2022-08-15

Anak-anak seperti aku dulu tak faham apa yang ada dalam fikiran ibubapa.

Viral dah kes budak MRSM Kuantan tu pagi ni - report polis mengatakan tak ada unsur gangsterism.
Tak pula dinyatakan apa puncanya, tapi ramai yang mengagak KEMUNGKINAN dicetus oleh pelajar itu sendiri.
Yang tak best tu bila jadi gini, mulalah orang mengecam parentsnya (mak).
Konon mak bapak yang paksa budak tu masuk MRSM.
Konon mak bapak nak kerja senang tak nak monitor anak-anak belajar.
Halah halahhhh, yang nak kerja senang tu kau kot.
Sebab tu anak kau tak dapat, sebab kau yang ada ciri-ciri tu 🙄.

Ok, aku tak surelah apa yang sebenarnya terjadi dari kes budak tu.
Tapi aku dapat rasakan kekecewaan parentsnya.
Sebab aku pun ada pengalaman buat perangai gini masa nak keluar dari TKC dulu.
Tapi belum sampai ke tahap buat kes besar-besaranlah, setakat percubaan men-fly di waktu orang lain sedang bersahur. Tu pun tak berjaya.

As remaja (ketika itu), aku tahu keupayaan aku kat mana.
Aku tahu aku boleh belajar sendiri dengan bahan bantuan yang terhad.
Aku lebih suka belajar sendiri.
Reason terbesar aku mati-mati nak quit dari TKC dulu adalah kerana aku tak boleh ikuti pembelajaran style macam tu.
Aku tak suka belajar berjadual.
I mean bangun sekian-sekian waktu, belajar sekian-sekian waktu, petang prep, malam prep - jadual ini bagus tapi bukan untuk aku.

Tapi aku faham kenapa mak bapak aku nak sangat aku stay.
Yang pertama, peluang.
Tahun 80an, kemasukan pelajar ke SBP selepas UPSR bukan dari permohonan.
KPM yang select berdasarkan result UPSR.
Bermakna, yang terpilih memang benar-benar layak dari sudut akademik.
Bila aku dapat ke sekolah SBP premier, dah tentulah mak bapak aku taknak aku lepaskan peluang tu sebab bukan semua orang boleh dapat peluang.
Nak-nak lagi orang macam kitorang yang tahap B40.
Siapa nak layan kalau aku mohon? Takde.
Bila dah terpilih, patutnya pergilah.
Mungkin itulah hasrat mak bapak aku.

Yang kedua, perbelanjaan.
Belanja sekolah makin lama makin besar.
Bebanan belajar juga meningkat.
Nak hantar tusyen mak bapak aku kurang berkemampuan.
Nak mengajar and guide di rumah lagilah tak pandai mana.
Pada pandangan dorang, kalau aku stay di asrama, lebih terurus bab pembelajaran sebab berada di environment yang fokus pada pelajaran. Ada guru dan kawan-kawan yang sama-sama boleh membantu.

Sekolah-sekolah terbaik be it SBP, MRSM atau sekolah harian mesti nak jaga KPI.
Oleh sebab itu dorang pulun habis-habisan drill budak-budaknya untuk excell.
Yang ni kita tak boleh nafikan.
Maka, tak semua mak bapak yang insist anak-anak stay di boarding school adalah mak bapak yang pentingkan diri sendiri.
Kerana pentingkan masa depan anak-anaklah maka mereka mahu anak-anak faham kenapa lebih baik stay di sana.

Cuma tu lah, anak-anak seperti aku dulu tak faham apa yang ada dalam fikiran mak bapak.
Tapi ada hikmahnya aku balik ke rumah.
Sebab 2 tahun selepas tu, Ima pula ke SBP.
Mak Aji hanya ada aku untuk bantu-bantu kerja kat rumah.
Rupanya banyak juga kerja aku.
Hampir tak sempat study dek kerana menguruskan hal-hal rumah.
Nasib aku quit. Kalau tak, stress mak aku buat kerja rumah sorang.
Padahal rumah tu kalau takde aku and Ima ok je. Tak bersepah pun.
Tapi mak aku ni jenis yang rumah sepah ke tak sepah mesti sapu hari-hari, mesti lap hari-hari, atas bawah kena sapu, dapur kena mop hari-hari.
Dia balik kerja dah 4.30pm.
Kalau balik kerja terus mengemas everyday, sure lembik.
Mesti masa tu mak aku dah realized kebaikannya aku quit.
Dalam hati berkata "Nasib baik Diana lari dari asrama".
Itulah pengorbanan seorang Diana, hero yang tak didendang. Gitu.

Memandangkan aku adalah salah sorang pelajar yang pernah cetuskan masalah demi nak keluar dari SBP, aku juga berpendapat parents perlu ambil kira kemampuan anak-anak.
Aku dulu masa kat TKC, hal basuh baju, basuh kasut, menguruskan diri - ini bukan masalah.
Sebab aku dah dibiasakan menggosok baju mak bapak sejak umur 9 tahun.
Dah dibiasakan dengan mengemas rumah.
Basuh kasut tu perkara wajib. Ibal punya kasut pun aku kena basuhkan sekali.
Jangankan kata menyapu, basuh longkang dan mengecat dinding pun biasa buat.
Sebab tu bila akak kat sana ragging aku basuhkan kasut sekolah dan sidaikan baju dia - aku ok.
Aku tak anggap macam kena ragging pun.

