2025-04-30

GreenAard: GLOEI tak kacau period

Yang tanya bila kami boleh post Gloei? Insyallah next week. Stok memang takde kat ofis. Bulan-bulan puasa hari tu, factory sangkut production. Tu yang stok aku pun sangkut ni. That's why sesiapa yang beli/book Gloei now, kami masih bagi harga lama, RM139/botol. Once stok baru sampai, kita start dengan new price RM145/botol. Selagi stok belum masuk ni, kita offer harga lama.

Ni nak jawab soalan. Someone tanya dia makan Gloei, lepas tu period dia lari sikit. Lambat 8 hari. So dia tanya sebab makan Gloei ke period jadi berubah?

Ok, aku cuba explain dengan fakta dan logik mudah untuk difahami.

Ramai yang ambil suplemen, tak kiralah yang ada kolagen atau yang takde kolagen macam Gloei sebab nak perubahan pada kulit. Nak kulit glowing, kuku kuat, rambut sihat. Pendek kata, nak nampak muda dan maintain. Tapi, bila ada perubahan pada period, ramai panik.

Takpe, takpe. Hari ni aku tulis panjang sikit (pernah ke kau tulis pendek, Diana?). Kita fahamkan betul-betul secara logik, berfakta dan dengan analogi yang mudah boleh ke Gloei kacau period.

Pertama sekali, Gloei TAK ADA kolagen di dalamnya. Kita tak pakai kolagen. Tapi kita ekstrak bahan aktif yang telah diketahui scientifically boleh stimulate badan hasilkan kolagen sendiri. Aku tahu ramai ambil Gloei sebab nak mengelakkan dari dapat allergy kolagen haiwan. Tapi bila Gloei kacau period, mesti ramai terfikir "Kata takde kolagen, tapi kenapa period berubah?" Betul tak?

Gloei memang bukan ubat. Hanya makanan tambahan. Walaupun kategori makanan, ia adalah fortified food. Iaitu makanan yang telah diperkaya dengan nutrient. Badan kita tak biasa dengan makanan jenis ni. Jadi bila pertama kali ambil Gloei, badan cuba adapt dengan bahan-bahan baru yang dimasukkan ke dalam sistem badan. Sama macam bila kita ubah pola makan, mula bersenam, atau start ambil vitamin, semuanya boleh bagi kesan sementara pada hormon. Hormon ada kaitan dengan kitaran haid.

Collagen and hormones are not strangers. They are closely related. Especially estrogen. Estrogen bantu penghasilan kolagen. Bila hormon estrogen tinggi, kulit jadi lebih firm, rambut lebih kuat, dan kita nampak glowy (ini asal nama GLOEI. Gini cara sebutannya). Tapi bila estrogen menurun especially semasa period atau fasa pra-menopaus, penghasilan kolagen pun merosot. That’s why kulit jadi kusam, sendi mula rasa lenguh, rambut gugur. Semua ni ada kaitan.

Jadi, bila kita mula ambil GLOEI, kita sebenarnya top-up kolagen yang badan tak sempat hasilkan. However disebabkan sistem hormon badan sangat sensitif, even small changes can be felt. Tapi jangan risau. Ini bukan kesan negatif.

Untuk fahamkan macamana kolagen yang badan produce sendiri boleh jejaskan haid, korang kena fahamkan 4 fasa utama kitaran period.

Fasa pertama - Ini hari pertama darah keluar.

Fasa kedua – Ini fasa selepas haid. Ini waktunya badan ready produce telur.

Fasa ketiga – Ini fasa telur dilepaskan (ovulasi).

Fasa last – Ini fasa badan bersedia untuk mengandung. Kalau tak berlaku persenyawaan di fasa ni, badan akan reset untuk kitaran period yang baru.

Setiap fasa ada kombinasi hormon yang berbeza. Kat sinilah Gloei boleh "kacau period" dengan cara yang baik.

Masa kat fasa pertama (haid mula keluar), hormon estrogen dan progesteron menurun dengan drastik. Tapi hormon prostaglandin naik. Inilah yang menyebabkan cramp, senggugut dan badan cepat penat. Kalau badan ada kolagen yang optimum, simpton ni boleh dilegakan sikit. So, GLOEI boleh bantu badan survive fasa ini dengan lebih selesa. The keyword is SELESA. Bukan menghilang rasa sakit tu terus.

Selepas haid, barulah hormon estrogen naik mencanak. Ni fasa paling best untuk kulit. Estrogen tinggi, mood baik, tenaga tinggi, libido pun meningkat. High estrogen helps the absorption of collagen to be more effective. Maksudnya? Kalau ambil GLOEI semasa fasa ini, badan akan produce kolagen dengan lebih baik.

So far, TAK ADA kajian saintifik yang membuktikan makanan boleh menghentikan haid, menjadikan wanita mandul, atau menyebabkan fibroid atau cyst. Makanan BUKAN penyebab cyst. GLOEI bukan hormon tiruan, bukan juga ubat kesuburan. Gloei is just a supplement to support internal health naturally. Kalau ada yang rasa berlaku perubahan pada period selepas ambil GLOEI — contoh, datang awal seminggu, atau lambat 2-3 hari, atau darah lebih pekat atau flow lebih ringan — itu bukan kesan negatif, tapi kesan badan sedang adjust pada perubahan diet.

In other words, GLOEI bukan kacau period. In fact, GLOEI helps your cycle become more stable. It helps with menstrual cramps. It helps during ovulation. No negative effects on fertility. Help the body recharge faster. Tapi, kalau sesiapa ada masalah hormon sedia ada macam PCOS, endometriosis atau thyroid, you may notice more noticeable changes. Itu pun bukan sebab GLOEI kacau, tapi sebab sistem hormon korang memang perlukan masa untuk stabil.

So, kenal dulu badan sendiri. Bila mula ambil GLOEI, record the cycle for 2-3 months. See the pattern of change. Ini yang pertama kena buat.

Yang kedua, please konsisten. Jangan ambil hari ni, esok tak. Sebab apa juga new diet yang kita mulakan, semuanya perlukan masa untuk settle dalam sistem.

Yang ketiga, jangan panik. Perubahan kecil pada haid bukan sesuatu yang perlu ditakutkan. Itu petanda badan sedang bekerja. Lama-lama nanti bila badan dah mula serasi dengan Gloei, dia akan set new period cycle yang konsisten.

So, siapa yang nak try Gloei, sebelum kita start new price, boleh cuba now. Masih harga lama. Siapa beli 3, kita bagi 1 free. Whatsapp admin.


2025-04-29

Kalau aku provoke, dia akan buat benda yang lagi teruk dah heavy.

Post aku kat IG tadi aku buat sebab orang dok minta aku bercakap pasal kes Mun (Cik Epal) ambil barang semalam. Sejujurnya aku tak follow sangat. Aku bukak Thread semalam pun dah petang sangat. Penuh Thread bercakap pasal ni. Pagi tadi aku whatsapp Mun. Dia ada update sikit keadaan dia. Tapi aku taknak bercakap pasal ni. 

Walaupun selama ni kami ada bersembang pasal isu ni, biarlah apa yang kitorang sembang tu remain secret. Sebab masalah dia masih berjalan, belum settle. Kalau terlalu banyak campur tangan, gossip and provoking, akan menyusahkan kerja-kerja Mun. Selama ni pun aku lebih banyak menulis dan relatekan dengan experience sendiri. Aku percaya Mun tahu apa nak buat. Dia ada ramai kawan yang bantu.

Cuma apa aku nak cakap sini, berdasarkan pengalaman, nak menang dengan orang macam ni, SUSAH. Boleh, tapi susah. Aku tak larat nak torture mental and emosi aku. Melayan saiko ni penatnya lain macam. Kau jadi drain. Apa yang aku buat dulu, aku pilih mana yang penting saja. Selebihnya, aku berdamai dengan sakit hati. 

Tapi nak berdamai dengan sakit hati tu yang susah. Sebab aku pun nak cerita my side of story. Tapi tu la, berlawan mulut dengan saiko ni kau takkan menang. Dorang sentiasa ada yang nak diputar-belitkan. Apa yang dorang belitkan tu somehow yes, ada betulnya. Sebab dorang belit yang surface. The root cause dorang tak touch. Dorang akan pusing-pusing surface saja. Sebab tu apa yang kita cakap, payah nak menang. Lama-lama kau akan jadi penat dan surrender.

Aku dulu memang tak melawan lansung. Tempoh 2 tahun bercouple dah buat aku cukup kenal perangai dia. Aku tau dah jenis ni kalau berlawan cakap, aku takkan menang. Makin sakit hati lagi ada. Jadi, bila dia start sebarkan kisah rekaan dia kat semua orang, aku pilih untuk diam. Tebalkan muka je bila lalu sebelah orang yang berbisik-bisik mengumpat aku. Kau nak ngumpat aku? Silakannnnn. Masa tu aku cuma pikir nak habis belajar dengan flying colors. Kalau apa yang dia cakap aku sentiasa nak balas, lama-lama aku distracted. Itu sebenarnya yang si saiko ni nak. Dia nak aku feed dia dengan anger so that dia boleh control aku. No way. Aku takkan bagi kau dapat attention aku.

Bila aku tak bagi dia attention, dia naik gila. Pecah masuk rumah sewa DPT, nak bunuh aku, pecah masuk bilik aku geledah lemari aku segala. Lama-lama orang nampak dia yang gila. Tapi, bila dia jadi gila gitu, ada pulak enabler.

"Kesian [BABI]. Sampai naik gila dek terlalu sayangkan Diana"

Bongok punya enabler. Aku punya gila dia tak pikir? Aku ni kalau ikutkan segala torture yang dia bagi kat aku, boleh jadi gila lama dah. Tapi aku bertahan. Sebab aku bijak.

Yang pertama, kalau aku provoke, dia akan buat benda yang lagi teruk dah heavy. Silap-silap kes ni naik court uni. Silap-silapkena gantung pengajian. Atau kena buang. Oh sorry. Aku takkan gamble degree aku dengan melayan kau punya cerita rekaan. Silakan nak bercakap buruk pasal aku kalau itu buatkan kau happy.

Yang kedua, aku taknak jadi kes polis. Kawan-kawan aku suruh aku report polis bila dia dah start main pisau dengan aku. Aku taknak. Kalau jadi kes polis, silap-silap masuk court, dah tentu-tentu akan bicara di sana. Aku taknak. Aku nak balik. Jadi, aku pilih untuk hadap sendiri kegilaan si babi tu.

Yang ketiga, aku nak balas dengan cara aku. Tu pasal aku setuju bila En Wan ajak bertunang. Walaupun masa tu aku kenal tak kenal je dengan En Wan. Tapi dek keran sakit hati punya pasal, aku setuju je. So that aku boleh bagi dia terduduk terus. Masa ni aku dah tak pikir masa depan sangat dah. Lantak lah kalau En Wan tu buaya, janji aku dapat balas dulu dengan si babi ni. 

Lepas bertunang, aku ajak En Wan hantar aku balik uni. Sengaja aku nak tayang kat semua orang "This is my fiance!". Bila semua orang nampak aku bawa tunang, orang akan senyap. Dan yang paling puas bila aku dapat malukan si saiko dengan membawa "pengganti" dia.

Bold gila aku masa bawak En Wan jalan-jalan dalam compound uni lalu depan hostel dia, lalu depan padang tempat kawan-kawan lelaki main bola. Biar semua tengok. Aku bukan nak tunjuk aku menang, aku cuma nak dia dan semua enabler dia diam. Aku nak reclaim balik maruah aku yang dia siat-siat depan orang. Aku nak orang tahu aku bukan macam yang dia reka-reka tu. Tapi bukan dengan cara explain satu-satu sebab orang kalau dah percaya cerita dia, susah nak tukar narrative. Jadi, aku tukar strategi. Aku tunjuk je hidup aku yang lebih tenang, yang lebih happy dan lebih "moved on". Walaupun masa aku pun tak berapa konfiden dengan En Wan, ah gasaklah. Janji aku settlekan bab pertama dulu.

Dengan narcissist ni, kalau kau provoke, dia makin bertenaga dan makin banyak muslihat nak kenakan kau. Jadi, jangan feed them apa-apa yang boleh stimulate otak dorang. Kau kena ingat, narcissist ni semakin diprovoke, semakin dia banyak idea nak buat. Dorang ni kategori yang begitu. Orang normal, kalaunak stimulate brain kena situasi yang tenang dan relax. Kalau serabut kita payah nak berpikir, kan? Dorang tak. Makin kau provoke, makin dia menyala. Sebab tu aku buat kerja diam-diam.

Narcissist ni kalau kau bagi satu hint like marah ke, sedih ke, kecewa ke, dia akan simpan, proses, dan recyle emosi tu jadi senjata. Dia akan twist ikut skrip dia. Lagi kau balas, lagi dia rasa penting. Lagi kau melawan, lagi dia anggap kau masih kisah, and that's their staple food — attention and drama. Bila kau diam, dia tak dapat grip. Bila kau senyap, dia gelabah. Sebab dia tak boleh predict gerak langkah kau. Dia tak boleh main "reverse psychology" kalau kau tak participate.

Kau tahu apa yang paling narcissist takut? Orang yang tak bagi dia sebarang reaction. Sebab masa tu dia akan rasa powerless. Dia tak boleh baca kau. Dia rasa invisible. Narcissist hidup dengan ilusi dia center of the universe. Bila kau tak orbit sekitar dia, dunia dia runtuh. Dan dalam banyak hal, aku belajar satu benda. Dendam yang paling manis adalah hidup dengan tenang tanpa perlu menjelaskan apa-apa. Orang yang kenal kau, tak perlu penjelasan. Orang yang tak kenal, takkan percaya walaupun kau bentangkan bukti. So buat apa buang masa?

Sekarang bila aku kenang balik semua drama tu, aku tahu aku menang. Bukan sebab aku fight balik. Tapi sebab aku pilih jalan yang dia tak jangka. Jalan senyap. Aku simpan energy untuk keluarkan diri sendiri dari gengsaman dia. Walaupun sebenarnya aku takut nak buat, tapi kalau aku tak buat aku takut aku takkan dapat lari dari dia sampai bila-bila. 

Hari yang aku balik bertunang tu aku sangat takut. Baju-baju semua dah ada di rumah DPT. Aku duduk hostel. Petang tu flight aku. Aku mintak kawan lelaki namanya Zuki (dia now cikgu sains di Sekolah Sains Tuanku Jaafar Kuala Pilah) hantar aku ke rumah DPT. Aku naik motor dengan dia sehelai sepinggang, hanya bawak beg kuliah. Masa tu si gila tu tahan moto Zuki. Tanya aku nak pi mana. Aku cakap nak lepak rumah DPT. Memandangkan Zuki punya rumah sewa setaman denganm DPT, dia tak syak apa-apa. Lagipun aku tak bawak beg baju so dia syak aku akan balik semula ke hostel malam-malam nanti.

