kolam depan IOI City Mall.
Sementara orang belum ramai, dapatlah bergamba gini.
Tapi bila orang tak ramai, tak dapatlah panggil mintak ambikkan gambar, terpaksa gilir-gilir.

Lepas bergambar, makan lagiiiii. Inilah yang bestnya staycation tepi mall. Makan takde masalah.
Masalahnya cuma kejap-kejap nak makan. First time aku try sini, not bad jugalah.
Tak lapar sangat pun, tapi like I said, bila dengan member-member yang enjoy food, rasa seronok pulak nak try makanan itu ini. Ini kalau dapat melepak Penang ni, mau dari Penang lajak sampai ke Perlis kitorang cari makan. Boleh plan dah ni 😁.

Diakhiri dengan gambar celebration birthday untuk yang baru lepas celebarte dan yang bakal celebrate - Rozie, Hele, Azizah dan Nenie.
Happy 45th to us!

Semoga proposal ke Penang siap sikit masa lagi 😆.


2022-08-04

Keyword is PELUANG LEBIH CERAH.


Sedih juga bila beberapa orang blog readers bagitau kekecewaan anak masing-masing tak dapat sambung belajar ke program yang dorang nak.
Dan blog reader aku ni tengah dilema anak demotivated nak belajar kalau tak dapat course yang dia mahu.
Now tengah calculate-calculate nak hantar anak-anak ke swasta.
Kalaulah anak-anak kita semua tahu betapa mak bapak pening kepala mikir mana nak cari duit untuk pastikan anak-anak sambung belajar, mesti tak tergamak nak minta sambung ke private college.
Tapi aku faham sangat mak bapak sebab aku pun mak juga.
Sedaya mungkin, asalkan anak nak sambung belajar, gigihkan jugalah korek mana yang ada, asalkan anak tak kecewa.

Ada sorang tu cakap anak dapat 9A, dah dapat interview JPA and YTP tapi dua-dua gagal.
Anak bertambah kecewa bila kawan yang hanya 7A dapat YTP.

Macam ni, ya.
Like I said hari tu, result SPM kita hanyalah tiket untuk memohon program yang kita suka.
Lebih cemerlang result, lebih banyak pilihan kita boleh memohon.
Keyword is PELUANG LEBIH CERAH. Tetapi, belum tentu dapat.
Samalah macam mencari kerja.
Lebih cemerlang result kita, lebih besar peluang untuk dipanggil interview, tetapi belum tentu lagi berjaya.

Hari tu aku ada cakap, masa Redza SPM, kitorang letakkan syarat minimum kena 7A, dan syarat A adalah Add Maths, Bio, Fizik, Kimia, English dan 2 subjek lain.
Untuk JPA pula syaratnya BM taknak A-.
Redza tak lepas memohon JPA sebab satu-satunya A- dia adalah BM. Bye bye lah jawabnya.
Disebabkan dah tahu requirements YTP and JPA hanya perlu 7A, that's why kitorang tak tekan dia untuk dapat sampai 9A.
Tetapi kitorang cakap, kalau dia nak cipta satu kenangan istimewa untuk diri sendiri, straight As will be better.
Tapi tak dapat pun takpe, yang penting 7 subjek ni kau kena A.

That's why untuk apply JPA/YTP, tak perlu semua-semua A.
Cukup syarat minimum, pasti dipanggil interview.
Tetapi, bila dah sampai hari interview, result SPM dah tak dipandang lagi.
Result tu hanya tiket masuk ke interview.
Semasa interview, tiket dia tak pandang dah.
Dia nak tengok boleh bercakap ke tak.
Aku tak sure apa lagi yang dia tengok, maybe kewibawaan, personality - entah I don't know.
Tapi yang pasti tak semestinya straight As saja berjaya.
Yang hanya 7A, kalau semasa interview he did well, tetap diterima.
Boleh jadi kawan anak yang hanya dapat 7A tu semasa interview dia buat dengan sangat baik. Agaknyalah.

Hari tu tanya Redza dia roommate dengan siapa.

"Roommate Redza orang Tganu. Pandai, Ma. 11A"

Aku balas "Dia dapat 11A sebab dia ambil 11 subjek. Redza 9A sebab Redza ambil 9 subjek. Kalau Redza ambil 13 subjek, agaknya Redza 13A"

Haaa, kau nampak tak bila seorang motivator wannabe memberi kata-kata hikmah? Hahahaha.
Tak, bukan apa.
Anak-anak ni tengah dalam transisi dari sekolah ke dunia kolej.
Mesti ada sikit-sikit rasa insecure, jadi sebagai ammak, perlu coolkan dia sikit.
Ini 'problem' biasa.
Masa Redza masuk MRSM dulu pun dia pernah cakap "I don't belong here, Ma. Kat sini ramai dapat 6A".
Dia kan dulu hanya melepasi minimum requirement saja, 3A3B.
Tahun dia adalah tahun pertama KBAT, jadi minimum memohon adalah 3A3B.

Masa Redza habis interview YTP hari tu, katanya dia confident dengan jawapan in english tapi kurang konfiden dengan soalan yang dijawab dengan Malay.
Yang soalan in english dia jawab dengan panjang lebar. Yang BM agak kureng.
Tapi kitorang sedapkan hati dia "Syarat permohonan YTP tak minta subjek BM lansung. Program ni pun ke luar negara, dah tentu dia nak tengok profiency in english. Maybe dia tak kisah sangat bab BM kau yang ke laut tu, yang penting isinya ada. Yang penting Redza bercakap, jangan diam".
Gitu maknya menyedapkan hati.
Maknya kalau membagi kata-kata yang menyedapkan hati memang pakarlah. Kahkahkah.
Melibas pun boleh tahan juga maknya. 
Bukan apa, aku risau juga kalau-kalau Redza buat diam kat dalam tu.
Maknya kemain lagi berbuih-buih bagi talk kat graduan tips semasa interview.

Program Asasi pun ramai yang mengadu anak tak dapat course yang dia mahu.
Inilah sebenarnya yang aku sangat risau.
Takut dapat course lelong.
That's why kitorang pesan Redza kalau program Asasi ni, kena pastikan merit tinggi.
Especially kalau nak UM, merit mesti at least 92. Memang tinggi.
Kalau lepas merit ni, insyallah dapat UM dan dapat program yang kau nak.
Kalau tak, dia akan offer course lain.
Paling tak best, kalau kena course lelong.
Course lelong ni adalah course yang belum penuh student.
Tapi program kena jalan juga.
Jadi, dia offer kau that course.
Redza hari tu pilihan pertama UM, kedua UKM.

Oh by the way hari tu ada someone share kat aku screenshot seorang parent yang katanya program IGCSE MRSM adalah program paling bodoh sebab tak bagi benefit apa-apa.
Aku tak tahulah apa yang dia tahu tentang program IGCSE ni sebab anak dia pun tak masuk MRSM IGCSE.
Dia kata IGCSE tak menjanjikan apa-apa.
Eh siapa kata, pakcik?

Kawan-kawan Redza yang sama-sama dapat straight As IGCSE dulu ada je yang quit MRSM terus buat foundation kat private college, tak ambik SPM pun.
Maybe pakcik tu ingat siapa score IGCSE akan dapat tajaan.
Dulu, ya. Tapi now tak lagi.
Tetapi, IGCSE tetap laku.
Kau boleh guna result IGCSE tu untuk skip SPM terus ke foundation.
IGCSE cert diiktraf dunia ya, pakcik.
Redza pilih untuk ambil SPM sebab mahukan tajaan penuh.
Tak salah aku, yang guna IGCSE hanya ditaja semasa foundation saja.
Bila sambung Bachelor pakai duit sendiri.
But still, ada kelebihan IGCSE, kan?

Masa Redza ambil exam nak masuk MRSM dulu pun selain dari ujian bertulis, ada interview.
Interview conducted in english (sebab program IGCSE).
Seram juga sebab masa tu dia baru 12 tahun, belum ada pengalaman interview.
Kitorang pesan "Jangan diam. Mesti bercakap".
Bila aku tanya "Soalan apa Redza dapat?"

"Dia tanya pasal lencana sekolah Redza. Dia minta Redza explain makna semua yang ada pada lencana".

"Abis Redza jawab apa?"

"Redza goreng je, Ma. Asal lojik, jadilah".


