2025-02-26

Mak-mak, SILA BERTAHAN!

Dah settle dah anak-anak yang masuk SBP and MRSM, kan? Belum seminggu lagi, tapi dah 2-3 orang mak mengadu kat aku, anaknya homesick. Nak balik.

Mak-mak, SILA BERTAHAN!

Dengar sini aku nak bagitahu. Ini based on pengalaman aku masuk SBP, pengalaman Redza di MRSM dan Rayyan di SBP.

Minggu pertama selalunya anak mengadu homesick. Sebenarnya bukan. Dorang tak homesick tetapi culture shock. 

Minggu orientasi adalah minggu paling kritikal. Ramai student quit pada bulan pertama sebab trauma dengan minggu orientasi. Minggu orientasi selalunya schedule padat. Lepas satu program, ke satu program. Bangun awal, tido lambat. Kurang rehat. Anak-anak terkejut dengan perubahan aktiviti yang mendadak. Dorang belum biasa. Lama dah rest kat rumah masa cuti hari tu, kan. Tetiba kena lalui aktiviti yang padat, dengan environment yang berbeza -- semua ni datang serentak membuatkan dorang rasa terbeban.

Redza dulu pun mintak balik juga. Pernah sehari tak mandi sebab tak sempat. Belum biasa dengan sistem booking shower, pastu terkejar-kejar solat jemaah, then ke dining hall, pastu ke dewan pula. Dorang belum biasa manage masa. Tak tahu nak estimate. Ini yang buatkan Redza dulu menangis call aku, call En Wan, call nenek, call Acu - mengadu dan mintak keluarkan dia dari situ. 

Mak Aji kata "Sedih mama bila Redza cakap kenapa mama hantar dia sekolah kat sini. Susah ke jaga dia kat rumah?" 

KAU RASA?? Aku yang kena bambu dengan nenek dia masa tu. Dia ungkit-ungkitnya "Kau dulu pun taknak stay asrama, tapi anak kau, kau paksa!"

Tak, masalahnya dia berlakikan lelaki yang lembut hati. Bapak aku tak sampai hati tengok aku mintak balik. Aku berlakikan lelaki annoying. Henfon aku dirampasnya everytime Redza call, "Jangan jawab!!". Aku yang berendam airmata tau. Macam aku pulak yang masuk MRSM masa tu. Kahkahkah.

Tapi, elok je settle orientasi, Redza ok. Dia happy. Yang benaunya orientasi yang membuatkan student homesick. Bukanlah aku suruh mansuhkan orientasi. Biar kekalkan. Cuma aku nak bagitau anak-anak tu bukannya homesick. Orientasi dengan jadual padat yang buatkan dorang terkejut sikit, lantas mintak quit. That's why aku cakap mak bapak yang kena bertahan tempoh ni. Sebulan ni kau tahan airmata tu. Jangan anak tu nangis, kau pun melalak sama. Makin tak nak duduk sana budak tu nanti.

Rayyan dulu pun pernah sehari tak mandi sebab tak sempat. Tak salah aku ramai yang tak sempat mandi sampai cikgu sound dalam grup minta budak-budak ni mandi pagi. Kahkahkah. 

Rayyan tak pernah mintak nak balik. Dia cuma mengadu susah nak bergerak, susah nak mandi, susah nak ke toilet sebab bertongkat. Dia rasa susah bila dari kelas nak ke lab atau ke kelas-kelas lain terpaksa minta kawan bawakkan buku and beg sebab tangan dah pegang tongkat. Dia rasa macam diri dia menyusahkan semua orang. Tu belum lagi dengan 3 kali jatuh sampai berangkut ke hospital. 

Aku keluarkan Rayyan bukan sebab dia homesick, tapi sebab kesian dia struggle kat sana dalam keadaan kesihatan dia belum betul-betul ok. Belum lagi cerita every week kena balik nak follow up dengan doktor and fisioteraphist. Rayyan tu masuk STAR pada waktu yang salah.

