Ada 2 sebab aku letak video ni di sini.
Yang pertama, sebab orang dok request cara lilit shawl.
Lilitan shawl yang aku ajar ni adalah yang paling basic.
Dan rasanya inilah style paling awalllll zaman Wardina start bertudung dulu.
Tapi yang ajar aku cara pakai adalah akak jual shawl kat Giant.
Tapi yang ajar aku cara pakai adalah akak jual shawl kat Giant.
Semoga ada pahala mengalir buat akak tu, aku kekal bershawl cara lilitan dia sampai sekarang.
Di awal-awal aku nak bertudung, aku beli tudung instant kat Giant belakang rumah aku ni je.
Bawah tu ada kiosk jual shawl. Try acu kat kepala, minta akak tu tunjuk cara pakai.
La haiii, senang rupanya. Lilit satu kali je, done.
Maka teruslah aku pakai pesen lilitan ni dari awal bertudung sampai sekarang.
Dari muda sampai ke tua. Malas nak belajar cara lilitan lain.
Sejak jual shawl, setiap kali tengok model aku menggayakan shawl, kagum betul dengan macam-macam pesen lilitan.
Boleh buat 5-6 macam lilitan. Hafal pulak tu.
Aku sekadar merenung dari jauh. Tengok berkali-kali pun tetap tak hafal step 😆.
Yang kedua reasonnya adalah aku dapat satu feedback dari follower di IG.
Dia cakap "Rupanya baju akak ni ada lace kat leher. Kalau tak, tak tahu pun. Cantik!"
Corak di leher baju.
Corak di dada baju.
Lace di dada.
Lace di leher.
Ini adalah satu ancaman masa awal-awal bertudung.
Nak lagi pulak seorang Diana bermula dengan skirt pendek belah depan dan low cut blouse.
Tak mudah nak bertolak-ansur dengan baju yang bercorak dan berlace di dada.
Rasa macam "Sayanglah corak kat dada tapi cover dengan tudung. Orang tak nampak".
Let's be realistic. Kita semua macam ni, kan?
Tu dia, nak bagi nampak jugak besi-besi ala Joan Jett kat dada. Terpaksa singkatkan shawl.
Yang belah kanan tu shawl cantik dah, tapi sebab blouse tu ada bunga rose kat dada, terpaksa angkat shawl bagi nampak bunga tu.
Ntah sape nak tengok tak tahulah.
Ini semua adalah proses biasa orang mula bertudung.
Susah orang macam aku yang dah biasa berpakaian daring tiba-tiba nak suruh bertutup-litup berstokin dan melabuhkan tudung tutup dada.
Sebab itu aku faham bila orang-orang yang baru belajar nak menutup rambut -- kalau terkeluar jambulnya sikit, biarkanlah dulu.
Kalau shawlnya masih melilit tengkuk tak cover dada, biarkanlah dulu.
Kalau dah elok bertudung tapi masih berjeans ketat nampak bentuk bulat bontot, biarkanlah dulu.
Kalau sudah mula bertudung tapi pakai seluar senteng nampak buku lali tidak berstokin, biarkanlah dulu.
Biarkan dia selesa dengan penampilan baru dulu.
Nanti slow-slow dia akan perbaiki.
Ini tak, Hamba Allah tu muallaf, baru nak belajar tutup rambut, yang kau "Kena pakai brooch, biar tutup leher tu, baru betul ikut Islam"
Yaaaa...tahu. Kalau kau tak ajar pun, laki dia tahu. Mertua dia tahu.
Cuma kena bersabar nak mendidik orang bertudung.
Itupun entah berapa lama dipujuk-pujuk, baru sekarang dia terbuka hati.
Kau boleh bertenang tak?
Kita terlalu menuntut kesempurnaan dari mereka yang baru nak bertatih.
Of cos kalau dia boleh drastik menutup semuanya dengan sempurna, baguslah.
Tapi kita kena kena lihat juga dari mana dia bermula.
Kalau dia bermula dengan daring seksi, now mula berselendang.
Walau selendangnya nampak jambul di depan, itu adalah progress yang besar untuk dirinya.
Ingat senang ke orang yang dah biasa pakai spageti strap and skirt pendek nak berselendang tiba-tiba?
Itupun entah berapa lama dia mencari kekuatan untuk menyarung selendang kita tak tahu.
Bila dia dah bermula walaupun sikit, tolong jangan kondem!
Dari pada dia bukak terus, lebih baik dia cover sikit.
Contohnya macam Mizz Nina.
Zaman dia seksi yakmat dulu berapa ramai hencap dia?
Macamkan dah konfem-konfem Hamba Allah tu masuk neraka.
Now dia semakin bertambah baik pemakaiannya, yang dok mengutuk dia dulu masih lagi dengan tudung takat tu juga tak berubah-ubah.
Bila kita cakap macam ni karang, dia sambut "At least aku istiqomah pakai tudung".
Hah tau pulak meloncat kalau kena kat dia.
Time hencap orang dulu macamkan kau konfem syurga teratas.
Yang bermula dengan daring kemudian bertudung saja tahu betapa beratnya nak hijrah, apetah lagi istiqomah.
Sungguh. Memang susah.
Rasa nak menangis bila nampak diri sendiri depan cermin berbungkus dengan baju penuh.
Dahlah kena pakai longgar-longgar. Rasa hilang keyakinan.
Terasa diri umpama makcik-makcik.
Tu belum lagi masuk mall.
Time dah berhijrah lah mata ni nampak segala baju yang bergantungan cantik di mata.
Helok pulak semua saiz kita available. Kau rasa?
Gitulah kuatnya dugaan orang nak bertudung.
Korang yang dari kecik dah bertudung maybe tak rasa itu adalah ujian yang kuat.
"Pakai tudung je kot, ujian apanya?".
Tapi untuk yang tak biasa, masa ni lah bisikan-bisikan halus tu menerpa.
Samalah gayanya orang nak berkahwin.
Bak kata En Wan, lagi dekat nak berkahwin tu lagi macam-maca dugaan datang.
Masa tu la kawan ajak lepak malam.
Dah try sekali, eh sedap rupanya lepak dengan member-member sampai jauh malam.
Kepala tu dah mula berpikir-pikir esok dah kawen dapat tak agaknya lepak keluar malam lagi?
Masa tulah nampak ramai pompuan-pompuan gojes lalu-lalang depan mata.
Maklumlah kat Jepun tak ramai perempuan melayu.
Dah mula terpikir, tak rugi je kawen cepat sangat?
Masa tu lah macam-macam hasutan syaitan sampai ke telinga supaya kita tak kawen.
Bak kata ustaz, syaitan ni kalau tak dapat jadikan kita jahat, dia jadikan kita takut untuk berbuat baik.
Dannnnn, syaitan itu tak semestinya syaitan.
Ustaz Kazem pernah explain surah An-Nas.
"Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam. Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia. (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia" - [QS An-Nas 4-6]
Maksudnya MANUSIA pun ada yang jenis setan juga.
Orang tu baru nak berjinak-jinak pakai tudung dia kondemnya. Segalanya tak kena.
Sabar kak, sabar. Akak pakai tudung dah 40 tahun. Dia baru 4 hari.
Bagi dia peluang untuk explore dan belajar dulu.
4 hari nak sogok semua kat dia, lama-lama Hamba Allah tu fedap, tanggal tudung terus, karang kau jugak yang hencap dia.