Aku harap Rayyan esok time interview mintak-mintak orang tu tanya pasal iPhone.
Mahu setengah jam dia bercakap depan tu.
Silap-silap penemuduga tanya awak jual iPhone ke?


2022-08-03

Kalau nak cerita pasal banding-membandingkan, boleh je aku nak bandingkan dengan orang lain.


Padahal post aku kelmarin nak cerita pasal Redza.
Tapi ada beberapa orang lebih berminat bab En Wan menguruskan anak-anak.
Dah jadi satu episod lain pulak bila isteri cakap "Suami saya tak macam tu Kak Di. Semua benda lepas tangan. Saya kena handle semua hal dalam rumah termasuk anak-anak".

Kebanyakkan cerita-cerita macam ni datang dari isteri.
Biasalah, orang perempuan suka bercerita. Macam aku juga.  
Mungkin apa yang isteri-isteri ni ceritakan pada aku, betul.
Tapi boleh jadi ada perkara baik tentang suami yang tak diceritakan.

Kebanyakannya lebih kurang je jalan ceritanya.
Statement like "Kalau ikut hati, saya nak bercerai. Tak guna berlaki kalau pemalas tapi semuanya nak senang".

Tak dinafikan ada suami ‘manja'.
Dia tengok isteri kuat bekerja, buat part time 2-3 macam jenis business, boleh uruskan hal-hal rumah, boleh manage anak-anak - lama-lama suami rasa selesa.
Isteri boleh top up mana-mana perbelanjaan yang kurang.
Yang isteri pula, bila menguasai ekonomi, rasa hormat pada suami susah nak dipertahankan.
Lama-kelamaan nampak yang buruk-buruk saja pada suami.
Lebih-lebih lagi bila pendapatan isteri melebihi suami, seakan-akan nampak suami seperti malas bekerja.
Akhirnya terbit perasaan kalau sebahagian besar belanja dalam rumah ni aku bayar, buat apa nak berlaki?

Dulu, dari sudut kerjaya, En Wan kelihatan lebih berjaya sebab dia engineer.
Tahun 2000, sebahagian besar gaji local grad engineer (fresh graduate) sekitar RM1800-1900 saja.
Tak jejak RM2k pun, unless big company.
Kalau kilang, itulah gajinya. Tak sampai RM2K.
Tapi sebab En Wan overseas grad, dia start dengan RM2500, tak termasuk allowance.
Roughly dapat RM2700, sedangkan dia juga fresh grad.

Aku?
Ada double cert, with good grades - tapi start dengan RM1600.
Jawatan pun Sales Exec saja.
 
Kalau korang bila ditanya antara engineer dengan sales exec, mana satu lebih nampak berwibawa dan bijaksana?
Dah tentulah engineer, kan?
Siapa je la yang kagum dengan Sales Exec.
Jual barang katakan. Tak blajo tinggi pun boleh jual barang katanya.

Tetapi untungnya aku ada sistem komisyen, jadi pendapatan aku ketika itu menyamai gaji En Wan.
Bila dah naik ke Sales Manager, komisyen aku tinggi like crazy.
Masa ni ujiannya hebat.
Sebab, bila kau tahu kau bring more to the table, hati mudah nak terpeleset.
Mudah nak merasa powerful. 
Mudah nak rasa I don’t need a husband.

Jujur aku cakap, perempuan ni pendek akal sikit.
Asal duit berlebih je, dia mudah rasa I own the world, I don't a man.
Sebab merasa segalanya boleh dibuat dengan duit.
Dia tak pikir kalau sakit esok, siapa nak tolong jaga, siapa nak tolong bagi makan, siapa nak tolong mandikan. 
Toksah jauhlah, masa aku bersalin Rayyan, jadi vegetable.
Lembik layu, nak gosok gigi sendiri tak larat.
Mujur En Wan ada, dia yang gosokkan gigi aku, lapkan badan, salinkan pad.
Masa tu tak teringat lansung aku ada duit.
Tak pikir dah. Pikir ada orang nak uruskan aku je.  

Bila start buka company sendiri, segalanya start fresh.
Aku hanya mampu ambil gaji RM1500 sebulan.
Bayangkan masa tu dah ada anak, ada bibik, ada hutang kereta, ada hutang rumah, dan pelbagai komitmen lain - tiba-tiba kena ambil gaji sikit. SAKIT!
Ketika itu barulah nampak beruntungnya ada suami.
Baru sedar hebatnya suami aku. 

Selama ni semua kitorang share, tapi bila aku sengkek, En Wan bayar kesemua expenses.
Gaji aku yang RM1500 tu hanya cukup untuk buat bayar loan kereta aveo, duit tol, duit minyak dan duit belanja hari-hari saja.
Masa ni sebak tengok En Wan sikit tak mengeluh.
Entah apa yang dia terpaksa korbankan demi nak cover semua expenses supaya aku boleh concentrate dengan kerjaya baru.
Awal-awal membina company kan banyak pakai duit.
Minyak and tol mana dapat nak claim dari company sebab company pun belum ada sale.

Masa makan gaji dulu, duit gaji aku semua kat En Wan.
Walaupun kat tangan aku takde cash yang banyak, perasaan “powerful” tetap ada.
Sebab aku tahu duit aku ada, cuma dia yang pegangkan. 
Bila minta duit dari En Wan dan dia hanya bagi sekadar yang aku perlu, terasa sakit hati betul.
Rasa macam “Aku kerja macam nak gila, kau bagi aku banyak ni. Duit aku kot!”. Haaaaa gitu.
Tapi mengamuk dalam hati je lah 😆.

Nak beli majalah pun kena mintak izin dia. Sakit hati betul aku.
Pelik apehal nak kontrol duit aku. Bukan aku ke yang patut kontrol duit dia?
Duit gaji aku semua dia pegang, dan dia hanya bagi aku RM10/sehari untuk belanja.
Dah la dulu aku kerja merayap ke sana kemari.
Kalau dibuatnya tayar kereta aku pancit, mampus aku melopong tepi jalan tak tau nak buat apa.
Sakit hati sangat!
Nak mintak duit sendiri macam nak nak mintak pinjam duit dia pulak.
Tapi kat dalam hati je lah aku merempan.

Bila dah bertenang, aku pikir-pikir balik.
Memanglah dia pegang duit aku, tapi aku tak payah pikir apa dah sebab semua dia uruskan.
Aku tahu start enjin, jalan.
Kadang tu minyak pun aku tak check.
Dah halfway bawak baru perasan minyak full. Dia dah isikan.
Kereta pun dia tolong bayarkan. Tolong servicekan.
Smart Tag tak penah kosong, sentiasa ada duit.
Isi angin tayar, tukar tayar baru, tukar minyak itam, tambah air bateri - semua dia buat.

Sampai sekarang, dalam henbeg aku takde cash yang banyak. 
Kadang-kadang RM3 je 😆. 
Aku pulak selalu tak teringat nak check ada duit ke tak dalam bag sebab sekarang everything aku bayar pakai QR Pay atau TnGO Wallet. 
Hari tu masa mendaftar Redza nak beli air kat vending machine, check purse, alahaii RM3 je. 
Entah berapa lama RM3 tu ada dalam purse aku tak perasan sebab tak bukak-bukak. 
Kalau aku nak sangat cash, aku akan transfer ke bank kawan aku. 
Nanti dia keluarkan and pass kat aku time jumpa.
 
"Kenapa tak keluarkan sendiri?"
 
Sebab kad aku En Wan pegang.
Nak mintak dia keluarkan cash karang, terpaksa bagitau tujuannya untuk apa pulak. Malaslah.
Kadang-kadang takde sebab pun keluarkan cash, just nak rasa duit dalam purse 😆.
 
Agaknya sebab tu lah aku ditakdirkan dapat suami yang suka 'pegang' duit aku.
Sebab dia tahu aku bukannya perlu pun pegang cash, mengada je lebih.

Aku tak pernah tahu bila masa nak kena bayar kereta, bila masa nak kena service dan bila masa nak bayar road tax. Semua dia manage.
Jadi, walaupun dia pegang duit aku, but he manages all.
Nanti hujung bulan dia update “Duit dalam bank Di ada balance XXXX. Pastikan jangan usik YYYY sebab hujung minggu ni nak service. Lain-lain tu nak guna boleh”.
Kalau dia tak update aku macam ni, tau-tau je settle kat dalam tu.

Kalau aku nak beli baju, aku tanya dia dulu “Nak beli baju boleh tak?”
Bukan dia marah, tapi aku tak tahu apa benda yang aku belum bayar lagi because dia settlekan semua.

