2022-08-29

Dapat je gaji, benda pertama kena settlekan adalah hutang.

Status FB aku pagi-pagi ni. Sementara nak tunggu Subuh check FB nampak post ni dulu.
Tentang member pinjam duit lepas tu meruyup.
Aku rasa tiap-tiap tahun aku blog about this issue.
Sebab setiap tahun akan ada cerita-cerita member pinjam duit lepas tu bertukar jadi halimunan.
Memang trend ni takkan pernah habis kot.
Dari zaman bapak aku kena kelepet dengan "member sekolah", sampai ke aku, sampai lah ke generasi seterusnya agaknya isu ni takkan habis.

One thing yang aku always perasan, yang buat kerja hutang kemudian senyap ni bukannya kawan baik.
10 tahun sekali baru nampak muka, 20 tahun sekali tiba-tiba muncul buat-buat mesra.
Tak lama lepas tu meminjam. Lepas tu hilang.
Yang baca blog aku selama bertahun-tahun pun buat-buat macam kenap rapat padahal aku tak cam pun muka dia kalau berselisih.
Macam dalam post aku share tu, "kawan" tu menagih nak meminjam macamkan si penulis ni berhutang pulak dengan dia.
Padahal tak janji nak bagi pinjam pun tapi dia punya mendesak tu macamkan kita pulak yang berhutang dengan dia.

Aku kan kalau orang tu nak pinjam setakat RM30-RM50, aku boleh anggap dia memang dalam keadaan emergency dan insyallah akan bayar balik.
Tapi yang sedap anak tekak mintak sampai RM500, RM1000, RM2000 ni.
Dulu aku baik jugaklah hulur.
Tapi lepas aku jadi bijak, sorry lah.
Memang payah nak jumpa jenis yang meminjam banyak ni nak pulangkan balik.
Tahu-tahu je kan, up gambar buat birthday party anak, pegi holiday.
Yang paling tak boleh blah, soap up video bagi duit raya kat anak-anak sedara.
Nak buktikan apa tak tahulah.
Nak buktikan banyak duit? Pemurah? Content semata.

Bila kita tak nak bagi pinjam eh kata kita jahat pulak.
Kita tak nak tolonglah, kita berlagaklah, siap kata "kau walau kaya tapi tak berkat sebab Allah tak gerakkan hati kau tolong orang susah".
Lah?? Dia ingat kalau tak tolong dia bermakna kita tak tolong siapa-siapa lah?
Halah halahhhh. Yang kau pulak manjang meminjam ni tak pikir ke kot ada yang tak berkat kerja kau tu?

Tapi tu lah, yang rajin dan berani meminjam ni, selalunya bukan dari kalangan yang rapat.
Walaupun ada ikatan keluarga, dia adalah orang yang jauh.
Yang setahun sekali je berjumpa itupun masa raya.
Itupun sebab masih ada kampung.
Bila kampung dah takde, dah tak berjumpa, lagilahhhh jauh.
Tapi bila nak meminjam dan-dan mengaku kita sedara.
Tahu pulak nak cari sedara.
Selama ni sedara tertonggok ada kau bertanya khabar pun tak.
Bila nak minjam baru nampak aku ni sedara?

Yang kenalan-kawan pun sama. Bukannya rapat pun.
10 tahun sekali baru berhai-hoi. Itupun kat FB.
Yang 5 tahun sekali baru nampak dia komen kat FB kita.
Yang ni lagi bahaya.
Selama ni dia ada je dalam list tapi tak pernah munculkan diri.
Tup tup rajin pulak komen, rajin PM.
Yang ni kau jaga-jaga.
Tak lama lepas tu mesti nak meminjam.
Dia dah plan baik dah.
Mula-mula biar ada kemesraan gitu.
Dah mesra susah kita nak tolak permintaan dia.
Perasan dah jadi kawan rapat sangatlah dengan setakat 10 kali komen tu.

Aku tak pernah mintak duit yang dah pinjamkan balik, kecuali aku menyampah dengan tindak-tanduk si peminjam.
Contoh, up beli itu ini.
Tak, bukan tak boleh bercerita kita beli itu ini di media sosial.
Aku pun masih berhutang dengan bank loan rumah.
Bezanya, aku bayar hutang.
Jadi, kalau aku nak up apa yang aku spent pun bank tak marah.
Sebab walaupun hutang aku masih berbaki, tapi aku tetap bayar ikut jadual.
Yang kau ni, bayar pun tak!
Tapi bukan main dia punya bercerita.
Lepas tu kejap-kejap up status "Biarlah orang dengki kat kita, asalkan kita tak buat orang".
Tahikkk. Takde siapa nak dengki kau. Menyampah lagi ada.
Yang paling sardin, buat status acah-acah berjaya - "Kenapa ya, bila kita maju sikit, orang tak suka?".
Halah halahhh feelingnya.
Orang bukan tak suka kau berjaya.
Orang bengang bila kau asal ada duit je lupa diri.
Hutang tak bayar tapi bajet berjaya.

Selalunya yang meminjam ni aku peratikan je perangainya.
Aku takkan mintak.
Bukan sebab aku tak perlukan balik the money.
Kalau dia bayar, alhamdulillah.
Kalau dia tak bayar, aku anggap harsh lesson untuk aku.
Sebab aku tahu kalau orang tu nak bayar, dia akan bayar.
Kalau dia ada plan untuk bayar, dia sendiri akan cari kita untuk bagitau jadual pembayaran.
Tapi, payah nak jumpa orang macam ni.
Jenis yang tahu-tahu je muncul dalam hidup kita untuk meminjam, dia TAK ADA plan untuk bayar balik.
Dia memang dari awal plan untuk mengkelepet duit kita.
Lagi 1-2 tahun dia datang balik nak minjam.
Nanti dia buatlah ayat "Aku tahu duit kau aku belum bayar lagi, tapi aku dah takde siapa nak tolong".
Oh, rupanya ingat ada hutang lama.
Selama 1-2 tahun ni takkan takde ketepikan sikit duit untuk bayar hutang kita.
Kalau sebulan bayar RM50 pun setahun dah RM600 settle.

Bayar hutang ni kalau nak bayar selepuk nilai yang kita pinjam, memang sakit.
Sebab tu ada konsep installment.
Beli kereta selepuk bayar RM300K, sakit.
Tapi kalau bayar tiap-tiap bulan RM3K, lega.
Tahu-tahu je nanti dah habis.

Same goes tu menabung. Nak menabung sebulan RM600, sakit.
Tapi kalau setiap hari ketepikan RM20, kurang bebannya.
Malah tak berasa lansung.

Dah tahu kita ni jenis pantang nampak duit banyak, transfer je terus RM50 sebulan kat pemiutang.
Dapat gaji, terus transfer RM50.
Duit kalau masih di tangan, memang terasa banyak benda nak dibuat dengan duit tu.
Tapi kalau dah takde kat tangan, tahulah kita manage apa nak dibuat dengan balance yang tinggal.
Sebab tu, dapat je gaji, benda pertama kena settlekan adalah hutang.
Loan rumah, kereta, PTPTN, bills.
Kalau ada hutang dengan kawan, masukkan sekali.
Bukannya hutang kawan tu kau letak paling last.
Tapi ye lah, orang-orang bijak je yang faham ni.
Yang bengap memang takkan pernah faham.
Silap-silap kita dikatanya "TAK MEMAHAMI".
Gasak kau situ.