2022-05-19

Jannah ke SHAH Pekan.


Terima kasih atas ucapan tahniah kepada Jannah, anak sedara aku yang dapat masuk SHAH Pekan.
Ada yang tanya "Jannah ni ke yang Jane tu?"
Wow, tak sangka aku ada juga yang ingat nama timangan pemberian Malong dia.
Ya, Jannah nilah Jane.
Masa dia lahir aku tanya Ima apa nama anaknya. Dia cakap Nur Jannah.
Panjang sangat aku nak sebut, aku bagi nama Jane.
Biasalah, Malong kan sejenis Aniston.
Nama anak sedara pun biarlah ada tempias gitu juga.

Kitorang gerak asing.
Ima dari JB terus ke Pekan lalu Mersing.
Aku dari sini bawak Mak Aji and Pak Aji sekali.
Pakkal Ibal tak cuti, kalau tak sekampung gerak sekali ke sana. Macam nak hantar orang menikah pulak.
Isnin, pukul 12 tengahari kitorang gerak dari sini.
Pukul 3 sampai exit Gambang sebab hujan selebat-lebatnya kat Karak. Satu macam dia punya lebat.

Just nice sampai sana masing-masing pun belum lunch, En Wan terus stop kat Hijau.
Dah beberapa kali juga kitorang singgah sini.
Tapi ini kali pertama dapat bawak Mak Aji and Pak Aji makan sama.
Pilihan lauk sangat banyak, dari satu hujung ke satu hujung.
Pukul 3 lebih masih dorang replenish nasi baru.
Orang sentiasa ada. Dah pukul 4pm masih ramai yang masuk makan nasi.

Tengah-tengah makan Ima call.
Dia dah sampai Pekan sebab gerak dari Johor akan jumpa Pekan dulu.
Kitorang sama-sama book Ancasa Hotel.
Satu-satunya hotel yang grand di Pekan adalah Ancasa.
Ima dah pergi check in sekali ada hal jadi.
Rupanya sejak semalamnya hotel tu takde aircond. Boleh?
Hanya lobby saja yang ada aircond, bilik semua aircond rosak.
Takkan nak aku berlendir semalaman kot.
Tak ke kalut semua orang sebab dah sampai Pekan tapi hotel ada masalah.
Yang si hotel ni pun satu, patutnya benda dah jadi semalamnya, kau call la guest bagitau hotel ada masalah.
At least bolehlah kitorang book tempat lain.
Ini dah sampai Pekan, dah nak check in baru dia bagitau bilik ada masalah.

Jem kejap kitorang.
Dahlah tengah makan.
Laju-laju gugel cari homestay.
Dah alang-alang semua ada kat sana, kita cari homestay je lah senang.
Tapi nak mencari homestay yang kena dengan syarat seorang Diana, agak menggagau jugalah nak mencari.
Kebanyakan homestay yang kitorang tengok entahlah, lagi cantik rumah arwah nenek aku kot.
Aku dah hampir pasrah.
Ambik je la homestay apa-apa pun sabit nak tido satu malam je.
Nak tido Kuantan macam jauh juga, kesian Ima sebab pendaftaran pukul 9 pagi.
Nak breakfast lagi, nak bersiap lagi, pukul berapa pulak dia nak gerak dari Kuantan tu, kan.

Alhamdulillah, call sana, call sini dapat satu homestay.
Homestay pulak jenis WOW.
Kebetulan pulak takde orang booking hari tu.
Tapi guest baru check out, jadi dia mintak 1 jam setengah untuk panggil cleaner bersihkan.
Sementara nak tunggu dia bersihkan rumah, kitorang lepak kat Murtabak Mengkasar.
Tak jauh mana, depan area homestay ni je.

Padahal baru je lepas makan nasi tak sampai 1 jam, kan?
Bila berjumpa siap order mertabak lagi. Pastu makan lagi.
Aku makan metabak macam belum makan nasi. Kemain bertambah-tambah.

