2025-08-25

GreenAard: Berak-berak tanda produk weight loss menjadi?


Aku tahu ada orang suka timbang berat lepas keluar toilet. Ada yang seriously believe ini cara nak monitor progress berat badan bila tengah berdiet. 

Mitos ni kena stop!
Mitos bahawa lagi banyak berak, lagi cepat kurus. 

Sebab itulah agaknya ramai yang ingat kalau ambil produk weight loss, petanda the product is working adalah berak-berak. Kalau tak berak, produk tu tak bagus katanya. Tu pasal after a few weeks toilet trip dah berkurang, terus rasa risau. Rasa macam produk dah tak jalan.

Guys, pooping DOES NOT have a big impact on actual fat loss.

Secara logiknya, lepas buang air besar, berat atas penimbang tu turun. Betul. Tapi penurunan tu mostly dari berat najis dan air, bukan lemak. Sekarang ni kita nak buang lemak, bukan buang najis. 

Purata najis kita beratnya antara 100-250g sekali membuang. Kalau kau buang air besar dua kali sehari, mungkin hilang 500g dari scale, tapi itu bukan lemak.

Sainsnya macam ni. Lemak disimpan dalam bentuk trigliserida dalam tisu lemak. Najis pula mostly daripada air (75%), bakteria, serat yang tak hadam, dan sisa makanan. Only 4% kandungan najis adalah lemak. So walaupun kau pergi toilet sampai 10 kali sehari, kau takkan hilang 2kg lemak sehari, ya sayang. Yang hilang cuma benda non-essential macam air, gas, dan sisa makanan.

Bercakap pasal trigliserida, aku pernah bagitahu bila trigliserida tinggi, berat susah nak turun, ingat lagi? Sebab tu weight loss and kolesterol saling berkait. Orang yang berat badannya susah nak turun, PASTI trigliserida tinggi. Bermakna, kolesterolnya juga tinggi.

Now aku nak explain kenapa GC Plus bagi frequent toilet trip pada awal-awal pengambilan.

Ini simple je - kerana GC Plus ada fiber.

Mula-mula makan GC Plus, usus mungkin belum terlatih untuk proses fiber yang banyak, so dia akan react dengan membuatkan najis bergerak laju. Hence, toilet trip yang kerap. After a while, bila usus dah bersih (detox phase) dan otot usus dah biasa dengan jumlah fiber tu, pergerakan jadi normal. Maybe 1-2 kali sehari instead of 4-5 kali. Itu bukan tanda GC Plus dah tak berkesan tapi tanda usus kau dah function normally.

Jangan obses dengan mitos 'banyak berak' as petanda badan lose weight. Sebab cuma 4% lemak dalam najis. Even kalau kau membuang 300g najis, lemak yang keluar cuma lebih kurang 12g saja. Fat loss happens in metabolism, not toilet. Lemak dibakar dalam sel. Lemak keluar dari badan menjadi karbon dioksida (melalui nafas) dan air (melalui kencing, peluh, dan sikit dalam najis).

Walaupun pooping tak bakar banyak lemak, membuang secara konsisten penting untuk metabolisme. Kenapa? Sebab bila kita buang air besar everyday, itu tanda sistem pencernaan dan usus bergerak dengan baik. Usus yang bergerak lancar menjadikan hormon pencernaan dan metabolisme aktif. Lantas, badan maintain energy burning mode.

Orang gemuk biasanya ada usus yang slow. Gini. Bila berat badan berlebihan, sel lemak banyak. Ini menyebabkan ada keradangan berlaku dalam badan. Radang ni boleh ganggu saraf dan otot dalam usus, menyebabkan pergerakan najis jadi perlahan. Najis yang tersimpan lama akan jadi toksin. Ini yang buatkan badan cepat rasa letih, bloated, dan metabolisme jadi sluggish.

Ramai orang gemuk ada masalah insulin resistance. Maksudnya sel dalam badan dah tak sensitif dengan insulin macam dulu.

Normal situation (orang sihat), bila makan nasi, badan tukar jadi glukosa (gula dalam darah). Pankreas keluarkan insulin. Insulin buka pintu sel supaya gula boleh masuk dan dibakar jadi tenaga.

Dalam situasi yang tak normal iaitu bila insulin resistance berlaku, insulin dah banyak dalam darah tapi pintu sel tak terbuka. Gula terperangkap dalam darah menjadikan gula darah tinggi. Badan sentiasa rasa lapar walaupun tenaga sebenarnya banyak, sebab sel tak dapat gula. Otak sentiasa bagi signal nak makan lagi.

