2025-12-15

Hype kat international platform vs Realiti ranking kat China


Aku nampak post ni:
Aku terpaksa bersetuju dengan dia sebab aku dah tengok drama ni. Cerita dia ok, tapi jauh sangat kalau ikutkan hype yang digembar-gemburkan selama ni. Bukan tak best, cuma comparekan dengan hype yang beria tu, macam tak padan sangat. Maybe kekuatan cerita ni sebab ada Park Bo Gum agaknya, tu yang hype gila.

Apa yang aku perasan, kebanyakan review-review yang beria ni adalah dari penonton Netflix. Sebab itu je platform paling besar yang kumpulkan cerita dari banyak negara. Satu dunia boleh access Netflix except China. Jadi apa yang ditayangkan kat situ ramai anggap dah paling best. Dipuji-puji bak masterpiece, as if termasuk dalam list drama paling berpengaruh sedunia gitu. Tapi bila check real ranking negara asal? Rupanya kelaut. Tak masuk top 20 pun. Tapi ni aku bukan cakap pasal drama Tangerine tu lah. Ini contoh je.

Aku layan K-Drama tak sebanyak C-Drama. Kalau C-Drama aku nampak fenomena ni obvious. International fans hype bagai nak rak kat drama-drama di Netflix, tapi kat China sendiri ratingnya tak seberapa. Kadang-kadang drama yang hype kat international tu trending kat Weibo sebab kena kritik, bukan sebab kena puji. Contoh? White Olive Tree.

Kat international platform, especially yang tengok kat Netflix, beria kata drama tu best gila. Slow burn masterpiece-lah, underrated gem-lah, macam-macam lagilah. Positif betul. Padahal sebab pelakonnya Chen Zheyuen je. Dak-dak Netflix still takleh move on dengan drama Hidden Love. Tu yang beria. Kat Weibo sampai menangis Chen Zheyuen kena kritik. Buat livestream sampai menangis, ya! Sebab dia stress cerita tu flop kat China. 

Chen Zheyuan menangis minta maaf sebab dia rasa lakonan dia gagal sampaikan apa yang sepatutnya. Mana taknya, dalam drama tu supporting actor lagi menyerlah dari dia. So if the actor themselves admit their flaws, it really shows how strong the audience reaction in China is.

Samalah macam kita dalam negara. Orang luar tak berapa kenal Bront Palarae, Beto, Azhan Rani - ni semua bukan traffic actor. Fan base tak besar. Drama and filem-filem dorang pun takde mass marketing. Kita dalam negara je tahu strength and kualiti acting dorang macamana. 

Disebabkan fan base Chen Zheyuan kat luar negara sangat besar impak dari drama Hidden Love dulu, maka drama White Olive Tree dijulang. Kadang bila aku baca review international fan kat FB pasal drama ni, nak je aku cari balik video livestream menangis tu kasi tepek. Tapi takpelah, keji sangat pulak rasanya.

Kat China, walaupun ramai traffic actors ada fan base yang tinggi, kalau lakonan teruk, memang kena hentam punya. Especially kalau drama tu too slow, atau terlampau banyak filler, atau tak mencapai tahap hype yang dicanang-canang kat international platform. Penonton dorang sensitif bab ni. They are usually way more critical.

Samalah nasibnya dengan drama The First Frost. Kat luar (international) hype macam nak rak, padahal kat China, bila ranking love story tahun 2020-2025 disenaraikan oleh Yunhe Statistik (platform paling reliable di China), The First Frost entah ranking nombor berapa tak ingat. Not even Top 10. International fans ni bukan apa, kalau heronya comel, kemain hype-nya.

Padahal drama Johnny yang tahun 2020 and 2021 masih bertahan Top 3 walau di tahun 2025. Gambar atas tu data dari Yunhe sehingga May 2025. Dah tahun 2025, dua drama dia masih Top 3. Tu belum masuk yang baru-baru ni another drama Johnny, Love Song in Winter menang drama terbaik 2025. Padahal Johnny bukan traffic actor. 

Maknanya, kat China walaupun penonton dorang jenis mengidolakan artis, kalau drama tu tak best, tetap takkan dapat view tinggi walaupun actor muka comel. Kat international ni lain pesennya. Amidst a Snowstorm of Love tu kemain lagi dihypekan. Falling into Your Smile tu terpaling sweet katanya.

