2023-02-07

Perspektifnya sama dengan Rayyan.


Post semalam pasal aku sharpkan pensel kawan demi nak pinjam buku.
One of my followers bagi pandangan yang menyokong statement Rayyan.
Dia kata aku tak sepatutnya sharp pensel kawan tu.
Tindakan aku buatkan orang anggap aku boleh disuruh-suruh.
Mungkin sebab itulah aku senang diejek sebab aku dah letakkan diri aku rendah.

Ok, terima kasih atas pandangan.
Perspektifnya sama dengan Rayyan.
Maybe aku boleh anggap follower aku ni membesar more or less the same macam aku besarkan Rayyan.

Rayyan dibesarkan dalam keadaan segalanya cukup.
Tak mewah sangat, tapi dia tak ketinggalan.
Dari kecil dah ada gadjet yang mewah -- iPad, tablet, henfon, desktop, laptop. Lengkap.
Buku latihan, melambak-lambak. Tak sempat habis buat, dah beli baru.
Reading books, menambun. Mintak dapat. Mintak dapat.
Of course dengan syaratlah. Tapi, tetap dapat.

Budak-budak yang dibesarkan dengan keadaan begini tak nampak keperluan 'merendahkan' diri sharp pensel kawan demi nak pinjam buku.
Because dia boleh mintak dari parents. Dapat.
Habis kuat pun parents suruh "Tolong mama sapu porch", atau "Tolong kemas bilik tido kau dulu baru mama beli".
Takde keperluan dia nak "diperbodohkan" oleh kawan (kalau boleh dipanggil bodoh).

Macam aku dulu, aku tahu aku takkan dapat walau mintak kat parents sebab tu aku willing sharp pensel dia untuk pinjam that buku.
Kalau aku tak buat gitu, cara apa untuk aku dapat baca?
Mintak mak bapak belikan memang out of the storylah.
Nak suruh aku mencuri?

Perspektif Rayyan, maknya membiarkan diri disuruh-suruh macam hamba.
Tapi bagi aku, that's DETERMINATION.
Selagi tak membebankan, aku buat sampai jadi. Asalkan misi aku berjaya.
Setakat sharpkan pensel color, apalah sangat.
Lagipun to me, itu bukan memperbodohkan diri.
Because aku buat apa dia minta, in return aku dapat apa aku nak. That is not bodoh.
Bodoh tu kalau kau kena ragging dengan akak senior kat sekolah basuhkan kasut masam dia, in return kau tak dapat apa-apa.
Kasut dia bersih, kau dapat penat. Hah itu baru bodoh.

Yang penting kena sedar diri dan sedar ruang.
Aku sedar aku takde buku untuk dipinjamkan sebagai balasan, jadi aku offer kederat.
Bukan susah sangat asah pensel.
Tapi aku faham, some people anggap disuruh-suruh begitu umpama menghina.
Apetah lagi yang disuruh tu bukan orang have-have.
Lagilah nampak macam memperbodohkan orang lain.

Macam mak aku umpamanya.
Dia marah bila aku sanggup balik lambat tunggu cikgu bagi task sedangkan ahli kumpulan lain dah balik rumah.
Dia rasa aku diperbodohkan. Tapi bagi aku tak.
Because itu kerja kumpulan. Aku berada dalam kumpulan tu.
Apa yang ruginya kalau aku tunggu cikgu bagi task?
Nanti task tu sama-sama satu kumpulan kena buat juga.
Kalau segala benda kena fair, payahlah.
Macam bodoh pulak kalau semua sepuluh-sepuluh orang tunggu kat bilik guru untuk terima task semata-mata kerana nak be fare to all, betul tak? Tak nampak bijak lansung.

Selalunya orang yang ada pandangan begitu, ada yang tak settle dalam hidupnya.
Maybe dia kecewa dengan hidupnya.
Maybe ada impian hidupnya yang tak tercapai.
Maybe dia juga pernah lalui treatment yang sama yang dia tak boleh accept sampai sekarang.
Maybe dia penat menjadi orang suruhan. I don't know.
Aku pernah cerita dulu sorang blog reader yang tak kawen-kawen sebab bapak dia letakkan syarat kat boifren kena ada RM30K untuk belanja kawen, dan mesti ada kereta and dah bayar duit muka beli rumah sebelum kawen.
Disebabkan nak kawen, dia terpaksa kongsi duit dengan boifren biar parentsnya setuju. Dia kata maknya yang demand dan suka menunjuk-nunjuk.

To me, mak dia ada benda yang tak settle dalam hidupnya.
Maybe maknya dulu selalu diejek kerana hidup susah, atau dibodoh-bodohkan, disuruh-suruh -- membuatkan now dia taknak anaknya lalui apa yang dia pernah lalui.
Apa yang dia lalui masih disimpan, dipendam dan tak dilepaskan hinggakan dia jadi demanding supaya orang tak pijak-pijak anaknya pula.
Maybe mak aku juga beginilah.
Dia tak mahu anak dia membodohkan diri buat je apa orang suruh.
Masalahnya, anak dia tak kisah pun.
Bukannya aku tunggu bagi pihak orang lain.
Aku tunggu bagi pihak kumpulan aku. Kerja kumpulan aku. Kat mana yang bodohnya?
Tapi ye lah, perspektif kan. Masing-masing ada sudut pandang berbeza.
Selagi aku rasa aku ok, aku buat. Kalau aku rasa tak ok, aku tinggalkan. Simple.