2021-11-16

Selalunya maid yang lari dari rumah ni sebab nak kejar gaji tinggi.


Siapa pernah ada pengalaman maid lari?

Memang banyak dah kes maid problem.
Ada yang sebab tak tahan dengan majikan.
Ada yang sebab hasutan member.
Ada yang memang bangsa pemalas nak kerja.
Datang sini nak buat apa tak tahulah.
Suruh buat ni nggak bisa. Suruh buat tu nggak bisa.
Kalau mentekedarah, memang tak payah disuruh. 24 jam pun, bisa.
Tapi tak semua bibik buat perangai.
Ada kalanya majikan yang macam setan.

Zaman aku ambil bibik dah berlalu.
Sekarang weekly bibik saja, itupun 4 jam.
Bibik pertama alhamdulillah kekal berkerja cukup 2 tahun. Bibik Yani namanya.
Waktu tu dia pertama kali datang berkerja negara orang.
Dia pun takut, aku pun takut. Sama-sama first time.

Aku memang minta kat agen nak bibik yang boleh jaga anak sebab masa tu dah mengandung Redza.
Masa tu agen minta tak mahal sangat macam sekarang.
Dulu RM4K je. Tapi ye lah, 18 tahun dulu, RM4 tu besar juga nilanya.
Nak lagi untung kitorang yang baru nak mulakan hidup.
Memang berpikir-pikir juga nak invest kat bibik.
Duit bukan ada sangat, kalaulah agen tipu, memang menangis.
Alhamdulillah, proses semua lancar. Bibik pun ok.
Tapi tu lah, aku tak sure if bibik-bibik ni memang betul-betul susah ataupun agen dah ajar dorang supaya tak perlu bawa barang banyak nanti majikan sediakan semua.
Sebab bibik aku yang pertama tu datang dengan 2 helai baju je.
Baju dalam sepasang je.
Telekung takde, toiletries takde. Berus gigi pun takde.

Masa tu kitorang pun first time handle bibik.
Menggelabah jugalah nak siapkan semua.
Belikan baju, seluar, pakaian dalam, pad, toiletries.
Dah macam menyambut 2 baby baru.
Persiapan baby pun kena buat, persiapan bibik pun buat 😁.
Oh yes, sebelum bibik datang kitorang siapkan bilik dulu.
Belikan katil queen satu, almari satu.
Memang rabak poket nak menyambut bibik.
Reason belikan katil queen sebab aku tak plan anak tido dengan aku.
Anak memang aku plan untuk tido dengan bibik.
Aku nak tido dengan laki aku aman-aman tanpa gangguan [matila kena kecam "mak apeni?"].

Mula-mula sampai tu dia homesick juga.
Tapi buat kerja tetap buat kerja.
Cuma kesianlah.
Nak suruh buat kerja lebih-lebih pun tak sampai hati sebab kita pun pernah duduk asrama and tahu homesick macamana.
Orang kalau homesick ni motivasi nak berkerja tu slow.
Jadi, aku bagilah dia call family 2 minggu sekali, sementara belum ada gaji.

Oh yes, dulu bibik-bibik ni 3 bulan takde gaji.
Aku tak tahulah apa perjanjian dorang dengan agen.
Dalam masa 3 bulan tu memang kerja free tak pegang duit.
Jadi selama 3 bulan tu aku pejamkan mata je lah bill phone ke Jakarta.
Tapi dia pun tak sembang lama.
Nampaklah seronok sikit dia dapat dengar khabar berita orang kat kampung.
Aku pun seronok bila bibik seronok. Lega aku nak pi kerja.

Dulu aku menyewa apartment.
Kesian kalau bibik terkurung dalam rumah.
Jadi, aku biarkan dia nak turun ke playground bawak Redza. Biarlah dia bergaul.
Ramai bibik-bibik lain kat situ.
Tapi kan, ada beberapa kejadian berlaku.
Bukan antara bibik dengan bibik tapi antara bibik dengan majikan.

