2023-03-25

Kata-kata itu satu doa.


Sebagai manusia, kita cenderung overlook the power of our words.
Kita lupa Allah sedang mendengar.
Orang cakap, kata-kata itu satu doa.
Makin kerap suatu kata-kata tu diulang-ulang, makin dekat ia menjadi realiti.
Masih ramai yang tak sedar how much impact our words can do to our lives.
Selalunya bila orang cakap "Baik-baik, nanti Tuhan uji dengan apa yang kita cakap", it refers to something bad yang kita cakap kat orang.
Little that we know, kata-kata berbentuk self-sabotage pun memberi kesan pada diri kita.
Ok, dengar dulu video ni.



Macam Steve Harvey cakap dalam video tadi, someone yang terus-menerus cakap "I don't want be rich", very likely you won't get rich. Maksudnya, kita akan diuji dengan apa yang kita cakap.

Kalau tadi versi omputih, versi melayu pun ada.

"Tak payahlah kaya sangat, nanti lupa diri"

"Tak payahlah pandai-pandai sangat, nanti dah berjaya lupa mak bapak"

"Tak payah nak kerja teruk-teruk, bukan best pun kerja sini".

Tapi kalau "Tak payahlah masak, kita order je" -- haa ni aku suka 😆.

Kata-kata yang kita ulang, akan membentuk satu pemikiran dan kepercayaan.
Makin banyak cakap "Saya tak nak" atau "Saya tak mahu" -- the stronger they become.
Maknanya, kalau secara konsisten cakap tak nak sesuatu, kita sebenarnya sedang create realiti yang kita tak nak.

Some people, dia sebenarnya nak apa yang dia kata tak nak tu. Tapi dia purak-purak tak nak.
Konon macam dia taknak, padahal dia menggelinjang nak.
Maybe to be on the safe side kot.
Let say of one day apa yang dia nak tak menjadi realiti, takdelah malu sangat sebab selama ni dia memang sebut "taknak". Gitu.
One thing yang dia tak tahu, semakin purak-purak kata tak nak, semakin ia tertanam dalam subconcious mind.
Penyudahnya, memang kau tak dapat apa yang kau "taknak" tadi.

The thing is, selalunya hal ni tak stop kat situ je.
Bila orang lain dapat apa yang dia "taknak", dia jadi bitter.
Omputih kata ini adalah fenomena “sour grapes”.
Istilah “sour grapes” comes from salah satu cerita dongeng.
Cerita tu tentang seekor musang cuba nak capai anggur atas pokok, tapi tak dapat.
Bila dah frust tak dapat, dia cakap kat semua binatang yang anggur tu masam dan tak berbaloi dimakan sebab tak mengenyangkan.
Tapi, bila binatang lain dapat reach the anggur, musang jadi bengang dan dia attack binatang tu.
Kisah ini menggambarkan seseorang juga boleh menjadi bitter bila orang lain dapat apa yang dia "tak nak". Pelik, kan?

Peliknya sebab, dia kata taknak.
Tapi bila orang dapat benda yang dia taknak, dia sakit hati.
Adakah ini sejenis mental illness juga? Atau penyakit hati?

Actually it is not common for people to lie about their keinginan.
They say they don't want something when in reality, they do.
One of the main reasons kenapa jadi macam ni, mungkin kerana malu.
Malu bila apa yang dia nak, tak dapat.
Baginya, it reflects keupayaan dirinya.
Dia merasa kalah bila tak berjaya capai apa yang dia nak.
Lalu, salah satu cara adalah dengan mengatakan dia tak nak.
At least kalau betul-betul tak dapat, takdelah rasa malu sangat.
Kalau tiba-tiba dapat, takpe. Happy.

Satu lagi, maybe takut gagal.
Bila dah terasa-rasa the chances of not getting what he wants is high, dia cenderung untuk kata "taknak" atau "tak mahu".
Kiranya macam satu kekdah psychological defense yang membantu dia dari rasa kecewa.
But again, kalau hal ni habis sampai sini je takpe.
Tapi kalau meleret sampai ke fenomena sour grapes -- sakit hati dengan orang lain yang dapat apa yang dia "taknak", itu yang bahaya.

Di zaman media sosial, bersepah-sepah fenomena sour grapes.
Tengok orang lain ada apa yang dia takde, dengki.
Katanya tak nak apa yang orang tu ada, tapi mengutuk dalam diam.
Just be honestlah dengan keinginan sendiri.
If you really want something, don't pretend you don't want it when you do.
Kau akan bertambah kecewa kalau benar-benar tak dapat nanti.
Lagipun, kalau tak berkongsi keinginan tu pada kawan atau orang terdekat, they may not be able to support you in achieving them kerana kau tak tunjuk yang kau serious nakkan benda tu.

When it comes to achieving desires, ada kebaikannya to be transparent dengan orang terdekat atau kawan-kawan rapat.
Sebab itulah orang kata, kalau kita nak A, duduk dengan orang yang sama-sama nak A.
Bukan apa, it keeps your motivation going sebab bila sama-sama nak A, you all tend to bersembang topik yang sama.
You and them akan share same ideas, the tips, the plan, etc.
Bila purak-purak taknak, kau akan terlepas the support and guidance that others can offer you.
Tak payah cerita kat semua orang, just cerita kat orang terdekat atau related dengan misi you.

Manusia punya sistem kepercayaan sangat kompleks.
Bila kita mahukan sesuatu, tapi mulut kita cakap tak mahu, ini mewujudkan satu kepercayaan dan tindakan yang tak selaras.
Dalam keadaan ni, sistem kepercayaan kita akan menyesuaikan diri dengan apa kita sebut, bukan apa yang kita mahu.
Bila kita selalu sebut "tak mahu", sedangkan kita mahu, dalam tak sedar we adjust our wants to match our actions (kata-kata).

Pernah tengok cerita YES MAN, tak? Yang Jim Carrey berlakon tu.
Dia asal-asalnya selalu cakap NO.
Orang ajak keluar, NO.
Orang ajak lepak, NO.
Orang nampak dia di kedai record pun, dia masih kata "No, I'am at home".
Dia tak sedar dia sedang beransur-ansur jadi manusia yang boring dan demotivated disebabkan selalu cakap "No".
But when he started saying YES to everything, his life changed.
He began to experience many new things that he never thought of doing, and it seems that not only is his life enjoyable, he even found new love, new quality friends and job promotion.
Kalau belum pernah tengok, sila cari.