2023-03-26

Akhlak yang baik sahaja tidak cukup di zaman sekarang.


Nak menghabiskan musim anak-anak masuk boarding school ni, selagi musim ni tak settle, selagi tu ada saja nampak post "Sekolah Harian vs Sekolah Berasrama : Mana Lebih Baik?".
Memang ini topik wajib bincang setiap tahun, selain topik Susu Ibu vs Susu Formula.
Kalau pandangan tu bersifat fakta dan teknikal, tak apa. Ini tak.
Jenis komen "Tak pandai sangat tak apa, yang penting beradab".
As if semua yang pandai tu belum tentu beradap, dan yang tak pandai pasti beradap.

Pendapat yang berbeza, tak apa.
Tapi janganlah seolah-olah menggalakkan budak-budak tak payah bersungguh-sungguh menimba ilmu dan fokus pada akhlak semata-mata.
Kau sorang tak pandai cukuplah.
Jangan pengaruh orang lain jadi macam kau juga.
Ada yang percaya intelligence is the key to success.
Ada yang percaya adab play a more significant role.
Kenapa kena pilih-pilih? Kenapa tak include je dua-dua terus?

Ok, kita kupas selai-selai, #siscuba.

Pertama, kita tengok kepentingan kecerdasan (intelligence).
Hat ni tak payah disangkal. Intelligence is essential. Why?
Kerana ia membantu kita selesaikan masalah, bantu buat keputusan, bantu kita berfikir secara kritis.
Someone yang ada IQ tinggi selalunya dilihat sebagai someone yang cekap, knowledgable, and capable of achieving success.
However, cerdas saja tak cukup sebab kita hidup secara berkumpulan.
Bukan semuanya kita boleh buat sorang.
Dalam kebanyakan hal, kita perlu bekerja sama dengan orang lain.
Maka komunikasi, kerjasama, kemahiran sosial dan adab adalah sama pentingnya.

Adab adalah something yang membantu orang berkelakuan wajar dan hormat pada orang lain.
Those yang possess good manners selalunya dilihat sebagai polite, berbudi bahasa, dan disenangi.
Tapi hidup di zaman sekarang, dalam environment yang pentingkan keputusan akademik yang bagus untuk melangkah ke Uni, keputusan yang bagus untuk dapat scholarship, keputusan yang bagus untuk dapat kerja yang baik -- kita tak boleh nafikan kepandaian dan ilmu are the most important qualities yang perlu ada dalam setiap orang.
Kita tak boleh simply cakap "Tak pandai tak apa, janji beradap". No.
Kita bolehlah cakap macam tu sebab kita sudah berada di zon selesa.
Cuba tanya orang yang dah kerja 10 tahun, tup tup junior masuk dengan gaji yang lebih besar dari dia.
Orang-orang ini pasti tahu kelebihan menjadi pandai dan berilmu.
Because dia nampak kelebihan tu kat mana.
Kalau tak, takkanlah ramai those with experince but without academic certificate sambung belajar ambil life-learning course.

Isu whether manners are more important than being smart akan selalu dimainkan saban tahun.
Apa pun perdebatannya, setiap tahun, syarat kemasukan ke universiti semakin ketat, syarat nak shortlisted program biasiswa semakin ketat, syarat diambil bekerja semakin susah. Why?
Because macamana kuat kita berhujah bahawa adab lebih penting dari bijak, dunia tetap memilih bijak.
Manners wajib ada tak kira bijak atau kurang bijak.
Tetapi menjadi bijak adalah BONUS.
Manners bukan bonus ya, manners wajib ada pada semua orang.
Yang kena tambah adalah BIJAK.
Bukanlah makna kata kena jadi bijak sangat.
Cuma, janganlah sampai kita mempromote bahawa "bijak tu tak penting, yang penting adab". 
Ini salah. Sangat salah.

Adab memang crucial dalam kehidupan seharian.
Ia lebih berharga dari menjadi bijak.
Sopan, ada rasa hormat, ada timbang rasa -- these qualities are priceless.
Sebab, bila kita ada adab yang baik, it improves our relationships, our professional advancements, dan tingkah laku sosial keseluruhannya.
But like I said eerlier, good manners alone are not enough in today's world.
Adab bukanlah pengganti kepada skill dan kualiti yang diperlukan untuk seseorang berkembang maju.
Kenapa aku cakap tak adab saja tak cukup?
Because it is no longer a rare commodity.

Dulu, orang dulu-dulu yang ada adab bagus, akhlak baik, memang menonjol daripada orang lain dan those yang posses good manners were highly valued.
Dulu.
Now, memiliki adab dan akhlak yang baik tak lagi dianggap luar biasa.

Dia macam ni tau.
Dulu, tahun 1989, nak masuk boarding school, tak perlu memohon.
KPM yang select dari keputusan UPSR. Sebab budak pandai belum ramai.
Tapi seiring dengan zaman, budak-budak pandai makin ramai, selection ke boarding school dan bukan pada akademik semata.
Siap ada interview sekarang.

Tahun 1994 dulu, nak dapat scholarship ke overseas tak semestinya kena straight As. 
Agregate 15 pun dapat.
Tapi sekarang, nak di-shorlisted untuk interview pun kena straight As!
Untuk layak dipanggil interview tau, belum terpilih lagi.
Macam Redza hari tu, yang layak memohon scholarship Young Talent Development Programme (YTP) ada 14,000 orang.
Maknanya 14,000 ni semua straight As.
Kalau dah semua straight As, camana nak pilih?
Maka budak-budak ni kena lalui another asessement and interview session.
This is the analogy untuk menunjukkan bahawa seiring dengan zaman, keperluan dah berbeza.
Dah tak sama macam dulu.
In other words, adab sahaja juga tak memadai.
That's why adab itu bukan satu pilihan, tetapi kemestian.
Kita tambah dengan intelligence.
Bukannya pilih salah satu.

Lebih-lebih lagi, dalam dunia hari ni, knowledge, skills, and experience sangat dihargai.
Majikan always cari calon yang ada kemahiran so that boleh terus buat kerja tanpa banyak supervision.
That's why majikan suka pada someone yang possess industry-ready skills.
Maksudnya kalau ada Profesional Certificate atau short courses, membuatkan seseorang ada kelebihan untuk dipilih oleh majikan.

Aku ada satu on-going Profesional Certificate Program, iaitu Food Safety and Halal Management.
Yang ni program certified by OTHM (kerangka Eropah).
Program ni on-going. Belum ada graduates lagi.
Tapi kat bawah ni aku tunjuk another Profesional Program yang dah bergraduate last year.

Ini adalah pada hari konvokesyen. 
Tahun ni konvo OTHM akan dibuat di PWTC. 

Aku saja tunjuk tu bukan apa, selain mengiklankan program sendiri (😍), this is bukti ilmu dan kepandaian adalah BONUS dan penting untul upgrade diri.
Orang pilih kita bukan semata-mata tengok adab, begitu juga sebaliknya.
Nak dapat peluang pekerjaan di luar negara orang masih tengok skill and ilmu.
Bukan aku mengenepikan adab.
But like I said, adab tu sepatutnya by default dah install dalam diri. Ia bukan satu pilihan. It is a must.

Jadi, bila orang bukak topik Sekolah Harian vs Sekolah Berasrama, komenlah dengan bijak. 
Bukan komen main emosi.
"Tak pandai pun takpe, janji ada adab".
"Tak masuk asrama pun takpe, akak dulu pun sekolah biasa, now berjaya".

Amende ni?