2021-08-27

Company Profile


Today dah Jumaat. Kejap je masa berlalu.
Esok, genap seminggu arwah Izan meninggal.
Hingga ke hari ni, aku masih rasa macam mimpi.
Kalau nak kata rapat, Izan bukanlah kawan yang benar-benar rapat.
Tak ada perkara yang besar kitorang buat bersama, sekadar bersembang and gurau-gurau.
Tapi maybe dia di antara yang aku selesa berkawan, bila dia meninggal, sangat terkesan.

Tak ramai orang yang aku kenal melalui blog yang jadi rapat sehingga aku boleh anggap sebagai kawan.
Izan salah satu blog reader yang meninggalkan aku sebagai kawan.

Hari tu masa aku buat post kat IG pasal founder Ijad Bakes yang dah fly ke Brisbane untuk jadi Chef di hotel sana.
Masa birthday aku, Ijad hantaq delivery Starbucks.

Maka, ramailah juga yang bertanya kisah aku dengan Ijad ni - apa yang kitorang usahakan bersama-sama.

Ijad also blog reader, yang dah jadi macam kawan.
Tapi dia way younger, maybe boleh dianggap adik.
Kitorang takde buat apa-apa bisnes together.
Tapi Ijad ada masa aku membina Fleur by Mrs Him.

Back in year 2011, aku mula jual shawl kat blog selepas bertudung.
Tak pernah plan pun nak jual shawl, let alone bercita-cita nak buat bisnes pakaian.
Tahun 2011, aku dah ada biotech business.
Agak sibuk dah waktu tu, outstation setiap bulan.

Tahun 2010 aku mula bertudung.
Susah nak cari shawl yang aku suka dan selesa, selain dari Ariani.
Maka aku start beli shawl dari China.
Kebetulan some principal untuk barang-barang biotech aku adalah dari China.
Memandangkan aku selalu berurusan barang-barang biotek dengan manager di sana, kadang-kadang discussion tu meleret-leret ke kisah baju-baju.
Biasa la orang perempuan kalau discussion, mesti ada tersangkut ke kisah lain.
Manager tu pun perempuan juga. Memang sedang elok lah.

Selalunya, kitorang berurusan melalui skype.
Bila aku dah bertudung, dia perasan shawl aku bersilih-ganti.
Dia kata tak tau pulak scarf (shawl) boleh dipakai kat kepala, sebab kat sana dililit kat tengkuk.
From there aku start mintak dia tengok-tengokkan shawl yang cantik.
Melalui dia lah aku bawak masuk shawl-shawl yang aku jual di blog.
Dulu pernah ada reader tanya kat mana nak beli shawl dari China, aku jawab "Sorry, tak tahu".
Memang aku tak tahu sebab shawl yang aku bawa masuk sebagai Fleur by Mrs Him semuanya dari principal biotech aku di sana.

After a couple of years menjual di blog, Ijad yang suggest aku buat website.
Aku memang tak terfikir nak buat website segala sebab masa ni aku masih lagi anggap bisnes pakaian ni hanya suka-suka sebab aku tak buat mass production pun.
Aku cuma beli in bulk dan jual semula.
Tapi Ijad tawarkan diri nak buatkan website.
Memandangkan aku memang tak reti nak buat benda ni semua, jadi aku serahkan semua pada Ijad.
Dia yang design wesbite, and dia yang jaga semua termasuklah inventory.

Ijad buatkan ini for FREE 🥰. Baikkan?
Walaupun begitu, tak ramai yang beli dari website.
Orang lebih suka beli dari blog.
Lagipun kat blog aku ada letak online form. Maybe lebih mudah begitu.
Boleh jadi inilah sebabnya kenapa aku malas buat website pada awalnya.
Aku sukakan sesuatu yang praktikal.
Yang beli produk aku ni semuanya blog readers, jadi buat apa nak buat website.
Cukup tepekkan produk aku di blog, kemudian letakkan online form untuk dorang order. Settle.
Tapi this website really helps sebab orang boleh nampak sekali harung product range yang aku jual.
Aku sendiri pun senang nak monitor inventory.