Banyak sebenarnya kekurangan aku ni, dan banyak lebihnya En Wan.
Walaupun dia nampak seperti bekerja dengan aku, tapi hakikatnya dia yang manage the company.
Aku buta-buta buat product development and marketing je sebab kat situ skill aku.
En Wan ni dengan experience dia as production engineer selama 15 tahun, memang dia yang selayaknya run XZIZ.
Aku ni stok menyusut pun aku tak tahu, stok sampai pun aku tak tahu, bills, tax, operation - semua aku passkan kat En Wan and staff.
Aku tak berapa minat nak uruskan bab tu. 

Ada isteri suka kalau suaminya handle semua hal.
Ada isteri stress terpaksa handle semuanya sendiri.

Ada suami memang tak mahu duit isteri.
Dia tanggung semua expenses, lansung tak guna duit bini.
Ada suami suka isteri sudi berkongsi..

Kalaulah diberi pilihan dah tentulah aku nak suami tanggung semua perbelanjaan.
Aku tak nak keluar se-sen,
Kalau boleh nak suami yang bagi peruntukan yang sangat banyak untuk aku shopping, siap tanya "Taknak beli henbeg baru ke bulan ni? Nah, abang topup RM20K buat beli henbeg" Gituuu berangan.
Itu kalau diberi pilihanlah.

Tapi kalau En Wan diberi pilihan agaknya dia pun  mesti dia nak isteri yang gojes 24 jam, body bak Priyanka Chopra, pandai masak laksana Chef hotel 5 star, tak kedekut berkongsi duit, dan rajin bagi hadiah kat dia 😆.

Kalau nak cerita pasal banding-membandingkan, boleh je aku nak bandingkan dengan orang lain - “Suami orang tu bayarkan kereta, servicekan kereta, isikan minyak tak guna pun duit bini”.
Boleh je cakap macam tu kalau aku nak cari pasal, kan. 
Tapi, nak buat apa?
Dah memang bahagian kita semua kena berkongsi, terima sajalah.

Aku ada kawan lelaki yang bayarkan semua hal-hal kereta isteri dia.
Isteri dia betul-betul guna kereta je. Satu sen tak keluar duit.
Kalau nak jealous, boleh je. Tapi nak buat apa, kan.
Yang nampak best kat tu je, hal lain belum tentu lagi dia best.

Dulu En Wan selalu cakap "Abang engineer kilang je Di. Gaji tak besar macam engineer offshore".

Betul. Tak besar mana.
Tapi laki aku always ada kat rumah. Tu yang penting.
Tiap-tiap malam ada depan mata.

Walaupun dia tak pandai memasak, tapi tiap kali lepas aku masak dia mengemas dan buangkan sampah.

Walaupun dia tak pernah basuh bilik air, tapi dialah yang akan kaup rambut-rambut aku yang gugur dalam shower.
Aku tak penah buang rambut aku sendiri sebab aku geli kot-kot bercampur dengan bulu dia. Kahkahkah.

Walaupun dia tak pernah tolong basuh berak anak-anak, tapi tengah-tengah malam tilam basah dek kencing budak-budak, dia yang bangun salinkan pampers, salinkan cadar sekali.
Dia kejut aku "Di, bangun jap, cadar kena kencing".
Aku bangun tapi sambung tido kat lantai.
Nanti dah siap salin pampers and cadar, dia kejut aku naik katil.

Aku faham apa yang semua isteri harapkan dari suami.
Tapi percayalah cakap aku, kita isteri-isteri ni sebenarnya terlalu banyak baca novel cinta and tengok drama melayu.
Suami-suami dalam drama tu semua memang wujud, tapi tak ramai.
Disebabkan tak ramailah maka watak-watak macam tu nampak best.
Ujian bersuamikan 'suami manja' memang berat.
Ada yang dah tersembam ke lantai.
Ada yang masih bernafas tapi paras-paras hidung demi nak menyelamatkan rumahtangga.
Keliru antara takutkan ketetapan Allah dan menahan sakit hati.
Bertambah sakit hati bila isteri celik mata pukul 5 pagi santak ke 12 malam bekerja non-stop.

Balik dari opis, terus 'punch-card' dapur.
Basuh baju, masak, lipat kain, mandikan anak, sapu rumah sikit-sikit lebih kurang, gosok baju.
Yang si laki terkangkang depan TV main henfon.
Siap order isteri buatkan teh o.
Elok je mata nak lelap, suami ajak bergentel pulak.
By the time nak menggentel mata kau dah separuh tertutup.
Ntah hape yang kau gentel pun kau dah tak nampak.

Maybe yang sedang tertekan dengan sikap suami tak mudah nak terima apa aku tulis ni.
Dia macam ni lah, kalau kita boleh bertahan, bertahanlah.
Teruskan saja apa yang sedang kita lalui dengan berlapang dada.
Hikmahnya tak nampak sekarang. Entah bila nak nampak, aku pun tak tahu.
Jadi, aku tak akan suruh bersabar, sebab aku tak menanggungnya.
Cuma itulah, kalau boleh bertahan, bertahanlah.
Kalau tak boleh, kita ada macam-macam saluran.
Mengadu pada mak bapak, minta nasihat.
Pegi pejabat agama, jumpa kaunselor, mintak pandangan.
Kemudian buat keputusan.



2022-08-01

Redza mendaftar ke Kolej MARA Banting.


1 Ogos 2022.

Redza mendaftar di Kolej Mara Banting untuk YTP International Baccalaureate (IB), tajaan MARA.
Program ni 2 tahun di sini dan 4 tahun di luar negara.
Tadi masa taklimat dari 14,000 application, 353 accepted.
Dari SBP ada 133 pelajar, MRSM ada 115 pelajar dan selebihnya dari sekolah kebangsaan dan others (maybe sekolah seperti KYS dan Permata Pintar).
Dari MRSM Langkawi 6 orang accepted ke program IB.
Redza kata batch dia around 20 orang dapat offer YTP, cuma berbeza-beza program.
Ada ke program YTP-A Level, YTP-Korea, YTP-Frace dan YTP-Germany.

Parents hanya dibenarkan drop student di asrama.
Masuk bilik pun tak dibenarkan.
Hanya letakkan barang dan zasss mak bapak ke dewan untuk taklimat.
Student terus masuk bilik dan kena kuarantin selama 2 hari sebelum menjalani orientasi.
Sekelip mata je anak aku dah hilang dari pandangan 😆.
Dah takde dah lambaian berserta tangisan macam tinggalkan Redza kat Langkawi first time dulu.
Dulu kemain lagi "Bye!"...pastu toleh lagi "Bye!"...toleh lagi "Bye"...pastu aku meraung.
Tadi "Ok Redza, apa-apa hal, whatsapp". Dah. 
Terus aku masuk kereta, zasss.

Kali ni perasaannya berbeza.
Yang pertama, sebab this is not the first time Redza berjauhan.
Ini pun dah besar rahmat kat Banting je. Dulu nun Langkawi.
Masa tinggalkan Redza kali pertama, dia masih kecil.
Belum tahu dia boleh adapt dengan suasana baru dan berjauhan dari keluarga.
Entahkan boleh ke anak aku uruskan masa, uruskan diri, belajar ikut time, etc.
Tapi kali ni, dia dah bujang, dah boleh urus diri, dah biasa menguruskan masa, boleh belajar sendiri dan dah pernah berjauhan dari keluarga.
Hati amma tak berdebar macam dulu.

Yang kedua, kali ni boleh guna henfon 24 jam.
Masa kat Langkawi, henfon hanya boleh guna masa dalam asrama saja.
Kat luar kawasan asrama tak boleh bawa keluar henfon.
Plus, henfon cokia saja allowed.
Smartfon tunggu balik bercuti baru collect dari warden.
Now, boleh guna henfon tidak akan diambil.
Gunalah kau. Bolehlah nak video call ke apa kan.
Tapi aku doubt la si Redza ni nak call aku.
Whatsapp aku pun kadang dia tak baca.
Maklumlah, "Redza tak kesahhhh".