Aku tak tahulah apa masalah bibik lain dengan majikan dorang.
Bibik aku ni kadang-kadang bercerita dengan kawan dia aku belikan perfume, belikan baju baru, bawak makan kat luar, bawak pi jalan-jalan.
Mak Aji bagi dia pocket money RM20 pun dia cerita.
Seronoklah agaknya.
Bagi aku, benda tu biasa je kot sebab dah tentulah aku makan kat luar atau pegi berjalan angkut bibik sekali.
Dah memang digajikan untuk jaga anak kot.
Kalau aku keluar dia tinggal rumah, apalah maknanya aku ambil dia berkerja, kan.

Ada majikan yang tak puas hati dengan bibik aku.
Dorang bagitau aku supaya nasihatkan bibik aku tak payah bercerita apa-apa kalau dapat apa-apa dari aku (majikan), sebab bibik dorang dah start demand macam-macam.
Aku macam...apa ke peliknya majikan gini?
Cuba bayangkan, kau run a business.
Staff kau demand beberapa perkara yang company lain provide.
Lojik ke kau sebagai majikan pi jumpa owner that company, mintak nasihatkan staff jangan share apa-apa dengan orang lain anything yang dorang dapat dari company tu?
Akai ada?

Ni jenis manusia yang esok kalau run business, orang lain takleh lebih dari dia.
Kalau lebih, dia sakit hati.
Kerjanya salahkan orang lain tapi taknak perbaiki diri.
Aku macam terpinga-pinga tak tau nak respond apa bila kena tegur gitu.
Dahlah aku tak kenal. Tiba-tiba nak sound aku.
Aku salah apa?
Salah sebab bawak bibik makan luar?
Salah sebab provide semua keperluan bibik tanpa potong gaji?

Patutnya kau slow talk dengan bibik kau.
Kenapa nak marah majikan lain hanya kerana kau tak boleh provide benda yang sama.
Dia punya bengang, sampaikan tak bagi bibik dia keluar rumah dah semata-mata tak kasi berkawan dengan bibik aku.
Tak lama lepas tu bibik tu lari.
Orang pertama yang dia cari of course lah aku.
Nak tanya bibik aku lari ke tak.
Aku cakap ada je ni ha.
Dia ingat bibik aku hasut ajak lari agaknya.
Senyum je lah aku dengan orang macam ni.
Jenis yang dia tak pernah salah.
Apa berlaku pada dia semua nak cari salah orang.

Bibik kedua aku hazab. Bibik Ida namanya.
Malas nak cerita banyak pasal ni sebab sekejap sangat, dalam 6 bulan gitu.
Tapi banyak gak hal dia buat dalam 6 bulan tu.
Yang ini dari malam pertama sampai aku dah nampak karakter tak reti buat kerja.
Terkibai-kibai bila suruh buat itu ini.
Nak kata budak-budak, dah ada 2 anak.
Secara lojiknya, beranak pandai, at least tahulah jaga anak.
Ini tak. Dia dengan Redza sama naik macam budak.
Pagi-pagi bangun bersila dengan Redza depan TV tengok Mr Bean (masa tu Redza 2 tahun lebih).
Tak buat breakfast, tak basuh baju, tak menyapu.
Semua tak.
Dia bangun, buatkan susu untuk Redza lepas tu sama-sama duduk tengok kartun.
Dia pulak yang terbahak-bahak depan TV tu.
Aku dengan En Wan ada lagi kat bilik belum keluar pi kerja.
Kadang tu sambil tengok kartun sambil makan Mamee and main lori Redza.
Aku konfius kejap, aku ni ambik pembantu ke, ambik anak angkat terencat akal?

Otak tak berapa nak center pun ye gak.
Sebab tu dia lari, maybe bodoh sangat.
Senang benar nak percaya cakap member.
Ntah mana la meruyup pompuan tu.
Dah la buat cerita kat kawan-kawan dia aku tak bagi dia makan 6 bulan.
Kalau aku tak bagi kau makan 6 bulan dah lama kau mampos.
Nak menipu pun tak cerdik.
Kalau cakap aku tak bagi makan 6 hari lojik la jugak.