Dari rumah DPT, dorang hantar aku ke airport. Aku berdoa janganlah dia datang cari aku kat rumah DPT selagi aku belum berlepas. Itu moment paling lama dalam hidup aku. Flight take off je, lega! Bila ingat-ingat balik, berani betul aku plan macam ni. Sampai kat airport En Wan tunggu. Dia dah sampai Malaysia 2 hari sebelum aku balik. 

Sehari sebelum bertunang, BFF aku Ina fly dari sana untuk teman aku bertunang. Dia kata risau kalau tiba-tiba si gila tu terpacul kat majlis. At least dia ada. Ya Allah, sepanjang aku kat rumah, selagi belum bertunang aku ketakutan. Aku takut tiba-tiba dia terpacul depan ruaah Mak Aji. En Wan lepak rumah Mak Aji dari mula sampai Malaysia hinggalah malam sebelum bertunang. Dia tak balik Tganu lansung. Dia standby kat rumah takut si gila tu datang buat hal. Bila Ina dah sampai, barulah esoknya En Wan balik jumpa mak bapaknya.

Bukan apa, dah pernah terjadi sebelum-sebelum tu tiba-tiba je dia terpacul depan rumah mak bapak aku dengan beg baju. Kau rasa?? Tak malu, kan? Padahal rumah abang kau kat Subang Jaya. Tahan dia melepak rumah mak aku. Sebab tu aku cakap jenis ni, once kau terima dia, dia perasan dia dah jadi sebahagian dari family. Suka-suka dia je bila nka datang, bila nak balik. Dia own the house and your family! Sumpah aku tak paham mindset seorang narcissist. Jenis ni memang takde boundary langsung. Bila dia rasa kau dah terima dia, automatik dalam otak dia, dia adalah keluarga.

Dan part paling scary tu bila dia rasa entitled. Dia rasa dialah center of your life and your family’s life. Bila kau tak layan, dia sentap macam apesal semua tak layan aku? Pernah kat meja makan, dia yang conquer the conversation. Sibuk bercerita course dia paling hebat. Mak bapak aku dah buat muka takde perasaan. Semua continue makan. Nampaklah muka dia macam sentap. Boleh eh kau nak sentap? Tak sedar diri kau tu tetamu. That’s the dangerous part with narcissist. Dia bukan datang sebab sayang, tapi sebab tak boleh accept kau hidup tenang tanpa dia.

Ada satu part ni kelakar la bagi aku. Dia ditamatkan pengajian. Tak complete final year. Yang kelako tu dia balik tinggal rumah mak aku. Boleh? Padahal masa tu aku dah tunang orang. Kau dah takde kena-mengena lagi dengan family aku. Patutnya, kau ada la rasa malu sikit. Ni tak. Dia balik, and tumpang rumah mak bapak aku. Berlonggok beg-beg dia kat bilik bawah dengan kotak-kotak buku segala. Akal kau letak mana? Terkepit celah telo? 

Lama pulak tu dia duduk rumah mak aku. Masa tu Ima belajar kat UTM Semarak. Jadi dia selalu ada kat rumah. Setiap kali aku call rumah, Ima akan report kat aku macam-macam. Ima kata dia geledah kotak buku and jumpa diary. Dalam diary tu rupanya selama ni dia contact balik awek-awek lama!

Pastu dalam diary tu dia cakap now dia dah bergaya, barulah awek-awek lama pandang dia. Hoih!! Gaya apa je yang kau ada? Sejak kenal aku, aku yang ubah gaya dia. Aku belikan baju, belikan seluar, belikan perfume. Bila dah bergaya, pi ngorat balik awek-awek lama. Tak sedar diri. Mujur aku tak mintak balik semua yang aku dah bagi. Kalau tak, semua tahu kau tu ada spender je!

Ada satu masa tu aku balik cuti. Dia dah balik rumah mak bapak dia. Tapi some barang-barang masih di rumah Mak Aji. Aku jumpa diari dia. Ada contact number salah sorang ex-gf. Aku call budak tu. Aku kenalkan diri. Budak tu terkejut dengar cerita aku. Sebab apa yang si gila tu mengadu kat dia, cerita berbeza. Takde kena-mengena dengan aku. Entah cerita apa dia reka pulak. 

Pastu budak tu kata, dia terkejut bila si gila tu tup-tup ada depan rumah mak bapaknya. Pastu cerita kisah sedih. Biasalah tu, kalau dah namanya saiko. Dia startlah dengan cerita sedih rekaan dia. Nak attention. Nak cari mangsa. Dia pusing-pusing pattern yang sama. Rimas aku. Bila aku ingat-ingat balik betullah rupanya dulu di uni pernah a few orang bagitau nampak si gila ni bersenggayut kat phone di fakulti, malam-malam. Ikut logik, kenapa kau nak guna public fon kat area kat fakulti yang jauh dari hostel? Rupanya tengah mengayat awek lama. Takut kantoi dengan aku. Macam sial, kan? Makan pakai duit aku. Outing duit aku. Shopping duit aku. Duit dia buat senggayut dengan awek lama. Pastu bangga tayang kat awek lama konon dia dah upgrade diri. Dah berjaya. Dah bergaya. Padahal kau tu kote je ada. Yang lain semua aku bagi.


2025-04-28

GreenAard: Ada Darah Tinggi, Tapi Nak Juga Ambil GC Plus? Jom Kita Sembang Elok-Elok

Alahaiiii, ramainya yang nak cuba GC Plus tapi dah start ambil ubat darah tinggi. Bila aku tak bagi, dia tanya kenapa Kak Di? Kenapa tak boleh? Bahaya ke ambil GC Plus dengan ubat darah tinggi? Kalau saya makan ubat gap 7 jam dengan GC Plus tak boleh ke?

Inilah antara soalan yang banyak kali aku dapat. Kadang tu aku tak bagi, dia pi direct beli dari website.

Aku takde hal korang nak teruskan juga beli GC Plus walaupun aku tak bagi. Yang penting aku dah jelaskan. Kat sini aku nak explain bagi jelas, dan panjang. Aku cuma taknak berlaku salah faham, dan GreenAard tak mahu ambil risiko. Ni aku nak sembang based on fakta, logik dan analogi mudah, supaya semua boleh faham.

Sebelum apa-apa, meh kenal GC Plus dulu.

GC Plus ni BUKAN ubat. Ini suplemen untuk bantu weight loss. Kandungan dalam ni semua bahan semulajadi, takde bahan kimia. Dan persediannya adalah tradisional. That's why GC Plus punya nombor KKM ada "T" di hujung. Itu bermaksud persediaan tradisional.

Apa yang buatkan ia diklasifikasikan as tradisional?

Sebab cara GC Plus ni dibuat macam resepi tok nenek kita dulu. Tumbuh, kisar, kering. GC Plus pun macam tu, cuma kita modenkan dalam bentuk kapsul. Kalau aku jual serbuk saja, kau kena bancuh dengan air pulak. Terbuntang-buntang biji mata nak menelan air tu karang.

Kandungan utamanya ialah Garcinia Cambogia. Selain tu ada pegaga, noni, habatussauda, teh hijau dan a few dedaun lagi. Pendek kata, dari segi bahan, tak ada benda pelik-pelik dalam GC Plus. Tak ada bahan terlarang. Dan paling penting, tak ada bahan perangsang macam efedrin atau sibutramin yang boleh kacau jantung dan tekanan darah.

"Tapi kalau tak bahaya, kenapa yang ada darah tinggi tak boleh ambil GC Plus?"

Haaa, ni yang aku nak explain. Walaupun GC Plus tak ada bahan perangsang, ia tetap ada asid hydroxycitric (HCA). HCA ni sejenis sebatian semula jadi yang ada dalam Garcinia Cambogia tadi. Secara ringkas, HCA bantu halang enzim yang menukarkan lebihan karbohidrat menjadi lemak. Jadi, bila makan GC Plus, badan kurang simpan lemak, selera makan pun jadi lebih terkawal.

Tapi, ada satu small matter yang tak boleh diabaikan iaitu, HCA MUNGKIN ada kesan meningkatkan tekanan darah, terutamanya bila dah ada darah tinggi. Dia macam ni. Bayangkan badan kita macam kereta. Ubat darah tinggi yang doktor bagi tu ibarat break kereta yang membantu kawal tekanan darah supaya tak naik terlalu tinggi. Bila kau makan GC Plus, especially yang ada HCA, kau macam menambah minyak enjin untuk bagi kereta lebih laju. Walaupun minyak tu bagus, kita kena fikir - boleh ke enjin dan break tu bekerjasama? Atau dia akan berlawan satu sama lain? Kalau break tak kuat, kereta boleh terbabas. Maksudnya kalau ubat darah tinggi tengah bekerja, lepas tu kita telan GC Plus, takut nanti ubat tu tak dapat kawal tekanan darah sebaiknya. Itulah kebimbangan utama kami.

Kadang aku seram orang yang jual weight loss with Garcinia buat claim produk dorang sesuai untuk semua orang. Walaupun banyak kajian membuktikan Garcinia Cambogia tak meningkatkan tekanan darah secara langsung, masalah sebenar bukan pada produk tu, tapi pada INTERAKSI produk dengan ubat-ubatan. Produk memang ok. Tapi interaksi ada tak dia mention? Tak, kan? Sebab tu aku cerewet sikit bab bagi kebenaran mengambil GC Plus. GC Plus ni bukan macam Gloei and Maaltyd semua orang boleh ambil. GC Plus ni jatuh kategori ubat-ubatan, jadi aku memang kena jadi cerewet for your own good.

Ini bukan aku perasan diri doktor, ya. Tapi I know what I am doing. I made this formula based on my knowledge, so please consider my opionion.

Ubat darah tinggi ada banyak jenis. Ada yang kawal salur darah supaya lebih rileks. Ada yang buat jantung pam perlahan. Ada yang buang garam berlebihan dalam badan. So bila kita masukkan satu bahan baru (contohnya HCA dari GC Plus), kita tak pasti sama ada dia akan kacau sistem ubat tu atau tak sebab setiap orang lain-lain interaksinya. Jadi, untuk memudahkan, aku terus TAK BAGI sesiapa yang dah ambil ubat darah tinggi dari mengambil GC Plus.

Aku faham ramai yang nak try GC Plus sebab cara GC Plus bertindak adalah berbeza dari weight loss produk yang lain. Siapa je yang tak nak sihat dan kurus, kan? Tapi bagi yang ada darah tinggi, soalan pertama yang patut kau kena tanya diri sendiri adalah, “Aku ni darah tinggi tahap apa?”

Baru naik sikit-sikit? Atau jenis yang dah bertahun-tahun kena monitor setiap hari? Ada ambil ubat atau belum?

Bukan sebab GC Plus bahaya, tapi sebab kita tak nak kacau ubat darah tinggi berkerja.

Fakta yang perlu dipegang:

1. GC Plus TAK ADA bahan terlarang. Walaupun begitu, yang ada ambil ubat darah tinggi tetap tak boleh ambil.
2. Garcinia Cambogia adalah buah sahaja. Tapi bukan semua buah sesuai untuk semua orang. Contohnya, orang gout tak boleh makan banyak durian, walaupun durian tu buah je.
3. Dos tu penting! Kalau dah dibagitau ambil 4 kapsul, JANGAN ambil lebih konon nak kurus cepat. Tu macam kau makan panadol 10 biji sebab nak hilangkan sakit kepala cepat. Bukan je tak berkesan, silap-silap kejung keras satu badan.

Untuk yang ada darah tinggi tak tak ambil ubat (kontrol sendiri), kalau nak cuba GC Plus, boleh. Mulakan dengan dos paling rendah. Try 2 kapsul dulu. Kalau kepala tak pening/sakit, jantung tak debar-debar, boleh teruskan. Try 2 kapsul ni dalam 1 minggu. Pastu next week naikkan ke 3 kapsul. Try lagi seminggu. Kalau ok, baru ambil ikut arahan, 4 kapsul. Jangan lupa monitor tekanan darah everyday. Ambil bacaan pagi dan malam selama sekurang-kurangnya seminggu selepas mula GC Plus. Kalau rasa pening, jantung berdebar, atau tekanan darah naik, STOP.

Sebelum orang tanya aku "Kalau jantung berdebar bila ambil GC Plus maknanya GC Plus tu bahaya ke?", meh sini aku bagi pencerahan awal-awal.

Pertama, apa maksud jantung berdebar tu sebenarnya? Dalam bahasa medic, jantung berdebar ni kita panggil palpitasi. Rasa macam jantung berdegup laju sangat. Degup terlalu kuat (macam boleh rasa jantung 'hentak' dada). Atau degupan yang tak sekata. Ini tak semestinya tanda penyakit, tapi boleh jadi simptom kepada benda lain, contohnya stress, kafein, ubat-ubatan, atau bahan aktif tertentu dalam supplemen.

Again, GC Plus BUKAN ubat, tapi suplemen. Ada kafein (extract dari green tea tapi tak tinggi). GC Plus Tak ada bahan perangsang macam ephedrine yang selalu dikaitkan dengan debar jantung. Tapi kalau ada yang merasa selepas ambil GC Plus, jantung macam berdebar, itu TIDAK SEMESTINYA petunjuk bahawa GC Plus bahaya. Tapi, ia adalah tanda amaran dari badan.

Kalau kau sihat walafiat, takde darah tinggi, takde masalah jantung, tapi selepas ambil GC Plus jantung rasaberdebar, ini mungkin disebabkan oleh:
- Dos 4 kapsul tu terlalu kuat untuk badan
- Badan kau sensitif dengan HCA
- Kau ambil GC Plus serentak dengan ubat lain atau kopi/teh

Kesimpulannya, GC Plus bukan tak bahaya, tapi tak sesuai untuk semua orang. Kesan berdebar tu bukan sebab GC Plus “beracun”, tapi mungkin badan sensitif, atau ada interaksi yang tak sesuai sedang berlaku.

Sesiapa yang rasa nak cuba GC Plus, boleh whatsapp terus admin 013-7557424 atau 012-7728976 atau terus ke www.greenaard.com untuk order. Sekarang tengah berlansung Customer Loyalty Reward. Kalau ada point minimum 350, boleh dapat diskaun RM10. 