Yang ketiga, kali ni dekat.
Dulu kan jauh.
Everytime nak balik semula ke Langkawi perlukan at least 1 hari untuk preparation - nak beli makanan dia, belikan stationary tambahan, belikan spender, stokin and seluar track buat tambah-tambah, masa tu lah nak cari selipar, nak beli kasut baru.
Sehari sebelum fly dah kena susun barang-barang dalam beg.
Lepas tu nak kena bersiap awal nak ke airport, nak prepare tiket flight, nak isi borang perlepasan student naik flight bagai.
Renyah juga. Tapi, 5 tahun jugaklah kitorang hadap renyah tak renyah pun.

Tadi masa drop off student kat asrama, nampak ada student yang bawak banyak barang.
Beg baju saja sampai 3 beg besar, dengan beg plastik penuh makanan segala.
Bila tengok plat kereta - R. Ada yang P. Ada T.
Kitorang boleh relatelah.
Suatu masa dulu kitorang pun macam tu.
Kalau boleh nak masukkan lemari dalam flight.
Alhamdulillah, kali ni Allah bagi dekat sikit.
Redza tadi bawak 1 beg baju je. Lepas tu bawak beg Ikea.
Aku rasa anak aku sorang je bawak beg Ikea tadi.
Dah macam anak terbuang je.
Mesti senior yang tolong angkat barang tu pun tertanya-tanya "Budak ni takde beg baju ke?" 😆.
Nasib baik nenek Bangi dia tak follow.
Kalau tak, aku yang kena marah tadi "Kau ni apa bawakkan barang anak dalam beg Ikea? Macamkan takde beg lain!".
Dia tak tau cucu dia "Redza tak kesah".

Tadi lepas hantar Redza aku terfikir "Bang, kita lansung tak preparekan barang-barang makanan maggi-maggi untuk Redza kali ni".
Sungguh. Langsung tak terfikir.
Maybe sebab dekat sangat, jadi malas nak beratkan badan bawak banyak barang.
Lagipun sana ada cafe, pandailah dia.
Entah-entah lagi panjang akal dia dari aku.
Tadi masa taklimat Pengarah dah bagitau, kat situ student dapat 5 kali makan sehari.
5 kali makan, ya!
Kat rumah pun belum tentu dia dapat makan 5 kali 😁.
Kalau budak-budak taknak makan kat dewan, boleh je makan kat cafe.
Tapi kalau Redza, aku percaya dia akan makan apa je yang ada kat dewan tu. Dia kan tak kesah.
Kalau Rayyan, aku rasa dia akan go for cafe everyday.
Dia kan stylo-mylo sikit kejadian dia.
Hari tu masa dia ada seminar at Malaysia City University, aku tanya dia "How's your day?"

Dia jawab "Adik suka la college tu, Ma. Cafe dia ada hot chocolate, ada crossaint, ada bagel..".

Itu yang dia spot dulu, boleh?
Aku hantar pegi belajar, cafe jugak yang dia perati.

Cuma sedih bila balik tadi tengok pintu bilik dia terbuka. Kosong.
Selalunya pintu bilik tu tertutup, tanda dia ada dalam bilik.
Pintu bilik dia hanya terbuka kalau dia takde dalam bilik - sama ada keluar atau turun dapur makan.
Tapi tadi masuk, kosong je. Sebaklah juga sikit.
Lagi satu bila bukak fridge tadi nampak bersusun botol-botol air 1L dalam tu.
Selalunya tak berderet sebab Redza kuat minum air.
Berbotol-botol dia bawak naik bilik.
Kadang tu aku nak bawak naik 1 botol pun dah takde botol dalam tu.
Tadi, bila aku tarik keluar 1 botol, sebak pulak.
Dah takde dah orang nak bersaing minum air dengan aku [minum air pun nak berlawan-lawan dengan anak 😆].

Tadi masa di sana, mak bapak pun boleh tahan. Some of them kita boleh nampaklah bukan calang-calang.
Kebetulan pula sorang student yang sama-sama dapat ke sana adalah student yang sama-sama dapat tawaran PNB dengan Redza.
Bak kata appa beliau "At least Redza masuk sini dah ada 5 kawan se-MRSM and kawan yang sama-sama dapat interview PNB. Papa dulu masa takde kawan. Dah la sekolah kampung. Bila orang minta perkenalkan diri, yang lain-lain dari SBP, dari MRSM, papa - saya dari Sekolah Menengah Belara. Part Belara tu slow je papa sebut takut orang kerut dahi ceruk mana sekolah ni."
Hahahaha. Aku dengan Redza dengar gelak beria.
Boleh imagine camana dia sebut slow tu.

Aku cakap kat En Wan, kita ni sebenarnya menumpang rezeki anak-anak.
Banyak benda sebenarnya kita menumpang rezeki anak.
Dari awal kawen, segala yang kita dapat ada sangkut dengan anak.
Beli landed house, sebab nak bagi anak selesa.
Kalau tak kerana anak, rasanya sampai sekarang aku and En Wan duduk menyewa kat apartment tu, because kitorang takde masalah duduk rumah kecik.
Tapi dek kerana anak, dapatlah merasa duduk landed house.

Beli kereta besar sikit pun sebab anak-anak dah semakin panjang.
Kalau tak kerana anak, agaknya sampai sekarang aku pakai je aveo tu.
Sabit nak naik berdua, buat apa kereta besar, ye tak?

Pergi Langkawi tiap-tiap tahun.
Kalau tak kerana anak ada kat sana dulu, tak sampai agaknya aku ke Langkawi tiap-tiap tahun.
Nak cari apa every year pegi sana, kan.
Tapi tulah, asbab anak di sana, kejap-kejap dapat berjalan ke Langkawi.

Pergi Disneyland.
Aku kan pentakut naik flight.
Kalau tak kerana anak, takde keje aku nak serabutkan emosi aku naik flight berjam-jam demi nak ke Disneyland.
Tapi kerana rezeki anak, sampai juga aku ke sana.

Gadjet.
Dulu nak beli henfon sendiri pun 44 kali pikir.
Tapi rezeki anak, boleh pulak sorang satu ada dengan desktop sendiri, laptop sendiri, henfon sendiri.
Laptop anak bertukar ganti.
Laptop aku sampai huruf A dah hilang, tetappp aku lenjan 😆, malas nak ganti.

Tu aku cakap kat En Wan.
Kita ni berkembang sebab rezeki anak.
Menumpang rezeki dorang je ni.
Ni esok lepas 2 tahun Redza sampai masa ke UK, kalau umur aku panjang, terpaksa jejak sana juga nampaknya.
Nama aku nak ke sana sesaja memang taklah, kan.
Jenuh laki aku memujuk selama ni, aku buat dek je.

Sedih tadi dalam kereta on the way back En Wan cakap "Selesai dah task abang untuk Redza. Lepas ni pandai-pandailah dia belajar, kita bagi support saja. Nak ajar pun kita tak pandai course yang dia belajar tu".

Aku bagi 100% credit kat En Wan.
Dialah yang paling bersungguh dengan anak-anak.
Dari Redza belum bersekolah, dia dah konsisten mengajar Redza membaca and menulis.
Redza umur 3 tahun dah tahu jadual - lepas papa dia solat Maghrib kena bawak flash card untuk study sama-sama.
Berterusan sampai dah sekolah rendah.
Every nite lepas Maghrib memang akan tusyen dengan papa dia.
Macamana lewat dia balik kerja (dulu masih kerja kilang), Redza mesti kena tusyen dengan dia.
Sampaikan masa Redza masuk Langkawi, Redza cakap dia takleh follow cara belajar di sana sebab dia selesa dengan cara bapak dia mengajar.
Tapi lama-lama dia dah boleh adapt.
Itupun setiap kali balik bercuti, tetap bapak dia continue mengajar.
Bapak dia ajar Fizik, Kimia, Maths, Add Maths.
Siap buat mock test tu 😆. Over kan bapak dia?

Kitorang tak pernah paksa Redza and Rayyan jadi the best.
Asal jangan out sangat.
Tapi En Wan secara tak sedar dah setkan satu standard yang tinggi melalui academic achievement dia.
Academic achievement En Wan quite strong.
Aku dulu sangat risau kalau Redza stress dengan achievement bapak dia.
Walaupun En Wan mintak dia buat cukup sekadar melepasi minimum requirement, tapi achievement En Wan sebenarnya mendorong Redza untuk cuba sehabis baik.

Ramai yang follow berita Redza masuk YTP ni tanya, macamana kitorang encourage Redza.
Actually cikgu-cikgu dia dan kawan-kawan di sekolah banyak bagi influence. Dia berada di environment yang terdorong untuk belajar. Kitorang ni jauh. Setakat bagi semangat tu bolehlah.

