2022-08-17

Connection between music and memories ni sangat powerful.



Dah seminggu Olivia Newton John passed away.
Lagu-lagu dia ada 2-3 buah dalam playlist aku.
Around year 2006 aku start simpan lagu-lagu dalam bentuk mp3.
Lagu Olivia ada dalam list aku sejak itu, sampai sekarang.
Rasanya blog readers tahu aku jarang dengar radio.
Memang telinga aku melayan lagu-lagu lama.
Bila hari-hari kau dengar lagu-lagu ni bertahun-tahun dari zaman mudah hingga ke tua, semacam satu lost bila Olivia mati.
Macam ada memori yang hilang.
Padahal aku bukanlah follow sangat Olivia ni, sekadar minat beberapa lagu.
So, boleh imagine betapa lostnya aku bila Leslie and Wong Ka Kui mati.
Sebab dua-dua ni aku bukan saja dengar lagu-lagunya, tapi minat sejak remaja.

Bila umur dah 45 tahun ni, lepas sorang, sorang penyanyi yang jadi sebahagian dari memori zaman remaja, meninggal dunia.
Terasa satu satu kenangan lama ditarik.
Agaknya inilah perasaan orang-orang tua yang umur 70-80 tahun bila satu satu ahli keluarga dan kawan-kawan meninggal.
Terasa kembali asing sebab orang-orang yang familiar semua dah takde. Yang tinggal adalah orang-orang yang bukan sezaman.
Aku ni pun kalau sesekali terdengar lagu-lagu terkini yang Rayyan and Redza pasang, aku jadi lost.
Tak familiar lansung aku dengan dunia tu.
Lagu-lagu dalam kereta aku and En Wan adalah dari playlist aku.
Maknanya anak-anak aku dah biasa dengar lagu Francisca Peter, Jamal, Broery, Fauziah Latiff, JayJay, dan tak lupa lagu-lagu cina aku.
One day bila aku dah mati, sesekali dorang terdengar lagu-lagu tu sure teringat zaman kecik terpaksa hadap sepanjang perjalanan dengan lagu-lagu oldskool ni.

Yang buatkan aku melayan Olivia Newton John, Engelbert Humperdinck, Carpenters, Tom Jones, Broery, Sharifah Aini, Noor Kumalasari, Tetty Kadi - semuanya sebab masa kecik dulu bapak aku layan lagu-lagu ni.
Padahal zaman tu dah ada penyanyi-penyanyi baru.
Tapi disebabkan dah biasa dengar, sampai sekarang lagu-lagu ni ada dalam simpanan.
Kadang tu it's not because lagu tu sedap sangat, tapi kerana memori yang dibawa bersama.

Connection between music and memories ni sangat powerful.
Nak-nak lagi lagu zaman dulu yang lirik dan melodinya strong.
Aku dengar "Lagu Dari Kamar" by Noorkumalasari sambil driving pun boleh nangis.
Padahal lagu tu takde kena-mengena lansung dengan hidup aku tapi kenangan aku mencari note lagu tu guna rekorder sambil duduk tepi tembok rumah arwah nenek kat Tampin.
That kenangan yang buatkan aku nangis.

Contohnya, lagu raya Anuar Zain and Ellina.
Yang ni setiap kali raya memang mengundang memori kena buat show depan akak-akak senior.
1-2 tahun selepas quit, lagu ni mengundang troma juga.
Lama-kelamaan dah jadi punca aku senyum sorang-sorang.
Rasa sampai ke mati aku akan ingat memori kena ragging setiap kali dengar lagu ni.

Lagi satu, lagu Belinda Carlisle.
Pertama kali aku dengar lagu dia adalah masa kat TKC.
Budak-budak dorm aku boleh tahan ramai yang have-have.
Umur 13 dah ada mini compo and walkman. Dengar lagu omputih.
Aku masa tu masih stuck dengan lagu Tika dan Saat Ini Medicine 😆.
Tiap kali balik kelas, dia akan pasang lagu Belinda Carlisle.
Maka now setiap kali aku dengar lagu tu, teringatlah memori di TKC.

