2024-04-02

Dinyatakan dengan JELAS bahasa student LI tak boleh cuti.


Tadi kat IGS and FBS aku up video bercakap pasal topik internship.
Ni sambung pulak kat blog :)

Bukan apa. EXCITED.
Punyalah selama ni aku bercakap pasal masalah intern yang asyik nak bercuti, kali ni baru pertama kali jumpa surat pengesahan penempatan pelajar yang dinyatakan dengan JELAS bahasa student LI tak boleh cuti, kecuali public holiday.

Tapi jangan risau, kita tak kejam.
Kalau perlu cuti, boleh je kita luluskan.
Dengan syarat task siap.
Dan of cos kena bagi surat tunjuk sebab kenapa ambil cuti.

Jangan mengeluh, dik.
Ini adalah proses biasa yang korang bakal lalui bila dah kerja esok.
Dah kerja nanti, tak boleh sembarang cuti.
Adakalanya, cuti kena beku. Adakalanya cuti tak lulus.
Kalau EL, kena bagi surat tunjuk sebab. Sakit pun kena hulur MC.
Takde yang mudah di dunia ini, ya.
Segalanya mesti ada reason yang valid.

Alhamdulillah, terima kasih institusi ini yang membantu meringankan masalah majikan.
Masalah terbesar majikan-majikan bila ambil pelajar LI adalah attitude.
Selalunya masalah kerap cuti, nak balik awal, dan nak masuk lambat.
Maybe peralihan culture buatkan dorang konfius.
Masa kat kolej, kelas tak straight 9-5 pm.
Tiba masuk LI kena hadap kerja 9-5 pm with break 1 jam only.
Tu yang stress agaknya masing-masing.



Macam video ni. Intern ni stress kerja 9-5.
Dia tak sanggup nak hadap long working hours macam ni bila dah kerja nanti.
Tu pasal agaknya ramai budak-budak muda sekarang pilih untuk jadi TikTokers.
Tak kisahlah, dik. Nak jadi TikTokers, silakan.
Yang penting habiskan belajar.

Kerja 9-5 memang tak mudah, melainkan ada BIG WHY.
Orang yang takde komitmen memang tak faham kenapa orang tahan kerja long hours.
Gitulah mak bapak kita dulu.
Walau gaji tak besar mana, tetap teruskan kerja 9-5 sampai pencen.
Sebab mereka ada BIG WHY, nak membesarkan anak-anak, nak provide keselesaan pada keluarga, nak buat harta, nak menyimpan untuk hari tua, etc.
Bila ada BIG WHY, setakat 9-5 tu, minor issue saja.

Kepada majikan yang belum pernah ambil interns, bersedialah.
Minggu pertama kedua tu please expect masalah seperti masuk lambat, MC dan "saya ada hal kena balik awal" 😆.
Hat ni memang konfem ada punya.
Aku layankan je, sebab dah faham sangat.
Transition culture dari pelajar kepada "pekerja" tu buatkan dorang cepat lemau.
Nak pulak bulan puasa. At least kalau bulan tak puasa tu boleh gak makan-makan release tension.
Nasib baik bulan puasa ni ofis aku balik pukul 4 pm. Kurang sikit stressnya.

Mak bapak wajib mesti faham tentang LI.
Selalunya mak bapak suka merancang cuti pada waktu yang bukan-bukan.
Dah tahu anak tu ada LI, dibantainya buat holiday planning.
Ada yang plan buat umrah bagai.
Dah tahu anak ada LI, yang buat holiday planning tu kejadahnya.
Maybe some parents tak aware yang LI ni adalah KELAS.
Dia ingat anak bekerja part time.
Suka-suka suruh anak ambil cuti sampai 4 hari straight.
Yang pelik tu, bila ditanya sama ada pernah ke ambil cuti untuk gi holiday dalam tempoh belajar selama ni. Tak pernah katanya.
Dah tu kenapa time LI tiba-tiba buat holiday plan? Bukan ke LI adalah KELAS?

Mak bapak, tolonglah jangan kacau jadual belajar anak.
Time LI sibuk nak pi umrah segala.
Kat situ je dah burn berapa hari.
Respectlah sikit pada company yang dah susun program untuk anak awak.
Karang bila company minta anak kerja lebih masa untuk ganti waktu LI, kau merempan pulak.

Oh yes, jangan tak tahu.
Majikan boleh minta student ganti hari yang dia bercuti tau.
Macam sekolah. Nak cuti raya panjang, boleh. Tapi Sabtu kena datang untuk ganti.
Gitulah juga dengan LI.
So, daripada kau kena extend 2 jam setiap hari, baiklah kau datang work at normal working hours.

Lagi satu bab ALLOWANCE. Ini pun topik hangat gak ni.
Zaman sekarang interns memang request aloowance.
Walaupun dalam surat penempatan tak dinyatakan pasal alowance, aku tak tahu mana datang idea minta allowance.
Company aku memang bagi allowance, jadi takde masalah.

Pernah bersembang dengan kawan yang sama-sama ambil intern.
Dia kata ada intern yang request boleh tak allowance naikkan ke RM1000?
Aku macam, WHATTT??

Bukan nilai RM1000 tu yang aku terkejutkan, tapi mana datang konfiden mintak increase allowance?
Kau belajar pun tak habis lagi. Entah ye entah tak reti buat kerja.
Awal-awal dah minta allowance increase.

Tak, sekarang ni siapa yang perlukan tempat LI?
Siapa yang perlu cukupkan leaning hours kalau nak grad?
Siapa yang kena lulus LI?
Zaman sekarang ni, banyak company yang sesak.
Tak boleh bagi allowance tinggi.
Some, takde budget untuk bagi allowance, tapi mereka boleh tawarkan tempat untuk you belajar.
Dapat tempat LI jauh lebih penting!
Masa aku advertise pencarian interns, ramai yang apply adalah lelaki.
Lelaki aku tak ambil.
Student LI yang lepas, dah sebulan di company ni tiba-tiba tanya boleh tak accept sorang lagi sebab kawan dia takde tempat LI. Lelaki.
Sanggup takde allowance janji dapat tempat sebab takut tak grad.
Tapi aku tak ambil sebab entahlah, nak biar perempuan je dalam opis ni.

Tu cerita yang tak dapat, sampai sanggup merayu. Takde allowance pun takpe.
Yang dah dapat tempat, kemain pulak demandnya.

Entahlah, maybe aku ni pemikiran old-skool kot.
Kalau aku dapat tempat LI, dan aku tahu LI subjek paling senang nak score untuk cover GPA, takde allowance pun takpe.
Janji LI aku lepas. Marks tinggi.
LI ni paling senang nak score sayangggggg. Senang!
Kau tak payah jadi terpaling power kat company tu.
Majikan tahu kau pelajar dan sedang belajar.
Jarang jumpa majikan nak marah student LI sebab mereka tahu kau sedang belajar.
Kau hanya perlu meet deadline, attitude jaga, dan ringan tulang.
Insyallah lulus cemerlang LI kau. Percaya cakap aku.

Orang-orang yang dalam company tu ada antaranya dibayar ratusan ringgit per hour untuk bagi talk ke agensi dan institusi lain.
People pay to listen to them. Pengalaman mereka bertahun-tahun. Expert dalam bidang mereka.
Tapi awak dapat peluang belajar secara PERCUMA dengan dorang, tak payah bayar. Yang anehnya, awak demand macam-macam. Pelik.