2026-09-26

Part 3: Istanbul-Cappadocia-Bursa

From Cappadocia kitorang fly back ke Istanbul, sebelum ke Bursa. Flight pagi tapi kena keluar pagi-pagi buta because journey from hotel to airport ambil masa 1 jam. Solat Subuh di airport, and breakfast sekali.

Pagi tu aku breakfast grilled salad. En Wan makan blueberry muffin and kopi. Total RM230. Sampai licin aku kerok mangkuk salad tu, punyalah nak bagi berbaloi dengan harga yang aku bayar. Mahal nak mamfussss.

Flight back to Istanbul ok. Naik Pegasus Airline. Sedih juga nak tinggalkan Cappadocia. Walaupun tak dapat naik hot air balloon, experience kat sana menyeronokkan. Hotel best. Makan best. Aktiviti best. Kalaulah Turkiye ni 2 jam naik flight, bolehkah aku bertabah. Ni mengenangkan 10 jam bergentayangan kat atas tu, alahaiii bercinta!

Sampai Istanbul, driver dah tunggu. Terus ke feri. En Wan memang nak pedajal aku nampaknya trip kali ni. Semua jenis pengangkutan dia nak aku rasa. Padahal ada je bridge yang connectkan dua daratan ni. Takkkkk, dia nak naik feri. Feri ni macam feri Pulau Pinang dulu, boleh bawak kereta sekali. 40 minit atas feri, kemudian dari situ another 1 jam ke Bursa. Maknanya driver pun ikut aku ke Bursa.

Sampai hotel, lepak jap. Lepas solat zassssss ke area Grand Bazaar. Jalan kaki je dari hotel. Walaupun ada matahari, sejuk. So, jalan kaki pun takde hal.

Tapi sebelum tu tour guide bawak tengok Bursa Grand Mosque. Masjid paling terkenal kat Bursa sebab masjid ni dibina zaman awal Uthmaniyyah. Ada 20 kubah pada satu masjid. Kat bawah kubah utama ada air pancut yang jadi tempat wuduk. Maknanya tempat wuduk (lelaki) dalam masjid. Memang cantik! Kat setiap tingkap, ada ruang untuk mengaji atau belajar agama. Jadi, ruang solat takde orang lepak mengaji. Semua mengaji kat tepi tingkap pada ruang khas.

Selesai solat sunat, dari situ kitorang ke Grand Bazaar. Sebelah masjid je. Sini pusat tekstil. Dari tudung, pashmina, kain buat baju, sejadah, cadar — anything yang berkaitan dengan fabrik, sinilah sorganya. Pakkal aku tak pakai pashmina dan tak pandai pakai tudung square (bawal). Kalau tak, gila aku kat sini tak jumpa pintu keluar.

Pashmina cantik-cantik. Tapi tu la, kita kat sini kalau pakai pashmina, berkicap karang. Kat sana sejuk, sesuailah pashmina. Tudung square cantik-cantik. Kain lembut. Aku tak pandai pakai bawal, jadi aku belikan CT. Sejadah pun cantik-cantik and sedap pakai. Rambang mata. Murah pun murah. Kalau kat sini with same kualiti maybe around RM70-80, kat sana RM35 dah dapat. Aku ni mengenangkan beg tak muat je. Kalau idok, dah berangkut sejadah 20 kg.

Lunch kitorang makan grilled ciken and kebab. Macam biasalah, standby around RM180. Banyak juga En Wan shopping kat sini. Sejadah je pun.

Malam, kitorang gi tengok Whirling Deverish (Sufi Whirling). Tarian ni dari dulu aku berasa pelik. Sebab dari awal sampai ke sudah dia berpusing-pusing je. Nampak macam menari tapi sebenarnya ritual kerohanian dalam tradisi Sufi Islam. Bukan tarian. Gerakan berpusing tu sebahagian daripada amalan ibadah dorang. Amazing tengok camana dia boleh berpusing setengah jam without muntah. Aku yang tengok dorang berputar, aku yang nak muntah.

Aku syak gerakan berpusing ni melatih dorang fokus and khusyuk. Dalam proses tu hanya ada dia dan Tuhan je. Tu pasal berpusing setengah jam pun tak pening, sebab dorang letakkan fokus tu pada benda lain. Dorang macam ada dalam dunia sendiri. 

Takde yang pelik apa pun. Dia qasidah and selawat je. Ramai Korean and Chinese datang tengok. Perempuan duduk atas. Tengok dari atas. Tour guide aku kata memang everynite inilah ritual dorang. Maknanya ini ibadah harian, cuma dorang allow orang luar datang tengok.

Lepas tengok whirling, aku and En Wan pusing-pusing park kat sebelah Grand Bazaar bertenet berdua-duaan sambil makan Doritos. Bursa tak sesejuk Cappadocia so bolehlah bertenet tengah malam. Cappadocia jangan. Sejuk mintak ampun.

The next day kitorang ziarah makam pengasas Empayar Uthmaniyah (Ottoman Empire), Osman Ghazi. Dia punya makam dikawal pengawal. Pengawal macam kat Buckingham Palace, yang rotate shift muka masam tu. But we were very lucky that morning Bursa sejuk, jadi pengawal ni tak duduk depan pintu gate. Dorang duduk depan pintu masuk makam. Takdelah masam muka macam duduk kat luar gate. Siap boleh bergambar-gambar and sembang pasal henfon lagi. Sebab dia terperasankan En Wan punya new iPhone, macam-macam dia tanya. Mesra rupanya abang pengawal.