Tapi siapalah kita nak menafikan takdir. Bukannya kita tak usaha. Dia pun cuba bertahan 3 bulan, akhirnya aku and En Wan bawa dia balik supaya dia boleh heal dengan lebih baik. Hati aku pun tenang takyah pikir ok ke anak aku kat sana dengan bertongkat segala. 

Kalau anak-anak korang takde masalah kesihatan, bertahanlah. Dengar cakap aku - BERTAHAN. Sebab realiti sekolah harian dan sekolah SBP/MRSM ni jauhhhhhhh beza. Environment sangat berbeza. Kena monitor closely kalau anak-anak di sekolah harian. I mean dari segi pembelajarannya.

Aku frust dengan sekolah harian. Last year kan aku cerita Rayyan punya BM dapat D. Aku tanya cikgu "Takde kelas tambahan ke untuk budak-budak yang lemah macam anak saya ni?"

Cikgu jawab "Ini ok lagi ni.." 

KAU RASA??

BM anak aku D dia kata masih ok lagi! Aku cakap kat Rayyan "You see?? Kalau kat STAR, dapat C tak boleh outing and terus kena masuk kelas tambahan setiap Sabtu and Ahad. That's why student SBP cemerlang. Sebab cikgu nak kekalkan prestasi sekolah"

Diam dia kena tarbiyah dengan aku.

Tu belum cerita pergi dan balik sekolah lagi. Pagi pukul 6.15 pagi van dah ambil. Bangkit pukul 5.30 pagi untuk bersiap. Tak sempat Subuh kat rumah. Subuh kat sekolah. Balik pulak 1.50 pm. Van round hantar budak-budak lain dulu, almost 3 pm baru sampai rumah. Buang masa.

Kat SBP/MRSM, pukul 3 pm budak-budak dah start prep, anak aku baru nak sampai rumah. Belum cerita nak makan dulu, nak solat dulu, nak rehat. By that time settle, dah pukul 4 pm. Pukul 4 pm dah bukan waktu sesuai untuk belajar (secara biologi). Petang adalah waktu riadah. Sebab tu budak-budak asrama prep sampai 4.30 je.

"Sekolah mana-mana pun OK".

Ya, betul. Aku and En Wan pun sekolah harian. Sekolah memang ok kat mana-mana pun. Tapi disiplin dan support tu berbeza. Yang kita nak kejar ni adalah disiplin dan support. Kat rumah, kau tak boleh monitor semua ni. Tak sempat.

Walaupun dulu aku tak boleh bertahan di SBP, aku akui TKC punya sistem is good. Aku pun quit bukan sebab homesick, tapi tak boleh adapt dengan sistem SBP. Aku kan degil. Nak belajar ikut time sendiri, nak main ikut time sendiri, nak bangun ikut time sendiri. Bukan semua orang boleh follow sistem SBP dan bukan semua orang sesuai di sekolah harian. En Wan sesuai sekolah harian. Tahun 90-an, budak-budak pandai tak seramai now. Dulu, kalau kau boleh fly lepas SPM memang kira pandai nau dah. Without supervision dan dikelilingi dengan environment yang tak suka belajar, En Wan masih rajin belajar dan boleh score SPM. Dia adalah sekolah harian punya material. 

Cuti sekolah hari tu Rayyan join group Form 3 SAS (Sekolah Alam Shah) online tusyen BM. Bukan main fokus and tepat aja jawapan dia bagi cikgu. Asal cikgu tanya je, boleh jawab. Tapi kat skolah apesal tahun lepas BM kau dapat D??

Itulah pengaruh environment. Bila dia tahu dia belajar bersama-sama cream student, dia terdorong untuk give his best shot. Sebab dia tahu kalau dia tak buat betul-betul, dia akan nampak sangat ketinggalan.

So mak-mak, please bertahan. Buatlah apa pun, as long as anak tu stay. Anak dah dapat environment yang baik. Perlukan masa je. Kalau kau perlu datang sana jenguk tetiap minggu, buatlah. Kalau boleh rasuah dia dengan Grab Food yang sedap-sedap, hantar. Bagi dia tenang dan seronok sementara nak adapt dengan environment baru. Dan kau pun jangan melalak sama. Simpan air mata tu untuk salam pagi raya nanti.