Kitorang tak pernah tekan Redza untuk go for "paling power".
Dari sekolah rendah lagi tak pernah minta Redza kejar nombor dalam kelas.
Hanya minta dia score subjek UPSR saja.
Tak naik pentas pun takpe, asalkan subjek UPSR score.

Di sekolah menengah, kitorang minta dia melepasi minimum requirement je.
Contoh, masa PT3, kitorang minta at least 7A dengan syarat semua subjek sains dan maths wajib A.
Sebab bapak dia kata "Budak MRSM kalau tak A subjek sains, no point belajar MRSM".
Dia dapat.

IGCSE, kitorang minta at least 5A. Dia bagi straight As.

Masa SPM, kitorang minta at least 7A (untuk lepas requirement YTP) dan merit above 92 (untuk lepas memohon UM).
Dia bagi straight As.

Kitorang juga tak pernah minta dia score Anugerah Pengetua setiap semester semasa di MRSM dulu.
Cukup jangan bawah dari 3.0 sebab kita nak dia berkonvo dengan baik.
Tapi dia bagi Anugerah Pengetua hampir setiap semester.
Seingat aku hanya 2 kali dia ter-missed.

Dia nak buat lebih, selagi tak stresskan diri, buatlah.
Untuk masa depan dia juga. No pressure from us.
Aku tak campur sangat hal-hal belajar.
Lebih suka bagi nasihat dan motivasi saja.
Biarlah bapak dia je yang handle bab belajar.

11 tahun En Wan pegang job tu, hari ni dia lepaskan pada Redza untuk handle sendiri.
Nampak muka En Wan lega, at the same time sebak.
Ni nak sambung job seterusnya untuk sorang lagi kat rumah ni.
Hat ni bapak dia hampir surrender sebab Rayyan ni tak macam Redza.
Bapak dia ajar macam ni, dia argue.
Siap dia pulak ajar bapak dia ikut cara yang dia paham.
Baru bukak buku dia dah tanya "Belajar hari ni habis pukul berapa?".
Gasakkk. Aku biarkan je 😆.

Hari tu ada follower IG tanya "Kak Di kecik hati tak kalau orang cakap Redza pandai macam En Wan?"

Tak.
You know me, guys. 
Aku kan jenis apa orang cakap aku dengar sekali lalu je 😆.
Kau puji, terima kasih. Kau keji, aku buat pekak.
Dia pandai sebab ikut genetik bapak dia ke, apa ke, yang kau cakap pandai macam bapak dia tu tetap anak aku. 
Bukan anak orang lain.
Yang penting bukan anak kau. Hahahaha.


2022-07-27

Ada ilmu dan ada credential - ini akan membantu.


Aku masih lagi terima ucapan tahniah untuk Redza.
DM kat IG aku tu dah macam IG Redza.
Berderet-deret ucapan tahniah.
Terima kasih, aku jawabkan bagi pihak, ya.
Minggu ni nampaknya aku dengan En Wan bersesoh nak menguruskan hal Redza.
Dengan medical checkup, dengan isi borang penjamin, dengan ke pesuruhjaya sumpah, ke LHDN mati stem, etc.
Minggu ni agak heavy sikit.
Dahlah 2 hari lepas anniversary Gloei yang ke-ompek.
Mujurlah ada staff kat ofis handle semua ni, kalau tak, tertiarap En Wan nak handle semua.
Hujung minggu ni baru nak keluar dari cadar dan tok nenek segala.

Tak sangka aku akan lalui momen ni sekali lagi.
27 tahun lepas, masa nak prepare masuk matrik, gini gak kekecohannya.
Tapi rasanya dulu at least ada jugak gap dalam 2-3 minggu untuk siapkan semuanya.
Bezanya, dulu hampir semua hal aku uruskan sendiri.
Masa aku ke matrik, umur Pak Aji sama macam umur aku sekarang, 44 tahun.
Pak Aji kerja makan gaji, tak boleh suka-suka minta cuti.
Kereta pulak sebiji je.
Kalau ada 2 biji pun tetap aku kena uruskan sendiri sebab Mak Aji tak boleh drive.
Nak tak nak, gagahkan juga menapak dari satu hujung ke satu hujung men-settlekan banyak perkara.
Dulu, kedai-kedai banyak kat Fasa 1.
Menapak aku berpayung panas-panas dari Fasa 3 ke Fasa 1 untuk ambik gambar passport.
Lepas tu, naik bas sendiri ke Kajang buat medical check up kat klinik Dr Sockalingam.
Lepas tu pi Pejabat Daerah untuk urusan cop-cop. Itupun, sendiri pergi.

Nak buat macamana, takde pilihan.
Kalau ada pilihan, dah tentu mak bapak aku tolong uruskan.
Mak aku punya konsep "Yang nak belajar kau, pi uruskan sendiri".
Yang sebenarnya dia takleh ambik cuti.
Kalau boleh, mesti dia tolong uruskan.
Untung anak-anak sekarang, mak bapak sanggup ambil cuti buat sama-sama.

Tak kurang juga yang berkongsi rasa sedih dan terkilan bila anak dan anak saudara tak dapat tawaran yang dimohon.
Ada yang tak dapat UPU first choice, ada yang tak dapat program first choice, ada yang langsung tak dapat apa-apa tawaran.
Aku tumpang sedih sama. Aku faham sangat perasaan tu.

Dulu, masa aku isi borang permohonan ke U, first choice aku minta UIA, second choice USM.
Yang seterusnya aku tak ingat.
Dua yang pertama je aku ingat.
Aku pilih UIA sebab aku nak ambik law.
Even masa isi borang ITM (dulu belum U lagi), aku mohon law untuk first choice.
Lama aku tunggu tawaran. Tak sampai-sampai.
Hampir putus asa. Sebab masa tu aku tak ambik Form 6.
Aku yakin aku akan dapat tawaran.
Sekali, kad ITM sampai. Dia bagitau permohonan diterima dan sedang diproses.
Tapiiiii, kat kad tu dia tulis permohonan aku.

Pertama: Accounting
Kedua: Banking

Aku macam, eh?? Masa bila aku mohon course ni?
Rupanya, Pak Aji gi tukar permohonan aku.
Bapak aku ni bukan apa, terpengaruh dengan cakap-cakap kawan dia yang course accounting and banking in demand.
Memangla in demand. Masalahnya, aku tak ambik subjek akaun pun.
Memang out lah permohonan aku.
Apa je yang ada untuk aku masa tu, hanya tunggu panggilan U.

Bila surat tawaran sampai, aku dapat UNIMAS.
Aku macam...aku letak ini pilihan ke-berapa?
Oklah, maybe UIA aku tak lepas.
Tapi, takkan USM pun tak lepas? Tak boleh jadiiii.
Kecewa sangat sebenarnya.
Orang lain dapat tawaran ke U, happy. Aku tak.
Tak ready nak pergi sejauh tu. Tak tahu apa nak expect.
Tapi disebabkan masa tu takde tawaran lain sampai, aku terima je dengan hati terbuka.
Lepas seminggu aku di sana, barulah surat USM sampai 😭😭😭.
Apesal lambatttttt?

Boleh je nak balik, tapi bila Mak Aji cakap aku kena matrik 1 tahun di Labuan lepas tu baru balik ke Penang, terus tak jadi.
Masa tu aku membayangkan 1 tahun sangat lama. 
Labuan sangat jauh. Taknaklah.
Kelakar pulak rasanya. 1 tahun Labuan kau tak nak. 
Tapi 5 tahun kat Kuching boleh pulak bertahan.
Maybe di UNIMAS dah tertulis rezeki aku.
Kalau dah bukan rezeki ke USM tu, tetap bukan rezeki.
Bolehlah pulak surat sampai lambat kan. Hmmm..

Jadi, aku boleh faham perasaannya bila kita mohon, tak dapat.
Tapi percayalah, kalau dah usaha sebaik mungkin tapi tak dapat apa yang kita nak, maka apa yang kita dapat pasti yang terbaik.
Sakit memang sakit untuk terima kenyataan.
Contohnya Redza. Redza sebenarnya nak ke Jepun.
Dia dah excited awal-awal belajar cakap Jepun, ada buku Nihongo bagai.
Dia memang aim ke Jepun macam papa dia, bezanya dia taknak ambil engineering. Dia nak sains komputer.

