2025-03-01

Balik-balik naik isu medical card. Balik-balik naik isu medical card.

Oh banyak benda nak cerita. Baru 2 hari tak up blog, kepala aku dah penuh dengan benda nak diceritakan. Sebab tu aku kena terus menjadi blogger yang dedikasi, sebab kalau cerita ni tak dikeluarkan, nescaya aku cari pasal dengan En Wan sebab aku perlu tempat untuk vent! Hahahaha.

Ok, mula-mula nak cakap pasal isu ini:

Balik-balik naik isu medical card. Balik-balik naik isu medical card. Eh korang ni takde agen ke yang boleh ditanyakan dulu sebelum up kat media sosial? Agen korang tak bagi pencerahan ke, atau korang malas nak bertanya ke, atau korang sendiri tak faham pelan apa yang korang ambik?

Agen hilang? 

Pergi tanya leader dia. Kalau leader tak dapat dikesan, call terus syarikat takaful. Syarikat takaful ada customer service untuk explain. Kau tanya kat media sosial habis kuat pun dapat respond yang takde kena-mengena dengan soalan. Kebanyakan yang jawab tu pun bitter. Sama ada takde medical card, atau dah terminate sebab lapse. Pastu menyalahkan agen. 

Merujuk kepada screenshot tu, dia kata tahun 2018 caruman RM131. Now tahun 2025 jadi RM387. Dalam masa 7 tahun naik RM256?? 

Aku punya medical card (conventional) ambil tahun 2003 starting RM160+. Tahun 2024, kenaikan caruman tak sampai RM250. 21 tahun, tak sampai RM90 naik.

Rayyan punya takaful dah 13 tahun, caruman sekarang RM230. Rayyan starting dengan RM150+ kalau tak salah, sebab dia history pre-mature baby. 

Tahun 2024, aku ambil another polisi (takaful), tambah medic booster 1 juta. Aku ambil polisi ni at age 46 tahun, caruman aku RM350. Itu with medic booster, ya. Bukan basic plan. 

So aku rasa ada benda yang mungkin dorang ni tak cerita, atau dorang tak tahu pelan apa yang diambil. Dari penjelasan ringkas tentang caruman tu aku syak dorang ambil step-up plan yang memang ada kenaikan setiap 2-3 tahun (sila rujuk polisi, ada dinyatakan). Kebanyakan client selalu nak murah. Jadi, ada agen cadangkan ambil pelan step-up. Pelan ni memang murah pada awalnya, tapi ada syarat iaitu MEMANG ada kenaikan setiap 2-3 tahun sekali.

Pelan yang aku ambil untuk semua polisi aku adalah Level-up Plan (tiada kenaikan berjadual). Starting memang mahal. Tapi stabil. Kalau ada kenaikan pun, kenaikan yang selaras dengan Bank Negara. Takaful adalah di bawah kelolaan Bank Negara. Syarikat Takaful tak boleh naikkan caruman tanpa arahan Bank Negara, melainkan kau ambil Step-Up plan yang memang dah ada dalam polisi syarikat mesti ada kenaikan.

Actually mana-mana pelan pun ok. Step-up plan ni kebaikannya, ia start dengan harga yang murah. Selepas 2-3 tahun, by the time caruman naik, gaji kau pun dah naik sikit. Itu dia punya consideration. Kalau nak yang stabil, ambil Level-up Plan. Untuk kesemua client En Wan, korang punya plan is Level-Up. En Wan tak pernah offer Step-up plan untuk client dia. Dia malas nak serabutkan kepala sebab usually yang ambil step-up plan ni akan menambahkan sakit kepala melayan. Sebab bila dorang bengang ada kenaikan, dorang salahkan agen. Padahal tak faham pelan apa yang diambil. Maybe agen tak explain, atau maybe client insist nak yang murah. Agen nak close case, terus offer Step-Up.

Ini aku reply to that issue. Aku explain based on FACTS. Tapi tulah, benda-benda macam ni orang tak suka dengar fakta. Masing-masing lebih suka cerita side yang menyebelahkan diri sendiri. 

Aku explain sebab aku nak korang jangan terminate current medical card. JANGAN. Pegi tanya agen, minta kalau boleh tukar plan, atau kurangkan mana-mana benefit untuk rendahkan caruman. But please JANGAN TERMINATE. Ini untuk kebaikan korang. 

Medical card ni, one kau dah terminate, kau takkan dapat caruman yang sama bila apply kali kedua. Sebab now umur dah bertambah, dan risiko mendapat penyakit dan risiko kematian juga dah makin meningkat. Underwriter tak kira harga caruman based on keadaan kesihatan korang, tetapi RISIKO. Walaupun korang sihat, takde sakit, mereka menilai RISIKO. Caruman korang adalah based on umur, pekerjaan, medical status dan tabiat (gaya hidup). Bukan menilai sama ada korang ada sakit atau tak. That's why, sementara tengah sihat, buat. Sebab kalau dah ada sejarah sakit, makin bertambahlah caruman tu nanti. Silap-silap direject terus.

Malam award night hari tu En Wan duduk VIP table sebab dia menang Main Award. Duduk sebelah CEO PruBSN Takaful. Kau tahu dia buat apa? Dia request add CEO dalam FB. CEO dah jadi fren FB dia, gaissss. 

Lepas tu dia tanya macam-macam pasal kes-kes client yang masih pending. Aku kat tepi walaupun sedang menghongges udang, telinga aku dengar, ya. Semua yang dia bincangkan tu adalah client-client yang aku pernah buat appeal letter pada underwriter, so aku masih ingat kes apa.

Betullah bila En Wan kata kat aku dulu yang dia perlu work hard untuk maintain achievement so that achievement tu akan jadi kabel kuat untuk serve his clients. Dia gunakan anugerah MDRT tu betul-betul untuk kerja. Dia tak bagi chan bila dapat  duduk sebelah CEO. Aku berkali-kali cuit dia. Bagi signal udah-udah la tu. Kahkahkah. Dia tak peduli. Dia sembang pasal kes client juga. Tapi CEO take note. CEO mintak customer service personally contact En Wan today pasal kes client. Bagus gila CEO.

Maybe CEO recognized achievement En Wan, tu yang dia pun seronok nak tolong. Agaknya dia tengok En Wan bukan saja buktikan he performed, tapi malam dinner masih lagi bersemangat discuss pasal kerja. I is terharu jugalah bila CEO mention nama En Wan dalam ucapan tahniahnya "...MDRT 2025 tak lain tak bukan, En Wan Mohd Ridzuan.."

So please, ya. Kalau ada kemuskilan apesal caruman aku kejap-kejap naik, please rujuk agen atau syarikat takaful masing-masing. Jangan tembak terus kat media sosial, especially bila sendiri pun tak tahu pelan apa yang diambil.

By the way, Mr Agen tengah happy dengan achievement last year, so minggu ni dia bagi offer. Sendiri punya offer ni. Bukan offer dari takaful. Dia bagi CASH REWARD, guys!! Aku tak pasti apa maksud "untuk client terpilih" - sila tanya dia. Whatsapp En Wan 012-4407757.