2022-12-28

Parents will be extra selective dalam hal masa depan anak, especially bab pilih pasangan.


PM ni buatkan aku teringat kisah sendiri, 20 tahun lepas.
Kali pertama aku jumpa En Wan, hari pertama lagi dah bawa jumpa Mak Aji and Pak Aji.
Terus bawak datang rumah.
Keadaan masa tu dingin je, sampai aku terasa asing duduk dalam rumah sendiri.
Dingin sebab masa ni semua ingatkan aku tinggalkan exbf sebab nak kat En Wan.
Aku kan tak bercerita sangat hal aku yang dah lama bermasalah dengan exbf tu.
Waktu En Wan datang rumah, semua pun ada kat hall, tapi takde orang pun nak mula bercakap dengan En Wan.
Mak aku lagi selamba, baca paper. Punyalah nak tunjuk dia tak suka. Agaknyalah.

Kalau aku jadi En Wan dah konfem itulah hari akhir perhubungan kita. Ahgiteww.
Sebab bila mak bapak orang tu macam layan tak layan dengan kita, that is a very loud message already.
Tu kalau aku lah. Tapi En Wan sangat-sangat matang dan memahami lebih dari yang aku sangkakan.
Dia semacam tahu yang family aku mesti susah nak terima dia.
Ye lah, takde angin takde ribut tau-tau dia ada dalam hidup aku.
Yang aku dok bawak ke sana sini, tau-tau tak jadi kawen.
Satu-satunya ahli keluarga yang setuju nau-nau dengan dengan En Wan adalah Ima sebab Ima paling tak suka exbf aku sejak dari mula.

Tapi aku hati kering.
Taknak sembang dengan boifren aku takpeeeee, aku boleh je cakap berdua je dengan En Wan as if kami je ada kat hall tu.
Aku kalau dah activate aku punya "buat bodo", memang kaw-kaw aku bagi.
Silap-silap bernanah karang dengar aku sembang berdua. Kahkahkah.

Masa tu pulak bulan puasa.
Kalau tak puasa boleh aku keluar berjalan dengan En Wan.
Tapi sebab puasa, aku prefer lepak kat rumah je.
Lagipun baru first time jumpa En Wan, lebih baik jumpa kat rumah.
Mana la tau kot-kot dah kenal aku depan-depan sekali dia tak berkenan, takde la kejadian aku kena tinggal kat tepi jalan balik sendiri. Mbahahahaha.

Lama juga tempoh Mak Aji nak accept En Wan.
Pernah satu malam tu, En Wan call dari Japan, kitorang bersembang sejam lebih.
Bincang whether to proceed or not dengan relation ni.
Aku ajak dia lari "Kita lari, jom?".
Pastu En Wan kata "Tak boleh, Di. Kita ada mak bapak. Tak boleh buat macam tu".
Statement En Wan buatkan aku yakin he's the one sebab dia nak halalkan aku secara baik, mengikut adat.
Tapi ketika tu aku tak tau macamana nak yakinkan mak bapak aku yang En Wan tak macam yang dorang bayangkan.

Aku rasa ketakutan Mak Aji ni sama macam ketakutan mak kepada follower kat atas.
Follower tu kata mak dia tak suka sebab calon suami kakaknya duda anak dua.
Mak aku pulak tak suka En Wan sebab En Wan ada point-point seorang lelaki liar. Gitu.
Study overseas, bawak kereta sport, gaya ranggi masa tu dengan gelang dan rantai taring rimau 😆.
Lagilah mak aku tak berkenan.
Dia anggap En Wan budak yang sosial, entah-entah main perempuan minum todi segala kat Jepun.
Biasalah, mak-mak. Imaginasi tak terjangkau.

Tapi takpe, kita redah dulu.
Masa ajak En Wan lari, time tu aku dah in a state of giving up.
Takde jalan lain.
Lagipun aku dalam keadaan terdesak sebab exbf aku masih mengacau.
Aku perlukan something yang strong untuk buatkan dia give up.
Jalan paling senang adalah mak bapak aku harus bersetuju yang En Wan adalah pilihan keluarga.
Bila ini tak dapat, aku punya last resort adalah JOM KITA KAWEN LARI.
Penangan banyak tengok cerita Hindustan ginilah 😆.

Tapi En Wan sangat gentle.
Dia ada history ahli keluarga kawen tanpa restu mak bapak, sebab itulah macamana sekalipun En Wan usahakan dapat restu mak bapak aku dulu.
Antara usahanya, dia rajin email Mak Aji.
Aku tak sure mak aku reply ke tak, tapi dia selalu email, bertanya khabar, bercerita apa dia buat kat Jepun sambil-sambil hint nak bertunang.
Pandai gak beliau kona lipat. Sekali jalan.

