2026-03-21

Jangan turunkan mindset B40 ni.


Apa yang aku nak tulis ni mungkin akan buat some of you terasa. Tapi kadang-kadang kita memang kena cakap benda yang orang tak nak dengar. Sebab kalau tak, kita akan terus normalizekan something yang tak patut dianggap normal.

Screenshot atas ni sekali baca boleh mengundang simpati. Tapi aku tak.

Aku tanya dia apa sebenarnya yang buatkan baju raya tu perlu dibelikan untuk keluarga? Takkan keluarga tak tahu kau tengah belajar? Duit yang kau dapat tu adalah duit untuk belajar, bukan tanggung keluarga.

Mintak maaf cakap. Bagi aku ini BUKAN pengorbanan. Aku tak tahu salahnya pada siapa.

Keluarga dia salah?

Ok kalau keluarga yang salah, itu logik. That's why dorang kekal B40 sebab mindset tu sendiri dah miskin. Bukan sekadar miskin duit, tapi miskin cara fikir tak tahu beza mana satu priority, mana satu tanggungjawab dan mana satu untuk masa depan.

Tapi kalau pelajar ini yang WILLING belikan baju raya, bayar utilities, sedangkan dia tahu duit tu adalah duit untuk belajar, ni namanya BERLAGAK.

Yes, kau berlagak. Berlagak macam duit biasiswa yang kau dapat tu duit gaji. Berlagak macam dah mampu tanggung keluarga.

Duit yang kau pegang tu bukan hasil titik peluh kau bekerja tau. Itu duit khusus untuk belajar supaya kau tak payah risau mikir expenses pelajaran.

Biasiswa BUKAN extra money.
Biasiswa BUKAN family fund.
Itu duit pelajaran!

Kalau kau guna duit tu untuk beli baju raya adik-adik and mak bapak, bayar segala bil rumah, tanggung perbelanjaan keluarga, kau sebenarnya tengah buat dua benda MENGARUT serentak.

Pertama, kau dah salah guna tujuan duit itu.

Kedua, kau create satu gambaran bahawa kau mampu.

Bila keluarga nampak kau boleh bayar ini, boleh beli itu, boleh tanggung macam-macam, slowly semua tu akan jadi expectation. Mula-mula baju raya. Lepas tu bil elektrik. Lepas tu bil air. Lepas tu mungkin barang dapur. And before you even realize it, you have become the family’s backup financial support.

Ini bukan kisah inspirasi, ya. Tak payah nak berasa inilah anak yang patut dijadikan contoh. JANGAN NORMALIZEKAN BENDA MACAM NI. Kalau B40 dok hencap kata anak T20 tak patut dapat biasiswa, T20 pun boleh kata tak semua anak B40 patut dibagi biasiswa! Jangan T20 je yang di-check backgroundnya. Check sama background mak bapak B40 ni. Nak-nak lagi mak bapak yang tak berjenis. Esok-esok duit biasiswa anak habis menanggung keluarga je. I said what I said!

Orang kita cukup suka kisah-kisah pengorbanan anak orang susah gini.

“Hebatnya anak ni”
“Besarnya pengorbanan”
“Baiknya hati dia”
“Sorgalah tempatmu, nak”
🙄

Cakaplah apa pun, tapi bagi aku, benda pertama yang terlintas kat kepala is, mana common sense?

Kalau keluarga susah, perkara pertama yang patut tak dibuat ialah perbelanjaan yang tak wajib. Baju raya bukan wajib. Aku pun pernah ada tahun tak berbaju raya. Tahun tu kereta Pak Aji accident total lost. Duit simpanan habis buat beli kereta baru. Terpaksa beli kalau tak macamana nak kerja. Zaman dulu komuter mana ada lagi nak gerak dari Bangi ke Shah Alam everyday. Maka tahun tu kitorang tak berbaju raya.

