2026-03-02

Kau ada duit lebih dari orang lain. Gunalah duit tu untuk pendidikan anak.


Ramai ya mak bapak (mak especially) mengeluh anak tak lepas rayuan ke SBP/MRSM. Ya, aku faham perasaan tu sebab dapat masuk ke SBP/MRSM umpama sebelah kaki dah ke universiti. Jarang budak-budak SBP/MRSM tak menjadi. Yang kelaut maybe less than 10% saja.

Sebenarnya environment di SBP/MRSM yang ramai mahukan. Sebab bila kat sana anak-anak terikat dengan disiplin, peraturan and environment yang bagus. Budak-budak ni bila environment ramai belajar, baru dia bersemangat nak belajar. Disebabkan itulah ramai parents masih berpegang pada skrip zaman kita dulu. Zaman masuk SBP/MRSM sebab pandai. Zaman masuk good IPTA sebab straight A. Zaman dapat biasiswa sebab result cantik.

In realiti, sistem pendidikan kita sekarang dah jauh berubah. Bukan berubah sikit-sikit, ya. Struktur and the way opportunities are distributed dah sangat berubah. Kalau kita masih guna mindset lama untuk sistem yang baru ni, besar harapan akan kecewa, marah, dan berasa anak kita tak cukup bagus.

Tadi aku nampak kat IG satu video mak and 4 orang anaknya. Dia label pada video tu anak pertama Uni Al-Azhar (tajaan mak bapak), anak kedua pun uni overseas (tajaan mak bapak). Dia yang label "tajaan mak bapak", bukan aku yang melabel. Yang buat aku tertarik adalah caption pada video tu. Dia tulis “Realiti 2026, kena bersedia dengan tabungan pendidikan”.

Bagus mak ni 👍🏻.

Sebab kalau kita tengok sekarang, kemasukan ke boarding school dan IPTA semuanya ada kuota. Dah takde 100% academic-based macam zaman aku dulu. Bukan tak pandang akademik. Academic excellence masih penting, tapi dah jadi salah satu komponen dalam sistem yang jauh lebih kompleks. Now dah ada kuota sosioekonomi.

Itu yang kita nampak. Yang kita tak tahu MUNGKIN ada kuota negeri, kuota sekolah, kuota aliran, kuota latar belakang keluarga. I don’t know. MAYBE.

KUOTA bermaksud ada persaingan. Persaingan dalam kumpulan yang sama. Kalau kau really good, tapi kau berada dalam kumpulan yang hanya dapat 10% kuota, maknanya competition kau lebih tinggi. Yang berebut 10% tu bukan biasa-biasa. Semua result cantik, semua ada ko-kurikulum, semua ada profil yang solid. Yang nak merebut 10% ni semua jenis mak bapak T20 yang sanggup berhabis duit hantar anak ke extra classes dan willing to spend anak ke international competition to get good exposure and certificates.

Jadi, bila anak kita yang bertanding dalam kuota 10% yang sama unfortunately gagal terpilih, itu tak automatik bermaksud dia kurang bijak. Mungkin dia kalah pada system that is designed to balance many factors, bukan untuk pilih siapa paling pandai semata-mata.

At the same time, faktor pendapatan parents sekarang dah jadi sangat penting. Kita boleh marah, kita boleh tak bersetuju, tapi kita tak boleh nafikan hakikat ni. Yuran samada IPTA atau boarding school (yuran makan), memang di-tier-kan ikut tahap pendapatan. Ramai dari kalangan kawan-kawan aku, anak-anak dorang tak layak mohon PTPTN. Bukan tak layak dari segi academic, tapi tak layak sebab income mak bapak dianggap mampu. Jadi kena bayar sendiri dari awal sampai habis.

Tajaan lagilah. Tajaan hari ni dah tak tengok CGPA atau straight As semata. Pendapatan keluarga dah jadi tapisan paling awal. This is no longer about denying opportunities, tapi realiti negara kita dana pendidikannya dah terhad. Kerajaan dah takde kapasiti bagi scholarship dan loan kepada semua orang yang pandai. Budak pandai pun melambak dah. Tahun lepas yang straight A saja 14,000. Tu belum lagi yang 8A. Tu pun dah berapa ramai agaknya. Semua ni nak merebut tempat dan pinjaman.

Itulah hakikat ekonomi. When funds are limited, priority naturally goes to those who need financial support the most, bukan semata-mata siapa cemerlang. Jadi kalau kau T20 dan result anak kau hebat, merit tinggi, tapi tak dapat universiti yang kau target dan tak dapat tajaan, itu bermaksud the sistem beranggapan kau mampu bayar pendidikan anak. Nothing to do whether or not anak kau tak cukup bijak. Sebab now cara pemilihan tu dah lain.

