2024-09-27

Bila bekerja dengan ahli keluarga, ada banyak hal yang kita terpaksa tutup sebelah mata kerana banyak hati nak dijaga.


Semalam layan bersembang kat whatsapp ngan sorang reader/blogger. Dia buat bisnes juga. Now tengah ada masalah pengurusan company sebab 3/4 staff adalah keluarga sendiri -- adik-beradik dan cousin. Senyum aku baca. Kerana sesungguhnya, inilah perkara pertama aku elakkan dari awal bukak company. No family allowed. Payah.

Bila bekerja dengan ahli keluarga, ada banyak hal yang kita terpaksa tutup sebelah mata kerana banyak hati nak dijaga. Terlampau banyak yang kena ditolak-ansurkan sebab "KITA KAN FAMILY". Ujung-ujung kau bos, kau yang buat rules, tapi kau je yang ikut rules tu. Ujung-ujung penat. Penat nak melayan karenah keluarga dalam company.

Orang bisnes bukan sahaja kena cekal. Kena tabah. Tak mudah giveup. Dan paling penting, kering hati. Kalau rasa-rasa tak mampu nak kering hati, jangan ambil keluarga masuk dalam company, tak kira sekecil mana company tu. Inilah sebenarnya perkara yang awal-awal kena fikir sebelum run bisnes.

Aku pernah blog about this dulu. Share-partner dan dengan siapa kita bekerja adalah sangat penting. Kerana kita habiskan banyak masa bersama-sama pekerja. Selain dari memastikan pekerja boleh diharap, dia juga mestilah tak menyakitkan hati. Sebab melayan perangai manusia adalah perkara paling memenatkan. Dapat pulak sedara-mara yang mengambil kesempatan, suka-suka dia nak datang, nak balik, nak cuti, nak MC. Parah.

Sebagai pekerja, kita kena tahu yang kita dibayar untuk buat kerja. Kita bukan dibayar sebab company tu bapak kita punya. Kau anak CEO Megah Holdings? Yes, masih perlu bekerja supaya syarikat terus hidup. Bukannya buat kerja sambil lewa macam duit syarikat tu kau punya sorang.

Jangan salah faham. Bukan tak boleh ambil ahli keluarga bekerja dalam company kita. Boleh je, cuma orangnya mestilah someone yang kita percaya. Percaya buat kerja, percaya bertanggungjawab, percaya amanah. Sebenarnya lebih bagus kalau dapat bekerja dengan keluarga sendiri. At least masalah trust tu dah boleh tolak tepi. Sebab secara lojik, lebih susah nak trust orang luar. Lega sikit kalau boleh letakkan trust pada keluarga sendiri. However, keluarga pun berpotensi datangkan masalah yang lebih besar. Nak-nak lagi bila bersangkut-paut dengan duit, masalah akan timbul.

This follower cakap, yang bekerja dengan dia adalah di kalangan adik-beradik. Gaji jalan. But at the same time adik-adik nak jadi agen dia. Yang tak best tu, gi jual pada customer company. Maknanya dia pakai customer database company. Apo?? Patutnya bila jadi agen, kau carilah customer sendiri. Customer company is company punya. Amboii senangnya nak buat duit. Ambil stok bayar installment, tak macam agen lain bayar lumpsum. Dah tu pakai customer database company. Tu bukan sell namanya, dik. Tu namanya kutip order.

Macamana company nak untung kalau kau jadi competitor? Patutnya menjadi agen menambahkan pendapatan company. Agen cari customer yang company tak boleh capai. Itu tujuan hire agen. Dah kalau kau agen tapi kau jual kat customer company, mana nak berkembangnya pendapatan syarikat. Dahlah margin keuntungan berkurang sebab bagi kau harga agen, pastu kau lenjan customer dorang. Dahlah gaji bulan-bulan tetap jalan. Eh pelik.

Dia kata pernah tegur adik-adik, hasilnya, sentap. Tambah lagi mak bapak masuk campur.

"Kau ni dengan adik-adik pun nak berkira!"

Ingat tak hari tu aku ada buat post pasal faraid? Kisah arwah suami letakkan penama KWSP nama mak, bukan nama isteri? Aku tulis "Kalau maknya jadi pentadbir, risiko pertikaian antara isteri dan keluarga suami lebih tinggi. Sebab kepentingan ibu berbeza daripada keperluan isteri dan anak-anak".