JPA and MARA sama-sama ada program ke Jepun tapi MARA hanya fokus ke engineering.
JPA ada engineering dan sains komputer.
Tapi, sains komputer Jepun tak sebaik UK.
Jepun ni kalau engineering powerlah.
Redza nak jugak ke Jepun.
Oklah, kitorang serahkan pada dia.
Ini cerita angan-angan sebelum ambik SPM.

Bila SPM keluar, Redza dapat straight As, tapi dia ada satu A-.
Dan A- itu adalah BM.
Biasalah kan, anak-anak aku BM memang paling ke laut antara subjek lain.
JPA punya subjek requirement semua Redza lepas, hanya BM saja tak lepas.
Requirement BM mesti sekurang-kurangnya A.
Oleh sebab itu, Redza tak layak JPA.
MARA punya requirement pula takde lansung BM, hanya English, add maths dan subjek sains.
Redza lepas untuk semua requirement ni.
Tapi, MARA punya program ke Jepun hanya engineering.
Bila dia dapat YTP MARA, agaknya betullah, sains komputer untuk Redza lebih baik di UK. Situ rezeki dia.

Kepada mak-mak yang luahkan rasa terkilan anak tak dapat tawaran yang dimohon, you are not alone.
Redza juga sebenarnya kecewa tak dapat ke negara yang dia nak, tapi orang tak tahu kan?
Kalau anak kita hanya dapat 1 tawaran, syukurlah.
Kalau dapat matrik saja, syukur.
Kalau dapat program kemahiran, syukur.
Kalau anak kita tak dapat sebarang tawaran dan dia bersedih kerana tak dapat, syukurlah sebab itu petanda anak NAK BELAJAR.

Dalam situasi sekarang, zaman tik tok youtuber instafamous bermaharajalela, tak ramai anak-anak nak sambung belajar.
Semua sibuk nak kaya awal.
Bila anak-anak masih mahu belajar, SYUKURLAH MAK BAPAK.
Usahakanlah hantar di ke mana-mana tempat asalkan dia nak belajar.
Sedih tengok dapatan kata 71% anak-anak muda tak mahu sambung belajar.
Tak mahu ambil SPM, tak mahu sambung degree.
Semuanya sebab taknak bergaji kecil.

Ni semua pengaruh persekitaran.
Sekarang ni anak-anak muda berlumba-lumba nak jadi famous dan nak jadi kaya.
Akal mereka hanya nampak duit adalah segala-galanya.
Ye lah, tengah muda. Muka tengah cantik untuk orang tengok.
Muka tengah laku untuk buat video hari-hari.
Badan masih kuat bekerja. Memang segalanya nampak duit.
Ilmu tak penting. Yang penting duit, boleh beli rumah cantik, kereta mewah, travel sana sini.

Dulu aku kerja sales.
Badan tengah muda, laratlah nak berkejar sana sini.
Pagi kat Melaka, petang dah ada kat Penang.
Esok dah ada kat KL balik. Merayap ke sana sini buat sales.
Badan tengah kuat katakan.
Muka pun muda, orang masih seronok tengok kita.
Lama-lama semakin tua, badan pun dah tak larat nak buat kerja yang sama hari-hari.
Nak travel melompat ke sana kejap, ke sini kejap, dah bukan aku dah.
Nak pakai skirt pendek belah depan pun dah bukan umur nak bergaya macam dulu.
Orang pun taknak tengok muka-muka tua buat sales, nak tengok muka-muka fresh dan muda pulak.
Mujurlah ada ilmu sikit, ada kelayakan akademik.
Dapatlah juga gunakan ilmu tu untuk beralih bidang.
Buat formula untuk produce produk, buat teaching, buat program dengan universiti.
Ada pula company lain hire untuk jadi product specialist dorang pula. Alhamdulillah.

Tak, bukan nak kata aku power.
Tapi nak tunjuk kelebihan bila ada ilmu, bila ada kelayakan akademik.
Lain, ya. Lain.
Akan sampai satu masa, famous dan glamour dah bukan milik kita.
Tak selamanya kita kekal di tempat itu.
Zaman aku blogging awal-awal dulu, ramai je yang famous.
Sampaikan dek nak jadi famous, orang sanggup memplagiat post dan personaliti orang lain.
Cerita cinta kita jadi cerita cinta dia 🙄.
Now, berapa kerat je yang masih relevan.
Mostly pilih untuk kehidupan yang lebih low profile.
Ada yang dah sibuk dengan kerjaya lain. Being famous dah bukan lagi priority.
Aku sendiri dah tak banyak menepek gambar kat blog.
Kita semua akan sampai ke satu tahap di mana kita dah tak kuasa nak menonjolkan diri lagi.
Masa tu, kalau ada ilmu dan ada credential - ini akan membantu.

Belajar kat Uni bukan wajib dapat kerja dalam bidang yang sama, hat ni anak-anak kena faham.
Getting a degree tu dah pastilah tujuan utamanya untuk improve job prospects.
Tapi ada perkara yang kita dapat, iaitu soft skills.
Our degree mengajar kemahiran insaniah yang kita perlu untuk thrive di tempat kerja.

"Kemahiran insaniah tu apa, makcik?"

Soft skills.
Kualiti yang membantu kita menjayakan apa juga tugas yang kita dapat sama ada keupayaan bekerja dengan baik dalam satu pasukan, atau menyesuaikan diri dengan perubahan dalam persekitaran.
Degree yang kita dapat tu actually show we have gained more from university than just a degree.
Contohnya, communication skills.
Ada beza cara bercakap orang belajar tinggi dengan orang tak belajar tinggi. Ada beza.
Kita boleh spot perbezaan tu.
Contohnya, suku-sakat datok kerek yang menyewa sebelah ofis aku dulu.
Aku tak tahulah staff-staff dia pungut kat ceruk mana.
Walaupun pakai kereta mewah, dari cara bercakap dah tau stok-stok tak belajar tinggi.
Aku tak reti nak explain, tapi kalau kau tahu, kau tahulah.

Kenapa aku cakap communication skills?
Because as a student, you have probably had to write A LOT.
Kau maybe involved dengan student journalism, tulis essay for your course, buat banyak bacaan untuk assignment, etc.
Even kalau course kau tak involve a lot of writing, kau masih kena correspond with tutors and supervisors via email.
Masa aku buat proposal program akademik dengan Uni, kitorang banyak kali kena produce surat, rombak syllabus, rombak kurikulum, lots if meetings and discussion.
Sampaikan big bos aku boleh tahu siapa yang type dokumne tu - "Ini bukan pensyarah yang type ni, ini mesti kerani dia. Kalau pensyarah takkan type macam ni sebab PhD requires a lot of editing".
Kau nampak tak? Jangankan communication, dari cara menaip proposal boleh tahu orang tu siapa.
That's why, belajar di universiti can greatly improve your written communication.

University bukan saja bantu you write, tapi bantu improve your ability to interact face-to-face with others.
Yang ini yang selalu aku perati dalam setiap interview yang aku buat.
Communication skill aku tengok dulu.
Aku tak tengok dah kelayakan akademik sebab aku tahu dari segi academik dia memang layak that's why aku panggil interview.
Aku nak tengok cara komunikasi.
Dan aku always ingatkan Redza, dalam mana-mana interview - BERCAKAP.
Cara kita bercakap memperlihatkan ilmu kita.
The way we talk, what we talk, bagaimana kita express pandangan - membezakan antara orang berilmu dengan tak.
Orang berilmu walau sembang kosong, kosongnya ada isi.

Keupayaan untuk bercakap memang ter-developed kat universiti sebab di sana kita banyak buat presentations.
Aku bersyukur masa kat Uni, setiap kali group project, aku jadi presenter.
It helped me a lot semasa interview.
Tak sangka pula aku jumped into sales. Lagi banyak kena buat talking.
Nak lagi kena present depan board of directors and ketua-ketua pengarah setiap kali nak masuk tender.
Lots of employers are desperate for employees with strong presentation and public speaking skills.
Sesiapa yang bercakap dengan baik semasa interview will greatly increase your chances untuk dapat that job.

Lagi satu soft skills yang dapat semasa di uni adalah critical thinking and problem-solving.
Masa kat U terlalu banyak task yang kita terima yag pada mulanya dianggap mustahil nak buat.
Sama ada soalan assignment, atau mathematical problem, atau kerja-kerja lapangan, you will have had to think outside the box, approach the problem from new angles, dan kadangkala terpaksa buat more research.
Inilah skill yang majikan nak kalau sesuatu projek stops running smoothly.
Majikan nak kita tahu cari inisiatif untuk teruskan projek tu.