Zaman aku dulu buta-buta tengok result akademik je. So dah boleh bajet dengan result agregat 6-9 akan ke mana. Aggregat 10-12 ke mana…and so on. Dulu kawan-kawan aku ramai jadi part time kat UPM and UKM sementara tunggu result SPM. Dorang dapat ikut ke meeting UPU. Kawan aku cakap cara pemilihan student adalah ikut agregat. Agregat yang cantik-cantik UM and UKM dapat dulu. That was year 1994. Maknanya, dulu punya cara pengambilan pelajar memang tengok pada keputusan exam saja.

Now tak. Now ada merit. Ada ko-ku. Ada result exam. Kalau anak kaki bangku and tak aktif berpersatuan, walau 45A sekalipun, chances are anak takkan dapat uni yang best. Sebab uni yang best pun nak student yang best dari semua segi.

Dulu kalau dengar someone dapat agg 6-9 dah tau dah ini memang stok-stok fly punya. Termasuklah roommate aku yang annoying tu. Dia kata lepas dapat result, dia memang yakin fly cuma tak tahu nak mintak mana satu. Terlampau layak kekdahnya, sampai tak tahu nak pilih apa. Dia masih apply UPU saja-saja nak isi masa lapang katanya. Punyalah eksennya beliau bercerita kat aku. UPU dapat pilihan pertama - UTM course petroleum. Tapi disebabkan dapat JPA to Japan, maka dia ambil Jepun.

Ramai mak bapak BELUM BERSEDIA nak terima naratif baru ni. Ramai masih pegang naratif lama iaitu anak aku pandai, jadi sistem kena bagi uni yang best dan scholarship.

That's why aku bersetuju dengan naratif mak yang buat video tadi. Kalau kau T20, now you know the game dah macam ni, maka tak payahlah kot paksa diri masuk gelanggang yang memang bukan di-designed untuk kau. Kalau mampu bayar anak ke private school, atau private university, tak perlulah apply boarding school atau IPTA. Boleh terus ambil option bayar sendiri.

Private school and IPTS bukan laluan second class, ya. Itu cuma laluan yang berbeza. Tetapi lebih flexible and strategic. Kawan aku Nurul, anak pertamanya dulu dapat SSP lepas UPSR. Tapi quit. Nurul masukkan anak dia ke private school sebab dia nak pastikan anaknya dapat EXPOSURE ke banyak program international. Ini semua merit. Anaknya tak ambil SPM tetapi IGCSE. Dapat straight As, kemudian masuk foundation program A-Level di sini. Score good result, dengan result tu apply scholarship.

Banyak scholarship dari company-company yang tak tengok SPM pun. Sebab masa ni dah tengok result foundation pulak. Anak Nurul secured scholar from one company, now kat Manchester Uni. Next year nak sambung Masters dah under the same scholarship. Inilah laluan yang Redza nak dulu. Dia pulun IGCSE untuk dapat buat fast track and nak secure tajaan untuk foundation A-Level. Tapi takde rezeki sebab tahun tu Covid jadi laluan fast track ditutup.

SPM and IGCSE berbeza dari segi objektif dan positioning. SPM masih sangat berkait dengan sistem nasional, kuota dan merit yang kerajaan tetapkan. IGCSE lebih direct kepada pathway international. Student IGCSE tak perlu compete dalam sistem kuota. Dorang compete berdasarkan admission requirement. Credit is credit. Subject relevance is subject relevance. As long as meet the requirement dan yuran boleh dibayar, pintu terbuka luas untuk anda 🙂.

Ramai orang salah faham bila kata IPTS “sesiapa pun boleh masuk asal boleh bayar”

Itu ayat orang IQ dia digit. Padahal IPTS ada minimum academic requirement juga, ya. Sebab dorang masih terikat dengan accreditation, ranking dan pathway ke universiti overseas. Dorang takleh accept student yang terlalu slow sebab nanti student tu tak boleh survive academic workload dan tak lepas syarat untuk articulation ke overseas university. Ingat universiti kat overseas tu accept semua orang ke? Nak-nak lagi kalau pilih Top 20 uni di UK, setiap uni ada minimum entry point. Tak lepas minimum ni memang kau tak dapat masuk.

Ramai mak bapak T20 mengadu kat aku dorang frust anak tak dapat ke SBP padahal academic cemerlang dan ko-ku merit tinggi.

Bertenang. Apa yang sebenarnya berlaku ialah korang cuba kejar peluang yang DIREKA untuk kumpulan lain. Bila anak you tak dapat boarding school atau IPTA, jangan rasa seolah-olah anak you gagal. Sedangkan anak yang sama, kalau dihantar ke private institution dengan curriculum yang sesuai, dengan exposure international and pathway yang jelas, anak you boleh lebih berkembang.