Netflix mana ada pilihan drama cina sangat sebab dorang nak letak banyak lagi drama and movie lain. Tu yang dia letak drama-drama yang ada tarikan visual je. Aku tengok Amidst a Snowstorm of Love and Falling into Your Smile asyik forward-forward je. Boring sebab jalan cerita macam budak remaja bercinta. Menang kat muka actor comel je. 

Kat China ada satu fenomena unik. Walaupun drama C-romance makin banyak, actual rankings kat sana don’t change much, especially for some of the older dramas. Contohnya macam My Dear Guardian (2020) dan Love Designer (2021). Masih bertahan. That shows one major thing. Walaupun bukan global explosion, dan bukan drama yang dimarketkan secara besar-besaran kat international platform, drama tu tetap relevan dan kekal di hati local people. Dua drama ni tak masuk Netflix. Only in iQIYI.

Aku nampak post ni kat Thread:

Ada juga orang yang berpandangan macam aku rupanya. Betul apa dia cakap, actor-actor atas ni semua famous internationally tapi menang visual je. Muka memang tak disangkal kategory pretty face, memang boleh jual. Tapi bila kau tengok drama-drama dorang semuanya sepesen. Bila tengok back to back, kau realized jalan cerita sama je. Kalau tengok drama Miles Wei lagi stress. Takde perkembangan watak lansung, balik-balik jadi CEO. Gaya nak smart aje masing-masing.

So what’s actually going on here?

Maksudnya, hype international tak semestinya melambangkan kualiti sebenar, baik pelakon mahupun drama. Bila drama tayang kat Netflix, it automatically gets way bigger exposure. That’s a fact. Tapi capaian besar tak semestinya drama tu diterima dengan baik di negara asalnya. Sebab Netflix punya market sangat lain. Apa yang Netflix highlight, itulah yang orang luar nampak. 

Plus, Netflix’s algorithm tends to push whatever’s trending in other countries. Tak semestinya trending di negara asal drama tu. Drama yang biasa-biasa kat China pun boleh meletup kat US, Europe and Afrika. Sebab platform mempengaruhi persepsi.

Sejak aku melepak kat Weibo, aku nampak penonton China sangat teliti. Kalau skrip tak kuat, kalau character development poor, atau kalau pelakon tak match dengan vibe drama, bersedialah untuk dikecam. Dorang punya kecam bukan main-main. Boleh sampai menangis kau. Lain international fans, suka tengok visual and slow burn feel.

Kalau perasan, bila ada satu drama trending, semua orang buat edit, buat reaction, buat recommendation. Automatik ramai rasa drama tu masterpiece. Sama macam When Life Gives You Tangerines. Hype melampau, tapi bila tengok… slow and tak mencapai expectation. Ini pandangan akulah (and pandangan post Thread awal tadi).

China ada sistem pengiktirafan sendiri. 

Dorang ada rating Douban (ini macam IMDB).
Dorang ada ranking iQIYI/Tencent/Youku.
Dorang ada heat index (Weibo, Maoyan, Kuyun).
Dorang ada box office aktor and ada penilaian profesional industri. 

Jadi kalau drama tu tak kuat dalam China, hype luar takkan membantu banyak. Habis kat luar je lah. Kat dalam negara dorang sendiri tak gah mana.

Johnny is considered a box office actor, tapi belum masuk kategori top-tier “box office king” actors kat China. Syarat box office actor mestilah filemnya kategori box office and dapat industry recognition.

3 filem Johnny kategori box-office.
2 dari 3 filem ni hit USD500 juta.
Dia menang international award dari salah satu filem.

Dia meet all requirement untuk dapat title box office actor. Tapi belum capai top tier lagi. Salah sorang box office top tier ialah Shen Teng, ketua kumpulan Natural High yang paling tua. Nampak je gila tu tapi box office actor. Yang gah kat international platform setakat ni belum ada yang box office actor.

Satu fakta penting, popularity luar negara tak menentukan kedudukan aktor dalam entertainment industry di China. Yang menentukan are their strength portfolio, box office, feedback penonton China, relationship dengan director, production and platform dan result projek high-tier. Johnny tetap A-list, tetap dapat S+ projek, tetap dipilih untuk script heavy genre walaupun bukan semua drama dia trending international. That's why nak tengok good C-drama, BUKAN kat Netflix. Gi tengok kat iQIYI, WeTV and Youku.