2026-08-03

Beli rumah pakai loan bukanlah satu kejayaan yang perlu dibanggakan?


Aku ternampak satu video kata beli rumah pakai loan bukanlah satu kejayaan yang perlu dibanggakan.

Tak pastilah dia tuju kat siapa. Maybe bitter kot tengok orang up status gambar dapat kunci rumah. 

Hmm...macam-macam eh zaman sekarang. Macam-macam bentuk bitter. Kalau dulu bitterness tu kita boleh nampak obvious. Now, dia macam subtle je.

Zaman sekarang orang kalau dengki dia tak cakap, “Aku dengki kau beli rumah”

Dia cakap:

“Alah, rumah bukan beli cash”
“Bank yang punya”
“30 tahun lagi baru habis bayar”


😂

Padahal orang yang beli rumah tu pun bukannya claim dia bebas hutang. Dia just celebrating satu milestone dalam hidup. Tak semua kejayaan datang dalam bentuk “Aku dah kaya”, dik.

Ada orang, kejayaan dia bila berjaya keluar daripada rumah sewa. 
Ada orang, berjaya beli rumah pertama at age 40. 
Ada orang, rumah pertama dia cuma small apartment. 
Ada orang, rumah dia RM200K. Ada orang RM1 juta. 
Ada orang mampu beli cash. 

Different people, different financial capacity, different milestones.

Yang peliknya, kenapa kau nak kena rendahkan achievment orang lain semata-mata sebab cara dia achieve benda tu tak sama dengan cara yang kau anggap ideal? 

Kalau kau tak nak beli rumah guna loan, don't. Kalau kau rasa tak sanggup nak hadap hutang rumah 30 tahun, fair enough. Mampu beli cash, bagus. Kalau nak terus menyewa, terpulang. Tapi tak payahlah sampai orang lain celebrate dapat kunci rumah, kau sibuk mengira berapa total interest dia bayar sampai umur 60. Ajegila.

Orang tu bukannya tak tahu dia berhutang. Dia tahu. Tapi dia lebih tahu apa yang dia sedang usahakan. Since when kejayaan beli rumah is determined by how much cash you paid upfront? And since when beli rumah guna loan automatik masuk kategori belum berjaya?

Aku betul-betul nak fahamkan logik ni benaunya.

Katakan aku beli rumah RM1 juta pakai loan, bukan ke aku still kena ada income yang cukup untuk bank luluskan loan? Aku kena lalu credit assessment. Aku tetap kena bayar deposit. Kena keluarkan duit untuk legal fees, stamp duty, valuation, renovation, maintenance, insurance dan segala macam kos tok nenek yang datang dengan house purchase tadi.

And most importantly, aku tetap kena bayar installment ever month. Bukannya bank bagi rumah tu kat aku pree. Bank cuma financing the purchase. Yang bayar balik tetap aku. So aku pelik bila ada orang rasa kalau beli rumah dengan loan, kita tak boleh rasa itu satu achievement. Eh pegi mampuslah kalau aku nak celebrate.

Aku bagi satu contoh.

Katakan A beli rumah RM1 juta CASH. 
Good for A. Memang satu achievement.

B beli rumah RM1 juta dengan loan. B ada RM200K cash. Dia gunakan sebahagian untuk deposit dan kos pembelian. Then dia commit RM5-6K sebulan untuk bayar loan. Dia bayar SETIAP bulan. Dalam masa yang sama dia kerja, bayar cukai, bayar bil, tanggung keluarga, bayar kereta, education anak, insurance, groceries, etc. Dan dia masih mampu maintain commitment rumah tu.

Apesal lak achievement B tiba-tiba kurang value-nya hanya kerana dia tak keluarkan RM1 juta cash? Gitu ke?

Yang benaunya ramai orang confuse antara “mampu memiliki” dengan “mampu bayar cash”.

Zaman sekarang most people use leverage. Business guna financing. Company guna debt. Developer guna financing. Investors guna leverage. Kerajaan pun ada hutang. Dah kenapa bila kita ambil housing loan, tiba-tiba dianggap tak berjaya?

Sebab rumah tu bank yang bayar?

Tak, dik. Bank bukan bayar rumah kau. Bank advance the money. Kau yang bayar balik. Faham?

Bank tu bukan buat charity. Kalau kau tak bayar, bank takkan kata, “Takpe, kami faham. Kau belum berjaya” Hahahaha.

NO. They will take action. So janganlah buat as if housing loan itu free money.

And yang aku rasa kelakar, orang sekarang cukup allergik dengan someone yang beli rumah juta-juta.

