2026-02-26

Kau baru pertama kali dapat gaji ke yang sampai kena tanya pendapat orang apa yang nak dibeli?



Menjak rajin lepak kat Thread, aku jadi tertanya-tanya, sejak bila budaya tayang gaji, baki akaun, KWSP, slip nafkah ni jadi simbol kejayaan hidup? Dulu berlawan gambar stereng kereta je. Now menjadi-jadi masing-masing "Normal ke nafjah RM5K sebulan?" Halah halahhh.

Aku punya hati berkata, orang menayang nafkah konon banyak sangat ni, yang tayang gaji perasan besar sangat ni, macam ada benda yang tak settle dalam hidup dorang. Especially yang kata "Gaji baru masuk, nak beli apa ya?" (screeshot sms duit masuk 5 angka). Kau baru pertama kali dapat gaji ke yang sampai kena tanya pendapat orang apa yang nak dibeli?

Orang yang dah selalu dapat gaji, dia dah ada komitmen bulanan, dia tahu apa yang nak dibeli, kat mana nak diguna. Yang konon gaji masuk 5 angka ni, selalunya berangan lebih. Dia tak pernah dapat banyak tu, jadi dia berangan konon macam apa yang dia dapat tu banyak sangat sampai tak tahu nak beli apa. 

Sumpah aku cakap, orang yang bergaji RM10K, bila dapat gaji dia tau apa nak buat dengan gaji tu. Yang gaji RM40K, dapat je gaji dia dah tahu ke mana nak salurkan duit tu. Sebab dorang ni dah ada komitmen. Yang bertanya public apa nak buat dengan gaji ni selalunya delusional lebih. Takyah nak kencing aku yang dah nak masuk 50 tahun hidup. Boleh baca dah sorang-sorang punya kelaku.

Since when did people start feeling comfortable share hal paling sensitif dalam hidup with complete strangers?

Kalau kau perasan, this whole trend of flexing salaries, tayang nafkah tak datang dari orang yang dah lama dalam dunia duit. Dia selalunya datang daripada orang yang baru masuk fasa baru rasa nak naik atau baru rasa hidup tengah up sikit. Dan bila rasa tu datang dari dalaman yang belum biasa, dia jadi tak puas dan nak cari validation orang lain. Dia berasa kalau tak dipertontonkan, kejayaan tu rasa tak sah. Tak cukup valid.

Dan percayalah cakap aku, bila semua "kejayaan" tu nak diumum dan ditayang, selalunya kejayaan tu belum stabil. Sebab benda yang betul-betul kukuh tak perlukan spotlight everyday. Dia jalan je. Yang bising-bising ni usually just looking for validation.

Apa sebenarnya dorang ni fikir bila tayang screenshot gaji? Nak orang jealous? Nak orang kagum? Atau nak yakinkan diri?

Sebab orang yang betul-betul secure dengan hidup, takde urge nak membuktikan berapa dia buat or berapa suami bagi setiap bulan. Dia tahu apa dia ada, apa dia mampu, dan apa yang penting untuk dia guna. 

Aku rasa macam agak bodoh bila kau kata kau banyak duit tapi kau bertanya public apa nak dibuat dengan duit tu. En Wan ada ramai client suri rumah, yang buat hibah dan bayar sendiri. Nak buat hibah kena bagi semua detail. So En Wan tahulah client tu bekerja atau tak. Bila ditanya siapa akan bayar, dorang cakap "saya bayar".

Sebab tu aku cakap, orang yang real ada duit takkan tanya pendapat public apa nak dibuat dengan duit dia. Dia tahu dah apa nak buat. Yang bertanya kat public ni acah-acah berduit je.

Toksah cakaplah kau nak bagi inspirasi. Inspirasi tengkorak. Inspirasi apa bendanya kalau yang kau tunjuk cuma hasil tapi takde konteks. Orang kalau nak bagi inspirasi tak tunjuk screeshot duit, itu scammer namanya.

Orang yang betul-betul berduit dan biasa dengan duit faham bahawa exposure ialah risiko. Lagi ramai tahu, lagi banyak mata memerhati. Lagi banyak doa yang bukan-bukan. Lagi banyak peluang untuk diri sendiri terjelepuk. 

Tapi kat Thread, semua benda dijadikan content. Duit jadi content. Nafkah jadi content. KWSP jadi content. Apa yang nak dibuktikan tak tahulah. Maybe dia rasa dia sorang je kot dapat nafkah RM5K sebulan. Dia sorang je gaji 5 angka. Dia sorang je KWSP 1 juta.

Aku pernah tengok satu post Hamba Allah ni post katanya RM40K. 

Dik, mesti adik tak pernah tengok orang dapat bonus RM240K, kan? Yang dapat bonus 6 angka pun tak cerita kat public. Sebab apa? Sebab dah biasa dapat. Gaji sebulan pun RM80K, dik. Gaji bulan April masuk, bulan Januari punya gaji ada belen RM10K lagi tak habis. Apa adehal dengan bonus RM240K? Entah-entah bonus dah masuk pun tak perasan.

The saddest part is duit nafkah dijadikan bahan berlumba suami siapa lagi provider.

Dik, ini bukan women empowerment. Ini namanya merendahkan institusi perkahwinan.

Nafkah is tanggungjawab, bukan medal. Bila kau tayang nafkah untuk tunjuk kononnya laki kau terpaling provider and kau terpaling dijaga suami, kau sebenarnya sedang bukak ruang orang lain mempertikaikan marriage kau. Orang tak puji, dik. Orang akan persoalkan.

“Betul ke?”
“Consistent ke?”
“Kalau konsisten dapat banyak tu, kenapa kena tunjuk?”


RM10K, RM15K, RM20K today bukan kayangan. Kalau 90-an dulu, yes. Now 2026, jumlah tu jumlah hidup selesa saja. Bukan tahap luar biasa. Jangan buat as if kau dah capai puncak kejayaan manusia. 

Standard hidup orang lain berbeza. Ada orang RM30K tu baru lepas bayar semua komitmen, masih kira duit hujung bulan. So kalau kau rasa RM15K tu besar dalam lingkungan kau, tak salah. Bangga tu manusiawi. Tapi bangga tak perlu tayang satu dunia. Rasa syukur tak sama dengan rasa perlu tayang. Bersyukur tu lain, beria nak orang nampak tu lain.

Aku rasa trend ni menjadi-jadi sebab ramai sebenarnya sunyi. Kawan takde agaknya. Aku kalau duit banyak, takde de mintak pandangan public nak buat apa dengan duit. Tau-tau je dah sampai Bangkok dengan DPT. Tapi sebab kau sunyi, jadi kau berangan. 

Kerja ada, duit ada, tapi makna tak ada. Jadi terpaksalah cari makna melalui reaksi orang lain. Lepas satu post, satu post lagi. Lepas satu screenshot, satu screenshot lagi. Mengharap pujian, yang dapatnya kena kecam.