2025-08-23

Kebanyakan artis kat China berfungsi macam “freelancer”


Zhao Lusi ni geram jugak aku kadang-kadang. Beria je masa sakit hari tu nak quit la apa la. Tapi kau stay lagi. Pastu kau question pasal bil hospital, and pasal management tarik balik kau punya tawaran berlakon and endorsement. Dasar budak-budak. Dia ingat tawaran tu dibuat antara pihak A dengan dia ke? Semua deal tu antara pihak A dengan YOUR management, not you! Kau takde hak nak question kenapa management pandai-pandai stop itu ini.

Kebanyakan artis kat China berfungsi macam “freelancer”. Maksudnya artis dibayar everytime dorang ambil job (drama, filem, iklan, etc). However 30%–70% dorang punya payment dipotong oleh management. Management ambil komisyen as charge pengurusan artis. Management cut dulu berapa dorang nak ambil, the balance baru masuk akaun artis.

Contoh kalau satu drama dibayar 10 juta yuan to artis, maybe komisen management is 50%, so artis akan dapat 5 juta yuan saja. Benda ni artis dah tahu dari awal sebab awal-awal kau sign kontrak. 50% yang management ambil tu pun untuk buat marketing artis. Dorang bayar press and bayar hot search Weibo and trending di Douyin and Xiaohongsu semua dari 50% nilah. Tu pasal artis-artis yang duduk bawah management cepat popular walaupun drama flop and berlakon kayu. Sebab duit yang management ambil tu buat modal nak marketing.

Ada jugak kes bila management jadi orang tengah, dorang ambil semua payment in advance dari pihak production. Sebahagian je dibagi kat artis. Itupun kadang-kadang lambat, kadang-kadang tak penuh. Inilah antara sebab kenapa some celebriti macam Lusi and Dilreba kerja teruk macam babi. Kadang tu dorang buat banyak endorsement je dari berlakon sebab management peduli apa, janji masyuk.

Baru-baru ni Lusi buat open curhat kat Weibo tentang pressure dia as artis yang terikat dengan rules management yang toksik. Kontrak yang dia sign 2 tahun lepas still ada 4 tahun lagi untuk habis. Nak buat macamana, dah kau yang sign.

Ni la dia dak-dak Gen Z. Tak tahu undang-undang. Kau yang dah sign, kau adhere la dengan apa yang dah dipersetujui. Bila kena kerja penat-penat, komplen pulak. Eh kau.

Dia kata schedule terlampau padat sampai takde ruang nak bernafas. Masa dia skait hari tu katanya patut management cover kos rawatan sebab katanya dulu management kata akan bantu. Tapi sekarang dia kena bayar semua sendiri. Duit dia kat management ditarik oleh company without her consent katanya.

Hat ni aku tak pasti sejauh mana betulnya. Samalah macam dak-dak muda tempat kita ni. Dia expect semuanya ditanggung sebab rasa diri dia entitle sangat.

Lusi cakap “You are the ones who control me. It’s not easy to become who you are today.”

Maksudnya, dia dah letih jadi alat mengkayakan company. Ni sama sebijik sebijon macam dak-dak zaman sekarang kata “Kami kerja macam nak gila so that founder boleh pakai sport car” 🤣. Sebab dia rasa founder kaya sebab dia. Kalau dia takde, founder jatuh miskin.

Dalam kes Lusi, aku tak rasa dia ditindas sebab kontrak sama-sama dipersetujui. Kat sana nak jadi artis ada banyak prosedur kalau kau nak popular and senang kerja. Management akan buatkan semua. Cari job, cari endorsement, cari variety show, bayar press nak baikkan news untuk kau lagi. Semua tu memang selayaknya management perah kau cukup-cukup.

Kalau kau nak ketenangan, kena gerak sendiri tapi tak naik lajulah. Pastu belum tentu dapat skrip sebab skrip-skrip idol mangement dah cop siap-siap untuk artis dorang. Maybe kau kena layan skrip heavy-heavy. But nak skrip heavy kena ada skill yang power. Skillful or not? Itupun satu isu lain yang kena dipikirkan juga.

Memang company yang signkan semua deal tapi itu adalah kerana kau berada di bawah management dia. Dari awal masa kau nobody, syarikat ambil kau dengan bagi kau promosi, lobi production house untuk ambil kau berlakon, spend duit nak cantikkan kau, dan segalanya, and now bila kau dapat banyak job, kau mengeluh penat. Tau tak ramai celebriti menganggur??

Actually ramai selebriti alami benda yang sama. Dorang terlampau banyak job sampai too stress and penat. Kebanyakan job yang management ambil untuk dorang adalah job yang dorang tak minat benaunya. Macam Xiao Zhan, endorsement setahun saja almost 40 brands. Cuba tanya setahun berapa drama and movie dia dapat buat? Tak banyak.

This is why Johnny tenggelam dari segi populariti masa awal dia join industri sebab dia tak pernah berada di bawah mana-mana management. Semua dia kena urus sendiri. Sebab tulah masa dia kena banned dulu - endorsement kena tarik, job hilang, lansung takde news about him di mana-mana - takde siapa tolong because dia takde management. Dia gerak semua sendiri. Dia pergi dari production house ke production house lain untuk buat casting for small-smal roles. Rasanya tak ramai nak hadap situasi macam ni sebab jauh lebih susah. Baiklah duduk bawah management cuma kau kena hadaplah apa dia nak buat untuk kau. Nak buat macamana sebab kau pun tak nak bersusah-susah.