“Wow, beli RM1 juta!”

Lepas tu assume orang tu nak menunjuk. Padahal bagi orang tu, rumah adalah keperluan. 

Mungkin dia beli sebab keluarga dah makin besar. 
Mungkin dia nakkan lokasi yang dekat dengan tempat kerja. 
Nakkan environment yang lebih baik. 
Maybe nakkan safety. 
Or maybe rumah tu aset yang dia plan nak duduk sampai tua, jadi dia pilih yang the best terus.

Masa kitorang menyewa kat USJ21, sebulan RM820. Padahal gaji En Wan cuma RM2500 masa tu, dengan keadaan aku belum berkerja, ramai je kawan-kawan dia kata mahal. Membazir katanya. Kat area kampung-kampung ada rumah sewa boleh dapat RM300-400 (harga tahun 2001). To them, kerja jauh sikit dari rumah takpe, janji jimat banyak.

Orang yang pikir nak jimat, dia akan pikir nak cari rumah murah. Tapi orang yang pikir keselesaan, money comes second.

Aku faham kenapa En Wan spend banyak kat rumah masa tu. Sebab waktu tu, En Wan selalu balik 7.30 malam. Aku di rumah sampai malam, alone. Jadi En Wan nakkan rumah yang gated dan guarded supaya bini terchenta dalam keadaan selamat walau dia balik lambat. 

Dan masa tu En Wan pakai sport car, jadi dia nakkan tempat tinggal yang selamat untuk harta-benda dia. Kau nak suruh dia menyewa kat rumah-rumah kampung yang takde gate, mana maunya. 

Dan yang paling best bila duduk apartment, takde kejadian orang bagi salam jual barang depan pintu. Guest nak datang mengejut pun takleh, sebab security akan call dulu tanya samada kitorang ada rumah or not. Jadi, aman.

So aku rasa, mana-mana orang yang beli rumah mahal 1 juta, mesti ada sebab. Dan selalunya keselesaan, bukan sebab nak tunjuk kaya. Kalaupun dia berbangga beli rumah RM1 juta, let him be proud. Itu duit dia. Komitmen dia. Risiko dia. Bukan kita.

Rumah jutaan ringgit tu masih berhutang, yes. 

Memang hutang. So what? 

Hutang doesn’t necessarily mean someone has failed. Jenis hutang dan cara kita manage hutang yang penting. 

Ambik loan untuk beli aset yang kita mampu bayar is not the same as going into hutang just to maintain a lifestyle you can’t really afford. Kalau kau ambil loan yang monthly commitment-nya masih dalam kemampuan income, ada emergency fund, ada insurance/takaful, ada savings untuk maintain dan still boleh hidup dengan selesa... what’s the problem?

Yang problemnya kalau beli rumah juta-juta, duduk kawasan elite semata-mata nak impress orang, tapi income tak cukup, emergency fund takde, credit card penuh, every month terpaksa berhutang untuk survive - itu baru problem.

Aku personally lebih respect orang yang tahu guna leverage dengan bijak. Sebab beli rumah ni bukan competition. Ada orang memang ada RM1 juta cash. Alhamdulillah. Pay cash if that’s the best financial decision for you. Tapi ada orang dia cuma boleh bayar deposit. Itu pun satu financial decision. Dan maybe decision tu lebih bijak untuk situation dia.

Cash is not the only measure of wealth. Liquidity matters. Opportunity cost matters. Cash flow matters. Investment return matters. Risk matters. Financial flexibility matters.

Kalau kau ada RM1 juta cash, buat beli rumah, habis bayar. Tapi lepas bayar… cash kau hampir takde. So now kau ada rumah yang dah habis bayar. Kalau berlaku emergency? Business problem? Job loss? Family emergency? Major repair? Nak cekau mana?

Sebab itu aku tak suka konsep orang yang kata beli rumah pakai loan ni belum berjaya. That is such a simplistic way of looking at money.

Meh sini aku ajar. 

Kalau orang beli rumah and dia celebrate achievement dia, cakap “Tahniah”.

Kalau takleh cakap, DIAM.

Sibuk nau dia. Orang beli kereta, dia kata hutang. Orang beli rumah, dia kata loan. Orang pergi travel, dia kata baik pi haji. Orang renovate rumah, dia kata menunjuk. Orang business berjaya, dia kata untunglahhhhh ada connection. Orang beli barang mahal, dia kata nak impress.

Can we just let people enjoy their own milestones?

As long as dia tak minta duit kita, tak pinjam duit kita dan tak ganggu kehidupan kita, why are we so bothered?