Bibik yang nombor 2 ni paling menaikkan darah aku.
Sebab macam bangang sangat. Semua benda dia tak reti buat.
Aku tak tahu dia beranak sampai 2 kali tu memang kerjanya siang malam gentel pelir laki.
Sebab bodoh nau.
Maybe anak-anak dia mak yang jaga.

Masak tak pandai.
Kalau cedok lauk dalam mangkuk, semua yang dalam peruk tu dia curah dalam mangkuk sampai kuah betul-betul nak melimpah dari mangkuk.
Last-last aku yang masak.
Tu belum lagi dengan mandi nak kena disuruh.
Rambut dia pun aku yang kena ingatkan "Dah shampoo rambut ke belum minggu ni?".
Ya Allah, dah macam ada 2 anak pulak aku.

Rambut berkutu satu hal. Denial pulak tu.
Bila aku cakap "Bik, rambut bibik ni ada telur kutu".
Dia boleh balas "Telurnya ajaaaa."
Habis tu mana datang telur kalau takde kutunya? Dia diam.
Bangsa tak cerdik tapi mulut nak menjawab jugak. Ini yang aku hangin.

Dia punya tak cerdik tu sampaikan bila aku tanya menyapu ke tak rumah ni?
"Sapuuuuu".
Dia ingat aku ni tak reti buat kerja agaknya.
Dia tak tahu aku pakar mengesatkan kaki atas lantai (hasil didikan Mak Aji).
Sekilas aku kesat dah tahu kau sapu rumah ke tak.
Aku tenung coffee table je dah tahu kau lap meja ke tak.
Aku merasa baju kat penyidai dah tahu kau sidai baju pukul berapa.
Jangan nak kelentong aku bab kerja-kerja rumah ni.

Aku saja campakkan tisu bawah rak tv.
2-3 hari tisu tu kat situ tak gerak-gerak.
Ada hati nak tipu aku kata menyapu.
Ada satu hari tu aku selak karpet, hah kau.
Bawah karpet ada plastik Twiesties!
Agaknya dia makan twisties, pastu dah habis malas nak bangun buang, dia selit bawah karpet.
Berapi aku. Sampai jiran sebelah picit bell nak tanya apa terjadi sebab rumah aku bising sangat.
Maunya tak bising kalau semua benda aku campak, lepas tu aku suruh dia kemas.
Saja aku nak tengok macamana dia kemas.
Selama ni aku bagi peluang, kau ingat aku bertolak-ansur sangat lah, ya.
Meh sini aku kasi keluar aku punya hantu, terus tak lama lepas tu dia lari dari rumah.
Tau pun takut kan.
Tapi puas hati lah dia lari sebab satu sen pun gaji dia tak dapat.
Duit gaji memang aku tak bagi cash.
Aku transfer dalam satu akaun khas, kalau nak duit baru aku keluarkan.
Rasanya dia sempat hantar kat mak bapak dia sekali je duit.
Tapi dia lari dengan mencuri tabung Redza. Gasak kau.
Yang penting passport kau aku pegang. Sila hidup sebagai pelarian.  

Bibik ketiga kekal 2 tahun 6 bulan.
Aku dah lupa nama bibik ni.
Ini bibik yang paling Redza sayang sebab bibik ni boleh main bola.
Masa ni Redza dah besar dah boleh main.
Bibik ni lah rajin main bola dengan Redza petang-petang.
Bibik ni jiran kepada bibik pertama aku, di Jakarta.

Bibik keempat adelah bibik yang aku transform jadi tailor, iaitu bibik Jamilah.
Bibik kelima adelah bibik Lenny.
Dua-dua bibik ni pun kekal 2 tahun.
Bibik tailor dengan bibik Lenny serentak berkerja di rumah aku.
Cuma bibik tailor balik awal 9 bulan sebab dia masuk awal.
Lenny habis kontrak 9 bulan selepas bibik tailor balik.