2025-04-27

MRSM Langkawi used to be in the top rankings

Kemain lagi orang-orang ni komen. Katanya dulu MRSM Langkawi tu top sebab budak-budak yang terpilih masuk sana semuanya based on exam (UPSR). Dah tentu-tentu semua pandai-pandai. Now kan dah takde UPSR, hanya exam kemasukan. Pulak tu dah ada sistem kuota. Jadi yang dapat masuk sana bukannya cream-cream macam dulu. Pastu tempiasnya terpalit kat cikgu. Konon, budak-budak yang masuk sana dah sedia pandai. Bukan pandai disebabkan cikgu.
 
Amboiii kemain lagi. Nasib baik aku berhati mulia hide nama tau. Kalau tak, satu MRSM Langkawi hencap nanti.

Tak dinafikan dalam kalangan MRSM sendiri, MRSM Langkawi used to be in the top rankings. Zaman-zaman intake pakai UPSR dulu. Now sloly ‘jatuh’.

Kritikan utama dalam conversation tadi adalah, "MRSM Langkawi hanya bagus sebab pelajar yang masuk memang dah pandai”.

Secara teori, yes, ada benarnya. Sistem pendidikan mana pun, kalau input (pelajar) memang dah tinggi kualitinya, maka hasil akhir (output) biasanya akan cemerlang secara automatik, even without too strong teacher intervention. Tetapi, tak bermakna peranan guru dan sistem boleh dipandang sebelah mata. Dalam dunia pendidikan, konsep value-added isvery important. It means how much a student's performance increases after going through the education system.

Contoh, kalau sorang pelajar masuk dengan 3A dalam UPSR dan keluar dengan 9A dalam SPM, ini adalah ‘value added’. Kalau pelajar masuk dengan straight As dalam UPSR dan keluar dengan result straight As SPM, that doesn't necessarily indicate a teacher's failure, tapi lebih kepada mengekalkan prestasi. So, kalau MRSM Langkawi dulunya accept pelajar top 1% and now terima pelajar dalam kelompok 3-5%, maka hasil akhir dah pastinya berubah. Bukan kerana guru kurang bagus, tapi kerana asas kemasukan pun dah berubah.

Zaman Redza SPM dulu (2021), pelajar yang dapat straight As around 34-37. Tahun ini (2024), yang straight As jumlahnya kepada 41 orang. Jumlah student lebih kurang sama macam batch Redza 127-128 orang.

Dari segi Gred Purata Mata Pelajaran (GPM) tahun ni, 1.556. Kalau diukur dengan standard SPM Malaysia secara keseluruhan, sekolah yang dapat bawah GPM 2.0 adalah kategori cemerlang. Result SPM baru ni, 100% pelajar MRSM Langkawi dapat A dalam subjek English. Ini bukti bahawa something is being done right there sebab MRSM Langkawi adalah IGCSE program. Wajib semua student dapat A in English. Sama macam sekolah agama. Sekolah agama, kalau subjek Arab 100% A, maka tercapailah objektif. Kalau tak? Tak mencapai matlamatlah. 

Jadi, dari segi fakta, MRSM Langkawi masih berada dalam kelompok yang OK. Just because it's no longer number one, doesn't mean it's drastically declined. Kita kena ambil kira perubahan dasar pengambilan pelajar MRSM sejak beberapa tahun lalu juga. MRSM now ada kuota untuk B40, untuk bagi peluang pelajar dari latar belakang kurang berkemampuan. Jumlah MRSM pun dah bertambah sekarang. Trend mak bapak now pun lebih terarah ke MRSM Ulul Albab dan sekolah agama. 

Bermaksud pelajar bijak-bijak yang dulunya mungkin tertumpu ke MRSM Langkawi, now berpecah ke MRSM lain yang lebih dekat dengan lokasi masing-masing dan program yang diminati. The pool of excellent students is no longer centralized. Maka, keputusan SPM MRSM Langkawi tak boleh dibandingkan dengan tahun-tahun dulu secara langsung, sebab struktur sistem pun dah berubah.

Pada aku, ada yang lebih penting, iaitu MRSM Langkawi = MRSM IGCSE. Ini penting! Ini faktor yang ramai terlepas pandang.

MRSM Langkawi ialah MRSM dengan program IGCSE. Pelajar kat sini ada dua sistem penilaian, iaitu SPM dan IGCSE. Fokus akademik dorang tak semata-mata tertumpu kepada SPM. Ada pelajar yang lebih fokus kepada IGCSE, dan maybe selepas Form 4, dia dah quit masuk foundation. Zaman Redza dulu tak salah aku 17 orang straight As IGCSE. Ada yang quit masuk foundation, tak ambil SPM. Redza tu pun nyaris nak quit dulu.

Inilah kekuatan sistem MRSM IGCSE. This also explains why English dorang 100% dapat A. Sebab silibus dan penilaian IGCSE lebih menekankan penguasaan bahasa sebenar, bukan hafalan semata-mata. So, it is a bit unfair to compare Langkawi with other MRSM or regular SBP, because the framework is different.

Kita kena jujur. Dalam sistem pendidikan elit macam MRSM, cikgu bukan satu-satunya faktor utama. Pelajar, environment, dasar pentadbiran, dan background keluarga semuanya mempengaruhi. Tapi, kalau MRSM Langkawi boleh konsisten kekalkan 100% lulus, GPM bawah 1.6, lebih 40 pelajar straight As dan 100% dapat A dalam English...then it is a sign that the learning system and teachers are still functioning well. Kalau cikgu teruk seperti yang dituduh, takkanlah hasilnya masih sebegini baik?

Jatuh ranking tak semestinya jatuh kualiti. Ranking hanya perbandingan relatif, bukan mutlak. Bila MRSM lain makin banyak dan semakin kuat, maka jatuhnya MRSM Langkawi dalam ranking bukan sebab dia makin lemah, tapi kerana sekolah lain makin kuat. Itu perkara positif, bukan negatif.

So kalau tanya aku adakah MRSM Langkawi masih hebat?

Yes. Tapi dalam bentuk berbeza. Dulu terkenal kerana ranking, now mungkin terkenal kerana program IGCSE membuktikan dia masih lagi kekal di ranking pertama dan kualiti Bahasa Inggeris-nya terbukti. Imagine semua budak dapat A in English. That's good. Ini bermakna cikgu dan sekolah berjaya membangunkan pelajar dari pelbagai latar belakang.

Kita kena ubah mentaliti. Kejayaan bukan semata-mata pada ranking. Kejayaan sebenar ialah bila pelajar keluar dari sistem dengan hala tuju jelas. Some student misinya cuma nak dapat all As. Pastu tercangak-bangak tak tahu nak pi mana. Nak apply apa pun tak tahu sebab result dia boleh je nak pi mana-mana pun. Takde hala tuju jelas. JPA dia apply ke Jepun buat engineering. MARA dia apply UK buat sains komputer. Dia sendiri tak tahu apa dia nak.

Kita semua pernah jadi pelajar. Dan kita semua tahu, guru hebat bukan diukur bila ajar pelajar pandai jadi pandai. Tapi bila ajar pelajar biasa, jadi luar biasa. Dan itu mungkin sedang berlaku di MRSM Langkawi. We just need to look deeper.

Maybe orang akan pertikaikan "Tapi kenapa GPM boleh drop?"

Ok sebelum aku explain, meh kita tengok camana GPM dikira. Kalau ikut kefahaman aku, GPM dikira by assigning a value to each grade. Contoh:

• A+ = 0.00
• A = 1.00
• A- = 1.33
• B+ = 2.00
...dan seterusnya (semakin tinggi nombor, semakin rendah pencapaian).

Jadi, GPM lebih baik bila nilainya semakin dekat ke 0.00.

GPM boleh drop walaupun jumlah straight A meningkat. Kerana jumlah scorer meningkat tak semestinya bermaksud purata keseluruhan lebih baik. Analogi mudahnya, imagine dalam satu kelas yang ada 10 orang. Tahun lepas, 3 orang dapat straight A, 7 orang dapat B semua. Tahun ni, 4 orang dapat straight A, 6 orang lain ada yang dapat C dan D. Secara kasar, jumlah scorer meningkat dari 3 ke 4 orang, which is bagus!. Tapi purata keseluruhan jatuh sebab some pelajar markahnya lebih rendah daripada sebelumnya.

Jadi, bila berlaku gap yang besar antara pelajar top dengan pelajar biasa, GPM akan kacaulah.

Maybe ini yang berlaku di MRSM Langkawi. Pelajar yang bagus memang masih sangat bagus (41 straight As). Tapi pelajar yang kurang mantap, mungkin grednya terlalu bawah, contohnya dari C ke D, atau dari B ke C. So ini bukan masalah pada scorer. Ini isu bila ada pelajar yang grednya rendah, akan tarik purata ke bawah.

Intake MRSM sekarang dah pelbagai. Dari pelbagai latar belakang, especially selepas pelaksanaan sistem kuota, tahap akademik permulaan may be broader than before. Pelajar bijak tetap ada, tapi pelajar sederhana dan lemah pun meningkat. So the challenge for teachers now is to improve the quality of lower-level students, not just focus on top scorers.

Macam yang aku cakap tadi MRSM Langkawi ada dua silibus (IGCSE + SPM). Maybe ada pelajar lebih fokus pada IGCSE kerana lebih prestij dan global. Maka persediaan SPM mungkin tak seimbang bagi sesetengah pelajar, especially those yang less efficient at managing time and workload. When this happens, they don't perform at all and drop their GPM.

Patut ke kita risau?

Risau tu boleh, tapi jangan panik. Instead, focus on sistem sokongan cukup kuat untuk bantu anak-anak, cikgu and sekolah. Mak bapak jangan lepas gitu je kat sekolah. Kena sama-sama support with kelas tambahan. Zaman Redza dulu, parents rajin organize itu ini. Tinggal chip in duit je lah.


2025-04-26

Johnny Huang is not slowing down. He’s just getting started!

Lama aku tak hapdet keberadaan aku di Weibo. Sebenarnya hari-hari lepak sana, cuma takde highlite yang betul-betul umphhh nak diriakkan di sini. Tapi semalam ada! Semalam iQIYI buat iQIYI World Conference. Antaranya dia umumkan drama-drama yang melepasi 10,000 Heat Index dan masih lagi ditonton sampai sekarang. One of Johnny punya drama - Chasing the Undercurrent.

Kalau sesiapa ingat, aku pernah cakap Chasing the Undercurrent satu-satunya drama yang aku tengok dari belakang ke depan. Mula-mula tengok dari episod 1-15. Pastu I is kenot. So intense. Lalu, aku tengok dari episod 40 membawak ke episod 16. Terbalik. Barulah tenang jiwa aku. Memang best. No wonder hit 10,000 Heat Indeks. Dan yang paling best ini adalah satu-satunya drama yang BUKAN idol drama. Tiada kisah cinta. Pure crime drama, tetapi mampu hit 10,000 Heat Indeks. Dan perlu diingat, Johnny bukan kategori traffic actor. Bermakna dia tidak ada fanclub dan management yang promotekan drama dia. Jadi bila dramanya hit 10,000 Heat Indeks, bermakna drama itu sendiri memang best. Silakan tengok di iQIYI.

Dan semalam juga diumumkan drama-drama yang bakal release tahun ini, 2025. Surprisingly 4 drama Johnny akan keluar this year! Aku punya pekik tak tahulah berapa desibel. Nasib aku takde dalam conference tu, tengok depan laptop je. Kalau ada dalam hall tu, nescaya dunia menyaksikan aku diseret keluar. Kahkahkah.

Sampai ketar-ketar aku keseronokan. OMPEK drama terus oiii. Actor lain setahun nak release satu drama pun jenuh. Tahun lepas 4 projek Johnny release - Long Song in Winter (iQIYI), The Lost Identity (iQIYI), The First Shot (Youku) and Formed Police Unit (Movie). This year 4 lagi drama yang kesemuanya dari iQIYI akan release:

• Our Dazzling Days
• Punishment: History of Heroes
• Thief Hunt
• Sea of Dreams

...dan yang paling unsangkarable, drama Heavy Code. Heavy Code ni shooting pun tak start lagi tapi it’s already being prioritized for broadcast. Ini kisah tentang law students. Johnny pernah berlakon dalam filem The Prosecutor. Best. So this time dia akan berlakon genre ni lagi. This time drama. I is can't wait!

Drama Thief Hunt tu dijangka release 2026. Tup-tup semalam iQIYI announce maybe akan direlease on Q4 this year. Hello?? What’s going on? Hahahahaha. Matilanakkk merempan haters kat Weibo. Johnny is not slowing down. He’s just getting started! (kita bakor! kita bakor!)

Hari-hari aku post video clips Johnny dalam drama My Dear Guardian. Drama ni slow burn romance, bukan kategori idol drama. Tapi hit 10,000 Heat Indeks dan masih dalam ranking top hingga sekarang. Hari tu ada followers tanya "Kak, kenapa rambut hero ni gonjeng?"

Untuk yang tak tahu mesti pelik. Hero ni tak hensem. Pastu rambut recruit. Kat mana la yang bestnya?

Korang kena tahu sejarahnya. 

Tahun 2018, ada satu filem China-HongKong yang meletup di Asia. Namanya Operation Red Sea. Bajet besar, dan impaknya besar hingga menang banyak award di Asia Film Festival. Salah satu watak dalam filem ni adalah Gu Shun, seorang sniper.

Johnny pegang watak Gu Shun. Hingga sekarang dalam sejarah entertainment military, takde yang boleh match ke-coolness-an Gu Shun. Setiap kali ada watak sniper, C-Net akan comparekan dengan Gu Shun. Gu Shun is the coolest sniper in entertainment military history. Untuk watak ni Johnny serah diri ke kem tentera untuk join latihan dengan army. Dia dilatih oleh real army sniper. That's why watak Gu Shun tu sangat real. Dia menang Best New Actor Award dalam Asia Film Festival melalui watak ni.
 


Sejak hari tu, orang nak Gu Shun buat comeback. Ramai tergila-gilakan Gu Shun. And that's the reason kenapa My Dear Guardian meletop.

Johnny kekalkan watak army dan rambut Gu Shun dalam My Dear Guardian. Tapi dalam drama ni dia tak jadi sniper, but Captain Special Force Unit, Liang Muze. Dalam Operation Red Sea takde kisah cinta. Dalam My Dear Guardian ada. So audience nampak sisi "Gu Shun" yang berlainan. Tu yang meletop macam nak rak drama ni. Sampai sekarang orang dok tengok lagi. Kalau check ranking iQIYI, drama ni masih disubscribe sampai sekarang. Maybe aku salam seorang penyumbang menaikknya amount subscriber drama ni sebab hari-hari aku promote. 

