2021-12-22

Kuasa video viral


Kesian pulak aku tengok dak Hanafi kena viral.
Bukan sedihkan apa, sedih mengenangkan macamana dia nak kerja.
Nak menghadapi kawan-kawan.
Dia pun mesti macam kita, ada whatsapp group komuniti setempat, ada whatsapp group kawan skolah, kawan U, kawan sekerja.
Bukan sipi-sipi kelibat dia dalam video tu.
Clear sangat-sangat muka dia dalam tu oii.

Bukan nak mem-back-up.
Aku taknak bercakap soal perbuatan jahat dia, tapi nak cakap impak dari viral tu.
Kerana, privacy and viral videos don’t really go together.
Biasanya, video viral can go up to 1 million viewers.
Nak pulak video isteri kantoikan suami macam tu. Lagi boleh pergi jauh.
Silap-silap sampai negara seberang.

Bila video goes viral, orang ramai akan start bercakap.
Dalam group whatsapp kita sendiri pun ramai yang open table hal tu.
Padahal tak kenal pun.
Tak cukup kat group, discuss pulak over lunch.
Kadang kita tengah makan boleh dengar meja belakang sembang pasal video viral.
Viral videos don’t just spread through shares — word of mouth still goes a long way.

Tu yang aku cakap dengan En Wan 2 hari lepas, aku risau impak video tu untuk future ketiga-tiganya.
Again, aku tak nak bercakap pasal salah, tapi the aftermath.
Manusia nak bertaubat bila-bila masa je.
Semalam pakai skirt belah sampai nampak alur pantat, esok dah bertudung litup.
Hidayah tu sampai sekelip mata tapi mulut orang akan terus bercakap sampai bila-bila.
Yang terkesan secara lansung dah sah-sahlah malu.
Yang tak kena secara lansung seperti mak bapak dan anak - hat ni yang sedih.

Yang buat kerja jahat anak.
Entah bapaknya orang surau.
Entah maknya dihormati orang kampung.
Tu belum cerita abang kakak.
Abang kakak ada kerja.
Entah orang ofis kenal yang viral tu adik-beradik dia.
Mana nak letak muka?
Anak, lagi kesian.
Anak-anak ni membesar kejap je.
Esok lusa tau-tau dah skolah.
Gugel-gugel eh jumpa muka bapak kau.
Bapak kau pernah kantoi eh dulu?
Maka startlah mental abuse and bully at school.

Viral videos ni lain dari tulisan.
Kalau tulisan, impaknya tak bertahan lama.
Nak pulak kalau tanpa gambar, lagilah orang banyak sekali lalu je.
Kalau bertahan pun tak lama mana sebab takde 'selling factor'.
Tapi videos have the power to ruin someone’s life and reputation.
Kita dah tengok banyak kisah-kisah tentang video viral yang impaknya termasuklah depression, severe anxiety, and even suicide.
Public shaming jangan cakaplah.
Itupun dah cukup berat nak tanggung.
Teringat kes budak perempuan orang Perlis yang mati kat kondo.
Yang katanya mati sebab buat sex.
Aku tak ingat namanya.
Itu zaman tu belum ada kuasa video viral, hanya depend kat report surat khabar je.
Itupun impaknya kuat sebab yang dituduh tu suami orang, lawyer.

Tak dinafikan bila hati dah sakit, majikan dan pejabat agama pula ada rules tertentu yang kena follow sebelum kes disahkan valid, jalan paling mudah adalah viral.
Dalam kes suami isteri tu aku rasa si isteri tidak ada niat nak menviralkan si suami pun (aku agaklah).
Hanya apabila tak dapat kerjasama yang dia mahukan dari majikan dan pejabat agama maka dia opt for that pilihan iaitu menviralkan.
Ya lah, orang tengah marah, kan. Aku faham.
Cuma tu lah, aku memikirkan impak pada keluarga.

En Wan berbulu je bila ada orang komen "Selalunya yang tak pernah buat jahat masa skolah, yang nerd masa skolah je yang buat macam ni".
Hahaha. Kesian laki aku.
Terasa dia sebab dia pun nerd juga masa skolah.
Jenis yang dari pagi sampai balik skolah butang baju masih kekal terkancing sampai atas. Kahkahkah.

En Wan cakap masa dia kat Jepun, pernah ada sorang awek Jepun (classmate) dia nak goda dia.
Dorang satu kolej ada trip, stay kat hotel.
Malam-malam awek tu ketuk pintu bilik, bila dia bukak terus awek tu terjah masuk.
Takut gila laki aku.

Aku tanya dia "Apa yang abang terfikir masa tu?"

"Abang terfikir JPA tarik scholarship"

Kau nampak tak ke-nerd-an beliau?
Dalam keadaan macam tu boleh terfikir scholarship.
Entah macamana aku boleh tersangkut dengan dia ni dulu.
Nanti aku ingatkan balik.
Tapi sekarang tak pulak nerd aku tengok, lawan tokey lagi ada.