Selepas Lenny ada 2 bibik lagi, iaitu Bibik Cici dan Bibik Dewi.
Bibik Cici ni lari.
Tapi bibik ni aku dah boleh jangka - samada aku pulangkan balik ke agen atau dia yang akan lari.
Bibik Cici ni datang sebulan sebelum Lenny balik.
Sengaja aku ambik dia awal supaya dia boleh tengok macamana Lenny buat kerja.
Lenny pun boleh ajar-ajar dia.
Lenny dah bagitau aku awal-awal dah Cici ni malas.
Tapi aku minta dia ajarlah pelan-pelan, maybe Cici ni tak secekap dia.
Rupanya betul pun. Bukannya tak pandai, tapi pemalas.

Lenny kata kalau sidai baju, dia sidai gitu je.
Takde la dia nak keluarkan poket. Biar je poket bergulung.
Kalau kolar terlipat ke dalam, dia sidai bodoh gitu je tak betulkan kolar.
Kira macam buat kerja asalkan siap.
Macam Lenny, sekali harung dia cuci lantai ke tepi, dia akan tembak dinding sekali untuk buang pasir, lepas tu dia pancutkan sekali air ke pokok-pokok.
Itu cara orang pandai buat kerja.
Kalau orang tak pandai ni, tak terlintas lansung dalam kepala dia nak buat semua tu.
Bagi dia, kalau sidai baju, sidai je.
Dah sidai, masuk dalam. Menung.
Bila disuruh buat ini, baru buat.
Selagi tak disuruh dia tercegat kat situ tak buat apa-apa.

Masalahnya Cici ni lagi tua dari aku.
Takkanlah tak reti buat kerja.
Kalau aku minta basuh bilik air, dia simbah je air. Done.
Bagi dia asal bersimbah air, dahlah. Kira dah basuhlah tu.
Kalau minta mengemop, bergenang air kat lantai.
Dia tak reti nak perah dulu mop tu sebelum lap.
Dahlah guna air je, tak letak sabun apa semua. Padahal dah diajar.

Kadang aku terpikir dia ni pelupa ke, atau bengap?
Rupanya pemalas.
Orang kalau malas, jangankan buat kerja, memikir pun dia malas.
Tapi kalau TV pandai pulak.
Tak payah diajar pun tahu nak petik remote Astro tu.
Aku rasa Cici ni memang jenis ulu punya orang.
Jenis yang rumah memang dah biasa kotor.
Bila kerja di rumah kita, dia nampak semuanya bersih dan kemas sampai tak tahu nak bersihkan apa.
Tu pasal dia tercegat tak reti buat kerja.

Gamaknya fedap hari-hari aku terpekik kat dia, last-last dia lari.
Yang best tu kan, dia lari dengan siap membawa SEMUA barang yang aku bagi.
Pinggan mangkuk yang aku taknak guna, aku masukkan dalam kotak pastu nak buang.
Tapi dia kata nak. Ok aku bagi dia simpan dalam bilik.
Baju-baju aku dah taknak pakai, aku bagi dia sebab dia kata balik esok nak bagi orang kampung. Ok ambik.
Tu belum dengan periuk, kuali, cadar, barang mekap aku, etc.

Hari yang dia hilang, mok tengok barang-barang yang dia simpan dalam bilik semua takde.
Macam pelik jugak, sebab banyak.
Kalau nak lari, bawak diri je.
Takkan sempat nak bawak semua barang.
Lepas tu baru aku terfikir balik.
Selama ni, kalau malam-malam dah tutup lampu, aku selalu terdengar bunyi grill bawah dibuka.
Bila aku ajak En Wan jenguk, dia "Alah, bibik buang sampah agaknya".
Aku syak dia memang dah plan nak mengangkut barang dari rumah ni lama dah.
Mesti dah kaw tim dengan sesiapa malam-malam pass sikit barang-barang.
Dulu area rumah ni belum gated and guarded lagi.

Aku syak rumah aku kena pecah masuk dulu pun dia punya kerja.
Ntah dengan siapa dia kawtim.
Sebab tingkah laku dia macam pelik je masa hari kejadian tu.
Yang buatkan aku syak dia adalah sebab bag Chanel and beg Dior aku hilang.
Lain barang tak hilang.
Even jam-jam En Wan semua intact. Cash box pun tak berusik.
Laptop ada 3 biji atas meja bilik masing-masing, tak berusik.
Tapi 2 biji beg ni hilang.