Aku takde masalah nak layan lagu-lagu terkini tapi kecenderungan aku masih lagi kat lagu-lagu lama.
Lagu-lagu terkini kalau dengar pun sekali lalu.
Maybe itulah punca aku dah tak berapa melayan program muzik kat TV termasuklah AJL.
Kalau dulu AJL ni takleh miss. Semua lagu yang bertanding aku tahu.
Now, tengok pun malas sebab usia sekarang dah tak berapa boleh get along dengan rentak terkini.
Rasanya ini jugalah yang mak bapak aku rasa masa KRU and 4U2C masuk industri dulu.
Mak Aji dengar lagu KRU "Lagu apa ni? Terkinja-kinja tak tahu hujung pangkal". Hahahaha.
Tapi aku dari dulu lagi takleh masuk lagu-lagu 4U2C.
Kalau KRU and Feminin tu tahan lagilah.

Lagu zaman dulu melodinya menenangkan jiwa dan lirik pun jelas.
Tak caya kau dengar lagu ni.


Lagu sedap, lirik pun jelas. Sekali dengar dah faham.
Kalau nak tau lagu tu tenang ke tak, cuba kau layan tengah-tengah malam.
Kalau rasa tenang, maknanya lagu tu memang kategori mendamaikan jiwa.
Tak banyak lagu-lagu macam tu sekarang.
Zaman dulu melodi macam ni sangat banyak sampai tak tau nak dengar mana satu.
Lagu sedap tu terlampau banyak.
Kau boleh tengok sekarang kalau pi karoke orang nyanyi lagu apa.
Ada orang nyanyi lagu rap? Takde.
Orang tetap cari lagu-lagu lama.
Itu maknanya melodi dulu lebih bertahan lama.

Ada orang pernah kata, orang yang suka dengar lagu-lama lama ni ada kenangan yang dia tak boleh lupa.
Betul juga. Itu lojiklah sebab semakin banyak umur, semakin banyak kenangan yang dah dicipta.
Dah tentu banyak lagu-lagu yang mengingatkan aku dengan kenangan-kenangan tu.
Tapi dalam kes aku yang sejak dari zaman muda stuck dengan lagu oldies, maybe kehidupan aku zaman kecil sebenarnya menyeronokkan.
Walaupun dalam keadaan serba kurang, aku happy.
Walaupun mak aji kadangkala bertukar menjadi singa jadian, tapi tak ada kenangan yang memeritkan yang buatkan aku troma. Takde.
Kalau diberi peluang memilih, aku pilih zaman aku kecil dulu.
Zaman hidup betul-betul hanya dengan keperluan, bukan kehendak.
Make full use and be creative dengan yang ada.
Bukti bahawa bahagia itu bukan pada duit, bukan pada harta, bukan pada populariti.
Duit, harta, nama, gelaran cuma habuan dunia digunakan untuk tujuan mudahkan hidup. Bukan tujuan cari bahagia.

Zaman kecil, kehidupan serba seadanya.
Expectation tak tinggi. Dan harapan orang pada aku pun tak tinggi.
Kewujudan aku tak penting.
Sometimes, diambil kesempatan sebab aku bukan siapa-siapa.
Dulu aku sedih dengan keadaan tu.
Diam-diam aku simpan angan-angan one day aku nak keluar dari keadaan 'seadanya' ni.
Aku nak ada lebih. Sebab itu saja jalan nak bagi orang respect aku.
Now, aku happy dah keluar dari keadaan tu.
Dapat provide anak-anak dengan kehidupan yang aku tak pernah ada semasa umur dorang sekarang.
Tapi, aku realized sebenarnya keadaan 'seadanya' itulah yang ajar aku untuk jadi sabar, redha, belajar hidup sederhana, belajar rendah diri, dan belajar sedar diri.