Kalau mampu, duit sebenarnya boleh jadi kelebihan. Orang yang takde kelebihan duit macam korang sangat mengimpikan dapat your kelebihan so that they can send their kids to a better school. But korang yang ada that kelebihan nak berebut pada sistem yang menyempitkan peluang korang. I know, SBP and MRSM lambang "tempat orang bijak-bijak". Ramai nak anak terpilih kerana itu satu indicator bahawa anak you bijak. That information matters to you, betul?

I understand the frustration, tetapi you kena faham u compete di laluan yang kuotanya 10%. Kuota laluan ni terlalu sikit. Laluan you tu, semuanya hebat-hebat. Aku teringat Rayyan masa apply SBP. Aku rasa kalau dari segi akademik, Rayyan bukan terpaling cemerlang pun. Based on respond dari cikgu-cikgu tusyen, his A around 85-90. Jarang dapat 95-100 markah.

Tapi mungkin kelebihan dia adalah dari segi wakil club main hoki inter-state, tempat ke-4 main dalam Internation Music Championship (main keyboard), menang public speaking peringkat daerah, and banyak lagi. Tokoh Ko-Ku tak salah aku dak Korea ni dulu. Maksudnya, dia ada point yang balance - academic-wise not bad, ko-ku pun excellent. Maka dia dapat his pilihan pertama, STAR.

Lepas keluar STAR aku pernah nak masukkan dia ke private school sebab aku nakkan internationl exposure tu. Reason aku suka kalau dia kekal di SBP sebab EXPOSURE tu takkan dapat di sekolah harian. Sistem SBP dan MRSM ni, dorang banyak exposekan budak-budak ke banyak good competition and program. Ini yang aku nak.

Bila dia quit, aku dah survey-survey international school. Tapi En Wan pulak berpandangan sekolah ni tak banyak beza sistem dan subjeknya. Why not biar dia habiskan sekolah di sekolah harian, and kita spend duit later masa dia nak ke uni. Aku pikir-pikir balik, oklah takpe. Aku follow cadangan En Wan.

Rezeki orang berbeza-beza. Ada orang rezekinya belajar ditaja atau dapat pinjaman. Ada orang rezekinya kena bayar untuk dapat uni/sekolah terbaik. Dua-dua tu rezeki, cuma bentuknya berbeza. Aku bukan kata boarding school atau IPTA tak bagus. Ia sangat bagus, but not the only way to measure success. Itu bukan satu-satunya laluan untuk anak jadi “orang”.

Kalau dah tahu anak datang dari keluarga yang income tinggi, logiknya planlah pendidikan anak dengan mindset berbeza dari awal. Start study course yang available, tengok admission requirement, tengok fee structure, fahamkan pathway ke overseas, etc. The public system is not really set up to accommodate people like you. It’s for those who genuinely need it.

I don’t see education as a competition decided by a single test. Ini tentang alignment. Alignment antara kemampuan financial, keperluan anak, sistem pendidikan dan realiti hari ini. Kalau alignment tu betul, kids don’t have to go through the trauma of “not being selected”. It saves parents from feeling hurt over something avoidable.

Jangan cakap "Kak Di bolehlah cakap gini, anak-anak Kak Di pandai"

Trivia: 
Redza tak pernah dapat nombor 123 sepanjang sekolah rendah.
Redza tak dapat straight As masa UPSR. Dia dapat 3A3B.
Redza tak dapat straight As masa PT3. Dia dapat 7A2B.
Redza tak pernah dapat pointer 4.0 sepanjang kat MRSM.
Nombor dia out of 140 student range from 25-30. Bukan Top 10 pun.

Rayyan tak pernah Kelas 1. Dia disleksia. Sampai Darjah 6 dia di tahap kelas nombor 2 saja.
BM dia always D, kadang-kadang fail.
Anak orang lain dah khatam Quran Darjah 1, Rayyan khatam Darjah 6 sebab dia merangkak-rangkak membaca (due to disleksia).

Kalau aku dalam pertandingan antara mak-mak, aku dah banyak kali kalah.
Jauh kalah dengan semua mak-mak.
But I stick to my lane. Other kids can get all the 67As and trophies they want, it’s not my business.

Mintak maaf cakap. Some of you NAK COMPETE DENGAN ORANG LAIN.
Kau dah dapat A, kau nak B. Kau dah dapat B, kau nak C.
Kau dah ada D, kau tak nak orang lain dapat D juga.
Kau ada E, kau sakit hati orang lain pun boleh dapat E.
Itu yang menyebabkan sakit hati dan mudah kecewa.

Kau berduit kot. Kau ada duit lebih dari orang lain. Gunalah duit tu untuk pendidikan anak. Kau boleh hantar anak ke pendidikan yang baik dengan duit sendiri, mungkin itulah rezeki kau. Rezeki datang dalam bentuk pilihan. Tak semua orang ada pilihan itu. Daripada stress, marah dan rasa semua ni tak adil, gunakan apa yang kau ada sebaik mungkin.