2022-12-29

Rupanya nikmat Allah tu tak pernah kecil!


Hari ni Day 22 aku berulang-alik rumah-hospital sejak Rayyan patah kaki.
Tak sangka dah 22 hari. Terima kasih yang tanya aku:

“Tak letih ke Kak Di?”
“Tak stress ke duduk hospital lama-lama?”
“Boleh fokus kat kerja ke?”


Kalau nak cerita bab letih, tidaklah letih macam letih baru lepas balik berjogging. Cuma letih kena berulang-alik.
The process pagi ambik mak-hantar ke hospital-patah balik PH untuk masuk ofis-jemput mak dari hospital-patah balik PH-patah balik ke hospital.
Proses ini yang meletihkan. Hospitalnya tak jauh pun.
Kalau tak jem, 12 minit dah sampai.
Tapi kalau sangkut kat jem, mau setengah jam.
Walaupun tak jauh, agak membuang masa jugalah sebab berulang-alik.

Rutin kitorang sejak masuk semula ke Avisena ni adalah, setiap malam aku and En Wan tido hospital.
Esoknya pagi-pagi aku keluar ambik mak.
Keluar pukul 7 pagi. Kadang keluar 6.40 pagi kalau bersiap awal.
En Wan selalunya tak ikut. Aku bagi dia tido lama sikit.
Dari hospital balik ke rumah ambik mok.
Mok yang nak teman adik. Dia kata selama ni kat rumah memang dia melayan Rayyan je.
Kalau duduk rumah sorang pun takde apa nak buat. Baik duduk hospital dia kata.
Lepas ambik mok, aku patah balik ke Avisena.
Selalunya bila patah balik ke sana dah start banyak kereta atas jalan.
Around 8am sampailah kat hospital semula.

Kalau aku and En Wan tak rushing, aku lapkan dulu badan Rayyan and tunggu dia gosok gigi.
Salinkan baju, kemudian baru ke ofis.
Setakat ni kami masih guna satu kereta lagi.
En Wan dropkan aku kat ofis pastu dia zasss ke ofis dia.
Aku lepak ofis sampai En Wan habis kerja nanti dia ambil aku balik rumah.
Kat rumah, kitorang mengemas apa yang patut.
Nak sental bilik air ke, mengelap-ngelap ke, menyapu laman ke, etc.
Macam petang semalam En Wan siap mesin rumput bagai.
Sejak jadi nomad berpindah-randah ni, rumput kat tepi rumah boleh buat jungle tracking 😆.

Penat?
Kalau itu soalannya, ya bolehlah dikatakan penat.
Tapi aku and En Wan cuba mencari sekecil-kecil perkara untuk dinikmati.

YANG PERTAMA, tido sekali.
Dalam keadaan sekarang, dapat tido bersama di satu bilik yang sama, dah cukup happy.
Walapun dia tido atas sofa bed, aku kat bawah atas lantai, tetapppp berpegangan tangan.
En Wan juntaikan tangan dia, aku pegang dari bawah.
Romeo and Juliet kalau nampak kitorang gini, patblas kali dorang bangun mati balik, bangun mati balik.
Seakan-akan tak percaya ada yang lebih lomentik dari dorang. Gitu.

YANG KEDUA, hospital dan bilik sangat selesa.
Setidak-tidaknya mengurangkan keserabutan.
Nak menjaga orang sakit ni banyak kena main emosi.
Kalau tempat tinggal selesa, yang sakit pun senang, yang menjaga pun seronok nak jaga.
Di sini, both parents boleh stay untuk teman tido.
Waktu siang, immediate family member boleh datang anytime.
Internet available, dalam bilik ada sofa bed yang selesa, ruang kerja yang selesa, dan bilik air yang luas dan tak payah berkongsi.
Bilik Rayyan duduk ni kalau bentangkan toto, aku sefamili campur Mak Aji and Pak Aji pun boleh tido dengan selesa. Memang luas.
Memang syukur sangat sebab aku and En Wan boleh lepak sama-sama.
Parking pun banyak! Cuma pejamkan sajalah duit parking RM10/day 😁.

YANG KETIGA, mok tolong temankan Rayyan.
Mok yang nak sangat tunggu Rayyan.
Aku and En Wan boleh ke ofis dengan tak payah risau pasal Rayyan.
Actually kalau mok tak teman pun takpe sebab nurse kat Avisena sehari 6-7 kali masuk check Rayyan.
Cleaner dia 3 kali masuk.
Pertama kali masuk menyapu, mengemop and basuh bilik air.
Kali kedua dan ketiga, masuk untuk collect sampah.
Tak sempat sampah nak penuh, dah berkutip.
Memandangkan mok yang minta untuk teman Rayyan, kitorang layankan.
Lagipun bilik Rayyan ni entitled untuk dapat 2 set makanan.
Senang sikit aku takyah pikir mok makan apa kat rumah.
Makanan kat sini everyday boleh pilih dari 7 menu. Siap ada tea time. Kemain suka mok.

YANG KEEMPAT, dekat. Tak jauh sangat dari rumah.
Terus masuk hiway, settle.
Sebenarnya kalau nak lebih dekat, Columbia Asia Puchong tu lebih dekat dengan rumah kitorang.
Tapi sebab dah biasa ke Avisena, biorlah ke sana je.
Semalam masa buat x-ray pun Rayyan tak payah ditolak ke bilik x-ray.
Dorang bawa masuk the instrument ke dalam bilik. Convenient. Memudahkan pesakit.
Tak perlulah pesakit nak beralih katil.
Dapat minimizekan pergerakan kaki Rayyan.