Dalam situasi insulin resistance, hormon lain dalam badan pun ikut kacau termasuklah hormon yang kawal usus. Hasilnya? Usus jadi slow, jarang membuang, metabolisme makin perlahan, dan berat makin susah nak turun.

Sebab tu jangan main-main dengan gemuk. Kita rasa kita gemuk sihat tak sakit. Ya, sakit tu tak nampak lagi. Tapi dia dah berakar di dalam. Insulin tinggi bukan je lock lemak, tapi boleh ubah cara usus bekerja. Usus jadi kurang aktif. Bila usus kurang aktif, lagi susah nak flush lebihan air, garam, sisa makanan. Bila usus bergerak secara normal, badan kurang simpan air berlebihan dan gas. Perut jadi tak bloated. Badan rasa ringan. Indirectly, berat pun maintain.

Pak Aji dulu selalu pesan, “Pagi-pagi kena latih bontot untuk berak sebelum mandi”

Logiknya betul. Usus kita boleh dilatih untuk ada rutin. Caranya, walaupun tak terasa nak membuang, duduk je atas mangkuk tandas pada waktu yang sama everyday. Lama-lama saraf dan otot usus akan adapt, dan pergerakan akan jadi konsisten.

Buang air besar sekali setiap 2 hari is actually masih ok. In fact, buang air besar antara 3 kali sehari hingga 3 kali seminggu masih dianggap normal asalkan tak perlu meneran keterlaluan. Tak sembelit dan tak ada rasa sakit perut yang pelik. Tak kembung melampau. 

Buang sekali setiap 2 hari masih ok cuma dari sudut metabolisme dan weight management, membuang setiap hari lebih bagus sebab toksin dan sisa makanan tak duduk lama sangat dalam usus. Orang yang overweight atau ada masalah insulin resistance buang air besar lebih jarang, sebab pergerakan usus dah cenderung jadi perlahan. Itu yang buat berat lagi susah nak turun.

Tadi staff aku tanya pasal glucosamine. Ada customer ambil glucosamine untuk radang sendi. Dia nak ambil GC Plus. Masalahnya, glucosamine boleh buatkan berat badan naik pada sesetengah orang. Kadang-kadang boleh naikkan selera makan. Kalau sesiapa dalam fasa nak turunkan berat, tapi ambil ubat yang ada side effect naik berat, supplemen like GC Plus takkan dapat beri kesan optimum. Sama macam kau kayuh basikal tapi brek tangan kau tarik separuh. Memang susah nak laju.

Customer ni kata sejak ambik glucosamine, berat naik macam dipam-pam. Now jalan pakai tongkat. Kesian pulak aku dengar. Aku tak dapat allow dia ambil GC Plus sebab tak guna makan GC Plus if at the same time makan ubat yang counter-effect.

Ok dah alang-alang tu aku nak touch sikit kenapa GC Plus boleh kurangkan rasa lapar.

Dia macam ni. Dalam GC Plus ada fiber larut. Bila fiber larut bercampur dengan air dalam usus, dia berubah jadi gel yang melambatkan pencernaan karbohidrat. Akibatnya, penyerapan glukosa (gula) ke dalam darah jadi perlahan. So, paras gula darah lebih stabil. 

Bila gula darah stabil, otak tak terima alarm lapar terlalu cepat. Otak kita sangat sensitif dengan perubahan gula darah. Kalau gula jatuh mendadak, rasa lapar datang dengan cepat. Fiber larut dalam GC Plus yang slowkan perubahan gula ni.

At the same time dalam GC Plus ada bahan aktif namanya HCA. HCA ni halang enzim ubah lebihan karbohidrat jadi lemak. Bila enzim ni dihalang, lebih banyak karbohidrat digunakan untuk tenaga. Jadi, badan tak rasa cepat low energy.

Yang best tu, HCA stimulate pengeluaran serotonin dalam otak. Serotonin ni bagi rasa puas, tenang, dan content selepas makan. Jadi, bila serotonin tinggi, craving makanan berkurang walaupun perut belum kosong sepenuhnya.

Sebab itulah kita kata GC Plus and Maaltyd work in combo. Yang satu untuk weight loss, yang lagi satu panjangkan rasa kenyang. 

Untuk orang yang BMI dah ok tapi nak maintain berat, tak perlu ambil GC Plus. You can switch to Maaltyd. Untuk yang BMI ok tapi ada masalah pelawasan, boleh cuba Maaltyd juiga.

Tapi untuk yang ada masalah kegemukan, guna GC Plus. Nak kombo dengan Maaltyd pun boleh, nak kombo dengan Nutrijuice pun boleh. Sebab selalunya yang overweight ni, trigliseridenya tinggi. Jadi you have to monitor your kolesterol too.