Bila aku pikir-pikir balik, dia pernah tanya aku harga beg-beg ni.
Aku pulak bercerita yang beg-beg ni boleh dijual balik sebab orang memang suka dua brand ni.
Hah kauu, memang itu yang dia tuju agaknya.
Beg Coach aku masa tu ada 3, helok je dia campak je atas lantai tak berambik.
Agaknya kalau dia tahu Coach tu jual pun laku, pun dia sebat.

Oh lagi satu.
Sebenarnya ada 2 kali kejadian duit En Wan hilang.
En Wan ada simpan duit a few hundreds dalam sling bag dia. Hilang.
Punyalah kitorang tak terfikir yang dia akan ambik duit tu.
Kesian Redza, bertubi-tubi kena soal dek bapak dia.
Bila pikir-pikir balik, selama ni bersilih ganti bibik dalam rumah takde lansung kejadian duit hilang.
Bila bibik Cici dah takde, helok je aman takde kejadian duit hilang lagi.
Nampak sangat, kan?
Ni sepesen dengan ex aku dulu la.
Masa dia dengan aku 3 kali purse aku hilang.
Lepas break, elok je purse aku duduk diam-diam.

Bibik Dewi paling singkat, sebulan je.
Ayah dia panggil balik.
Bibik Dewi ni sebenarnya ada kerja di Jakarta.
Dia kerja bahagian akaun. Pandai cakap omputih.
Dia lari ke Malaysia sebab frust laki dia ada perempuan lain.
Sebulan dia di sini, ayah pujuk balik.
Aku cakap kat En Wan, tak patut pun dia kerja jaga anak kita.
Bagilah dia tempat yang adil untuk dia.
Maka sebulanlah dia kerja sini.

Walaupun kat TV and paper dulu selalu tunjuk bibik lari antara sebabnya adalah didera, aku yakin kebanyakkan kes bibik lari adalah sebab lain.
Kebanyakkannya terpengaruh dengan cakap member "Kat sana gaji lagi mahal".
Tapi yang pelik, tak boleh ke terfikir kat kepala kau, kalaulah betul kat sana gaji mahal, majikan baik, dapat cuti 3 hari seminggu bagai dikata, kejadah apa kawan kau tak kerja "kat sana"?
Apesal dia suggest kat kau pulak?

Contohnya ada sorang bibik ni dia kerja dengan kawan aku.
After 7-8 bulan dia hint kat majikan "Kawan saya kata di sana tu butuh pekerja restoran, gaji RM1000 sebulan".
Tu nak bagitau yang gaji dia sekarang rendahlah.
Kalau kau tak naikkan gaji aku, aku blah.
Lebih kurang macam tu hintnya.

Memanglah gaji kat restoran mahal tapi kerja dia macamana pulak.
Dulu aku always bagitau bibik-bibik aku, kalau rasa-rasa nak cari kerja lain, bagitau aku.
Jangan nak lari bodoh macam tu je.
Aku takde hal nak lepaskan, tapi sebelum aku lepaskan aku nak kau pikir seratus kali.
Kerja kat restoran, butik, salon, memang gaji lebih mahal dari jadi maid.
Maid tahun 2014 dulu around RM800.
Ada yang masih bagi RM600.
Kerja kat kedai boleh dapat RM1000 (pada waktu tu, sekarang rasanya min RM1500).
Tapi kena tengok pula kerjanya macamana?

Kat kedai, ada peluang nak bersantai-santai sambil kerja sambil mengadap sinetron?
Kalau kat rumah, sambil-sambil lipat baju, gosok baju, boleh juga mengadap TV.
Aku pula jenis tak kisah nak tengok tv ke, nak membuta ke, yang aku tau balik rumah semua kerja siap.