Semua tu sebenarnya biasa-biasa je.
Bila tengah sihat, semua ni kelihatan biasa-biasa.
Tunggu jadi kejadian macam ni, tidur dengan suami dah jadi agenda yang ditunggu-tunggu!
At least itulah hiburan nak tenangkan hati sendiri.
Takdelah aku tido dengan airmata just like masa En Wan jaga Rayyan kat PPUM hari tu.
Tido 12 am, bangkit 3 am. Tak lena tido. Tido pun mimpi PPUM 😭.
Bangun tido je menangis. Nak tido pun menangis.
Allah, aku taknak lalu lagi keadaan tu.
Now bila dapat tido bersama walaupun dia atas sofabed and aku atas lantai — tak apa! Asalkan nampak depan mata.

Sebut pasal stress, takde dah stress macam awal-awal dulu.
Dulu penuh dengan ketidakpastian. Tak tahu what’s next.
Now dah melepasi episod-episod mendebarkan, alhamdulillah.
Di sini semua pintu bilik tertutup. Tak nampak orang sakit.
Kuranglah sikit negatif vibe.
Masa kat PPUM hari tu kejap-kejap dengar orang terpekik.
Ada satu hari tu aku jaga siang, dengar lelaki menjerit “Woiiiii! Woiiii! Sakit oiiiiii”.
Lepas tu dengar yang lain “Tolongggg. Nak berak niiiii”.
Allah…kuat betul yang bekerja di situ hari-hari dengar suara orang menjerit.
Kalau aku, tak sakit pun jadi sakit.
Respek aku dengan orang yang kerja kat hospital, especially hospital kerajaan.

Maka, itu adalah satu perkara yang perlu aku syukurkan sangat-sangat.
Bak kata kawan aku, Nurul - ramai yang terpaksa hadap situasi tu sebab takde pilihan lain.
Bila aku dapat keluar dari keadaan tu, harus banyak bersyukur walaupun masih belum boleh balik ke rumah.
Sekurang-kurangnya hospital ni keadaannya macam di rumah juga.
Dah tentu tido atas katil di rumah lebih best.
Tapi di sini walaupun tido atas lantai, ruangnya selesa dan tidak ada pekikan suara orang mengerang kesakitan.

“Boleh fokus kat kerja?”


Ni meja kerja aku 👆🏻 di sini. Insyallah, boleh fokus.
Masih boleh communicate dengan budak-budak ofis, masih boleh check office database dari sini — takde masalah.
Bezanya, aku takde dalam ofis.
Disebabkan banyak point-point untuk disyukuri, maka aku pejamkan mata dulu bab berulang alik, duit parking, duit minyak, tol, penat, etc.
Tapi sungguh, nak mencari sekecil-kecil nikmat dalam ujian yang Dia bagi ni, hampir lembik aku.
Walau bagaimanpun, sangat membuka mata dan hati.
Rupanya nikmat Allah tu tak pernah kecil!
Hanya bila dah hilang sesuatu barulah sedar yang disangka kecil itulah nikmat yang besar. 


Ini pun sejenis nikmat.
Nikmat bila dah masuk Day 22, bil hospital semuanya ditanggung medical card.
Macam follower ni kata, masa tengah sihat memang terasa membazir bayar medical card every month.
Tapi bila jatuh sakit, kalau kena keluar savings RM25k, bertambah jatuh sakit dijadinya.

Rayyan ni pun siapa sangka boleh patah kaki?
Kena buat macam-macam prosedur, biopsi, x-ray, CT scan dan duduk hospital berhari-hari.
Aku cakap kat En Wan, kita ni kalau takde medical card agaknya kita nekad je bawa keluar Rayyan dari sini duduk je atas katil kat rumah.
Tapi sebab ada medical card, bertahan juga duduk hospital supaya dapat treatment yang lebih baik.

En Wan every week turun bawah tanya berapa bil terkini.
14 hari ni sini bil dah RM9k tidak termasuk doktor punya caj.
Kali ni tak tinggi sangat macam awal-awal masuk dulu.
Kali kedua di sini takde procedure apa-apa. Cuma lepak on bed je.
Tu pasal 14 hari duduk baru RM9k. Hari tu duduk 5 hari je RM12k.


Buang tonsil sahaja RM50k.
Bayar premium bulan-bulan hanya RM150. Anak baru 7 tahun.
Maknanya baru bayar RM12,600, tapi bil hospital cecah RM50k.
Untung ada medical card. Lega tak? Legalah dah tentu.

Sakit memang kita taknak.
Tapi jauh lebih tak nak bila dah sakit, pilihan rawatan pula terhad kerana kita tak mampu. 
Itu lagi buat tambah serabut.
Korang kalau ada anak, semasa dorang tengah sihat ni cepat-cepat buat medical card.
Budak-budak belum dapat critical illness. Polisi senang lulus.
Murah pun murah sebab umur muda lagi jadi premium tak tinggi.
Buatlah. Jangan delay.

 

Cleansing Gel juga akan beubah harganya bermula 8 Jan depan.
Masih sempat untuk penjimatan sedikit kalau beli sekarang. Harga YES 2022.