Now Johnny tengah shooting reality program "Fast Car Racer". Masa kat airport, dia yang paling ramai diserbu fans. Membuatkan aku terfikir, dia ni hari tu kena hencap macam nak gila kat Weibo bila gambar dia "bercuti" dengan gf tersebar. Belum lagi dengan ex-wife yang saiko buat perangai macam-macam. Dengan geng ALICE yang macam sial. Dengan orang tuduh dia gay. Amazingly, dia muncul di mana-mana, audience tetap penuh. Susah-susah je korang nak jatuhkan dia. Dia tak jatuh-jatuh pun. Makin ramai peminat lagi ada. Orang sikit tak kisah dia ada gf or not. Sebab orang suka dia because his acting skill. Tak macam idol kau, harap fanclub dengan brand endorsement je. Kalau takde endorsement, lama dah meruyup dari industri. Waahh, riak kan aku? 

Johnny tak melayan sangat idol drama. Dia suka heavy skrip dan I tell you, kalau drama tu ada Johnny, bermakna drama tu best. Johnny tak berada di bawah mana-mana agency. Dia CEO of his own agency. Jadi dia ada kelebihan untuk pilih skrip sendiri. Macam celebriti lain kebanyakannya duduk bawah agency jadi dorang terima je apa-apa skrip yang agency bagi. Sebab tu kalau kau perasan ada aktor berlakon genre sama je. Balik-balik genre cinta and romance. Sebab agency dorang yang pilihkan.

Among all actors born after 1990, Johnny stands tall at the top. Pergilah check kat major Chinese entertainment platforms like Vlinkage and CVB. He is commanding the highest viewership rankings, tanpa ada fanclub. Dari filem ke drama, his data is solid across the board. Proving he is not just consistent, but dominating. Aku try nak buat video clip untuk drama-drama dia yang heavy tapi payahnya nak dapat clip sebab cerita heavy-heavy tak ramai share kat media sosial. Sebab takde adegan butterfly in the stomach katakan. Korang trylah tengok Ace Troops, The Lost Indentity and The Thunder. Ni semua ada kat iQIYI. Heavy drama. Tapi best nak mateyyyyy.


2025-04-25

GreenAard: Kenapa Bila Dah Masuk 40-an, Badan Rasa Macam Berubah?

Pernah tak korang comparekan gambar muka korang masa umur 20-an dengan 40-an? (Ni kalau kau dah 40-an macam aku lah).

Aku pernah. Memang ada beza. Kalau tak letak side by side tak perasan. Bila letak sebelah-menyebelah baru nampak muka macam "jatuh" sikit. Tapi jangan risau. Ini semua perubahan semula jadi bila umur dah meningkat, especially bila dah masuk 40-an.

Kita selalu dengar ayat cliché macam “age is just a number”. Hakikatnya, badan kita memang berubah. Badan tak boleh menipu. Umur memang akan bagi tanda-tanda pada fizikal dan dalaman badan kita. Hat ni tak boleh elak. Tua tak boleh ditahan tapi boleh dilambatkan penampilannya.

Antara perubahan yang kita akan nampak bila semakin tua is, ketinggian. Makin tua, makin berkurang. Badan kita memang boleh mengecut sebab struktur tulang belakang berubah. Tulang belakang kita terdiri daripada vertebra (tulang kecil yang bertingkat-tingkat). Di antara setiap vertebra ni ada disc yang bertindak macam sponge. Disc ni bagi sokongan dan serap hentakan. Bila umur bertambah, disc ni makin kering dan mampat. Bila semua disc ni mengecil, tinggi badan pun automatik susut. Tak banyak, dalam 1-2 cm je biasanya selepas umur 40. So, kalau kau tak berapa tinggi, besar harapan jadi makin bantut bila dah tua nanti. I is seram jugalah sebab I is 155 cm je.

Selain ketinggian, benda yang paling ketara berubah adalah LEMAK. Lepas umur 40, ramai mula perasan berat badan makin susah nak turun walaupun dah diet. Yang ni sebab metabolisme badan makin slow. Metabolisme umpama enjin. Bila enjin perlahan, pembakaran kalori pun jadi perlahan. Hormon-hormon penting dah mula malas. Salah satunya, testosterone. Testosterone ni bukan ada pada lelaki saja, ya. Perempuan pun ada. Testosteron bantu bina otot dan jaga tenaga. Bila hormon testosterone menurun, otot mula susut dan lemak akan ambil alih ruang tu. Jadi walaupun berat badan tak berubah, shape badan boleh berubah sebab bila otot mengecil, lemak pula masuk mengisi ruang.

That's why bila dah berumur, especially dah 40-an, toksahlah beria nak pakai baju ketat-metat nak membuktikan yang kau masih slim. Slim zaman 20-an dengan 40-an ni beza banyak. Berat 45 kg masa umur 20-an adalah slim yang solid. Berat 45 kg di usia 40-an, slim kecut. Dah tak solid. Tetek, bontot semua dah jatuh. Toksah la ditayang-tayang sangat.

Another perubahan is kulit. Yang ni rasanya paling nampak dulu dari yang lain. Muka dah jatuh, dan bawah mata tepi mata dah ada wrinkles. Jeragat pun dah banyak. Picit pipi pun dah tak setegang dulu. Ini semua kerja kolagen. Masa muda, kolagen banyak, kulit tegang. Bila usia kita mencecah 25 tahun, penghasilan kolagen menurun 2% setiap tahun. Selepas umur 40, kolagen betul-betul drop teruk.

Kolagen ni umpama rangka besi dalam bangunan. Bila besi kukuh, bangunan tegap. Bila kolagen kurang, struktur yang memegang kulit mula kendur. Tambah lagi sinar UV, stress, kurang tidur. Semua ni akan buatkan kolagen cepat rosak. That's why skin care kena pakai walaupun duduk rumah. Paling basic pun, moisturiser. Jangan tinggal. Dan, makan something yang stimulate kolagen dari dalam. Sebab tu masa GreenAard plan nak produce Gloei, aku refuse masukkan kolagen. Sebab konsep kolagen ni mudah. Badan kita boleh produce kolagen sendiri. Cuma perlu stimulate saja. Nak stimulate kolagen ni ada caranya. Maka aku guna cara untuk stimulate kolagen saja semasa produce Gloei. Tak payah masukkan kolagen haiwan pun.

This is another reminder untuk those yang menghampiri umur 40-an. Selepas 40, jisim otot akan mula susut lebih-lebih lagi kalau jenis kurang bergerak. Badan secara semula jadi akan recycle tisu otot yang tak aktif. Aku teringat Tun M kata, "Anak-anak ni bila mak bapak dah tua dia suruh mak bapak banyakkan rehat, banyak duduk rumah, banyak tido. Jangan! Kena banyak bergerak. Makin tak bergerak badan makin lemah".

Apa yang Tun M cakap scientifically correct. Sebab otot kita ni bila tak selalu digunakan, akan menyusut. Bila susut, metabolisme jadi slow, lemak makin bertambah, dan penyakit mudah dapat.

Lagi satu sendi. Pernah customer Gloei kata sejak makan Gloei, lutut dah tak sakit. Nampak macam "Apa kaitan dowh??". Memang ada kaitan. Ramai tak tahu kolagen bukan untuk kulit je tapi penting untuk tulang rawan. Tulang rawan ni lapisan yang protect hujung tulang pada sendi kita. Just imagine lutut macam engsel pintu. Kolagen ialah minyak pelincirnya. Bila minyak habis, engsel jadi berkarat. Gitulah bila sendi kurang kolagen. Selepas usia 40, kolagen yang ada kat tulang rawan mula menyusut. Sebab tu ramai mula sakit lutut, lenguh bahu, dan rasa kaku bila bangun pagi.

Tapi jangan pulak kau ingat Gloei ni ubat untuk hilangkan sakit lutut. Sakit lutut tu mungkin boleh disebabkan banyak punca. Tapi kalau salah satunya berpunca dari kurang kolagen, insyallah Gloei boleh help.

So kalau sekarang dah mula rasa perubahan pelik-pelik tu, jangan panik. Itu normal. Tapi jangan ignore. Start taking steps now, before your body gives a stronger warning. Bila kita jaga badan dari dalam, luar pun automatik akan glow.


2025-04-24

GreenAard: Jerawat Buta


Pernah tak bangun pagi, rasa kat satu bahagian di muka, maybe bawah dagu, pipi atau dahi? Tapi bila tengok cermin, tak ada pun benjolan yang keluar kat kulit di bahagian sakit tu. Tapi rasa sakit and you know something is brewing under there.

Welcome to the painful world of jerawat buta, atau nama glamournya dalam dunia dermatologi, cystic acne.

Apa benda jerawat buta ni sebenarnya?

Okay, sebelum aku sentuh bab treatment, aku explain sikit macamana jerawat buta boleh muncul.

Logik dia senang je. Kulit kita ni everyday produce natural oil, atau dalam istilah sainsnya, sebum. Sebum ni bagus, sebab dia jaga kelembapan kulit. Tapi macam semua benda dalam dunia ni, apa je yang berlebih atau terlebih, akan bawak masalah.

Every pore on our face is connected to an oil gland, dan setiap satu ada folikel rambut halus. Bila sebum terhasil terlalu banyak, and at the same time our skin fails to remove dead skin cells efficiently, dua benda ni (minyak dan sel mati) akan bersatu menyumbat pori tadi. Bila liang pori dah tersumbat, dia dah jadi macam “rumah mesra rakyat” untuk bakteria.

Ada sejenis bakteria yang memang naturally ada kat kulit. Dia harmless until dia jumpa pori yang tersumbat tu. Dalam ruang tertutup tu, bakteria ni akan membiak and invite our immune system to fight back. Hasilnya? Keradangan. Sakit. Bengkak. Merah. Dan kalau benda ni jadi kat lapisan bawah kulit, inilah punca munculnya JERAWAT BUTA.

So apa beza jerawat biasa dan jerawat buta?

Jerawat biasa macam whitehead atau blackhead.

Whitehead = pori tersumbat tapi tertutup.
Blackhead = pori tersumbat tapi terbuka (tu yang nampak hitam sebab teroksida).

Jerawat buta ni mazhabnya lain. Dia duduk jauh kat bawah kulit, tak ada kepala yang boleh dipicit (tolong jangan picit pun sebenarnya). Tu yang buat dia dapat nama “buta”. Sebab kau tak nampak kepala jerawat tu, tapi rasa sakitnya ya ampun!

Jerawat buta susah nak baik. Boleh baik tapi lambat. Kalau tak kena gaya dengan treatment, makin lambat nak baik jawabnya. Sebab dia bukan kat permukaan. Kita biasa pakai produk jerawat macam cleaner khas untulk acne atau spot treatment untuk jerawat yang “nampak”, tapi jerawat buta duduk jauh kat dalam kulit. Produk jerawat biasa tak dapat tembus sampai ke dasar tu. Tambah pula kalau kulit kau jenis sensitive. Treatment yang salah boleh buat kawasan tu jadi lebih teruk. Jadi makin merah, berparut, atau makin besar.

Untuk treat jerawat buta, kita kena faham puncanya dulu. Antara puncanya ialah excessive oil production. Biasanya berlaku bila hormon tak stabil. Contoh masa period, masa stress, atau bila kau tukar produk. Bila hormon tak stabil, kelenjar sebum jadi terlebih rajin. Dia keluarkan minyak berlebihan sampai kulit kau dah tak tahu nak buat apa dengan semua minyak tu. Akhirnya, minyak tu bercampur dengan sel kulit mati yang tak sempat dibuang, lalu sumbat liang pori. Jadi, mula-mula stabilkan hormon dulu. Tidur kena cukup, kurangkan stress, dan avoid eating foods that trigger hormones (high in sugar & dairy). Stop dulu makanan-makanan ni.

Perempuan senang nak dapat jerawat buta sebab kita sinonim dengan perubahan hormon setiap bulan. Bila hormon estrogen, progesteron dan androgen naik turun, kulit pun ikut drama dia. Yang ni kita boleh cuba untuk kawal. Risiko nak dapat jerawat buta tu ada, tapi kita boleh cuba kawal dengan pemakanan dan cuci muka. That's why Herba Rahsia Rimba tu kita buat untuk kurangkan simptom period cycle. Jerawat batu ni adalah antara simptom yang kita berisiko untuk dapat sebelum/semasa/selepas period.

Selain hormon, muka kau tak cukup bersih. Sel kulit mati tak dibuang dengan efisien. This is why exfoliating is important. Bila sel kulit mati tak keluar, dia akan bercampur dengan minyak dan block pori. Bila pori tersumbat, bakteria mula beranak-pinak.

Kalau jerawat dah teruk sangat dan berulang-ulang, jumpalah dermatologist. Jangan tunggu parut dah penuh baru nak panik. Sebab jerawat buta juga boleh disebabkan oleh faktor genetik. Tapi untuk jerawat buta yang ringan atau sekali-sekala, boleh treat dengan specific cleanser untuk jerawat. GreenAard takde produk khas untuk jerawat tapi our Cleansing Gel memang untuk sensitive skin macam eczema and acne. Boleh try.

And please, JANGAN PICIT! Picit jerawat buta bukan je tak membantu, tapi boleh tolak bakteria lebih dalam dan buat kulit trauma. Nanti kulit jadi lebam, bernanah, dan dapat parut kekal.

Kalau nak guna produk spot treatment, cari yang ada salicylic acid atau benzoyl peroxide. Tapi guna ikut arahan. Jangan tenyeh selagi ada. Kalau kulit sensitif, guna selang sehari atau ikut kesesuaian. Kalau nak guna exfoliator pun boleh tapi cari yang mild. Guna sekali atau 2 kali je seminggu. Jangan overdo. And please kurangkan stress. Stres akan naikkan hormon cortisol. Hormon ni stimulate lebih banyak minyak di muka. Cuba relax, tidur cukup, dan buat aktiviti yang happy-happy dan tenang-tenang.

Yang ada masalah jerawat tolong jangan bagi tuala and cadar kau kepam. Phone especially. Lap always! Phone, bantal, tuala...semua ni kena bersih. Sebab bacteria dan minyak mudah berpindah dan lekat kat kulit muka dari barang-barang ni.

Kulit kita sebenarnya adalah cermin dalaman. Kalau ada jerawat yang kerap naik di tempat sama, there's something’s off inside. Sama ada hormon, diet, gaya hidup, atau penjagaan muka. Semua ni kena audit balik. And please, treatment jerawat tak ada yang instant. Jangan percaya dengan produk yang janji "jerawat hilang dalam 24 jam". Tengkorak dia. Healing takes time. Macam mana kita sabar bila tanam pokok tunggu dia berbuah, sama jugaklah bila kita treatment kulit. Konsisten, sabar, dan jangan bandingkan kulit kita dengan orang lain.