Personally aku suka Busra. Walaupun dia nampak macam old skool sebab banyak tinggalan sejarah, sejarahnya menarik. Bayangkan dulu membaca pasal Empayar Uthmaniyah dalam buku, now aku ada di makam pengasasnya. The feeling tu, sebak. It's Osman Ghazi, founder of Ottoman Empire. Dinasti yang memerintah sebahagian besar Turkiye, Timur Tengah, Afrika Utara dan Eropah Tenggara selama lebih 600 tahun! Kau rasa?

Masuk kawasan dalam makam, ada orang tua duduk kat atas para tengah mengaji. Mengaji kat sini non-stop. Orang yang mengaji silih berganti. Rasa syahdu je masuk makam. Dalam tu bukan saja ada makam Osman Ghazi tapi anak-beranak dia sekali. Tapi makam dia paling besar. Aku sangat appreciate tempat-tempat macam ni. Seharian visit tempat-tempat bersejarah like this pun aku ok. Kalau seharian kat bazaar bukannya aku bershopping pun. Banyak mentekedarah je aku ni.

Lepas tu kitorang gi perkampungan Cumalizik. Ini perkampungan pertama Uthmaniyah. Tempat ni dah registered under UNESCO tapi dorang allow penduduk di situ terus tinggal. It's like kampung-kampung biasa, cuma perkampungan macam ni dah takde lagi. Kalau ada pun maybe dalam filem. Cantik. 

Semuanya dorang preserved macam dulu. Rumah style lama-lama. Kedai-kedai pesen lama. Disebabkan kampung ni jadi tourist attraction, boleh dikatakan hampir semua penduduk bukak bisnes dalam rumah sendiri. Ada yang jual souvenir, ada yang bukak kedai makan.

Ada satu lorong dalam kampung ni, masih ikut kepercayaan zaman dulu. Yang mana everu perempuan yang mengandung kena lalu laluan sempit ni supaya jin tersekat kat situ. Dorang percaya setiap kandungan ada yang nak "menjaga". Kadang-kadang anak dalam kandungan boleh hilang macam tu je. Jin ambik. Jadi, perempuan mengandung kena lalu lorong sempit tu supaya jin tersekat. Aku lalu jugak saja nak test cukup kurus ke tak nak lalu sini. Hahaha. Nasib lulus.

Kat perkampungan ni banyak aktiviti mendaki, ya. Dan jalannya berbatu-batuan. Dorang tak tukar ke jalan tar. Kekalkan yang lama. So kau boleh simpan kasut tinggi kau kalau datang sini. Menyusahkan orang je nanti.

Kat Bursa stay 1 malam je. Then patah balik Istanbul lalu route yang sama iaitu naik feri. Di Istanbul, kitorang duduk balik hotel yang sama masa sampai hari tu, tapi kali ni bilik lain pulak. Letak je beg dalam bilik, zassss keluar ke Balat tempat shooting Istanbul Aku Datang. Naik train ke sana.

Tempat yang aku pergi ni not exactly tempat dorang buat filem tu but this is the place, Balat namanya. Kawasan yang mana buildings and houses semua colorful. Tangga tinggi-tinggi. Mandaki bukit turun bukit. Cuma aku tak berapa nak Lisa je.

Memang jenuh memanjat kat Balat. Kekuda kena kuat. Jalannya ok, bertar. Cuma mendaki tu je lah. Yang benaunya, travel ni untuk orang yang gagah. Yang dah berumur banyak kekangannya. Sementara engsel lutut belum longgar, silakan berjalan. Jalan banyak-banyak, tengok tempat orang. Kau akan bersyukur duduk kat Malaysia. Trust me. Orang Turkiye ni hospitality kurang. Cakap kasar. Maybe culture dia gitu. Kita Malaysian dah biasa dengan adab and kelembutan. Kasar kita tak sekasar dorang.

Malam tu En Wan bawak dinner atas cruise. Ini namanya delayed celebration 25th wedding yenniversary. 3 jam atas cruise kitorang dibawak pusing-pusing selat Bhosphorus. Hari tu masa awal-awal datang dah lalu selat Bhosphorus, tapi itu menyeberang saja. Kali ni MENUSURI selat. Dia pusing dari hujung ke hujung. Cantik pulak view sepanjang selat sebab semua building kat tepi-tepi dipasang lampu.

Pakej cruise ni USD55/person. Ada 3-course meal with performance sekali. Kalau nak duduk tepi tingkap and dekat dengan stage, tambah lagi duit. Pastu ada khidmat fotografer. Dia ambik gambar-gambar kau kata cruise tu, by the time nak turun nanti dia hulur album. Bayar another USD80. Maka, total barai adalah USD190 untuk 3 jam.

Berbaloi ke?

Untuk experience bolehlah. Tapi kalau naik sebab nak makan, takyah. Sebab makan kat Old Town banyak lagi yang best. Ada macam-macam show kat atas cruise, termasuklah penari gelek. Dorang kan terkenal dengan penari gelek. Merasa la aku pengalaman penari gelek bergelek kat tepi meja, pastu aku selitkan duit kat tali bra dia. Kahkahkah.