Takde siapa mati kalau pakai baju raya tahun lepas. Takde siapa masuk hospital kalau adik-adik pakai baju lama. Jadi bila guna duit biasiswa demi nak bahagiakan keluarga dapat berbaju raya, that already shows something is seriously off.

Kalau semua ni that pelajar sendiri yang offer, lagilah aku rasa tak patut. As orang yang bijak, sepatutnya you tahu belum masanya lagi jadi hero nak membantu keluarga. Bantu dengan duit kerja part time, takpe. Tapi kalau duit yang kerajaan provide untuk belajar, kau guna untuk tanggung keluarga, itu salah. Dah tahu kau sendiri tak mampu nak biaya pelajaran without that biasiswa, bila dah dapat biasiswa kau gi tunjuk kat family yang kau “mampu” support dorang. What the F?

Sometimes kita ni ada satu penyakit NAK NAMPAK MAMPU. Walaupun sebenarnya tak mampu. Nak nampak jadi anak yang paling berbakti. Nak nampak jadi orang harapan keluarga. Nak nampak jadi orang yang boleh selesaikan semua masalah. 

Tak salah nak membantu, tapi sekarang belum masanya. Kau masih seorang pelajar yang hidup atas duit biasiswa. “Pengorbanan” yang terlalu awal macam ni selalunya BUKAN tanda kematangan. Ini tanda tekanan sosial. Tekanan untuk jadi anak yang baik. Tekanan untuk bantu keluarga walaupun belum ada kemampuan sebenar. Tekanan untuk tunjuk walaupun datang dari keluarga susah, tetap boleh bagi balik.

Masalahnya, semua ni boleh merugikan kau. Setiap ringgit yang sepatutnya digunakan untuk makan, buku, transportation, emergency savings semasa belajar dah diguna untuk benda lain. Nanti bila duit tak cukup, siapa susah? Kau jugak. 

Dah tahu itu je lah sumber duit untuk survive masa belajar sebab mak bapak kau takkan mampu tanggung kau sambung belajar, patutnya selamatkanlah diri kau dulu. Sebelum kau sambung belajar, siapa yang settlekan bil and hal perbelanjaan makan pakai semua orang kat rumah? Now apesal kau pulak take over? Patutnya yang biasa menanggung selama ni lah buat semua tu sebab hakikatnya kau belum kerja lagi.

Inilah reason terbesar kenapa kebanyakan parents B40 mewariskan B40-nya kepada anak-anak. Sebab mindset B40 tu anak dah carry. Belum apa-apa dah sibuk nak menanggung keluarga. Kau yang offer diri nak tanggung, pastu salahkan T20 tak memahami. Padahal mindset kau yang tak betul.

Sorry kalau ada orang terasa. Tapi bagi aku, cerita macam ni tak patut dinormalisasikan sebagai kisah pengorbanan atau kisah yang patut dijadikan inspirasi. Kadang-kadang benda yang kita puji tu sebenarnya simptom kepada masalah yang lagi besar. Masalah mindset. Tak tahu beza antara tanggungjawab pelajar dengan tanggungjawab ketua keluarga.

Seorang anak yang sedang belajar TAK PATUT jadi penyelamat ekonomi rumah. Anak ni patut jadi pelaburan masa depan keluarga. Biarkan dia belajar. Biar dia bina masa depan dulu. Dah kerja, ada pendapatan stabil, masa tu baru boleh bantu keluarga. Kalau dari awal lagi dah gunakan dia as sumber duit sedangkan dia sendiri dibantu kerajaan untuk belajar, entahlah sumpah aku tak faham cara fikir orang macam ni. Mungkin inilah maksud Prof UiTM tu - “Aku memang tak boleh hidup dengan B40”. Bukan pendapatan tu yang dia maksudkan, tapi cara fikir.

Pastu cakap “Orang T20 takkan faham”

Ya memang tak faham. Tak faham apesal kau yang bijak, yang dapat sambung belajar ke uni, tak boleh pikir logik duit biasiswa tu untuk apa. Tak faham apesal parents kau boleh anggap duit biasiswa tu buat tanggung keluarga. Itu yang kita tak faham. Pastu nak kata anak-anak T20 dapat duit biasiswa boleh enjoy katak.

