Seronok aku tengok video ni. Sebenarnya ada maksud tersirat, itupun kalau kita nak cuba memahamilah. Video ni ajar kita untuk mencari crowd yang sekufu. Katakanlah kita ada kenalan yang super rich macam ni. Kalau tak sekufu, konfem apa yang dia cakap kita anggap dia sedang bragging. Padahal untuk yang sekufu, apa yang dia katakan semuanya biasa-biasa saja sebab lifestyle dorang juga begitu.
Hari tu masa aku bercerita pasal duit belanja Rayyan RM8 sehari, ada sorang follower ni komen "Banyaknya! Makan apa sampai RM8?"
Terkesima kejap aku. Bukan apa, masa Rayyan kat STAR, jauh lebih banyak duit belanja dia sehari. Sebab dia tak makan kat dining hall. Nasi lemak setiap malam selepas prep, RM9 sebungkus (ayam masak merah 2 ketul). Itu baru malam tau, belum siangnya lagi. Belum dengan kejap-kejap dia masuk ko-op beli eskrim dengan roti lagi. Now RM8/sehari tu kira dah jimat banyak dah. Lagipun dia beli masakan panas - nasi goreng yang diorder fresh, bukan yang dah siap masak. Harga RM7 sepinggan. Lagi RM1 beli air. Kadang-kadang tak habis pun RM1 tu.
Semalam aku nampak brader ni up pasal tukar duit RM1 & RM5 kat bank untuk belanja sekolah anak-anak. Siang RM6. Sekolah agama RM4. Fuhhh lega aku baca. Bukan apa, risau juga kot aku yang manjakan anak sangat. Rupanya tak, ya. RM7-10 sehari untuk belanja sekolah anak-anak adalah NORMAL di zaman ni. Untuk mak-mak yang tak rajin nak buatkan bekal anak, nilai duit belanja tu adalah berpatutan.
Jangan kata sekarang, zaman aku dulu tahun 1992 (Form 3), dah ada kawan sekelas yang duit belanjanya RM5/hari. Tahun 90-an, ya. Aku waktu tu masih RM1. Itupun kemut-kemut sebab itu jugalah duit nak buat belanja kalau ada aktiviti petang kat sekolah. Seksa betul nak mencukupkan sehari. Especially bila kawan-kawan ajak lepak makan ABC ke apa ke, aku selalu mengelak, atau buat alasan dah kenyang. Abis tu takkan nak mengelak je. Kenalah join juga sekali-sekali. Terpaksalah pakai alasan "dah kenyang".
Dulu aku jarang makan time rehat. Salah satu reason, kenyang sebab pagi dah breakfast kat rumah. Sesekali bila nampak member makan, teringinlah juga. Jadi, sesekali aku makanlah kat kantin. Kalau petang tu ada tusyen kat Kajang (kena naik bas), terpaksala aku tak makan time rehat. Kalau tak, mana nak cekau duit tambang bas. Mak bapak aku bukannya nak tambah duit belanja. Itulah RM1. Pandai-pandai kau adjust bagi cukup.
Zaman tu kawan-kawan aku dah lepak McD sementara nak tunggu kelas start. Aku join them tapi tak makan pun. Masa tu pikir apesal kaya-kaya dorang ni? Belanja sehari RM5. Pastu petang ada kelas, mak bapak topup lagi duit belanja. Gap aku dengan dorang terlampau besar. Tapi one thing, aku payah nak jeles dengan orang. Aku seronok kalau dalam masuk dalam kelompok dorang ni. Kelompok orang berjaya, kelompok anak-anak orang kaya. Because vibe dorang berbeza. Mindset pun berbeza. Cara sembang pun berbeza. Apa yang disembangkan pun berbeza.
Bukan semua orang boleh terima ada orang lain lebih dari dia. Kadang tu aku takut nak share lebih-lebih. Contohnya, pi Europe hari tu. Aku tak berani nak share apa aku beli. Nak update cerita kat blog pun tak buat-buat lagi. Aku hanya update kat FB and IG seringkas-ringkasnya saja. Sometimes, kita beranggapan bahawa someone is humbly bragging or showing off bila dorang share their lifestyle. Tapi, pernah tak kita terfikir mungkin sebenarnya kita berada dalam crowd yang salah? Mungkin sebenarnya, the way they share those things is considered normal among them, sebab dorang semua berkongsi gaya hidup yang serupa.
Bila ada orang bercakap tentang achievement, mungkin niatnya hanya untuk berkongsi pengalaman, without the intention untuk merendahkan orang lain. Tapi bila kita berada dalam kalangan yang lifestyle berbeza, such a conversation diinterpretasikan as riak atau showing off. Contoh, someone bercerita tempat-tempat yang dia perg masa kat USA hari tu. Dan dia mention harga hotel berapa satu malam, harga pakej dinner berapa satu malam, share pulak barang-barang yang dia beli "Kat sini beg LV jimat banyak, RM18K only. Kat Malaysia RM20K!". Orang yang tak biasa dengan lifestyle macam tu may find it excessive. Tapi dalam crowd yang sama statusnya, hal tu lansung tak nampak negatif, but rather be considered a normal conversation.
Sebab tu agak seram bila share benda-benda macam ni kat media sosial. Bukan semua orang faham pada level yang sama. Macam kes Neelofa hari tulah. Tak memasal kena hencap. Padahal dia dengan kawan-kawan dia punya lifestyle begitulah - SEMUA suami tanggung. Orang macam kita rasa offended sebab kita tak terbiasa dengan suami tanggung semua. Dan orang macam dia pun pelik bila dengar ada isteri terpaksa 50-50 dengan suami.

Ini menunjukkan bahawa persepsi kita terhadap humble bragging atau showing off bergantung pada konteks sosial dan siapa yang mendengar. Maybe we don't fit in her crowd, or maybe we need to be more open and try to understand the context of the conversation without jumping to conclusions. Tak semua orang yang kongsi kejayaan dan lifestyle berniat untuk menunjuk-nunjuk. Sometimes it's just part of the way they live their lives or a way they feel valued by their circle. Walaupun some of them memang jenis suka menunjuk, kita sebenarnya boleh detect siapa yang just sharing, dan siapa yang showing off, kan?