Kalau kita ambil soft skills ni sebagai satu bentuk pembelajaran di uni, bukan semata-mata ijazah, insyallah keluar dari uni boleh hidup walaupun tak daoat kerja dalam bidang yang sama.
Kat uni secara tak lansung kita belajar importance of wellbeing, cara mengurus emosi, cara melibatkan diri dengan orang lain, cara bekerja dalam kumpulan, cara untuk jalinkan positive relation dengan orang lain – dan yang paling kritikal, how to have meaning in life.

Walaupun aku run a business, tak pernah terpikir nak anak-anak kerja dengan aku lepas habis SPM.
Tak pernah lansung berbincang hal ni.
Dan dorang pun tak terfikir.
Aku rasa dorang pun taknak kerja dengan bapak dia 😆.
Macamana pun kitorang always motivate them untuk sambung belajar.
At least habiskan degree. Lepas tu kau nak kerja apa pun, buatlah.
Ada beza orang berilmu dengan takde.
Sama beza antara orang yang pernah berkuli dengan tak pernah. Beza.
Cara berkomunikasi beza, confident level beza, perspektif berbeza, etc. 
Ada orang matang dengan ilmu. Ada orang matang dengan pengalaman.
Kalau dapat pengaruh yang baik, matang dengan cara baik.
Kalau dapat pengaruh tak baik, matang dengan cara susahlah jawabnya.

Satu benda yang kitorang takut hari tu masa Redza habis sekolah, adalah ketika dia merasa pegang duit gaji.
Inilah punca paling kuat kenapa anak-anak tak nak sambung belajar - sebab dah merasa pegang duit banyak.
Biasalah, takde pegang tanggungjawab besar.
Takde anak bini nak dibagi makan, takde hutang rumah, takde groceries yang nak disediakan, takde barang pasar nak dibeli, takde bills dan expenses tok nenek lain nak dicover - gaji RM1000 pun boleh rasa banyak.
Inikan pula kalau dapat sebulan RM30-40K, lagilah ke langit ke-7 terawang-awangnya.
Tu yang syok sendiri rasa hidup dah berjaya sangat.
Rasa selamanya akan dapat banyak sampai tak perlu dah sambung belajar.

Mak bapak, encouragelah anak-anak kita sambung belajar. Usahakan.
Taknak sambung bidang akademik, sambunglah bidang kemahiran.
Biar ada kemahiran, ada kepakaran, ada kelulusan.


2022-07-25

Kau merempan macamana pun, memang kena ada kuota ni.


Terima kasih pada semua yang wish tahniah pada Redza semalam.
Tak tereply semuanya.
Ramai betul mak pak angkat Redza.
Kalau aku mati, ramai boleh tolong-tolong peratikan dia.
Terima kasih atas ucapan yang baik-baik dan doa. Semoga doa yang baik-baik kembali kepada korang.
Dapat orang yang sudi mendoakan anak-anak kita pun dah satu rezeki, kan? Alhamdulillah.

Redza pilih untuk ambil program YTP di Kolej Mara Banting.
Diploma 2 tahun di sini kemudian sambung 4 tahun di luar negara, insyallah.
Aku cakap kat Redza, ini bukan usaha kita sepenuhnya. Ini rezeki.
Masa aku join menghantar dia interview hari tu, punyalah ramai di-shorlisted.
Dari sekolah dia je dah berapa orang.
Belum lagi budak MRSM lain, budak SBP, budak sekolah harian.
Memang tawakkal je lah jawabnya.
Kitorang pesan buat sajalah yang terbaik.
Nak compete pun calon yang layak untuk interview sangat ramai.
Muka-muka pun berkaliber je aku tengok.
Kalau tahap aku dulu berdiri kat luar pagar je 😆.

Pengambilan di Banting around 250 saja (if I’m not mistaken).
Jadi, aku bagitau Redza, competition is very high.
Semua pun berentap untuk tawaran yang sama.
Kalau dapat memang rezekilah.
Sebab di peringkat ini, takde apa sangat yang kita boleh buat.
Interview pun 1 jam saja in a group.
Rasanya di tahap ini, penemuduga dah tak tengok keputusan akademik lagi sebab yang dishortlisted semua memang layak.
Kat dalam tu dia nak tengok calonnya saja.
Dari sudut apa dinilai, kita pun tak tahu.
Maka, kalau dapat, bukan kerana kita sangat bagus tetapi sebab Tuhan dah janji nak bagi. Itu saja.

Redza sedih jugalah some of his friend tak dapat.
Dia tanya aku "Ma, kenapa XX tak dapat? XX tu english proficiency ok. YY pun kategori budak-budak prophecy dalam batch".

Kesian pulak bila Redza tertanya-tanya kenapa kawan-kawan yang sama-sama straight A's tak berjaya.
Itulah yang aku cakap pada Redza, di peringkat ni, kalau kita berjaya, bukan sebab kita hebat tapi memang Allah sengaja nak bagi.
Yang orang lain tu ada bahagian yang Allah dah standby.
Pengajaran juga untuk aku - kalau dah usaha sungguh-sungguh, dah doa, tapi apa yang aku usahakan tak dapat hasil seperti yang aku nak, boleh jadi apa yang aku nak bukan yang terbaik untuk aku.
Boleh jadi tak ada yang salah pada usaha kita, cuma bahagian kita bukan di situ. Agaknyalah.

Tahniah kepada anak-anak yang dapat tawaran sambung belajar.
Tahniah pada mak bapaknya juga.
Marilah kita lintang-pukang uruskan hal-hal nak mengantor anak-anak ni. Ada seminggu je lagi kan.
Kemengahan dah mula terasa.
Tapi bak kata En Wan kali ni Redza dah dekat. Banting je.
Insyallah boleh gagah-gagahkan diri pi jenguk bila-bila masa.
Kalau dulu tu ye lah, Langkawi. Kalau barang tertinggal, jenuh nak mengepos bagai.

Post pasal Redza di FB mengundang banyakk DM and PM dari mak-mak mintak tips macamana cara Redza belajar, macamana cara aku besarkan anak, apa amalan dan doa-doa aku buat untuk anak-anak, etc.

Redza tu belajar kat MRSM.
Budak-budak ni ada jadual dan cara belajarnya sendiri.
Balik rumah pun, ada homework dan kelas cikgu bagi.
Jadi, aku tidak terlibat secara lansung.
Setakat bagi motivasi tu ada lah sikit-sikit.
Tang amalan-amalan pun biasa-biasa saja.
Amalan orang awam, sekadar buat yang basic.
Rasanya kalau bab ni lebih baik minta panduan dari ustaz/ustazah.
Dorang lebih tahu bab-bab amalan ni.

Aku dapat ni semalam, follower bagi.
Isu ni, bagi aku adalah isu yang dimulakan oleh orang yang bitter anaknya tak dapat masuk boarding school.
Kalau dia ada dalam kelompok parents yang anaknya belajar di boarding school, dia pasti tahu dalam mana-mana boarding school ada QUOTA untuk orang have-have.
Bukan semua yang masuk boarding school tu anak-anak T20.
Quota orang have-have ni tak ramai sebenarnya. Sikit yakmat.
Tapi oleh kerana parents T20 lebih menyerlah dan selalunya lebih aktif dalam group, maka orang nampak macam mereka ramai dalam tu.
Yang sebenarnya takkkk.
Yang ramai adalah B40 and M40. Percayalah cakap aku.

Ok kita cakap pasal sekolah harian lah, ya.
Dalam pemilihan jawatankuasa PIBG sekolah, perasan tak yang menjawat jawatan atasan sama ada berduit, berjawatan atau berkedudukan. Perasan tak?
Ada keperluan kenapa orang-orang macam ni diangkat menjawat jawatan utama.
Sebab, PIBG perlukan orang yang ada pengaruh untuk cari dana sekolah.
Perlu orang yang berduit untuk menggerakkan program sekolah.
Perlu ada orang yang berkedudukan kerana network mereka membantu menambahkan dana.
Perlu orang yang berkaliber untuk jumpa orang sana sini bagi mendapatkan dana.
Kau rasa kerajaan nak bantu semua benda ke?
Nak harap duit PIBG, paham-pahamlah betapa “senangnya” nak mintak mak pak bayar.
RM80 setahun pun ramai yang culas.
Setakat RM80 setahun apa sangat program yang kita boleh buat untuk anak-anak?
Tengok duit tabung sekolah cina, berlebih!
Sebab tu PIBG dorang boleh supoort belikan itu ini untuk sekolah dan buat program anak-anak.
Orang kita pun jadi suka hantar anak-anak ke sekolah cina sebab nampak macam sistematik, betul tak?
Yang membuatkan sekolah tu boleh jadi sistematik adalah kerana kerjasama PIBG-nya.
Mak bapak tak culas bayar yuran PIBG. 