Nak kulit sihat bukan tentang mahal murahnya produk, tapi kefahaman terhadap kulit kita sendiri. Selagi kita faham logik di sebalik jerawat, especially jerawat buta, we will be more willing to deal with it and treat it calmly. Kalau nak cari pencuci muka yang gentle tapi berkesan untuk jerawat biasa dan juga cegah jerawat dari bawah kulit, boleh cuba Cleansing Gel GreenAard. Tak harsh, tak keringkan kulit. Whatsapp 013-7557424 atau 012-7728976.


2025-04-23

Aku bercerita sebab aku masih belajar untuk berdamai dengan luka yang orang tak nampak.

Aku ni menahan-nahan diri dari buat post pasal Cik Epal. Menjak thread aku pasal Mun went viral, boleh dikatakan everyday orang komplen and minta aku ulas pasal apa yang terjadi between them too. Tak kurang yang minta aku bagitahu Mun supaya stop provoking pihak sana. Aku buat dekkkk je dengan semua request. Bukan malas masuk campur tapi kalau aku dah start karang, besar harapan aku yang lebih viral dari Mun nanti. Sebab aku kalau dah start bercakap pasal narcissist, yang tidak-tidak je vocab yang keluar. Kau takkan jumpa dalam kamus punya vocab-vocab ni. 

Antara yang DM aku, katanya "Sepanjang kawen takkan semuanya buruk? Ceritalah sama baik bekas suami. Kalau semuanya buruk tapi bertahan 10 tahun, maknanya dialah bodoh".

Amboi, marah benau, ya?

Dia macam ni. Aku lebih suka bagi contoh pengalaman sendiri.

Dulu, masa tengah kecoh-kecoh aku break dengan ex-bf, ramai kawan-kawan terkejut, especially kawan-kawan lelaki. Dorang kata rugi aku break dengan si anu. Pernah seorang kawan lelaki cakap "Kalau Diana stay dengan si anu, kebarangkalian nak kena tinggal adalah ZERO" - menunjukkan betapa sayangnya si anu dengan aku. Itu secara zahirlah. Apa yang orang nampak. Tapi, apa yang aku rasa, orang lain tak nampak sebab aku tak pernah tunjuk.

Jadi, bila kitorang break, kebanyakan orang akan nampak aku yang jahat because si anu nampak sangat sayangkan aku. Maunya tak nampak sayang kalau everyday time breakfast tunggu aku, lunch tunggu aku, dinner jemput aku kat hostel, supper makan burger sama-sama. Tapi itu yang orang nampak. Yang orang tak tahu? Memanglah dia rajin tunggu aku sebab aku yang always belanja makan! Tapi aku tak bagitahu orang. Bagi aku, takpelah dia teman aku, aku bayar untuk dia (ni pun satu konsep bodoh juga).

Everytime outing, boleh dikatakan 80% aku bayar. Selalunya bayar makan. Tengok movie pun aku. Kalau shopping pun aku yang keluar duit. Aku ni boleh dikatakan bangang juga. Terlampau bertolak-ansur sampai membodohkan diri sendiri. Padahal pertolongan dia tu tak setimpal pun tapi takpelah, aku berlebih-kurang. Contohnya, aku nak beli barang-barang makanan, tapi barang yang nak dibeli tu banyak. Dia tolong angkat, jadi aku belanja makan. Aku nak tengok movie takde teman, maka ajak dia, jadi aku bayar sepakej dengan pop corn and drink sekali. Patutnya common sense, aku dah bayar tiket tu, apalah salahnya kau bayar pop corn, kan? Tapi takpelah, sebab aku bangang, jadi aku tak berkira. Aku bayar semua.

Pastu aku window-window shopping kat tempat baju. Dia pun sama naikkk nak belek baju jugak. Tapi dia bijak, dia belek-belek siap try pastu buat statement sedih "Cantiklah baju ni, nak tunggu duit masuk (MARA), nanti habis pulak". Aku yang bodoh ni pun kata takpelah, aku belikan. Hati tu berasa nak pinjamkan duit dulu, kendian nanti kau bayarlah balik. Tapi terasa jahat pulak berkira dengan boifren sendiri. Bangang la katakan. Baik tak kena tempat. Aku pun belanja. Lama-lama dia dah naik sedap. Mula-mula makan, pastu baju, pastu seluar, pastu tiket flight, pastu purse aku pun dirembatnya. Babi.

Tu semua orang tak tahu. Semua aku simpan sendiri sebab nak cerita kat orang macam bangang pulak rasa. Masalah sendiri, settle jelah sendiri. Jadi, aku pilih untuk simpan sendiri. Tapi bila aku meletup, dan break dengan dia, orang nampak aku yang jahat. Kononnya aku ni tak sedar diri. Muka berselipat ada hati nak tinggalkan boifren. Dia nak kat aku dah cukup bagus kata dorang. Tapi orang tak tahu aku break bukan selepas sehari dua bercouple, tapi selepas 2 tahun. Itupun aku delay. Kalau ikut hati, 6 bulan pertama aku nak break dah. Aku bertahan kerana membagi peluang kat diri sendiri. Aku ingatkan aku yang kurang sabar, jadi aku pujuk diri untuk bertahan. Rupanya dia yang saiko. Cukuplah 2 tahun membodohkan diri stay dengan orang macam tu.

Selepas break, apa je orang tak kata? Masa ni cukup ramai yang acah-acah concern dengan si anu. Padahal sebelum ni dorang bukan main meluat tengok ke mana-mana aku berdua dengan si anu. Bila break, eh tiba-tiba ramai pulak side dengan si anu. Si anu pun naik seronoklah orang berpihak kat dia. Macam-macam cerita dia buat. Aku diam. Malas nak pertahankan my side of story. Kalau aku bersuara, dia akan balas. Sampai bila nak habis? Jadi aku pilih untuk senyap. Misi aku masa tu cuma satu - aku nak grad on time dan balik. Bila balik, dah tentu-tentu dia takkan ada peluang nak berjumpa aku lagi. Maka dengan sendirinya segala gossip dan fitnah ni akan berhenti. Selagi aku ada di uni, cerita ni takkan habis walau aku bagi fakta benar sekalipun. Jadi aku biarkan je orang nak cakap apa.

Sakit hati memang sakit. Geram je aku nak bagitau semua orang apa yang aku rasa sepanjang dengan dia. Tapi tu lah, malas nak start. Sebab aku kenal dia. Kalau aku start, dia akan spin cerita dengan lebih teruk. One thing aku cakap, kau takkan boleh menang dengan narcissist. Dia akan perah sampai kau drain. Maybe Mun boleh layan orang macam tu. Tapi aku, ketika itu, misi aku berbeza. Aku nak tumpu study, aku nak pastikan pointer aku cukup tinggi untuk aku convert loan MARA ke scholar. Jadi, aku perlu fokus. Apa yang tak membantu misi, aku biarkan. Sukati kau nak cakap apa pasal aku.

Bila Mun tak habis-habis "menyakat" ex-husband dia kat media sosial, aku faham kenapa. Because yang baca blog aku sejak 2006 mesti tahu aku pun tak pernah really berhenti bercerita pasal si anu, kan? It has been like more than 20 years already. Mun tu belum setahun bercerai. Logiklah kalau dia masih panas. Aku yang dah lehih 20 tahun ni pun masih bercakap pasal kisah cinta bangang tu lagi. Ini bukan tentang tak move on tau. Tapi yang pernah bercinta/berkahwin dengan narcissist saja tahu trumanya apa. Kami bukan tak move on, tetapi kami masih memproses trauma tu. Dan proses healing dari trauma bukan macam tekan suis, hari ni kita decide nak lupa, esok semua hilang. Tak semudah tu.

Nak lagi kisah aku dulu bukan sikit-sikit dia punya perangai. Kejar aku dengan pisau. Pecah masuk rumah sewa nak geledah barang-barang aku. Ikut aku balik bercuti untuk monitor pergerakan aku. Curi purse and duit aku 3 kali. Curi duit Ibal. Curi barang-barang kawan aku. Hentak kepala aku kat dinding. Tampar aku. Nak toreh tangan aku. Pecah masuk bilik aku di hostel punggah semua barang. Curi surat En Wan di pigeon hole. Ugut mak bapak aku. Sampai aku dah kawen pun dia boleh rilek datang tumpang tido rumah Mak Aji. Padahal dia pernah ugut orang tua tu. Muka tak malu, kan? Sebab narcissist tak pernah rasa dia buat salah.

Trauma dengan narcissist ni bukan pasal putus cinta semata-mata. It's about losing self-confidence. Kita rasa gila sebab semua orang nampak dia baik, sedangkan kita je tahu betapa hauknya dia. Kita confuse dengan diri sendiri, “Aku ke yang over-sensitif? Atau aku memang salah?”

Apa yang aku rasa gitulah. Dulu aku pendam je semua benda. Apa yang dia buat, apa yang dia cakap, apa yang orang keliling berkata, semua aku biar. Aku senyapkan diri sebab ketika tu aku belum mampu nak bercerita. Kalau aku bercerita, aku akan nangis sebab terlampau sakit hati! Kau pernah tak rasa terlalu sakit hati, the moment kau start bercerita terus sebak? Macam tu la aku rasa dulu. Sebab tu aku diam.

Lagipun, dalam keadaan tengah panas, kalau aku cerita yang dia pernah hentak aku, pernah nak toreh tangan aku, pernah curi duit aku, pernah ugut mak aku - kau rasa orang percaya ke? Kalau time tu aku bercerita kat korang, korang percaya aku ke dia? Konfem kau akan kata "Alah, dan-dan pernah kena pukul!". Sebab cerita aku nampak extreme gila. Macam aku mereka-reka cerita. Tu pasal aku hide post pasal si anu kat blog. Ramai nau yang plagiat because dorang rasa cerita tu rare and extreme. Siapa yang survive memang power. Aaaa gitu.

Dan sebab tu, bila Mun bercerita sarcastically atau throwback pasal ex-husband dia, aku tak judge. Because sebagai seorang yang pernah melaluinya, sometimes itu je cara kita regulate emosi — dengan menulis, berkongsi, walaupun secara pasif-agresif. Kalau tak diluahkan, trauma tu akan meletup dalam bentuk lain. Akan meletup dalam bentuk anxiety, insomnia, panik attack, or trust issue. Jadi kalau dengan menulis tu boleh release walau sikit, BIARKAN. Kalau kau rasa muak balik-balik baca post yang sama, skip.

Dan lagi satu, orang selalu salah faham. Dorang fikir bila kita (aku) cerita balik kisah lama, maknanya kita belum move on. Sedangkan aku dah lama move on dari orangnya. Yang belum sembuh adalah kesannya. Kau takkan tahu kesannya selagi kau tak lalui. En Wan dapat kesannya. Dulu, aku sebijik macam Mun. Dengan si anu, aku jadi selembik-lembik manusia (read: bodoh). Konon nak jadi pasangan yang baik, yang taat, yang mendengar kata, yang menenangkan jiwa, yang tak berkira, yang memahami. Kawan-kawan Dusty Pink Tits sampai sekarang membahan aku bab ni.

"Diana dulu mana nak join kita gi lepak and ride. Masa tu dia tak nampak orang lain dah. Nampak si anu je"

Macam tu lah aku dulu. Konon nak serahkan sepenuh perhatian hanya buat kekasih (hak tuihhh). Taknak lepak-lepak dengan member. Marah pun, pendam. Sedih pun, pendam. Apa je yang aku tak puas hati, selagi aku boleh pujuk diri sendiri, aku pujuk diri. Dalam kebanyakan masa aku pujuk diri walaupun sebenarnya aku nak merempan.

Contoh, balik-balik aku yang belanja makan. Tapi nanti aku juga yang berkata dalam hati "Tak baik mengungkit. Apa salahnya belanja. Anggap sedekah"

Asyik-asyik aku bayar tambang outing. Nanti aku juga yang pujuk diri "Takpelah, at least dia lelaki boleh teman. Kau berani ke nak outing sorang-sorang?"

Everytime beli burger for supper, mulut aku ni nak je bertanya "Awaklah pulak bayar". Tapi tak sampai hati. Nanti aku cakap dalam hati "RM2 jangan berkira, Diana"

Tapi bila semua budi baik ni dibalas dengan perangai cilaka, kalau kena kat kau, kau boleh sabar? Boleh diam?

Sebab tu dengan En Wan, apa benda aku tak puas hati, kat situ juga aku tembak. Dah takde dah aku nak "Di-Abang" lagi. Aku pakai kau-aku terus. Itu adalah kesan dari trauma. Aku jadi malas nak bersabar. Kasik settle jam-jam tu terus. So don't judge bila mulut aku macam ni, sebab kau tak tahu apa aku dah lalui. Tapi nasib baik En Wan tahu how to handle aku. Dia tahu aku tak macam tu sebenarnya, tapi kalau kau tekan salah suis, aku takkan pause untuk berpikir dan bersabar lagi. Aku tembak je.

Orang luar boleh cakap, “Maafkanlah, move on lah,” tapi kau tak pernah duduk dalam kasut kami. Korang tak tahu macam mana rasanya bila kepercayaan dikhianati, when hope is shattered pecah berderai, nak kutip balik serpihan tu pun menyakitkan. Kita bukan nak balas dendam. Kita cuma nak orang yang menyakiti kita sedar betapa deep luka yang dorang dah buat.

Orang tak nampak luka dalam hati, so they thought we were making it up. Like I said, emosi ni bukan macam suis lampu yang boleh kita on-off ikut suka. Ada hari kita ok, ada hari kita ter-trigger balik. Bukan sebab tak move on, tapi kesan trauma tu masih hidup dalam memori. Trauma tu muncul bukan saja dalam tidur, but in the way we trust new people, in the way we protect our children, in the way we take care of ourselves.

Sepanjang kitorang bercouple, aku tak pernah bercakap pasal perangai buruk dia bukan sebab aku berpura-pura tetapi sebab aku anggap we are a team. A couple should be a team mate. Sebab itu sepanjang 2 tahun walaupun sakit jiwa melayan karenah dia, aku senyap. Even kawan baik aku pun tak tahu masalah aku, sampailah kejadian aku kena hentak. So jangan kata "Selama 10 tahun bersama rupanya tak bahagia?"