Hello? Anak-anak T20 tu enjoy dengan duit parents bagi. Parents diorang top up untuk belanja. Tapi duit belajar, beli buku, dorang pakai duit biasiswa. Bukan duit biasiswa tu yang dorang guna untuk berhuhahuha. Anak-anak B40 yang menanggung keluargalah sebenarnya yang “menghuhahuha” kan duit biasiswa tu spend kat family.

Bulan Dec lepas Redza and 11 kawan-kawan MRSM Langkawi yang sambung study kat UK gi bercuti ke Norway. Antara itinerary dorang adalah husky rides. Harga around RM1400/person. Aku tanya Redza nak naik ke? Kalau nak, nanti aku mintak apaknya masukkan duit. Redza tak nak. Too mahal dia kata. Dorang berpecah kepada 2 group. Satu naik husky, satu lagi city tour.

Aku cakap kat Redza naik je la, ambik pengalaman. Esok dah kawen, dah beranak pinak belum tahu lagi mampu ke tak nak ke sana lagi. Dah alang-alang kat sana, naik je.

“Takyah, Ma. Redza ada je duit tapi taknaklah. Mahal. Kalau papa masukkan duit pun nanti Redza masukkan dalam ASB”

Ini aku bukan bercakap pasal duit, tapi mindset. Mindset untuk membezakan antara keperluan dan kehendak kena di-instilled dalam diri anak-anak sampai one day dorang boleh decide sendiri mana berbaloi mana tak. 

Aku boleh je encourage Redza pakai savings dia untuk enjoy the holiday, but no. Kalau aku nak encourage dia spend, aku akan bagi duit.

6 bulan pertama dia kat UK kitorang tak masukkan lansung allowance. En Wan kata biar Redza belajar manage duit yang sikit. Duit MARA bagi tu tak banyak mana pun. Memang MARA calculate SARA HIDUP saja, bukan gaya hidup. Kitorang sengaja tak masukkan allowance sebab nak tengok kalau dia boleh manage duit yang sikit, maknanya dia boleh manage duit yang banyak satu hari nanti.

Lepas 6 bulan tengok dia boleh survive barulah kitorang bagi monthly allowance. Masa tu baru nampak dia shopping gitarlah, henfonlah. Itu maknanya dia pakai duit mak bapak, bukan biasiswa. Kalau dia pakai duit biasiswa untuk berjimba, dari awal lagi dia dah kerjakan duit tu.

Dalam struktur keluarga yang sihat, parents patutnya jadi pihak yang bertanggungjawab menjaga keperluan keluarga. Anak yang tengah belajar sepatutnya fokus kepada pelajaran dengan tenang. Sebab pelajaran tu lah yang akan ubah kehidupan keluarga. Kalau dari awal anak dah dibebankan dengan tanggungjawab kewangan keluarga, anak tu akan sentiasa berada dalam keadaan tekanan. Tak boleh fokus pada pelajaran and always risau pasal duit.

Dan dia mungkin rasa bersalah kalau tak bantu keluarga. This is not a healthy system. Ini sistem yang memaksa anak jadi penyelamat keluarga sebelum dia sendiri stabil.

Sometimes kita kena akui yang tak semua pengorbanan tu bijak dan boleh dijadikan inspirasi. Ada pengorbanan yang sebenarnya berpunca daripada tekanan sosial. Dalam culture orang melayu pulak, anak yang tak tolong keluarga dilabel as anak derhaka, tak kenang budi, lupa asal usul. Tu pasal ramai anak-anak stuck dalam situasi macam ni.

Please ya, mak bapak. Kalau dulu mak bapak kita buat macam tu pada kita, biar stop kat kita je. Jangan repeat the same cycle. Jangan turunkan mindset B40 ni.