Bila Ijad semakin terer, dia ubah website jadi macam ni.
Lebih tersusun dan kemas.
Masa ni aku dah start buat mass production and design sendiri shawl and baju/jubah.
Dah start guna model and profesional photographer.
Dah mula buat FB advert.
Sesuailah ada website time ni so that pembeli yang tak baca blog boleh nampak koleksi aku di sini.

Kenapa Fleur Closet, bukan Fleur by Mrs Him?

Dulu kebanyakkan produk dibeli dari kilang, bukan produce sendiri.
Contohnya macam candy jeans and cardigan.
Aku tak buang label.
Segan pulak nak pakai tag brand sendiri padahal bukan produce sendiri.
That's why kat website aku letak nama Fleur Closet.
Bila dah start produce sendiri barulah aku start guna nama Fleur by Mrs Him.
Buat masa sekarang, kita diamkan kejap brand ni.
Selagi Covid tak settle, selagi itulah aku akan terus peram kejap design-design yang dah ready.

Dulu, semua pembelian baju-baju aku urus sendiri.
Sendiri promote, sendiri pilih stok, sendiri arrange cargo collecttion kat Sepang tu, sendiri jual, sendiri bungkus.
Terkangkang-kangkang menyiapkan kerja.
Aku pun dah lupa macamana aku bahagikan masa antara kerja hakiki di ofis dengan buat Fleur.
Yang aku ingat, lembik pantat aku bersila atas simen membungkus baju and shawl.
Setiap kali aku naikkan stok baru kat blog, the response sangat overwhelming sampai tangan terketar-ketar tulis consignment note sebab takut Pos Laju sampai awal.
Waktu ni semua tulis tangan lagi, belum pakai mesin consigment.
Kalau dengan GreenAard masih lagi nak tulis tangan, terus resign agaknya staff-staff aku.

Itulah kisah 'projek' aku dengan Ijad.
Takde bisnes bersama pun.
Kitorang cuma saling sokong-menyokong and bantu mana yang mampu.
Ijad banyak help aku menyusun kerja-kerja Fleur by Mrs Him supaya aku tak serabut.

Macam aku tulis tadi tentang kenapa aku tak buat website adalah kerana aku sukakan sesuatu yang praktikal.
Kalau benda tu tak praktikal untuk aku, aku takkan buat walaupun orang lain buat.
Ada satu benda lagi yang aku tak berapa suka buat, iaitu Company Profile.

Kiri, Company Profile yang lama beralamat ofis lama.
Kanan, Company Profile terkini.

Dulu, aku cukup malas buat company profile.
Aku tak nampak apa keperluannya.
Aku lebih suka buat presentation untuk kenalkan company aku sebab rakyat Malaysia ni mostly tak suka membaca.
Kau rasa ada orang nak baca Company Profile tebal-tebal?
Kalau aku present kat depan dalam bentuk slides, lagi senang faham.
Sebab tu dulu company profile aku macam hidup segan mati tak mahu.
Buat pun pakai Words. Bind pakai stapler 😆.

Masa aku propose Halal Kit aku Brunei Embassy 2 tahun lepas, barulah aku update company profile.
Dah ada staff grafik kan, dia yang buatkan.
Barulah nampak ada rupa sikit.
But still, mana-mana tempat aku pergi aku akan kenalkan company dengan cara bercerita.
Penyudahnya aku tengok sorang-sorang tak selak pun company profile tu, hanya dengar je aku bercakap.
Kan senang kalau mintak aku je bercakap takyah aku print company profile berkeping-keping.
That's why aku tak berapa suka follow benda yang bagi aku tak praktikal walaupun ramai orang buat.
However, eloklah ada Company Profile dalam simpanan.
Bukan apa, untuk kita track performance company.

Contohnya macam ni ha.

Ini Business Plan yang aku tulis dalam company profile tahun yang lama.
Rupanya aku pernah plan nak jadikan company aku BioNexus status (point ke-4).
BioNexus ni special status untuk biotechnology companies.
Mana-mana company yang ada value-added biotechnology and/or life sciences activities boleh apply untuk dapatkan status BioNexus ni.
Bolehlah lepas tu dapat grant untuk buat research.
Takpelah, biar aku guna duit company je lah buat research and produce product.

Maka dengan itu, penting untuk ada Company Profile supaya kita boleh track performance kita dan follow the business plan.
Sesiapa yang berbisnes walaupun bisnes home baking, buatlah Company Profile.