Tak semudah tu nak berpisah apatah lagi kalau dah bertahun. Especially with a narcissist. Perkara paling susah adalah bila kau dah letakkan harapan dan komitmen selama bertahun-tahun pada someone. Kau tak akan dapat tinggalkan dia dengan senang. Sebab dalam hati, kau sentiasa harap dia akan berubah. Bayangkan bertahun bersama kau share duit, share cerita, share makan - semua. Hidup kau dah sebati dengan dia. Maybe yang bertahan bertahun-tahun tu sebab malu nak cerita kat orang luar. Takut kawan judge, famili risau, masyarakat cakap macam-macam, etc. Lalu, kau pendam je. Sampai satu tahap, diri sendiri pun jadi blur antara cinta dan derita.

Dan jangan silap. Bila anyone menulis kisah pedihnya dengan sinis atau marah, itu tanda dia masih ada tenaga untuk fight. Tanda dia belum give up. Sebab bila seseorang tu betul-betul dah tak peduli, dia akan diam. Bila dia masih menulis, dia masih sedang menyembuhkan diri. So biar dia ambil masa. Kita semua ada cara masing-masing untuk sembuh. Some people cry. Some scream. Some write. Let them!

Kau tak tahu berapa lama aku nak heal dari trauma ni. Tanya En Wan. Aku pernah terjaga dari tidur menggigil-gigil sebab mimpi si anu. En Wan kena peluk kaki and tangan aku sebab aku mintak dia "kepung" aku. Sampai ke tahap tu aku traumatized. Kau ingat sesenang tu nak lupa kejadian pisau diletakkan kat nadi tangan kau? Sesenang tu nak lupa kau terpaksa selamatkan diri bila dia on the way cari kau dengan bawa weapon? Sesenang tu nak lupa bila kepala kau kena hentak kat dinding and bantal ditekup kat muka nak bagi kau lemas? 

Sekarang ni aku okay. Alhamdulillah. Tapi bila trauma tu triggered balik walaupun dengan benda kecik, otak aku boleh terus throwback pada zaman tu. Dan aku rasa Mun tengah go through benda yang sama. Dia lagilah, benda masih fresh. Banyak yang belum settle. Itu pun kita tak tahu apa yang dia dah lalui. Kita nampak macam hanya penceraian biasa antara suami dan isteri. Tapi the process sepanjang dorang bersama tu kita tak tahu apa yang dia dah tolerate dan korbankan. Aku tak kata her ex-husband tu buruk semua. Sebab aku pernah jumpa ex-husband dia. Ok je masa tu. Masa tu lah.

Samalah macam si anu. Bila aku dah bercerita, barulah kawan-kawan cakap "Seriousla Diana? Betul ke dia macam tu? Betul ke cerita kau ni?"

Semua tak percaya apa yang dia dah buat. Sebab macam tak logik je cerita aku. Dengan narcissist ni, semua benda memang tak logik, tapi ia berlaku. So kepada yang pernah ada hubungan dengan narcissist, aku nak cakap - You are not crazy. You are not overreacting. You are healing. Dan healing bukan linear. Kadang kau rasa dah okay, tiba-tiba breakdown balik. It’s okay. Don’t be too hard on yourself.

Jangan ingat aku bercerita sebab nak aibkan sesiapa. Aku bercerita sebab aku tak nak jadi mangsa lagi, dan aku tak nak orang lain jadi mangsa. Aku bercerita sebab aku masih belajar untuk berdamai dengan luka yang orang tak nampak.

Aku takkan tepek post ni di Thread. So kalau korang dari Thread yang request aku buat post ni, sila panggil kawan-kawan kau masuk blog baca post ni di sini.


2025-04-22

Bila Founder Produk Kurus Buat Bariatric dan Abdominoplasty – Salah ke?

Baru-baru ni, kat Thread ada beberapa post bercakap tentang founder produk weight loss sebenarnya kurus bukan sebab produk dia tapi sebab kantoi buat bariatric surgery (pembedahan potong perut) dan abdominoplasty. Aku terasa ke? Takkkkk. Benda kita tak buat, apehal nak terasa pulak. Hahahaha. Pegilah korek kalau jumpa bukti aku ada buat pembedahan potong perut ke, apa ke. Nak gak aku tengok hasilnya.

Tak surelah siapa orangnya yang dorang maksudkan. Tapi these people persoalkan kalau produk power sangat, kenapa diri sendiri tak guna produk tu untuk kurus?

Aku rasa MAYBE yang buat orang bengang tu sebab some founder overclaim produk masing-masing. Macam hari tu aku ada tulis kat Thread tentang seller perfume. Aku tahu dia jual perfume tak ori sebab harga Dior Jadore yang dia jual cuma RM130. Gila tak logik. Mana ada perfume Dior bawah RM400? Aku bukan nak hentam perfume dia sebab aku yakin itu memang bukan ori, cuma aku ter-interested nak bertanya tentang EDP Parfum yang dia jual. Sebab, dia jual EDP. EDP ni tak kisahlah branded atau local made, bila kau tepek EDP pada kotak, the concentration must around 15%–20%, which gives it a longer-lasting scent, typically up to 6–8 hours. Jadi aku berpikir, kat mana logiknya perfume Dior non-ori, tapi EDP.

Bila sembang-sembang ternyata dia membongak. Dia kata perfume tu jual murah sebab ada defect pada botol. Padahal aku tanya pasal berapa lama bau bertahan. Tak kisahlah botol bercalar ke, nozzle longgar ke, once perfume tu EDP, it should behave like EDP. Ujung-ujung dia kata kalau beli sebab nak compare, pergi beli kat kaunter. Eh bingainya. Aku bukan kisah kau jual immitation, cuma aku nak kepastian je sebab kau bubuh EDP. Kalau perfume to local dan EDP, aku akan beli sebab my concern bila beli perfume is baunya kena tahan lama. Kau nak jual immitation Dior sekalipun, go ahead, cuma please buang EDP tu. Misleading sungguh!

Berbalik kepada isu founder jual weight loss product yang sudah kurus tapi rupanya buat bariatric, one thing yang kita kena tahu, kalau seseorang tu buat bariatric, itu menunjukkan berat dia memang tahap obesiti serius. Sebab bukan senang nak dapat kelulusan buat bariatric kalau takde reason yang solid. Bukan boleh suka-suka buat. Kena ada BMI yang sangat tinggi dan ada risiko kesihatan macam diabetes, darah tinggi, atau sleep apnea. So, cuba bagitahu tahu siapa founder yang tersangat obese yang akhirnya dah kurus hasil "makan" produknya? Aku nak kenal mana satu orangnya.

Bariatric surgery ni bukan shortcut, tetapi last resort selepas mencuba macam-macam cara lain. Kadang-kadang orang yang obes ni dah cuba berdiet bertahun-tahun, telan segala produk, pergi gym, hire coach, tapi tetap tak jadi. So, doktor akan syorkan jalan akhir, iaitu pembedahan.

Salah ke?

Tak. Tapi kalau founder kata dia kurus sebab makan produk weight loss-nya, padahal dia potong usus, itu memang salah. Ini namanya memanipulasi consumer trust. Kerana dia menjual produk dengan menggunakan dirinya sebagai testimoni sedangkan dia kurus kerana pembedahan. Customer beli produk sebab percaya dengan "kejayaan" dia. Ini dah masuk kategori marketing fraud.

Founder yang buat abdominoplasty pula, hat ni bukan untuk kurus. Ini lebih kepada untuk buang lebihan kulit. Biasanya lepas bariatric, atau lepas kurus, kulit perut jadi menggelebeh. Prosedur abdominoplasty lebih kepada untuk improve penampilan. Bila buat abdominoplasty, dia sebenarnya hanya buang kulit menggelebeh, bukan cheat kurus. Jadi bila ada founder buat abdominoplasty, itu bukan bermaksud dia tipu jalan mudah untuk kurus. Prosedur tu hanya langkah kosmetik selepas seseorang dah BERJAYA kurus sama ada dengan pembedahan, diet ketat bertahun-tahun, senaman, weight loss produk, atau kombinasi semua.

Abdominoplasty ni senang cakap lebih kepada finishing touch. Macam kita renovate rumah, tapi bahagian dinding ada cat mengelupas. Rumah tu dah kukuh, dah cantik, tapi nak bagi sedap mata memandang, kita pasang wall paper. Macam tu lah juga perut lepas berat turun. Kulit lebihan tu susah nak hilang walaupun dah kurus. Maka, buatlah abdominoplasty.

Tetapiii, kalau founder guna hasil abdominoplasty tu untuk marketing produk, tunjuk perut flat, pinggang ramping, lepas tu claim "Saya maintain macam ni sebab makan produk ni every day", ok yang ini salah. Padahal yang meratakan perut tu adalah prosedur RM20,000, bukan suplemen yang berasa coklat. Ini yang jadi misleading.

Etika bisnes bukan sekadar "asal tak langgar undang-undang". Etika adalah tentang jujur dalam menyampaikan mesej, menjaga amanah pengguna, dan tak meletakkan harapan palsu. Kalau betul founder nak bantu orang kurus, ceritakan journey sebenar. Ceritakan tentang the science behind your product.

Ya, aku tahu style marketing sekarang lebih kepada mainan emosi. Orang sekarang malas nak hadam cerita berfakta, nak-nak lagi cerita tentang sains. Tapi takpe, kalau cara kau mempromosikan produk adalah dengan cara yang educated, insyallah kau akan tarik crowd yang educated-educated juga.

Zaman sekarang ramai yang tahu bezakan antara supplement, pembedahan kurus atau prosedur kecantikan. Kalau marketing terlalu gempak, tapi info tak telus, orang boleh syak something is wrong. Kalau dulu boleh tipu 10 orang, sekarang mungkin cuma satu orang je yang tertipu dan yang sembilan lagi akan viralkan. So daripada menipu dan reputasi jatuh, lebih baik terus terang dan bina jenama dengan integriti. Itu baru marketing beretika. Trust me, nama baik lagi mahal daripada sales yang meletup. Nama baik tak boleh dibeli dengan iklan. Tapi bila kau jaga integriti, customer akan return. Akan jadi loyal. Akan recommend dekat orang lain. Dan kalau satu hari ada isu, dorang akan pertahankan kau.

"Adakah founder itu dikategorikan sebagai menipu bila dia jual produk kurus tetapi dia sebenarnya kurus akibat prosedur lain?"

Jawapannya, bergantung kepada cara dia marketkan produk. Kalau dia jujur cakap produk ni bantu kawal selera atau bantu support diet sihat, that's okay. Tapi kalau dia jual produk sambil tunjuk body sendiri, kata “inilah hasil produk weight loss saya” padahal dia turun berat sebab pembedahan — that is very unethical. Itu dah masuk kategori misleading marketing. Selling based on false testimonials is a form of fraud.

Hari tu aku ada respond pada satu Thread. This guy kata "kita support produk local, tapi founder sendiri beli overseas produk"

Then aku komen "Founder uses what she sells, and buys what she doesn’t".

Eh, merentan. Dia cakap mana ada founder pakai barang sendiri and support local.

Hmm, maknanya kau serkap jarang je la tu. Sebab aku adalah founder yang pakai apa aku jual. Bermakna aku juga support local. My own product. Dan aku beli apa yang aku tak jual. Contoh skincare. GreenAard tak buat skincare, so aku belilah skincare brand lain. GreenAard tak jual henbeg, makan aku beli henbeg brand lain. Takkan semua benda aku nak beli barang local. Baju kurung aku beli local. Kasut aku beli brand luar. Lingerie aku beli brand luar. Baju tido kaftan aku beli local. Be realistiklah. Henfon kau pun beli local punya ke? Jangan nak membongaklah.

Tapi dulu pernah ada blog reader bagitahu dia nampak this one founder jual kosmetik, tapi kantoi beli lisptik kat kaunter. Aku ciba husnuzon. Aku cakap maybe that founder beli lipstik yang warnanya takde dalam range produk yang dia produce.

Tak dinafikan ada je founder dalam pelbagai industri yang tak guna produk sendiri. Founder skincare, tapi buat treatment aesthetic kat klinik. Founder produk rambut botak, tapi sendiri tanam rambut. Founder produk mata, tapi sendiri buat lasik. Founder suplemen tidur, tapi sendiri makan ubat tidur hospital. So… does that mean all their products are useless? Tak juga. Kadang-kadang produk tu sesuai untuk orang biasa, tapi founder tu sendiri dah ada isu kesihatan yang perlukan pendekatan lebih agresif.

Contohnya, Herba Rahsia Rimba by GreenAard. Aku cuma pakai masa RnD je. Selepas tu aku tak pakai sampai sekarang. Sebab aku takde masalah period. Period aku lancar setiap bulan datang on time. Jadi apa perlunya aku pakai? Tapi aku dah test the produk sebelum jual, dan aku dah bagi 100 orang pengguna mencuba secara percuma dan collect feedback. Selepas berpuas hati, baru aku jual.

Walaupun macam tu, sebagai founder produk, kita kena jaga persepsi. Sebab orang beli bukan setakat kerana kandungan produk, tapi kerana trust. Macam mana orang nak percaya produk weight loss kau kalau kau sendiri tak yakin produk tu boleh bantu kau kurus? Lagi-lagi kalau guna badan sendiri sebagai testimoni. Itu memang salah besar.

Actually kau boleh je buat bariatric dan abdominoplasty, tapi be transparent. Ceritakan your journey. Share your struggle. That's more touching than pretending.

"Saya sendiri pernah struggle dengan obesiti. Saya dah cuba macam-macam, termasuk makan produk saya sendiri untuk kawal selera. Tapi sebab tahap obesiti saya dah bahaya, doktor syorkan bariatric. Lepas tu, saya teruskan lagi dengan produk saya untuk bantu maintain berat. Sebab tu saya percaya produk ni membantu, walaupun bukan satu-satunya cara".

Nampak tak beza vibe dia?

Dia macam doktor gigi lah. Doktor gigi pun ada yang pakai braces. Kalau kau rasa orang takkan percaya your weight loss produk kalau kau tak jadikan diri sendiri as testimoni, you must remember yang doktor gigi pun pakai braces, and nutritionist pun kadang ada masalah berat badan. It’s ok untuk ada kekurangan. But it's not ok if you hide those shortcomings and create a false narrative.

Tak salah nak promote produk. Tapi buatlah dengan maklumat yang betul. Jangan overclaim. Jangan guna before-after palsu. Jangan petik testimoni tanpa bukti. Kalau produk tu hanya bantu suppress appetite, cakap terus terang. Ramai yang akan tetap beli, sebab itu pun dah cukup membantu.

Lagi satu, bila jujur, you and your brand lebih mudah sustain. Tak perlu reka cerita palsu. Tak perlu sorok sejarah. Tak perlu hidup dalam ketakutan kalau orang korek masa silam.