Serupalah tu. Kepentingan mak bapak berbeza dengan keperluan syarikat. Sebab mak bapak tak duduk dalam syarikat jadi dorang tak nampak senario sebenar. Mak bapak aku pun gitu juga. Rajin Mak Aji bertanya pasal bisnes, tapi aku malas jawab. Bukan apa, mak bapak kita punya imaginasi tentang bisnes tu adalah UNTUNG UNTUNG UNTUNG UNTUNG UNTUNG. Dia membayangkan anak dia banyak nau duit. 

Itulah yang jadi pada follower yang mengadu hal ni. Mak bapak ingatkan dia banyak duit semata-mata kerana dia ada syarikat sendiri dan mampu menggajikan pekerja. Segala benda mak minta tolak-ansur dengan adik-adik. Sorry girl but I must tell you. Itulah yang membezakan awak dengan adik-adik. Sebab tu awak berjaya, adik-adik tak. Sebab adik-adik suka ambil kesempatan dan takde drive macam awak. Kalau kerja dengan majikan lain, mau seminggu je tahan.

Inilah sebenarnya masalah dihadapi bila bawa keluarga masuk dalam bisnes. BLURRED BOUNDARIES omputih kata. Susah nak bezakan hubungan peribadi dengan peranan profesional. Akhirnya tanggungjawab tak jelas. Nak buat keputusan pun payah kerana ada mainan emosi yang berlebihan. Ujung-hujung bisnes kau dah macam khidmat masyarakat. Buat bisnes untuk bagi orang lain untung. Yang kau macam nak menggila carik sale supaya terus dapat "tolong" lebih ramai orang.

Sikit masa dulu, bila mak mertua atau Mak Aji bercerita pasal sedara tu takde kerja, sedara ni menganggur, aku diam kan diri je. Takde de aku nak offer kerja dalam company aku. Bukan berlagak. Just malas nak sesakkan kepala di kendian hari.

Bukan senang ya nak bagi arahan pada kaum keluarga. Some people tak tahu beza waktu berkerja dengan waktu tak berkerja. Masuk kerja ikut suka. Rehat ikut suka. Time kerja nak keluar pi bank lah, pi bayar bil letrik lah. Suruh ambil cuti tak nak. Kita yang bos pun sampai lagi awal balik lagi lambat dari dia.

Kadang tu nak mintak stay back pun takut. Kita yang bos ni takut nak minta dia stay back. Padahal terang-terang kerja tak siap. Karang dia bagitau mak bapak dia yang kita suruh stayback. Pastu mak bapak dia call mak bapak kita mengadu hal kenapa sesama cousin takde tolak-ansur. Eh malas aku. 

Kalau boleh elakkanlah ambil sedara-mara berlonggok dalam company. Kalau jadi apa-apa hal kat kampung, kita dan dia konfem sama-sama kena balik kampung. Dah kalau dalam opis tu penuh dengan keluarga saja, bila jadi hal kat kampung, satu opis pun balik kampung? Dah tu ofis tutup?

Sometimes mudah untuk orang lain bercakap "Nama je ada bisnes, tapi tak nak ambik sedara sendiri bekerja. Taknak tolong adik-beradik".

Eh sukati akulah.

To me, nak tolong orang ada banyak cara. Kalau kau ank aku tolong kau, meh jadi agen produk aku. Tak pun jadi dropshipper. Jadi affiliate. Jadi streamer. Tak perlu datang ofis pun. Makan komisyen. Kau rasa??

Percayalah cakap aku. Berapa kerat je yang nak ambik offer ni. Semua taknak. Semua nak kerja senang. Nak kerja tak stress. Tapi nak duit masuk banyak. Kau kalau pemalas, tak payah nak sembang sedara tak nak tolong sedara. Takyah mengaku sedara pun takde. Menyampah aku.

Aku ni kalau boleh, dalam company ni nak penuhkan dengan keluarga. Tapi bila pikir-pikir balik, susah. Sebab kalau dorang sentap ngan kita sorang je takpe. Ni karang tak pasal-pasal laki bini dorang ikut sentap dengan kita. Dahlah kita sefamili. Kalau dah 7 lapis keturunan sentap dengan aku karang, macamana kita nak berjumpa dalam satu rumah time raya nanti?

Eh, dah lah. Aku lagi rela dituduh "Nak senang sorang-sorang" daripada kepala aku serabut kendian hari. Yang penting, kita tau apa kita buat. Keluarga tahu kita tolong dorang dalam cara yang lain. Itu dah memadai. Lain-lain hal mohon benarkan aku buat-buat pekak.