Ini rupa murtabak Mengkasar. Sedap rupanya. Bukan macam murtabak benyek kat pasar malam.
Murtabak Mengkasar ni tebal. Tapi takleh lawan murtabak Singapore lah. Tapi sedap je Mengkasar ni.
Kitorang order sampai 4 plate. Lawan pulak dengan teh tarik. Kem salam diet.

Inilah homestay kitorang.
Rezeki dapat homestay yang ok walaupun last minit booking.
Harganya RM450/malam.
Tak salah aku harganya RM400 je satu malam tapi maybe kitorang book on the same day, dia caj extra sebab nak kena panggil cleaner lain datang kemas. Agaknya lah.
Tapi tak kisahlah sebab berbaloi.

Mula-mula masa masuk kawasan perumahan ni aku macam "Betul ke? Tengok dalam gambar macam tak lojik kat sini rumahnya".
Kawasan perumahan ni perumahan lama.
Bentuk rumah pun boleh tahu lama. Jalan pun sempit je.
Rumah satu tingkat tapi semi-D.
Bila dah sampai depan rumah barulah nampak homestay tu berbeza dengan rumah-rumah lain.
Dia buat mega renovation sampaikan terasa berada dalam kawasan perumahan yang berbeza.

Kereta dia kata muat 2 buah.
Tapi ikut jenis kereta kot.
Kalau MyVi insyallah parking selesa.
Kalau kereta kitorang ni muat-muat je.
Orang belakang nak masuk kena gerakkan kereta ke depan sikit baru boleh bukak pintu.
Tapi takde masalahlah, dua-dua kereta dapat park kat dalam.

Bilik tido ada 3, yang master bedroom katil king size.
Ima anak-beranak muat satu katil.
Aku ambik bilik paling last dekat dengan dapur. Mak Aji bilik tengah.
Bilik aku and Mak Aji katilnya sama, jenis yang ada matress kat bawah.
Jadi Rayyan boleh tido bawah.
Redza taknak tido dalam bilik, dia nak tido depan TV. Silakan.

Yang bestnya homestay ni ada pool!
Takde lah budak-budak ni boring sangat.
Lagipun dorang dah tahu akan duduk hotel, siap bawak baju mandi bagai.
Rezeki doranglah ni dapat homestay yang ada pool juga. Rare ni.
Yang bestnya homestay ni, tepi pool dia siap sediakan baju mandi untuk perempuan and lelaki.
Agak-agak kau nak pinjam, sarunglah.
Siap ada shower lagi kat tepi pool untuk bilas badan.
Dia punya lawn ada disediakan tempat untuk buat BBQ.
Lengkap barang-barang BBQ-nya.
Kalau dah tahu nak duduk sini, memang boleh plan buat BBQ.
Ini check in mengejut, tak dapatlah nak guna facilities yang dia provide.

Bilik air ada 2, kedua-duanya ada toilet and shower.
Tapi satu shower ada heater, satu lagi takde.
Tapi takpe sebab dua-dua bilik air cantik seperti bilik air hotel. Maaf lupa ambik gambar.
Tapi aku ni sejenis cerewet dengan bilik air.
Kalau aku cakap bilik air tu ok, maknanya oklah.
Sebab aku piawai bilik air agak tinggi makamnya 😆.

Setiap bilik dia bagi 2 helai towel, maknanya 6 helai.
Kali ni aku bukan saja bawak bantal sendiri tapi comforter and towel sendiri.
Tak tau apesal. Mujurlah bawak towel sendiri, ada jugak towel extra.
Kalau tak, nak pakai 2 helai towel share berempat, konfem lencun.
Kitchen dia terpalinggggg best!
Bukan saja ada periuk kuali pinggan mangkuk lengkap, tapi siap ada beras, tepung gandum, bawang cili - kau boleh buat nasi goreng pagi-pagi.
Teh, kopi, gula semua ada. Coffee maker pun ada.
Memang puas hati lah bayar RM450 satu malam kalau gini jenis homestaynya.