2025-04-21

GreenAard: Kenapa Lepas Ambil GC Plus, Rasa Macam Blur? Otak Slow Sikit. Normal ke?

Pernah tak lepas ambil GC Plus, tiba-tiba rasa macam otak slow sikit? Nak ingat benda pun payah. Fokus pun lari. Rasa macam “aku ni kenapa eh?”

Kalau ada, jangan risau. You're not alone.

Ramai yang bagi feedback GC Plus memang buatkan ukuran pinggang mengecil. Selera makan pun terkawal. Ok, alhamdulillah bagus. Tapi tak kurang juga yang rasa macam otak lemau sikit lepas makan GC Plus.

Ok, ni aku nak bagitau. This is N-O-R-M-A-L. Aku boleh explain apa sebenarnya yang berlaku dalam badan bila ambil GC Plus.

Firstly, kena faham yang GC Plus BUKAN magic. GC Plus adalah supplement yang bantu kawal selera makan. Dia block new formation of fat.

Dalam GC Plus ada sejenis bahan aktif yang block enzim dalam badan yang menukarkan karbo kepada lemak. Bila enzim ini direncatkan, glukosa tak ditukarkan kepada lemak tetapi akan digunakan sebagai tenaga. Bila glukosa tak lagi disimpan sebagai lemak, badan akan mula gunakan glukosa tersebut untuk support aktiviti harian like berjalan, berfikir, bekerja, dan sebagainya. Inilah kelebihan utama GC Plus. Ia halang penambahan lemak baru, bukan keluarkan lemak lama.

Tapi bila kita makan sedikit karbohidrat (sebab selera dah terkawal), badan terpaksa cari sumber tenaga lain, iaitu lemak yang dah sedia ada dalam badan. Secara tak langsung, badan mula ‘bakar’ simpanan lemak lama untuk dijadikan tenaga. Jadi, walaupun GC Plus tak "bakar lemak" secara direct, ia create keadaan yang bantu badan guna lemak sebagai bahan api.

However dalam proses ini, akan berlaku sikit kejutan kepada sistem badan, terutamanya otak sebab otak sangat bergantung pada glukosa. Bila glukosa makin kurang, otak pun macam “eh mana gula aku?”. Inilah yang kadang-kadang buat kita rasa blur atau mental fog terutama dalam minggu-minggu awal ambil GC Plus. Tapi jangan risau, ini tanda badan sedang sesuaikan diri dengan sistem baru. Bila badan dah pandai adjust, tenaga akan jadi lebih stabil, fokus makin tajam, dan craving makanan manis makin hilang. Nak makan pun jadi lebih mindful.

Bila ambil GC Plus, salah satu kesan yang ramai orang tak perasan ialah kenaikan hormon serotonin dalam otak. Apa benda serotonin ni?

Serotonin ni selalu dipanggil “feel-good hormone”. It is a hormon yang bantu kita rasa tenang, puas, dan mood lebih stabil. Normally, serotonin terhasil bila kita buat benda-benda yang menyeronokkan macam makan makanan sedap, tengok cerita romantik, atau bila kita exercise. Maknanya, dalam keadaan semula jadi, serotonin akan meningkat setiap kali kita merasa happy. However, ketika ambil GC Plus, serotonin meningkat tanpa ada ‘trigger’. Ini akan buatkan otak jadi confuse sekejap. Maka, berlakulah mental fog. Macam blur-blur kejap dan tak fokus.

Tapi serotonin bagus. Ia akan buatkan kau rasa kenyang lebih lama, kurang stress bila skip dessert dan kurang craving junk food. Tapi, bila otak tiba-tiba kena boost serotonin dan pada masa yang sama glukosa dalam badan makin rendah (sebab dah kurang makan karbo), otak akan 'lag' sikit. Ibarat macam kita tengah naik roller coaster, kita excited, tapi lepas tu pening. Gabungan dua perubahan besar — kurang karbo/glukosa + serotonin meningkat — akan buat sesetengah orang rasa lembap, blur, atau macam slow sikit bila berfikir.

Tapi good news...kesan ni sementara je. Bila badan dan otak dah stabil dan beradaptasi dengan GC Plus, mental clarity akan datang balik malah lebih baik dari sebelumnya. Kau akan rasa lebih fokus, lebih tenang, dan lebih terkawal. Yang penting, badan dah tak terdesak cari makanan manis setiap kali stress. So kalau awal-awal guna GC Plus tu terasa pening, mengantuk atau letih, jangan menggelabah. Ini bukan sebab GC Plus rosakkan otak, tapi sebab otak tengah cari wayar baru untuk sambung tenaga. Otak masih panik bila glukosa (gula) berkurang.

Aku suggest, yang pertama sekali kurangkan dos GC Plus. dari 4, ambil 2 saja dulu. Slowly bila badan dah ok, kepala tak pening, naikkan ke 3 kapsul. Pastu 4. Yang penting, MESTI sampai 4 kapsul sebab kita dah calculate amount untuk dapatkan optimum result adalah 4 kapsul sehari. Dan jangan lupa minum air. Tak perlu banyak. 2 Liter sehari memadai. Sebab otak kita ni macam sponge. Bila sponge kering, dia keras. Bila cukup air, dia lembut dan senang serap info. Jadi, kalau badan kau kurang air, otak pun jadi slow.

Yang penting, jangan givap. Biasanya lepas 3-4 minggu konsisten, badan mula adjust. Otak pun mula sharp balik. Just be patient. Badan kita bijak. Dia tahu nak sesuaikan diri. Just give yourself some time.

Ramai yang cepat salahkan produk bila badan tunjuk reaksi pelik. Tapi sebenarnya, itu tanda badan sedang bekerja keras untuk tukar sistem. Cuba ingat balik, kita kurangkan karbohidrat, serotonin meningkat, sistem badan berubah. Memang wajar badan ambil masa sikit untuk stabil.

Now GreenAard tengah offer CUSTOMER LOYALTY REWARD. Kalau akaun korang ada minimum 350 point, boleh beli GC Plus dengan diskaun RM10. Kalau ada 700 point, boleh tebus RM20 diskaun terus. Tak payah tunggu sale. Terhad sampai 700 point je boleh redeem. So, jangan tunggu lama-lama. Selalunya kalau delay, ujung-ujung lupa terus. Boleh terus WhatsApp team GreenAard - 013-7557424 atau 012-7728976.


2025-04-20

Queen of Pain & Menetek

Tak sangka, dah lebih 20 tahun aku bersalinkan Redza, now dia dah 21 tahun tapi topik “bersalin normal vs c-sect”, “menetek vs susu formula”, “ambil epidural vs tak ambik” masih jadi topik yang didebatkan. Esok bila anak dah besor sikit dia berlawan pulak "cakap english vs cakap melayu", "bawak bekal vs makanan kantin", "sekolah agama vs sekolah biasa" etc. Macam tak move on. Macam tak habis-habis nak compare siapa terpaling parents, paling tabah, paling natural. Hello? Kita dah masuk era AI kot. Mindset masih stuck kat siapa paling lama beranak kat labour room ke?

Kadang-kadang orang yang bagi komen like this macam dia je paling mak, paling tahu struggle orang lain.

Redza, aku terpaksa bersalin c-sect. Bukan suka-suka nak sembelih perut. 15 jam menahan sakit lepas doktor induced tiga kali, tapi jalan buka hanya 1 cm. Nak tunggu normal jugak? Kuku kaki semua dah biru menahan sakit. Doktor cakap, “Proceed dengan operation. Kalau nak normal juga, tak mampu nak push. Dah terlampau lemah".

Kita ni mak-mak pilih ikut keadaan. Beranak ni bukan macam pilih menu makanan. Dalam keadaan sakit, aku hanya pikir nak selamatkan anak. Tak kuasa nak mikir terpaling bersalin normal.

Rayyan, lagi dramatik. At pregnancy 31 weeks, aku kena pre-eclampsia. Doktor terus kata, “Kita operate esok pagi. Chances are 50/50. Apa-apa hal kita selamatkan ibu dulu”.

Kau rasa dalam keadaan ni aku kesah nak jadi terpaling bersalin normal? Bersalin ni melibatkan nyawa 2 orang, ya. Maka aku pilih yang convenient. Mana yang lebih selamat dan selesa untuk aku dan baby, itu yang aku pilih. Ada je haters yang kondem katanya aku tak cukup tabah, tak cukup kuat, tak rasa nikmat sebenar bersalin. Dia ingat semua benda dalam hidup ni boleh cuba dulu tengok macam mana?

Hello? Siapa yang bagi sijil ketabahan tu? Kau? Kalau kau rasa bersalin normal tu achievement paling besar dalam hidup, silakanlah. Ambik trofi tu, polish hari-hari. Aku tak nak berlawan dalam kategori tu. Aku nak menang dalam kategori “Survive motherhood sambil waras dan bahagia”.

Nanti bila kau dah bersalin dia berlawan bab "berpantang moden vs berpantang tradisional", "menetek vs susu tepung", "jaga sendiri vs maid jaga". Kau tak percaya cakap aku? Kau tunggu dah bersalin esok bersedia je lah. Ramai yang nak audit kau.

Aku ni apa je la yang tak kena. Kalau bab parenting, akulah yang jadi bahan kecaman. Sebab anak-anak aku semua dijaga oleh maid. Redza tido dengan maid dari umur 43 hari sampai 2 tahun. Aku hanya menetek Redza 2 minggu lepas tu susu aku tak keluar. Takpelah, kasi je susu formula. Ehhh, itupun jadi masalah kat dorang. Bukan main lagi dia judge kononnya anak yang menyusu botol (susu formula) kurang bijak, kurang aktif dan degil. Dia ingat food technologist yang come out with susu tepung formulation ni bangang-bangang macam dia agaknya.

Menyusu badan memang bagus, tapi bukan semua perempuan ada rezeki tu. Bila susu tak keluar atau tak cukup, apa lagi pilihan yang ada? Of courselah susu formula. Itulah sebab susu formula wujud. Susu formula hari ni bukan macam zaman mak bapak kita dulu. Susu formula sekarang dicipta oleh pakar nutrisi, food technologist, dan pediatrik seluruh dunia. Setiap satu tin tu went through clinical testing sebelum dijual.

Is it 100% the same as breast milk? No, but it is the best alternative available. Yang kata anak yang menyusu botol degil atau kurang aktif tu, mana kajian dia? Laki aku tu LANSUNG tak boleh minum susu. Mok kata, En Wan masa kecil bancuh sendiri air sirap tuang dalam botol susu, and minum. Helok je pun blajo sampai ke Jepun siap tajaan JPA lagi. Anak kau yang menetek sampai 13 tahun tu kat mana sekarang?

Anak-anak aku dijaga oleh bibik pun jadi bahan gossip. Konon aku kejar sangat kerjaya sampai takde masa nak jaga anak.

Dey, kita ni hidup dalam dunia realiti, bukan drama pukul 7 petang. Ramai mak-mak zaman sekarang bekerja untuk kejar impian, untuk kehidupan yang lebih selesa, untuk nak bagi anak sekolah yang elok, pakaian yang elok, tempat yang elok, makanan berkhasiat. Semua tu bukan free. Jadi kalau ada helper untuk tolong aku uruskan hal-hal di rumah selain urus anak-anak masa aku bekerja, itu bukan salah. Itu namanya bijak.

Why?

Sebab walaupun aku di tempat kerja, anak-anak masih dapat perhatian dan jagaan yang baik. Aku pun tak burnout sampai mental koyak. Rumah masih tak macam tongkang pecah. Bila balik kerja tengok rumah bersih, kain baju berbasuh, berlipat, bergosok, anak-anak terurus, maka aku boleh spend time dengan suami and anak dengan lebih tenang. Lepas dinner lepak sama-sama depan TV. Sambil tengok TV sambil main Lego dengan anak. Yang sebenarnya kau jeles tengok life aku bersenang lenang tak berpenat-penat macam kau, kan? Itu yang benaunya, kan?

Susah betul hidup dalam masyarakat yang suka sangat label dan banding-banding ni. Kau tak bersalin normal dikatanya tak cukup wanita. Kau tak menyusu badan dikatanya tak cukup ibu. Kau ambil epidural dikatanya manja. Padahal kita ni manusia yang ada limit masing-masing. Honestly, kalau kau melayan cakap-cakap orang, kau akan penat. Kalau kau rasa power sangat sebab bersalin normal, tak ambil epidural, dapat menyusukan anak sampai dua tahun penuh - okay, aku salute. Tapi tak perlu nak downgrade pilihan orang lain semata-mata nak rasa kau paling hebat. Ini bukan race lari pecut 100 meter, siapa sampai dulu menang. Kadang-kadang yang paling bising tu la yang overcompensating sebab dalam hati dia tak secure.

Nak tahu apa sebenarnya yang paling penting?

Anak sihat. Mak sihat. Mak waras. Rumah tenang. Tak payah nak approval semua orang. Mak yang bersalin c-sect pun boleh jadi ibu paling penyayang. Mak yang bagi susu formula pun boleh besarkan anak yang cemerlang. Yang penting usaha dan kasih sayang. Bukan ikut siapa paling tahan sakit, paling lama dalam labour room, paling banyak pam susu. Kalau kau masih rasa kau nak menang dalam bab "paling mak", silakan. Aku bagi kau piala besar siap tulisan Queen of Pain & Menetek 2025.


2025-04-18

Orang yang sakit atau ada penyakit selalunya tahu betapa berharganya medical card dan dorang akan pastikan medical card tak lapse.

Bak kata En Wan, ini sebenarnya isu yang dah biasa berlaku. Isu biasa, tapi serius.

Yang dah ada medical card, tapi tak bayar caruman. Selalunya ini adalah those dari golongan orang-orang yang masih sihat. Belum jatuh sakit. Orang yang sakit atau ada penyakit selalunya tahu betapa berharganya medical card dan dorang akan pastikan medical card tak lapse. Kelompok yang sakit jarang skip bayar caruman sebab dorang tahu betapa seksanya nak dapat medical card. Kalaulah orang-orang yang tak bayar caruman tahu betapa ramainya orang yang sakit bersyukur bila takaful luluskan medical card, pasti dorang takkan tergamak nak culas bayar caruman.

En Wan ada ramai client yang dah ada penyakit baru nak mohon medical card. Bila medical card lulus even with exclusion, dorang dah happy sangat. Because bukan senang takaful nak accept client yang dah ada sejarah sakit.