Now, after dah jadi A-List, Johnny masih uruskan semua sendiri. Walaupun he owns his own management company, deal antara dia dengan production house, dia sendiri buat. Sukahati dia nak accept project yang dia nak atau tak nak. That’s why skrip dia semua powerful sebab dia ada kelebihan pilih sendiri skrip. Endorsement pun dia pilih-pilih, tak semua dia sapu sebab his passion adalah pada acting saja.

Sebab itu juga takkan pernah nampak Johnny terkejar-kejar ambil job semata-mata nak stay relevant. Kalau takde job (berehat), dia akan vanish terus dari alam. Tak tahu mana dia duduk. Kalau sebulan, sebulanlah takde berita lansung. Dulu gelabah jugalah mana hilangnya dia ni. Lama-lama dah tahu dah pattern dia. Kalau dia hilang tu, hilanglah. Fans takkan cari. Sebab tahu nanti dia akan keluar bila dah habis berehat.

Johnny juga bukan jenis yang nak muncul kat mana-mana event semata-mata nak tunjuk muka supaya tak dilupakan. Jarang dia hadir kat mana-mana event kecuali dia memang ada strong point untuk menang that award. Kalau tak, dia akan teruskan shooting saja. Last year, dia hanya attend iQIYI award saja. Malam tu kamera asyik fokus muka dia kat screen sampai dia tanya orang sebelah ada apa-apa ke kat muka dia sebab muka dia asyik naik skrin. Padahal kamera kerap zoom dia sebab dia rare nak ada dalam event-event macam ni.

In this industry, this is rare bila artis boleh survive tanpa terikat dengan sistem yang “terpaksa relevan” macam selebriti lain. Bila orang tanya kenapa dia kurang variety show, kurang endorse brand besar, tak selalu viral - it’s because dia choose to be like that. Dia pilih untuk kekal pada passion dia. Acting. Not clout. Honestly, aku lebih respect artis macam ni daripada yang terpaksa hidup dalam bayang-bayang management. Sebab bila kau tak ada power buat decision sendiri, kau kena terima je semua job demi relevancy, lepas tu burnout, ujung-ujung salahkan sistem. Padahal dari awal kau yang setuju dengan sistem tu.

To me, Lusi bukan ditindas. Dia masuk dalam sistem yang dia sendiri pilih, only now dia mula rasa pressure tu. Realitinya, semua benda ada pricenya. Populariti yang kau dapat sekarang pun ada harganya. It comes with pressure datang dan keletihan yang banyak. Johnny pula, mungkin dia popular macam Lusi, tapi dia hidup ikut prinsip dia sendiri. Dia tahu apa dia nak. Dia tak kejar semua.

Syarikat-syarikat management ni ikat artis dengan kontrak panjang. Dan dorang kawal semua aspek kehidupan, from pemilihan skrip, jenis kerja, imej, siapa yang mereka boleh kawan atau bercinta pun dikawal! Tu pasal artis-artis sana kalau bercinta and kawen terpaksa senyap-senyap. Sebab antara rules yang management tetapkan, dorang tak boleh bercinta. Sebab management always ambil skrip idol/cinta, so if artis dorang bercinta, tak lakulah drama tu nanti.

However aku rasa Lusi berani sebab tak semua selebriti berani bukak mulut. Kalau bersuara, maybe kena blacklist. Blacklist bukan calang-calang. Kalau one day kontrak kau habis dan kau taknak sambung, nak gerak sendiri, siaplah. Management-management akan bergabung untuk bayar press jatuhkan kau. Tu pasal juga antara sebab Lusi tak quit dari management dia now walaupun dia stress sebab dia tahu kalau dia quit, maybe dia takkan boleh survive dalam industri. Jadi nak tak nak dia kena tunggu juga la 4 tahun.

Kalau kau se-strong Johnny, boleh buat dek kena hencap dan kena palau dek press, silakan. Awal-awal maybe sakitlah. Tapi kalau acting kau strong dan projek kau power, lama-lama press pun takut nak palau. Sebab dorang pun nak promote kau bila tahu news about kau boleh bawa dorang duit. Now Johnny antara celebriti yang kaya. Duit job masuk direct kepada dia. Kalau orang lain payment USD5 juta per projek kena bahagu dua dengan management, Johnny dapat full payment.

Tu pasal awal tahun hari tu masa Johnny raikan 600 orang crew sempena makan besar raya cina, it went viral walaupun takde press dijemput ke event tu. Some crew upload kat Weibo and jadi hot search trending. 600 crew dijamu dalam satu dewan and the food is not cheap. Pastu orang spilled Johnny spend RM2.4 juta in one night untuk angpow sahaja kepada semua crew. Lepas tu netizen start kata Johnny buat bisnes pemerdagangan manusia 😆. Tepuk dahi aku baca.

Jalan yang Johnny pilih ni tak ramai berani ikut. Sebab bila kau gerak sendiri, kau tak ada ‘backing’. Kau akan lebih senyap, kurang spotlight, dan terpaksa bergantung sepenuhnya pada hasil kerja sendiri. Tapi dia dah buktikan yang itu bukan halangan untuk berjaya. Every year, dia tetap muncul dengan big projek. This year saja 2 drama, 1 movie, 2 variety show and 1 new endorsement. Walaupun maybe dia tak selalu viral. Dalam dunia entertainment yang penuh ‘drama’, Johnny pilih untuk kekal jadi diri sendiri, walaupun jalan tu lebih sunyi.