Kalau korang balik beraya bolehlah lepak sini.
Silap-silap tak keluar beraya sebab duduk rumah lagi best 😁.
Netflix ada, wifi ada. Kedai makan pun banyak kat depan tu.
Secret Recipe ada, 7-11 ada, McD pun dalam 3 minit drive je dah sampai.

Plannya malam karang order Grab aje lah sebab malas nak keluar makan.
Rezeki lagiiii, kawan En Wan yang sama-sama belajar kat Jepun datang bawak makanan. Banyak!
Nasi kenduri ayam masak merah.
En Wan kata last jumpa kawan dia ni masa kat UTMKL, sebelum masing-masing fly ke Jepun and terpisah belajar di tempat yang berbeza.
Tak sangka selepas lebih 25 tahun berjumpa di Pekan.
Anak kawan dia ni pun di SHAH juga, tapi Form 2.

Azrul junior En Wan setahun (dia sama umur dengan aku).
Disebabkan junior setahun, jadi Azrul kenal dengan kawan En Wan ni.
Masa Azrul datang kerja kat Jepun, pernah lepak dengan kawan ni.
Tapi masing-masing tak tahu kawan ni duduk Pekan.
Nasib baik ada FB. Connecting people.
Maka hari tu terjadilah mini gathering student Jepun di Pekan.

Dah nampak macam berhidang kat rumah sendiri je.
Sebab pinggan mangkuk lengkap.
Senonoh la sikit nampaknya nak makan ramai-ramai.

Berbapakkan Wan Mohd Ridzuan ginilah. Takde de dia nak cutikan kau dari tusyen.
Ke mana-mana dia angkut laptop. Siap print kertas latihan. Pukul 8 malam kelas tetap bermula.
Kali ni, dengan Jannah join sekali 😁.

Malam-malam lepas makan, dua beranak ni mandi pool.

Hari yang ditunggu telah tiba - hari pendaftaran. Aku yang berdebar lebih.
Maklumlah satu-satunya anak sedara perempuan dalam keluarga. Kira macam anak perempuan akulah ni. Aku pulak yang over ke depan mendahului semua orang ambil tempat duduk 😆.

Atok and Redza lepak luar dewan je, malas nak memenuhkan kat dalam.
Senyum je Redza tengok budak-budak mendaftar. Teringat memori lama la tu.

"Tak sangka Redza dah habis sekolah"

Tu ikut ke Pekan agaknya sebab rindu suasana sekolah.

Proses mendaftar smooth.
Lepas mendaftar, pegi bayar yuran sekolah pulak, lepas tu ke koperasi pilih baju outing, lepas tu taklimat, lepas tu masuk asrama letak barang, last sekali gi tempah baju batik.
Macam skolah Redza baju batik dah ready made, tinggal pilih saiz.
Tapi sekolah ni bagi peluang budak-budak custom ukuran sendiri, jadi parents kena bawa anak-anak pi tailor (yang sekolah dah hire) untuk ukur baju.
Nanti baju dah siap dihantar ke asrama.

Kau tengok siapa yang paling concern dengan Jannah?
Dia pulak yang sibuk berdiri kat meja pendaftaran untuk ambik tahu.
Kesian juga tengok Rayyan.
Selama ni dorang berdua sentiasa online di rumah. Online game sama-sama.
Terpekik-pekik kalau main game.
Yang si Rayyan terpekik kat sini, yang Jannah terpekik dari sana.
Balik je dari sekolah meluru ke PC main game.
Ni takde dah aku tengok.
Elok je balik dari sekolah melepak dalam bilik aku.
Baru kau tau nak cari mak kau, kan.

Elok juga bila Jannah masuk asrama, kurang-kurang Rayyan tahu dia pun mesti usaha untuk masuk asrama.
Dan kalau ada rezeki dia nanti, dia dah at least mentally prepared sebab dah ada 2 contoh dia nampak yang masuk asrama - abang dia and Jannah.

Ambik satu kat perkarangan sekolah, buat kenangan.

Pergi koperasi pun berbondong-bondong semua pergiii. Kecoh gila, kan?
Padahal nak gi beli baju outing je.
Kau nampak warden besar tengah perati tu?
Kau salah pilih saiz cucu dia, siap.