Bila ada polisi takaful, pastikan caruman dibayar sama ada secara bulanan, suku tahunan, atau tahunan. Kalau bayaran caruman tak dibuat dalam tempoh yang ditetapkan (biasanya selepas tempoh grace period, contohnya 30 hari), polisi tu akan jadi lapsed. Bermaksud, coverage digantung, dan kau tak boleh buat sebarang claim sepanjang dalam status lapsed. In other words, medical card tak boleh digunakan. 

Kalau nak sambung semula polisi, syarikat takaful biasanya akan minta client bayar semua tunggakan. Tapi hat ni ok lagi. Kalau dia minta kau buat declaration kesihatan semula? Dibuatnya masa buat medical check-up sekali lagi tiba-tiba kau dah ada darah tinggi. Tak pasal-pasal caruman naik, atau medical card terus terbatal dan tak boleh mohon lagi. Tak ke naya?

Dalam sesetengah kes, takaful maybe reject permohonan untuk activate semula medical card. Yang ni lagi masaklah nampaknya. Kau kena apply semula. Bila apply semula dah tentu-tentu takkan dapat harga caruman yang sama sebab umur dah bertambah, maka nilai caruman bulanan pun bertambah.

Kalau refer balik pada screenshot conversation tadi, medical card client ni dah lapse. Agen pernah advice untuk bayar tunggakan supaya polisi diactivate semula tapi client refuse. Tup-tup bila ada keperluan mendesak, nak buat operation, baru terfikir nak sambung semula. 

That's why aku cakap, kita kalau takde simpanan yang banyak, pleaselah buat medical card. Even kau ada savings RM20K, kalau kena pakai duit sendiri untuk kos rawatan, tak terbeban ke rasa? Sebab nilai RM20K bila dikeluarkan selepuk, sangat terasa. Nak kumpul RM20K tu pun ntah lama mana.

Ramai yang nampak kepentingan medical card hanya bila berlaku sesuatu. Bila sihat, takde apa-apa sakit, kebanyakannya tak kisah. Siap menganjing lagi orang yang ada medical card.

"Bayar tapi tak guna pun. Buat apa?"

Jenis yang cakap gini, aku harap kau ada savings yang banyak. Kalau kau takde savings banyak, better diam. Yang paling lantang cakap ni selalunya bukan ada savings ratus ribu dalam bank pun. Tapi dia la paling kuat bunyi. Kau ingat penyakit tu akan tanya dulu “boleh saya datang sekarang?" Gitu? 

Nak sangat guna baru nak rasa berbaloi? Okay. One day bila jatuh sakit, patah kaki, atau anak kau kena admit seminggu — masa tu baru kau tahu langit tinggi rendah bila bil hospital RM9-10K dalam dua hari. Masa tu nak “guna”, dah terlambat. Ini bukan beli nasi lemak tau. Ini beli perlindungan. Kau bayar untuk ketenangan fikiran.

Orang yang betul-betul ada duit tak bising pasal caruman. Dia tahu kalau satu hari jatuh sakit, kos rawatan boleh cecah ratus ribu. Sebab tu dia diam. Sebab dia dah ready. Yang bising-bising ni selalunya paling tak ready.

Kau rasa yang dah ada medical card ni dalam setiap doa selepas solat tak minta sihat ke? Dia pun kalau boleh tak nak guna medical card. Bila medical card yang dah ada tu tak digunakan, itu satu keberkatan. Maksudnya Allah pelihara dari musibah. Tapi kalau satu hari nanti Allah nak uji, at least kau tak perlu jual motor, merayu-rayu minta sumbangan, atau tunggu kaunter kecemasan sampai 10 jam. So, sebelum meroyan sebab “tak guna pun!”, tanya balik — ada backup plan tak? Kalau tak ada, shut up!

Kalau aku jadi CEO syarikat takaful, aku reject permintaan client untuk aktifkan semula medical card. Banyak cantek?? Hanya bayar bila nak buat claim untuk operation. This is unfair kepada syarikat dan pemegang polisi yang lain. Sebab sistem takaful berjalan atas prinsip risk pooling (perkongsian risiko secara kolektif). Kau imagine kalau semua orang hanya bayar caruman bila dorang dapat sakit. Kos akan meningkat dan sistem perlindungan tak dapat berfungsi dengan stabil. That's why syarikat takaful letakkan syarat macam waiting period, atau exclusion penyakit yang sedia ada, atau buat health declaration semula sebelum polisi lapsed diaktifkan semula.

Medical card adalah perlindungan, ya. Bukan pelaburan. Kita bayar untuk ketenangan fikiran, bukan untuk dapat pulangan segera. Kita tak boleh ramal bila akan dapat sakit atau accident, but we can prepare for it financially through medical card. Kos rawatan hospital swasta sekarang makin tinggi. Without protection, you can be trapped in debt just to get basic treatment.

Untuk sesiapa yang polisi medical card dah lapse, aku suggest please jumpa agen minta semak semula status polisi. Masih dalam tempoh grace period atau tak. Kalau ya, ada peluang untuk sambung semula. Ada syarikat yang allow reinstatement lepas kau buat full payment tunggakan and health declaration. Tapi kalau ada existing penyakit, biasanya polisi tak akan diluluskan. Ini yang kita tak nak. 

Worst case senario kalau keadaan terdesak nak dapatkan treatment/surgery, kena pakai duit sendiri. Kalau takde savings, try lah cari alternatif. Cuba apply bantuan zakat, NGO kesihatan, atau skim bantuan kerajaan (aku tak sure ada ke tak).

Jadikan pengajaran untuk masa depan. Kalau medical card boleh disambung, pastikan ia kekal aktif. Jangan mengaruk bila setiap bulan agen hantar reminder untuk bayar caruman. Itu tanda agen buat kerja. Dia jaga polisi kau supaya tak lapse.

By the way, promosi hibah serendah RM250K dilanjutkan sehingga 30 April. Selepas promosi ni tamat, nilai hibah paling rendah adalah RM350K. Sementara tengah promosi ni, trylah apply. Contact En Wan at 012-4407757.


2025-04-17

Kerjaya bukan tentang siapa paling bijak, tapi siapa paling bersedia.

Rasanya ramai fresh grad ingat kalau grad with good pointer dan first class = mudah dapat kerja yang gajinya besar.

Ok, secara teorinya patut begitulah. Penat-penat belajar, pulun kaw-kaw sampai boleh convert loan ke scholarship, of cos la nak dapat gaji tinggi, ye tak? Tapi realitinya, zaman dah berubah. Zaman sekarang, keputusan cemerlang bukan lagi rare. Dulu, CGPA 3.5 and above dah dikira achievement luar biasa. Only a few students are truly able to achieve this. Majikan pula memandang these candidates sebagai ‘top pick’. 

Tapi sekarang, dengan lebih ramai graduates yang achieved good grades, sistem penilaian universiti pula dah lebih fleksibel, yang mana they all emphasis on outcome-based learning (Outcome Based Education), pelajar yang dapat first class honours bukan lagi luar biasa. Now, pointer 4 flat tu dah bersepah-sepah. Dean's List dah tersangat ramai. All of this has become the norm in some institutions.

Kesannya apa?

Graduates yang cemerlang akademik bukan lagi ‘stand out’. Maka, pointer tinggi semata-mata is no longer enough to steal the attention of employers.

As a majikan, meh sini akak explain dari perspektif seorang majikan. Pointer tinggi hanyalah tiket untuk dipanggil temuduga, bukan jaminan gaji tinggi. Ini realiti yang perlu diterima. Pointer tinggi hanyalah satu daripada banyak faktor yang akan dinilai oleh bakal majikan. Good grades may help you get shortlisted for the interview stage, but the employer's final decision will depend on many other aspects.

Kalau aku, sebelum panggil interview, memang aku tengok academic achievement dulu. Ini cara paling cepat dan praktikal untuk tapis calon especially bila yang mohon sangat ramai. To me, academic results often reflect kerajinan, konsistensi dan disiplin seseorang. Walaupun tak 100% tepat, someone yang maintain result baik biasanya tahu urus masa, boleh follow deadline dan komited dengan kerja. That's why good grades penting kerana ini pembuka jalan.

Semasa dan selepas di-interview, majikan akan tengok faktor working experience (walaupun internship), communication skill, inisiatif dan kemampuan selesaikan masalah, digital competence, technology mastery dan attitude. So, walaupun kau rasa kau layak dari segi akademik, kalau during interview kau tak mampu tunjukkan kematangan, ketahanan pressure, atau kebolehan menyampaikan idea dengan yakin, majikan definitely pilih candidate lain yang maybe kurang cemerlang dari segi pointer, tapi ada pakej personaliti yang lebih ‘ready-to-work’.

Ramai graduates yang aku tengok merempan kat Thread terlalu fokus kepada reward, bukan readiness. Ramai expect ganjaran besar sebab mereka rasa mereka patut dapat gaji tinggi sebab pencapaian akademik cemerlang. What many people don't realize is, gaji yang tinggi bukanlah satu bentuk reward untuk pointer tinggi, but a reflection on the value of work and the responsibilities you are capable of shouldering.

Contohnya, gaji RM5000 datang dengan tekanan kerja, deadline ketat, keperluan untuk buat keputusan kritikal dan mungkin kena manage team juga. The question is, are you really prepared practically and mentally for such a task?

Fresh grads kena ubah mindset daripada “I am worthy because I am smart” kepada “I need to prove my worth”. Kerana, pasaran kerja sekarang sangat kompetitif. Every year thousands of fresh graduates masuk pasaran kerja. Kalau kau masuk kerja dengan hanya bawa keputusan cemerlang tanpa apa-apa kelebihan lain, you are in the middle of a very crowded ​​competition. Majikan tengok kepada pakej menyeluruh. Ada majikan yang lebih pentingkan soft skills like leadership, communication, dan teamwork. Ada yang pentingkan kemahiran digital. Ada yang suka pada candidate yang berkebolehan lain selain dari background study contohnya kebolehan berbahasa, pandai ambil gambar, dan boleh menulis dengan baik (blog).

Yang paling penting, graduate mesti kurangkan mentaliti 'job-picking'. Ini juga antara sebab kenapa ramai yang menganggur. Sebab memilih kerja. Nak kerja yang gaji tinggi, nak kerja yang sesuai dengan bidang, nak waktu kerja yang fleksibel, nak tempat kerja dekat, dan kadang-kadang nak status ‘glamour’ di media sosial. Look. First jobs aren't about comfort. First job adalah tentang membina pengalaman. Dari sinilah kau akan belajar kemahiran sebenar. Create networking. Kenal selok-belok industri. Later, with all this experience, you will create your own value dalam industri.

Sebenarnya, skill and attitude adalah lebih berat daripada ijazah. Tahu tak ramai yang kerja dalam bidang kreatif, digital marketing, business, e-commerce, atau IT, sebenarnya bukan datang dari background yang sama? Ramai antara mereka yang berjaya sekarang, bekerja dengan kemahiran yang mereka belajar sendiri (self-learned) semasa di tempat kerja, bukan yang mereka pelajari kat universiti. Majikan akan tanya "What can you contribute to my company?", bukan "How high was your pointer at university?". That's why semasa internship jaga merasa entitle sampaikan tak mahu buat kerja fotostet, buat filing, buat printing - BUAT! Ini semua pengalaman.

Zaman sekarang bukan saja pasal resume. Kita nak tengok bukti kerja. Kalau kau dari bidang grafik, tunjukkan portfolio. Kalau dalam bidang penulisan, buat blog. Kalau minat coding, simpan projek di GitHub. Kalau bidang marketing, banyakkan buat video content. Graduates yang cemerlang dengan portfolio jauh lebih ‘bernilai’ daripada graduan pointer tinggi yang kosong.

Bila baca keluhan graduates yang komplen susahnya nak dapat kerja yang gaji tinggi.

“Kawan aku kerja sama je, tapi dia dapat RM4000. Aku baru RM1800.”

Dik, gaji RM4000 tu wujud, tapi maybe awak belum layak untuk dapatkannya. Biar akak kau ni jelaskan secara jujur tapi penuh kasih sayang.

Sebenarnya, rezeki bukan tentang kerja keras, tapi nilai yang kita bawa ke tempat kerja. Contoh, orang yang dapat gaji RM4000 tu maybe boleh multitask dengan baik, tahu selesaikan masalah tanpa disuruh, tahu buat kerja tanpa diberi arahan, pandai communicate dengan customer, ada soft skill yang tinggi, ada inisiatif belajar benda baru tanpa disuruh, ada attitude yang positif, bukan komplen je.

Kalau kita hanya buat kerja basic, ikut arahan semata-mata, tak disuruh tak buat, datang kerja dan balik kerja, takde usaha nak buat lebih - maka kita cuma menjadi orang yang “boleh diganti” dengan mudah. Gaji RM4000 bukan untuk orang yang senang diganti. Ia untuk orang yang DIPERLUKAN. Yang bila tak ada, tempat kerja jadi serabut. So, kalau nak gaji RM4000 atau lebih, bukan soal “kerja mana yang offer gaji tu?”, tetapi adakah kita cukup “mahal” untuk dibayar sebanyak tu?

Harga diri = Nilai yang kita bawa ke meja rundingan.

Nak gaji tinggi? Upgrade kemahiran. Tunjuk inisiatif. Faham bisnes tempat kita kerja. Jadi orang yang menyelesaikan, bukan menambah masalah.

Gaji kita hari ni adalah cerminan kepada nilai yang kita bawa semalam. But the good news is, nilai tu boleh diubah. Itupun kalau kita naklah.

Satu falsafah penting dalam dunia pekerjaan - big pay comes after self-worth is built. Bila majikan nampak kau boleh bawa hasil, sanggup bagi komitmen, dan boleh dipercayai, akan ada kenaikan gaji, promotion, atau peluang lebih besar. Jangan terlalu awal letak harga pada diri. Fokus untuk belajar, kerja, dan buktikan dulu kebolehan. Gaji akan naik, dan peluang akan terbuka dengan sendirinya.

Of coslah rasa tak adil bila dah kerja keras, pulun good pointer but did not get immediate return. Akak kau ni dulu pun graduated with good pointer dan berjaya convert loan MARA ke scholarship. Tapi dunia pekerjaan tak semestinya adil. Dunia ni kompetitif. Yang tahu strategi sahaja akan menang. 

Jangan frustrated tak dapat kerja dengan gaji yang diidamkan, tapi recalibrate your mindset. Percayalah, pointer tinggi bukan sia-sia. That shows you ada disiplin, rajin, dan bijak. Tapi sekarang, itu cuma tiket masuk. Yang lebih penting adalah apa yang dibuat lepas masuk tu. So develop yourself. Seek experience. Hone your skills. Maintain discipline. Maintain attitude. And always be humble to learn. Kerjaya bukan tentang siapa paling bijak, tapi siapa paling bersedia.