Kali pertama aku jumpa En Wan, mak bapak aku tak suka.
Lepas tu En Wan balik semula ke Jepun.
Kali kedua dia balik Malaysia, kitorang terus bertunang.
Maknanya, dalam tempoh 7 bulan, En Wan berjaya ambil hati Mak Aji hanya melalui emails and phone calls.
Aku tak taulah apa dia jampi mak aku, tapi second time dia balik, kitorang bertunang.
Masa aku balik nak bertunang tu dah bersusun barang hantaran sampai 13 dulang.
Semua Mak Aji prepare sendiri.
Beria dia menggentel bunga rampailah, gam kotak hantaranlah, tempah kek sampai 3 oi! Konfius aku.
Dulu punyalah tak suka. Sekali dah suka, 13 dulang dia siapkan.

So apa yang boleh aku cakap kat sini, kalau kita dah tau mak bapak tu tak suka, usahalah lebih.
Dapat tak dapat lain cerita, janji usaha dulu.
Selagi kau tak kena ludah dengan mak bapak orang tu, berusahalah terus.
Masih ada chance lagi tu.
Kalau dah sampai kena ludah, ok back off. Cari orang lain.
Kadang-kadang punca mak bapak tak suka bukan kerana tak suka kita as a person, tapi kerana masing-masing ada bad experience dengan orang lain.
Maybe kita resembles that person? Siapa tahu kan.
Maka kalau nak, kena sungguh-sungguh yakinkan mak bapak.

Perkahwinan adalah one of the most historic moments in everyone's life.
Oleh itu, penting juga menjadi selektif dalam memilih pasangan.
Bukan sekadar win his/her heart, tapi juga hati keluarga dan kawan-kawannya.
Selalunya, bab nak dapatkan restu orang tua ni yang payah sikit.
Perbezaan backgrounds, incompatibility sikap, kebiasaan yang tak terbiasakan, taraf pendidikan - semua ni mainkan peranan.
Sebab tu ada petatah "enggang sana enggang, pipit sama pipit".
Sekufu lebih senang. Kalau tak, kena extra effort sikitlah.

Kalau dah nampak mak bapak ada hawa-hawa tak suka pilihan kita, tenang-tenang je. Jangan melawan.
Bersikap tenang adalah senjata yang paling kuat untuk senyapkan kontroversi dan pertelingkahan.
Bagi dulu dorang lepaskan rasa kecewa dan marah, kendian nanti bila keadaan dah ok, slowly bagitau kenapa kita pilih dia sebagai pasangan.
Dalam keadaan tenang, sambil-sambil bagitau kelebihan pasangan, insyallah mak bapak akan nampak kita dah cukup dewasa dan rasional untuk berfikir dengan teliti.
Dorang boleh nampak yang kita memilih bukan kerana perasaan cinta semata-mata.
Tak mustahil sikap ini boleh buat hati mak bapak cair.
Waktu tu nanti mak bapak akan mula faham bahawa anak mereka adalah manusia yang matang yang keputusannya perlu dihormati. Insyallah.

Budak ni kata bila parents pakwenya suruh dia basuh pinggan, terus dia tawar hati.
To some people, disuruh basuh pinggan adalah suatu threat.
To some people yang lain, itu peluang untuk bermesra dan mengenal hati budi bakal mertua.
Boleh jadi "suruhan" membasuh pinggan adalah biasa saja dalam keluaga si lelaki.
Boleh jadi juga, parents lelaki nak tengok si perempuan boleh buat kerja dapur ke tak, atau sama ada berkira kederat tenaga, atau boleh bercampur orang ke tak.
Tetapi pada si perempuan yang mungkin tidak dibiasakan dengan kerja-kerja di dapur, disuruh membasuh pinggan adalah signal bahawa dia tidak diterima dalam keluarga tu. Boleh jadi, kan?
Maka jalan paling mudah, cabut awal sementara kasih masih belum mendalam.

[wow! puitisnya bahasa aku]

En Wan dulu pun terkibai-kibai nak buat kerja kat rumah Mak Aji.
Sebab dia lahir atas dulang berisi duit.
Maid rumah dia saja sampai 3.
En Wan ada maid khusus untuk jaga dia sorang.
Aku pernah jumpa ex-maid En Wan, namanya Kak Mek.
Kemain peluk-peluk kalau jumpa En Wan.
Takpe, aku izinkan mereka bermesra.

Ambil masa juga untuk En Wan sesuaikan diri dengan keluarga aku yang memang biasa kerahan tenaga.
Semua benda buat sendiri.
Potong rumput sendiri. Cat rumah sendiri. Cat pagar sendiri. Kemas rumah dah tentulah sendiri.
Dia pelik apesal family aku breakfast awal sangat pukul 7.30 pagi hari cuti.
Pukul 7 pagi dah macam-macam bunyi kat dapur menyiapkan sarapan.
Dia tak tahu bini dia takde chan nak bangun lewat zaman anak dara.
Boleh terangkat bumbung rumah tu dengan pekikan Mak Aji karang.
Aku belajar bangun lambat sejak kawen dengan En Wan.
Heaven rupanya bangun lambat golek-golek atas katil di hujung minggu. Hahahaha.

