2026-05-18

Perempuan kena belajar bezakan benda ni.


Ada satu post ni aku baca dari seorang lelaki. Ceritanya, dia kena reject dengan mak girlfren. Tapi direject secara polite. However dia kata mak si girfren rajin komen kat whatsapp status si lelaki ni, tanya khabar and all. So lelaki ni peliklah kenapa mak perempuan tu reject dia at the first place kalau masih lagi berbaik macam ni.

Dik, tak semua parents reject sebab benci. Acik tak rasa parents perempuan benci awak, cuma dorang nakkan someone yang lebih baik as bakal menantu. 

Kalau tengok drama Our Dazzling Days (iQIYI), korang akan faham. The boy sangat baik, satu kampung suka dia. Baik and suka tolong orang. The boy anak yatim piatu, bercinta dengan kawan sekelas anak seorang engineer. Baik memang baik, parents si perempuan pun suka the boy. Tapi kalau jadi menantu, dorang reject.

Mana-mana parents nakkan yang terbaik untuk anak perempuannya. Baik tu penting, tapi takkanlah "baik" je yang mesti diambil kira. 

Zaman sekarang bukannya kau boleh berharap dengan pendapatan hasil kebun, hasil tangkap ikan, hasil berburu, jual hasil hutan. Sekarang, apa-apa pun kemampuan menafkahi keluarga is priority. Nak pulak kalau anak perempuan tu level T20, yang dari kecil hidup selesa, makan sedap, belajar bagus, maka tak logik parents nak serahkan anaknya kat lelaki yang sekadar ada "baik".

Life doesn't work that way. Baik itu penting. Tapi baik bukan satu-satunya kriteria untuk bela anak orang.

Kita dulu masa bercinta rasa "asalkan baik, asalkan sayang, asalkan setia". Bila dah jadi mak bapak esok, perspektif kita berubah. Kita akan mula fikir boleh ke lelaki tu protect anak aku, boleh ke dia provide, boleh ke dia handle pressure selepas kawen, boleh ke dia bagi stability, etc. 

Because real life is expensive. Bercinta macam nak rak seromantik apa pun boleh retak kalau takleh handle pressure. And pressure paling kuat lepas kawen adalah DUIT. 

Ini bukan materialistic, ya. But reality.

Jangan cepat terasa bila parents perempuan reject. Ya, mungkin kau memang baik. Tapi parents perempuan bukan cari volunteer masjid untuk anak dorang. Dorang tengah fikir "siapa yang boleh bina kehidupan dengan anak aku dalam jangka masa panjang?”

Kalau parents perempuan tengok kau belum stabil dari segi financial, takde direction, income tak jelas, takde growth mindset, of cos dorang takut. Yang dorang nak serah ni anak perempuan dorang. Esok kalau dah kawen, dah jadi hak kau pulak. Dibuatnya kau hauk selepas kawen, yang merana esok anak dorang juga. 

Ni takde kena-mengena dengan sombong. Tapi dorang tahu anything goes wrong selepas berkahwin, beban tu selalunya jatuh pada anak perempuan juga. Especially kalau anak perempuan tu dibesarkan dalam keadaan selesa. Kalau kau tak mampu bagi the same keselesaan macam yang perempuan tu dapat di rumahnya, merana anak orang oii.

Parents tahu standard hidup anak dorang. Ramai orang salah faham bila dengar pasal ni. Dikatanya parents tu memilih, tengok duit, T20 pandang rendah kat orang lain, etc.

No. Ini bukan tentang pandang rendah sesiapa. This is about compatibility lifestyle and kemampuan survival. 

Tak semua parents sanggup jadikan anak perempuan dorang eksperimen untuk tengok “boleh survive ke tak”. Sebab parents dah tahu perempuan yang standard hidupnya turun drastik selepas kahwin BIASANYA akan dapat mental struggle. Especially kalau dari kecil tak pernah hidup susah.

Ni bukan salah perempuan tu pun. Manusia memang senang terbiasa dengan certain level of comfort. 

Kalau kau biasa hidup dengan 24/7 beraircond, hidup dalam rumah panas akan terasa beban. 
Kalau kau biasa makan sedap, tiba-tiba kena bercatu setiap benda, memang akan terasa. 

