2026-09-07

Suami janganlah diam macam orang bisu bila isteri mengadu mak mertua asyik spot check.

Aku baca FB post kisah menantu yang stress baru kawen tapi hari-hari mertua call tanya dah pandai masak lauk sekian-sekian tak. Mertua susah hati menantunya tak pandai masak makanan kegemaran anak lelaki dia.

Well, mana-mana mak pun akan risau hal anak. Besar panjang macamana anak tu, dari pandangan seorang mak, anak dia tetaplah masih belum matang.

Jangan cakap orang lainlah, aku sendiri risau Redza takde makanan nak makan pagi raya. Beria aku tempah makanan sampai £120 (RM650) hantar kat dia. Rupanya dia lagi terer, siap buat nasi dagang dengan brownies bagai. Siap buat open house! Tahun depan memang aku tak kirim apa-apa lah, aku masukkan duit je. Pandai-pandailah kau masak sendiri.

Semalam dia video call, alhamdulillah dah masuk rumah baru. Bilik pun helok. Dia bagitahu baru balik dari shopping groceries. Beli ayam, telur, susu dan segala tok nenek bahan masak.

Sebenarnya, anak-anak kita ni baik laki atau perempuan, tercampak kat mana memang boleh je hidup. Tinggal lagi tak se-perfect kita mak bapak buatkan. Redza hari tu balik bercuti 3 bulan, takde de dia nak buat roti jalan, nasi dagang, brownies and segala tok nenek masakan yang dia buat kat sana. Sebab dia tahu dia boleh masak, tapi sekadar nak survive je lah. Dah ada kat rumah mak, baik makan masakan mak je. Gitulah dorang berpikir.

Yang mak-mak macam aku ni pulak, berialah masak macam-macam, beli segala tok nenek makanan letak dalam freezer, chiller, kabinet. Selagi ada ruang semua aku nak sumbat dengan makanan. Takut nau anak tu kebulur. 

Jangankan kata Redza, even Rayyan ketuk pintu bilik aku pukul 11 malam "Ma, adik lapar. Teringin nak makan french toast daging mama buat", aku terus basuh muka, senseng lengan baju, and masak.

Yang aku nak cerita sekarang, it is NORMAL kalau mak mertua 'spot check' menantu dah pandai ke belum masak masakan favourite anak dia. Mak mertua tu normal. Itu fitrah seorang ibu. Yang tak normal tu LAKI KAU!

Laki kau tak main peranan untuk bagitau mak dia yang dia tak kisah isteri masak apa pun, dia akan makan. Not necessarily his favourite food.

Lepas je aku and En Wan kawen, aku tak pernah tanya En Wan dia suka makan apa. Aku cuma tanya dia makan tak sambal sotong? Makan tak asam pedas? Makan tak kari? Sebab aku nak masak apa yang aku tahu pada ketika itu. Awal-awal kawen kepandaian acik terhad, nak. Masak yang reti je dulu. And dah tentulah yang aku reti adalah makanan kebiasaan di rumah. Yang penting kena dengan tekak aku.

Luckily En Wan tak cerewet bab makan. Maybe 5 tahun di Jepun dia dah terbiasa makan apa adanya. Jepun tahun 90-an mana ada restoran halal sangat. Semua kena masak sendiri. Jadi dia dah terbiasa makan ala kadar. Cuma dia tak suka makanan berkuah sangat. Kalau ada 2 lauk, satu kering dan satu kuah, dia akan ambil yang kering. Kalau hanya ada lauk berkuah, dia akan cedok lauk tu tanpa kuahnya.

Apa aku masak dia makan. Cuma dia punya syarat, kalau nak masak at least kena ada 3 lauk. Kalau kurang dari 3 lauk, baik makan kedai. Tak tahulah apa sumpahannya mesti 3 lauk.

Sebelum En Wan kawen, dia tak pernah makan asam pedas, lemak cili api, kari, fishball soup. Basically makanan yang selalu aku masak sekarang, dia tak pernah makan sebelum kawen. Sebab dia tak suka makanan berkuah. Jadi, menu dia semua bergoreng. Habis kuat pun lauk singgang and gulai Terengganu. Lain, tak.

Kawan dia cakap masa kat Jepun, En Wan satu-satunya orang yang boleh makan ikan masin dengan sayur selama sebulan. Tak jemu. Selepas kenal aku, aku kerap hantarkan sambal ikan bilis kering. Makin sukalah dia sebab takyah masak. Hadap sambal ikan bilis je.

Lepas kawen, En Wan aku kenalkan dengan asam pedas, sambal sotong putih, sambal udang pecah telur dalam, kari ayam, daging lemak cili api. Rupanya dia TAK PERNAH makan makanan ni semua. Pastu aku kenalkan dengan macaroni goreng, macaroni bakar, bergedil tenggiri, fishball soup (isi tenggiri). Dia tak pernah mintak aku masak masakan Tganu. Mok takde pulak nak spot check aku masak apa.

Padahal kalau ikut logik, mok patut risau. Sebab itu anak bongsu dia. Kat rumah yang menjaganya 3 orang maid. Takde apa yang kurang layanan. Sepatutnya mok risau kalau aku tak pandai masak makanan anak dia. Tapi tak terjadi gitu. Yang rajin spot check tu mak aku. Hari-hari call "Kau masak apa hari ni?". Yihhh, fedap aku.

Maybe sebab mok tahu anak dia duduk negara orang 5 tahun, dah boleh urus diri sendiri, dah boleh masak sendiri. Jadi bila kawen, dapat menantu yang sudi nak masakkan untuk anak dia pun dah besar rahmat. Takyah demand-demand sangat. Dan En Wan pun walau anak bongsu, takde pulak aku tengok dia meleseh-leseh kat mok mengadu rindu masakan mok ke apa. Jadi, mok anggap life anaknya selepas kawen is ok.

Sebab tu aku cakap, benda ni jangan salahkan mertua 100%. Laki kau tu yang tak function. Patut si suami cakap kat maknya "Isteri saya masak apa pun sedap. Saya makan. Kalau teringin nak makan makanan feveret, saya ajak dia makan luar dengan saya"

Mak-mak tu cuma risau. Risau life anaknya lagi teruk selepas kawen, itu saja. So suami kena ke depan. Sebab dalam rumah tangga, your husband is not just supposed to be the middleman. He is your partner and he should have your back instead of leaving you to deal with his family all on your own. 

Suami janganlah diam macam orang bisu bila isteri mengadu mak mertua asyik spot check. Bagitahu mak yang isteri tengah belajar sesuaikan diri and it’s not fair to make a big deal out of every little thing.

Sebab bila kahwin, kau dah bina keluarga sendiri. Mak tetap mak. Isteri tetap isteri. They both have their own place in your life. Tapi tanggungjawab kau as suami is memastikan isteri rasa selamat, happy, and loved in her own marriage.

Lagi satu suami please jangan sikit-sikit "Mak saya memang macam tu.."

Ha'ah ya. So mak kau je boleh bawak perangai dia, aku tak boleh? Jangan sampai aku buat perangai aku pulak. Elok-elok mak kau dah menopos, boleh datang balik period dia melayan perangai aku. 

Kalau tahu mak kau jenis suka mengkritik, kau kena pandai kawal keadaan. Don’t wait until your wife has had enough. Kena bagitau mak, bagi peluang korang laki bini uruskan kehidupan ikut cara yang korang selesa.