Tapi sekarang En Wan dah boleh diharap.
Kalau bab pendawaian letrik, mendeko dinding dan tingkap rumah mak aku tu, boleh sangat dah harap kat En Wan.
Yang paling mak bapak aku suka adalah berjalan dengan En Wan. Oiii menjadik tu!
Mak aku kalau aku ajak jalan-jalan ke utara ke, ke luar negara ke, dia seronok ikut bukan sebab ada aku tau tapi sebab ada En Wan.
Aku takleh diharap katanya.
Kalau En Wan dia yakin sikit sebab En Wan kuat berjalan.
Aku jenis memerap, buang masa.
Masa pi Ho Chi Minh dulu, dah balik dari berjalan dah kepenatan aku kat bilik.
Sekali nampak En Wan siap-siap.
Pastu dia call bilik mak aku "Ma, Wan nak gi Pasar Ben Thanh cari barang. Mama nak ikut?"
Mak aku join kau tau! Aku macam...tak penat-penat ke dorang ni?
Patutnya aku bagi dorang berdua je pi Ho Chi Minh, aku duduk rumah tenang-tenang.

Mana-mana parents will be extra selective dalam hal masa depan anak, especially bab pilih pasangan.
Malah, dorang tend to tetapkan kriteria menantu lebih hebat dari achievement dorang sendiri.
Contohnya, kalau boleh nak menantu yang berkerjaya stabil.
Walaupun katanya "Tak kisahlah kerja apa janji kerja", tapi di sudut hati biarlah menantu tu kerja yang gajinya sedap sikit.
Bukan apa, kalau kewangan stabil, kurang sikit masalah rumahtangga.
Lagi satu, kalau boleh calon menantu biarlah yang beragama katanya.
Tak jadi imam pun takpe, yang penting solat 5 waktu jangan tinggal.
Tapi kalau boleh lead bacaan doa selamat lagi bagus. Gituuuu.
Cuba kau try bawak pak imam umur 65 tahun jadi calon suami, mungkin mereka gembira. Kahkahkah.

Mak bapak cuma tak nak anaknya susah, nak anak menantu hidup bahagia.
Itulah reason yang buatkan parents risau kalau dapat pasangan yang salah.
Tugas kita explain to them that your calon is the one who is the most capable of making your dreams come true.
Tak perlu mengada-adakan cerita si boifren dah beli rumah, atau si girlfren ada bisnes yang simpanannya ratusan ribu.
Jangan cuba-cuba nak tipu mak bapak sebab dorang akan selalu ingat apa yang kita cerita tentang pasangan kita.
Nanti kalau mak bapak dapat tau bakal menantu belum ada rumah sendiri or tak ada simpanan sebanyak yang dikata, masa tu nanti mereka jadi anti pada pasangan kita dan menganggap pasangan kita tak boleh dipercayai.
Jadi, jangan nak create storyline yang merepek.
Your partner's good qualities are enough to impress your parents.

Tahun pertama aku kawen, kitorang beraya kat Tganu.
Selalunya raya pertama selepas kawen mesti rumah perempuan, kan?
Tapi sebab En Wan dah 2 tahun tak balik beraya kat Malaysia, kitorang setuju beraya kat Tganu.
Pagi raya aku bangun awal, 5 pagi dah bangun sebab memang dah biasa bangun awal pagi raya nak tolong masak macam-macam.
Tapi, pagi raya tu rumah mok masih sunyi. Gelap lagi. Aku dah siap mandi.
Terjenguk-jenguk aku dari tangga, apesal bawah (hall) ni gelap?
Sekali mok tegur.

"Eh? Diana nak gi mana? Bakpe awal sangat bangun?"

Aku tanya "Dah pukul 5 pagi, mok. Kita taknak masak apa-apa ke?"

Mok balas "Nok masok mende. Nasi dagang je. Kejap je masak"

Itulah raya pertama aku tanpa ketupat rendah dan lodeh serta sambal sotong.
Patutlah semua pun tido lagi, rupanya lauk raya nasi dagang je.
Tapi dorang ada order satey, order ketupat palas, order lauk-pauk lain.
Masa tu aku macam "Oh, gini rupanya dorang sambut raya. Semua order".
Kalau aku kat Bangi, pecah peluh pagi-pagi buta menumis, memasak, menggoreng, membakor.
Mujurlah CT tu jenis memang pandai kerja dapur.
Takdelah dia culture shock masuk keluarga kitorang.
Lagi terer dia memasak dari aku.
Eh, aku penah pandai masak ke? Kahkahkah.

By the way...stok ini menyusut. Tapi new stok akan sampai sebelum 6 Jan.
Memandangkan YES 2022 berakhir 7 Jan, sesiapa nak pre-order, silakan whatsapp SINI.