Koperasi ni dekat dengan kantin.
Rayyan excited nampak vending machine.

"Ma, adik sukalah sekolah ni, sebab ada vending machine. Boleh minum macam-macam air"

Tak banyak permintaan dia rupanya.
Cukuplah sekolah ada vending machine.

Suka Rayyan nampak kat dataran perhimpunan ada ruang Public Speaking.
Tu agaknya kalau dapat peluang bercakap kat depan konfem mic tu dia punya sorang.

Kitorang takleh masuk asrama, hanya sorang je boleh naik.
Jadi kitorang tang ramai-ramai ni keluar cari makanan.
Jumpa Warung Pekan Lama. Warung tempat lepak celebriti rupanya ni.
Banyak gambar-gambar orang-orang terkenal makan kat sini termasuk Sultan.
Not bad pilihan makanan banyak.
Kitorang sampai hari tu around 10.30am, masih pagi tapi lauk-pauk dah siap.
Aku makan nasi lemak lauk ikan selar goreng.
Nampak tempting sangat ikan tu.
 
Nasib baik Jannah masuk Pekan. Kalau tak Malong tak tahu ada kedai makan best kat sini.
Malong apa-apa hal pun makan jugak yang kena best.

Lepas makan, pusing-pusing kejap town nak tengok apa ada.
Nak tengok esok Jannah kalau nak beli barang kat supermarket mana, kalau dia outing esok ada tempat makan apa lagi selain McD, jauh ke tak dia nak ke pekan. Tu semua seorang Malong kena ambik tahu, ya.

Sebelum orang tanya, ni nama homestay ni. Silakan google dan buat booking.

Semoga Jannah selesa dan happy di SHAH.
 Insyallah bila-bila Malong balik Tganu boleh kona kejap masuk SHAH jumpa Jannah.

Gambar ni diambil masa Jannah balik kejap homestay selepas ukur baju. 
Lunch semua kat rumah dulu. 
Kitorang kena check out 2pm, just nice lah sebab Jannah pun kena dihantar balik ke sekolah by 2pm. 
Program orientasi bermula awal, sekolah taknak tunggu sampai 6 pm. 
Selalunya kan last mak bapak boleh berada dalam kawasan sekolah 6pm.
Aku hantar sampai porch ni je. 
Aku takut aku yang merembes. 

Dari DM dan PM yang aku terima setakat ada 4 orang blog readers yang anaknya di SHAH juga. 
Alhamdulillah, bolehlah tengok-tengokkan Jannah, ya.
Cikgu SHAH ada tak kat sini?
Malong nak mengaktifkan CCTV di SHAH pula. 

Weh jangan tak tahu, masa pendaftaran pagi tu Palong dia yang dah bergenang airmata. 
Mujur takde anak perempuan. 
Kalau ada, aku rasa dia bercamping dalam kawasan sekolah.

Aku pesan kat Ima "Kau jangan merembes tau. Kau kena kering hati sikit masa nak balik nanti"
Ima cakap memang dia sedut segala tangisan biar muka rileks. 
Bukan apa, aku dah ada pengalaman ni, masa nak tinggalkan Redza dulu, dari awal pagi lagi aku dah sedut segala airmata. 
Strepsil tu berbijik-bijik aku telan demi nak distract dari menangis. 
Sampai ke sudah aku berjaya tahan air mata.
Tapi bapaknya penyepoil. 
Da merembes masa peluk anak dia, dah tak tentu arah aku palingkan muka aku nak kesat air mata taknak kasi Redza nampak. 
Tapi naik je flight, berjurai airmata aku turun.
 
Yang sebenarnya, bila anak-anak masuk asrama, ujian tu bukan saja kat anak tapi mak bapak juga. 
Silap-silap anak tak apa-apa, mak bapak yang homesick. 
Alhamdulillah, Redza dah habis di Langkawi, aku pass baton pada Ima pula. 
Selamat ukur jalan JB-Pekan.