Sebab tu di boarding school ada kuota untuk orang have-have.
Memang kena ada. Kau merempan macamana pun, memang kena ada kuota ni.
Orang-orang inilah yang banyak gerakkan program untuk anak-anak because they have money, they have connection, they have sources.
5 tahun Redza di MRSM, setiap kali parents nak anjurkan program untuk anak-anak, mak bapak yang berduit ni laju je chip in money.
Yang have-have dengan senang hati put extra money sebab masing-masing tahu tak semua orang mampu.
Tapi disebabkan nakkan program untuk anak-anak berjalan, takpelah chip in extra. Asal manfaat sampai.
Bayangkan kalau takde kuota untuk orang-orang T20 ni, kau rasa sekolah ada banyak dana nak buat macam-macam?

Masa Langkawi takde air dulu, laju mak bapak chip in supaya boleh hantar bekalan air pada anak-anak.
Sorang dapat 2 tong kalau tak salah.

Masa jemput speaker untuk program motivasi, budget juga dari parents.
Tak murah, ya.
Dengan tiket flight, dengan hotel, dengan segala tok nenek miscelleous.

Masa anak-anak nak exam, pakai duit tabung parents untuk sediakan makanan dan kudap-kudapan tambahan supaya budak-budak ni tak lapar malam-malam nak study.

Masa konvo, mak bapak belikan semua pelajar bouquet of flower biar semua orang dapat dan tak rasa left out tengok parents lain hantar bouquet pada anaknya, parents dia tak hantar.
Parents nak semua happy, jadi semua orang dapat.

Apa yang aku boleh nampak, parents have-have tak berkira duit.
Semua anak-anak jadi anak dia.
Tapiiii yang suka buruk sangka dan busuk hati ni la yang selfish.
Set-set nilah yang selalunya pikir diri dia je.
Bab contribute duit bising, tapi demand macam-macam dari sekolah.

"Sepatutnya T20 tak payah masuk lansung. Sebab anak-anak orang kaya bawa budaya yang buruk dalam sekolah asrama. Budaya bergaya, budaya nak makan kat cafe tak nak malam kat dewan makan”.

Mampu geleng kepala aku layan mindset macam ni.
Bila yang bercakap tu jenis cakap tak pakai otak tapi pakai emosi, itulah yang jadi.
Yang bercakap tu pun bukan muda. Baya-baya aku. Umur 40an.
Dah berkerja. Dah berkeluarga.
Dah bercampur gaul dengan masyarakat, tapi masih lagi berfikiran sempit macam tu.
Umur dah banyak pun pemikiran tak up to standard.
Agak-agak berapa punya hazab cikgu dia mengajar zaman skolah dulu?

Ada satu komen di post yang sama, someone tulis "Yang bergaji RM10K sebulan boleh je nak masukkan anak ke skolah international, tapi saja nak sibuk ambik hak orang miskin kat SBP".

Aku nak gelak pun tak sampai hati.
Rasa kesian pulak sebab dia tak tau skolah international tu yurannya berapa sebulan.
Setakat RM10K pendapatan isi rumah boleh tunggu kat pintu gate international school je, bang.

Aku rasa tahun depan selain buat saringan kelayakan akademik, buatlah sekali test kat parents.
Mana-mana parents yang dangkal tu, ambik anak dia masuk boarding school.
Biar anak-anak dorang berada di persekitaran yang lebih baik so that pemikirannya tak terikut-ikut oleh pemikiran singkat mak bapak sendiri.

Bila golongan have-have "sibuk" nak masukkan anak ke boarding school, dianggap ambik hak orang lain.
Padahal parent yang "sibuk" itulah yang selalu come out with ideas untuk buat program itu ini.

Parents yang "sibuk" itulah yang banyak mengemukakan usul untuk penambahbaikan.

Parents yang "sibuk" itulah always bagi maklumat buku-buku tambahan yang good in the market, dan sebarkan info kelas-kelas tambahan dan seminar untuk anak-anak join.

Dek kerana parents yang "sibuk" tu mahukan the best untuk anak-anak, dorang willing bayar lebih duit tabung supaya boleh cover cost anak-anak yang tak berkemampuan.

Parents yang "sibuk" tu suka buat aktiviti untuk anak-anak supaya anak-anak dapat lebih dari apa yang skolah bagi.

Aku tak faham kenapa di zaman sekarang, bila ada orang gagal mencapai sesuatu yang hebat, maka orang yang berjaya mencapai kehebatan tu dikecam. Why eh?
Sedangkan kita suka kalau dapat peluang hebat tapi bila orang lain dapat, kita sakit hati.

Zaman aku kecik-kecik dulu, yang tak hebat ni lah yang kena brain wash kaw-kaw supaya jadi hebat.
Zaman sekarang terbalik.
Yang tak hebat jangan diusik.
Kena bagi peluang sentiasa.
Kena bagi bantuan sentiasa.
Perasaannya perlu dijaga.
Sebab dia sorang je ada perasaan, orang lain takde 🙄.

Kalau ye pun anak-anak orang have-have tak nak makan di dewan makan dan memilih untuk makan di cafe, apa kaitan dengan anak kita?
Budak tu masuk cafe sebab nak makan di sana, nak tukar selera.
Mak bapak dia bagi duit poket untuk makan, bukannya curi duit anak kau.
Apa yang kau susah hati sangat? Bladihel.

Tak faham macamana dia boleh terfikir anak-anak yang makan kat cafe membawa pengaruh buruk?
Ni mesti spesis manusia yang pandang slack member-member seopis minum air Stabak.
Kalau dah balik-balik makan lauk itu, lama-lama tekak kembang juga.
Sesekali nak gak merasa masakan lain.
Alangkan kita yang duduk luar dengan macam-macam pilihan makan pun boleh boring tak tau nak makan apa.
Lagikan yang kat sekolah asrama tu.
Balik-balik hadap ikan jaket jemu juga.
Biarlah dia nak makan kat cafe pun.

Dia macam ni lah, ya.
Kalau kita kecewa dengan hidup kita, jangan pindahkan rasa kecewa tu dengan menafikan hak orang lain.
Daripada salahkan anak orang, lebih baik cakat kat anak sendiri "Kita ni orang susah, jangan terikut-ikut dengan gaya anak orang kaya".
Itu lebih betul daripada menyalahkan anak orang bawa pengaruh buruk konon.

Pasakkan dalam otak anak bagaimana keadaan financial kita.
Biar anak tahu keluarganya bukan orang senang.
Bukannya nafikan anak orang lain tak boleh beli itu, jangan beli ini, jangan tayang itu, jangan tayang ini, jangan makan kat cafe, jangan beli kelengkapan yang mewah-mewah. Hoih, akai ada?

Hidup ini sentiasa ada persaingan.
Kalau tak di skolah pun, satu hari nanti mereka akan berdepan dengan persaingan sama ada di Uni, di tempat kerja, dengan komuniti tempat tinggal, dengan masyarakat, etc.
Belajarlah terima hakikat dalam dunia ni ada orang lain lebih hebat dari kita.

Itu baru anak bersekolah, belum lagi anak masuk U, belum lagi zaman bekerja nanti.
Crowd-nya lebih besar. Pengaruh lebih besar. Competition lebih besar. Pressure lebih tinggi.
Kalau anak orang makan kat cafe skolah pun dah dijadikan isu, please ambik ubat darah tinggi siap-siaplah.
Sebab kat luar tu lagi banyak dan besar isu yang anak kau bakal jumpa, tak tertanggung pressure dia nanti.

Ni hari ni ramai share pasal artikel katanya budak-budak dah malas nak sambung belajar sebab lepas grad nanti gaji pun kecil je, plus kena bayar balik loan pengajian.
Ok, kau sabajap. Aku ambik napas dulu. Nanti aku reply.