Gaji yang kedai bagi kau tu adakah termasuk tempat tinggal, makan dan pengangkutan?
Kalau jadi maid, tido baring free, makan free, pi jalan aku angkut sekali.
Kau punya deodoran, pad, pencuci muka, sabun, shampoo, even kau punya jamu pun aku belikan sikit tak potong gaji.
Agak-agak kalau kerja kat kedai majikan nak layan macam tu? Dia bolayan lagi ada.

Sometimes, maid-maid ni bila dengar gaji RM2K dah meloncat.
Tapi tak selidik dulu adakah 2 ribu tu dapat bersih?

Macam bibik tailor aku dulu.
Gaji dia aku bagi more than RM1500 tapi less than RM2000.
Masa kitorang bincang tentang gaji dia before aku convert dia ke position tailor, dia bagitau gaji dia di Saudi dulu 2500 rupi, equal to RM2500 Malaysia.
Dengan skill dia, aku agree dia layak dapat gaji macam tu.
Tapi aku explain kat dia, gaji RM2500 di Saudi memang lagi banyak dari apa yang aku offer.
Tapi kena ingat, di Saudi, dia menyewa sendiri.
Makan sendiri. Pengakutan ke kedai pun sendiri.
Nak berjalan, nak bercuti semua sendiri.
Di sini, dia duduk rumah aku free, ada bilik sendiri, makan apa yang aku makan, bil letrik air tak payah bayar, nak tengok TV tak kisah, pergi kerja berhantar berjemput.
Segalanya ditanggung.

Kalau aku outstation or tak dapat nak hantar, aku sewakan teksi fetch dia dari rumah ke tempat kerja dan teksi tu akan jemput dia balik dari ofis bila habis waktu kerja.
On top of that aku bagi dia komisyen sekiranya dia hit sales target (walaupun sebenarnya tugas mencari sales adelah aku, dia hanya siapkan tempahan saja).
Tapi takpela, aku bagi komisyen supaya dia semangat nak siapkan tempahan lebih banyak.
Aku pernah tanya sorang tukang jahit kat butik, gaji RM1600.
Tapi makan sendiri, pergi kerja duit minyak naik motor sendiri, sewa rumah sendiri.

Majikan-majikan jangan melenting cepat sangat kalau maid hint-hint nak cari kerja tempat lain.
Kena explain pelan-pelan sebab kita tak boleh anggap pemikiran dorang adalah seperti kita.
Bukan nak kata kita pandai, tapi dorang selalu terlepas pandang benda-benda penting macam ni.
Dorang cuma nampak figure je.
Tapi kalau dorang insist nak berhenti, kita masih boleh kenakan syarat.

Macam aku dulu, aku cakap perjanjian kita adalah 2 tahun.
Kalau nak berenti kerja dari rumah, aku akan belikan tiket and hantar kau balik.
Batalkan permit.
Nama aku nak pass kau kat majikan lain, sorry.
Aku berhabis nak bawak kau datang Malaysia kot.
Jadi, aku akan hantar kau balik Indonesia dulu.
Lepas tu kau nak datang balik Malaysia kerja dengan orang lain itu kau punya pasal.
Melainkan kau nak lari jugak, silalah lari sebagai pelarian sebab passport kau aku pegang.

Bibik pertama aku Yani, pernah datang semula ke Malaysia berkerja dengan restoran.
Dia akui jauh beza dengan jadi maid.
Walaupun gaji lebih besar, tapi majikan sewakan flat serumah duduk 4 orang.
Flat dengan hanya ada tilam, crowded, bersepah. Tapi gaji besarlah.
Hujung minggu boleh bercuti satu hari.
Tapi tak dapatlah kau nak selesa macam dulu.
Kerja pun asik berdiri je. Karang duduk kejap kena sound dek majikan.
Baju raya pun kena beli sendiri.
Kalau dengan aku dulu 2 pasang aku belikan siap dengan tudung warna sepadan.

The scenario samalah macam kita berkerja sekarang.
Selalunya kita nampak figure dulu.
Jarang nak tengok keselesaan yang lain.
Yang dah kerja 10 tahun ke atas selalunya akan consider perkara lain selain gaji.