It’s human nature. Sebab tu love alone is not enough. Kalau cinta saja cukup, takdelah orang bercerai walaupun dulu bercinta bagai nak rak.

"Baik" sebenarnya tak cukup. Ramai lelaki yang baik. Tak merokok. Tak keluar malam. Tak kasar. Tapi takde urgency nak improve hidup. Mak bapak perempuan lebih takutkan ini sebenarnya. Lelaki yang terlalu redha dengan hidup without direction boleh buatkan anak bini ke gaung.

Benda ni ramai tak nak cakap sebab takut nampak materialistic. Padahal common sense je. Kalau anak perempuan kau doctor, tak pun engineer, atau lawyer atau anak tu dibesarkan dengan education and lifestyle tertentu, kau rasa kau takkan fikir ke siapa yang akan jadi suami dia? Mestilah fikir. Toksah denylah, alangkan zaman Seri Mersing pun status sosial dipandang, lagikan zaman sekarang.

Manusia naturally cari pasangan yang compatible a.k.a sekufu dengan lifestyle dan mindset dorang. That's why ramai couple dari background yang berbeza struggle lepas kahwin.

Mula-mula ye lah "takpe susah sama-sama”. Ha'ah ya. Kau ingat level susah selepas kawen ni macam susah makan maggi zaman uni ke? Tak, ya. Banyak benda kau kena pikir bila dah kawen. Family expectation. Lifestyle. Parenting. Financial. Work stress. Banyak.

Janganlah sebab cinta sampai nak ignore reality. Kau pergi tengok drama Our Dazzling Days kat iQIYI sekarang. Kau tengok betapa strugglenya si lelaki kerja buat segala benda semata-mata nak catch-up dengan girlfren yang senang dan sambung study overseas. Until si lelaki tu sendiri realized "No matter how much I tried to catch-up with her, gap is still a gap"

Itulah realitinya. Janganlah terlampau dramatik sangat “kalau dah sayang, kita boleh overcome everything”

Tak. Tak se-simple tu. Dua orang yang datang daripada mindset berbeza, lifestyle berbeza, bezanya besar. Dari cara fikir, exposure, education, cara bercakap, circle sosial, ambition, cara lihat masa depan. Lama-lama gap tu terasa jugak.

Jangan confuse antara “aku direject” dengan “aku dibenci”

Kadang-kadang parents perempuan still baik dengan kau sebab dorang memang takde masalah personal dengan kau pun. Dorang cuma tak nampak kau as pilihan terbaik untuk anak dorang. That’s all.

Yang perempuan pun, jangan mudah cair hanya kerana lelaki tu "baik". Baik tu penting, tapi dah kawen sok, kita juga perlu lelaki yang lebih dari sekadar baik. 

Maksud aku, jangan pilih hanya kerana dia baik. Kalau boleh pilihlah baik + financially stable, baik + rajin, baik + ada direction hidup, baik + disciplined, baik + responsible, baik + emotionally mature. Maksudnya, try cari yang package lebih lengkap.

Ramai perempuan terlalu fokus pada baik, tapi tak tengok macamana si lelaki handle hidup dia sendiri.

Pengalaman aku dengan si anu. 6 bulan pertama aku dah rengsek. One of the reason, semua benda dia "terpulang kat awak". Awal-awal nampak sweet sebab dia macam tak cerewet, dia bagi aku buat decision semua benda. Tapi lama-lama aku penat. Sebab segalanya "terserah".

Nak makan kat mana?
Ikut awak.

Nak gi mana lepas ni?
Ikut awak.

Kita nak buat apa next?
Ikut awak.

Bosan aku gini. Kau tak reti buat keputusan ke? Semua benda aku kena pikir.

Nampak macam "baik" kan? Tapi lama-lama kau bosan.

Yang kedua, tengok macamana si lelaki treat family dia. 

Dulu everytime si anu balik bercuti lepak rumah Mak Aji, aku seronok. At least 1-2 hari tu kitorang bolehlah outing sama-sama kat KL pulak sebelum dia balik kampung. Tapi lama-lama dia naik seronok berumahtangga kat rumah mak aku. Kadang sampai seminggu tak balik-balik kampung lagi. Visit rumah kakak abang dia pun tak padahal dalam Selangor je. Seminggu sebelum habis cuti, dia dah sampai rumah mak aku semula.