Yang aku ada masalah ada pembelajaran.
Aku jenis takde disiplin punya worang.
Jadual belajar pun aku tak pernah salin.
Main call kawan je "Esok belajar apa?".
Cukup 2 minggu aku hafal lah jadual tu.
Jadi, orang seperti ini, apalah yang kau harapkan bila letakkan dia dalam satu jadual pembelajaran yang ketat?
Orang lain jadi makin pandai, aku jadi benak nanti.
Yang patut masuk asrama - En Wan.
Sebab dia duduk rumah pun ada jadual belajar sendiri.
Orang macam ni elok dicampakkan dalam asrama.
Tapi dia pulak waktu tu tak terdedah dengan keperluan masuk boarding school. 
Anak orang have-have katakan.

Redza dulu yang jadi masalah pada dia adalah bab membasuh baju, basuh kasut, gosok baju dan seangkatan dengannya.
Dia memang tak pernah buat lansung kerja-kerja ni.
Dia hanya tahu kemaskan katil je.
Bila dia ke MRSM, satu kejutan untuk dia nak membahagikan masa antara menguruskan diri dengan belajar.
Itu punca dia nak quit.
Tapi Redza buat hal nak quit tu masa tempoh orientasi je.
Lepas tu dia tak merengek lagi.
Rindu-rindu tu biasalah.
Masa orientasi agak tough sebab jadual padat.
Budak-budak ni belum reti nak manage time.
Rest pun kurang sebab aktiviti sampai ke malam.
Tempoh orientasi selalunya budak senang nak quit. Macam aku juga.

Masa aku masuk Maahad Hamidiah (sebelum dapat TKC), aku bertahan seminggu je.
Orientasi habis, aku pun habis. Hahahah.
Pulak tu environment Maahad agak berbeza dari kebiasaan aku.
Pakai tudung bulat, pakai kain dalam, mandi kolah - benda-benda ni buatkan aku stress.
Masa Jannah masuk SHAH hari tu, aku dah pesan kat Ima minggu orientasi selalunya waktu-waktu kritikal.
Mak bapak kena kuat semangat.
Memang anak-anak mudah nak mintak quit waktu ni.
Alhamdulillah, Jannah ok dah kat sana.

Tapi kalaulah betul kes MRSM Kuantan tu anaknya sendiri yang buat perangai, kesian maknya. 
Kesian aku tengok maknya pulak yang kena hencap.
Wahh netizen kalau dapat peluang melampiaskan perasaan bitter, memang cukup suka.
Hari tu awal-awal kes ni viral bukan main lagi kutuk MRSM lah, kutuk cikgu lah, kutuk anak-anak bijak perangai saiko lah, anak-anak bijak takde adab lah apa lah.
Tup-tup bila ada plot twist, dengan dia-dia sekali buat u-turn hencap maknya pulak.

Apa salah maknya? Dia buat apa sampai kena hencap gitu?
Setahu aku dia cuma mencari punca kepada masalah anaknya ketika tu.
Dalam keadaan anak mengadu hari-hari kena macam-macam di sekolah, dia pula jauh, mengharapkan guru dan warden buat sesuatu tapi tak jumpa jalan penyelesaian sedangkan keadaan makin memburuk, ditambah lagi dengan kepala kusut mikirkan keselamatan anak, entahkah tidur entahkan tak - jangan cakap orang. Entah-entah kita pun pilih option viral kalau kena kat anak.
Mana dia nak tahu anak sendiri boleh pergi sejauh tu akalnya?
Anak-anak tu sendiri pun tak sangka kes sampai masuk Buletin Utama agaknya.
Mesti rasa bersalah juga tu. 

Apa-apa pun, kes anak-anak buat perangai kat asrama ni sebenarnya kena pandang dari perspektif yang pelbagai.
Dari sudut pandang si anak, dan dari sudut pandang makbapak.
Jangan cakaplah kalau kita dapat peluang macam tu kita takkan paksa anak stay.
Seboleh mungkin pasti kita pujuk anak untuk stay.
Bukan untuk berbangga tapi kerana kita nak anak grab peluang baik ni yang bukan dapat selalu.
Jangan cakaplah kita takkan buat benda yang sama.
Sebab kita tak berpeluang maka kita kata mak bapak tu nak lepas tangan letak anak kat boarding school.
Esok kalau anak kau dapat peluang, aku nak tengok kau lepaskan tak peluang tu.

Bukan apa, aku dah nampak dah orang pesen gini.
Masa anak-anak orang lain dapat masuk boarding school, bukan main lagi dia kata tak leh berenggang dengan anaklah, nak anak membesar depan mata lah, kesian anak kena uruskan diri lah, bla bla bla.
Bila anak seterusnya dapat boarding school, eh hantar juga. Ingatkan tak nak hantar.
Yang benaunya dulu anak tak dapat. 
Bila anak yang lain dapat, tak pulak dia reject. Eleh, perangai.