Kat situ dah nampak sebenarnya relationship dia dengan family tak bagus. Like, kau duduk jauh dari family, sesekali balik bercuti, kau sengaja lambat balik ke kampung dan sengaja return awal? Aku bet dia tak bagitahu family dia selama ni dia lepak rumah mak aku. 

Kita selalu ingat kalau lelaki tu suka duduk dengan familynya maknanya dia anak mak atau suka menempel kat family, kan? Padahal kalau si lelaki lebih banyak menempel kat family kau, lebih rapat dengan family kau dari family dia sendiri, bermakna his family bermasalah atau dia ada masalah dengan family dia.

Si anu tu suka melepak kat rumah mak aku sebab dia selesa dengan family kitorang. Maybe dia tengok kitorang adik-beradik rapat, pastu kitorang dengan mak bapak boleh sembang-sembang santai. Dia tak dapat semua tu kat rumah dia. Tu pasal dia nak sangat jadi sebahagian dari family. 

Itu juga mungkin antara big reason kenapa dia bengang bila kitorang break. Dia bukan kecewa sangat break dengan aku, tapi kecewa tak dapat jadi sebahagian dari family aku. Tu pasal setiap kali dia kenal dengan new perempuan (selepas aku kawen), dia mesti kenalkan dengan mak aji and pak aji. Motif?? Mesti dia gebang kat semua perempuan tu yang mak bapak aku keluarga angkat dia.

Dia stay dengan aku sebab suka family aku je. Sebab masa dengan aku, dia masih cuba contact all his ex-es. Dia macam nak buktikan kat his ex-es now dia dah lebih bergaya, lebih hesmes, lebih stylish, tak nampak sengkek macam dulu. Tu pasal tak segan-segan mintak aku belanja baju segala, sebab nak menayang kat his ex-es. Dia menggunakan aku dalam misinya mengorat his ex-es semula. 

Ni sejenis lelaki yang "nampak baik" tapi hauk. Hidup tunggang-langgang. Tak pandai manage duit. Takde urgency nak improve hidup. Asyik tunggu nasib berubah. Plan tak ada. Disiplin ke laut.

Perempuan kena stop with the idea "janji baik..susah senang bersama". Please, ya. Kalau ada pilihan hidup dengan lelaki yang baik DAN stabil, kenapa nak pilih yang sekadar baik tapi semua benda kau kena tanggung?

Bukan suruh cari lelaki kaya semata-mata. This is about common sense dan survival jangka panjang. 

Of course awal-awal kerja duit belum banyak, gaji rendah, simpanan sikit, pakai kereta biasa, rumah belum ada - that’s normal. Majoriti orang memang start biasa-biasa. Aku and En Wan pun start biasa-biasa. Tapi ada beza antara lelaki yang sedang membina hidup dengan lelaki yang takde tujuan hidup.

Ada lelaki yang memang baik. Tapi mindset masih sama walaupun umur dah banyak. Masih takde planning. Masih takde target. Asyik “tengoklah macam mana nanti”

Jangan confuse antara lelaki sederhana dengan lelaki takde ambition. Sederhana tak salah. Tak semua orang kena jadi jutawan. Tapi lelaki yang dah dewasa sepatutnya ada direction hidup. 

Lelaki yang takde direction biasanya bukan ada masalah duit semata-mata. Dia punya effect tu akan affect banyak benda lain. Affect cara buat keputusan, affect consistency and leadership, affect emotional stability dan cara handle pressure. Orang yang failed manage hidup sendiri SELALUNYA gagal carry keluarga.

Dan please jangan confuse antara lelaki humble dengan lelaki takde drive. Ada lelaki low profile tapi very hardworking. Ada.

Tapi ada juga yang disguise kemalasan as “aku simple je orangnya” atau “aku bukan jenis kejar dunia”

Panteklah. Yang benaunya dia yang tak nak keluar dari comfort zone.

Perempuan kena belajar bezakan benda ni. Sebab at the end of the day, bila phase honeymoon dah habis, kau akan hidup dengan habit suami, mindset suami dan cara dia handle his family. Benda-benda nilah yang menentukan kau bahagia atau tak.