2021-07-14

Hoarding

Hari ni tak terasa nak masak.
Aku plan lepas buat kerja opis sikit, aku nak duduk bertenang-tenang start menulis sikit-sikit untuk final project aku.
Around 10am cadangnya turun bawah cuma nak ambik susu je.
Biasalah kan, orang perempuan bila dah masuk dapur ada je la benda yang dia perati.

Aku susun pinggan mangkuk dulu, lap-lap kaunter, bukak periuk nasi nampak nasi aku masak malam tadi tak berusik.
Ingatkan Redza turun makan nasi, rupanya dia perangat pizza je.
Nasi tak bersentuh pun.
Lalu, aku pun kaut-kaut, buat nasi goreng.

Masa bukak freezer nak ambil ikan bilis (aku simpan kat freezer), nampak isi ayam.
Terfikir, buatlah sikit bubur ayam ala-ala bubur McD untuk Rayyan.
Terus rebus ayam.

Sementara ayam nak direbus, aku bukak fridge nak ambil halia, terpandangkan cendawan beli last week masih dalam plastik lagi tak berusik.
Keluarkan. Terus potong-potong.
Tengah-tengah potong aku cakap ah baik masak terus lunch.
Terus keluarkan ikan and udang.
Pukul 12pm settle masak sambal udang, ikan goreng, sup cendawan, nasi goreng and bubur ayam.

Dah siap-siap kilatkan dapur bagai, aku bukak kabinet nak cari span basuh pinggan mangkuk yang baru sebab span lama aku baru buang tadi.
Tarik je drawer, BAMMM!
Bersepai jatuh tipuware and penutup tipuware dari bawah drawer.

Drawer yang aku maksudkan ni storage shelf dalam kitchen kabinet.
Dia macam ada space sikit bawah drawer tu.
Shelf ni aku jarang buka sebab itu tempat simpan benda-benda stok like span, zip-lock plastik, sabun, lilin, etc.
Rupanya mok pi sorok (read: sumbat) segala tok nenek tipuware dan penutup tipuware kat celah bawah drawer tu.
The thing is, tipuware tu semua takde penutupnya, and penutup yang ada pula takde pasangannya.

Siapa kat sini perangai macam ni?
Jenis yang sayang nak buat barang padahal dah tahu barang tu macam takleh guna pun but "just in case"..?

Bila bersepai-sepai tipuware ni jatuh, terus aku capai plastik hitam, kaut semua humban ke dalam.
Dah alang-alang plastik tu besar, apa lagiiiii, semua drawer aku bukak, apa yang aku tak berkenan semua sadaqallahulazim.
Bekas lilin, table runner, table mat, segala tok nenek tuppwerware free dapat kat Giant, botol air Rayyan masa skolah tadika, botol susu Rayyan pun ada lagi dalam tu masalahnya!
Semua aku kaut kasi clear.

Bukak lagi satu drawer, hat ni lagi best.
Aku jumpa satu woven bag besar yang berikat.
The woven bag tu berat, tapi macam dah kuning-kuning.
Buruk dalam simpanan orang kata.
Aku pelik apa benda yang berat ni.
Bukak-bukak, hah kau.
Satu beg tu penuh dengan sudu garfu yang aku beli kat Langkawi selama ni.

Sepanjang Redza kat Langkawi, aku asiklah membeli sudu garfu.
Berasa macam tak cukup-cukup sudu garfu aku ni.
Rupanya setiap kali balik, mok simpan semua sudu-sudu tu dalam satu bag.
Agaknya dek kerana terlampau menyimpan sampai dia pun lupa mana dia letak.

Terasa macam jumpa harta karun tadi.
Now terasa macam melambak-lambak pulak sudu garfu aku dalam rumah ni, dah macam nak buat bisnes catering.
Dah satu hal pulak mana aku nak susun sudu garfu ni semua.
Tak tahulah nak sedih ke, nak gembira ke, nak marah ke.
Tapi yang pasti rasa puas sebab aku sempat buat plastik hitam tadi sebelum mok balik dari HUKM.
Sempat buang satu blender sekali.

Blender tu dah rosak.
Kalau pi baiki boleh lagi tu rasanya, tapi dah lama dah pun.
Aku dah beli baru dah.
Rupanya blender lama tu mok simpan.
Simpan buat apa aku tak tahulah.
Tapi dah selamat blender tu dibuang juga.

Yang bestnya, masa mok sampai rumah tadi, aku tengah panjat kerusi kemas-kemaskan kabinet.
Boleh mok aku tu berjalan ke dapur nak check aku buat apa. Hahaha.
Gigihkan beliau? Sanggup dia sakit-sakit tu berjalan ke dapur semata-mata nak check aku buang apa.
Selamatttt dia tak nampak apa yang aku dah humban kat tong.

Ni tadi masa susun-susun barang aku dah perati kabinet dapur belah atas.
Macam ada banyak benda aku boleh buang ni.
Plan malam karang bila mok dah tidur aku nak buat kerahan tenaga sikit.
Buang dulu apa yang ada siap-siap, nanti esok bibik datang tinggal lap-lap je dalam kabinet tu.

Rumah ni memang rumah aku, tapi tahu je lah kan, bila ada orang tua dalam rumah ni, otomatik kau tak boleh buat sesuka hati.
Dalam kes aku - dapur.
Dapurlah benda yang aku paling tak boleh buat sesuka hati selain dari memasak.
Masa mok masih boleh begerak, aku hanya prepare benda nak masak and memasak saja.
Membasuh pinggan mangkuk kuali periuk and mengelap-ngelap dapur lepas memasak aku tak boleh buat.
Mok tak kasik sebab dia nak buat.
Agaknya dia rimas tengok aku kalau membasuh tuang Glo sebanyak-banyak ada.
Pastu kalau lap dapur guna Cif tu aku spray sebanyak-banyak ada.
Kalau spray glass cleaner atas kaunter pun sehendak-hendak hati aku spray.
Jadi dia tak kasi aku buat semua tu.
Aku hanya memasak.
Lepas memasak, nyah kau keluar dari dapur tu konsepnya.

Sebab itulah banyak 'kejadian' berlaku kat dapur aku tak tahu.
Tau-tau je penuh barang (read: sampah).
Kadang-kadang malam sebelum tidur aku turun bawah, check balik pinggang mangkuk yang mok basuh.
Mana-mana yang masih berminyak, aku basuh balik.
Sometimes, pan yang dah berguna pun mok simpan gitu je dalam drawer sebab dia tak nampak pan tu berminyak, belum berbasuh.
Ada la hikmahnya mok sakit ni, banyak benda aku dapat clearkan dalam rumah ni.
Inipun aku tak puas lagi ni, kalau ikut hati sekarang jugak aku overhaul rumah tapi tak boleh sebab mok ada kat bawah.
Karang dia "Toksah buang tu, mok ok bagi Kak Long", "Toksah buang tu, mok nak bawak balik Tganu", "Toksah buang tu, mok nak beri bibik".
Masalahnya, barang tu kat situ jugak bertahun-tahun tak gerak pun.
Ini kali, kita kasi licin.

Aku tak tahu nak kategorikan itu sebagai hoarding disorder ke tak.
Macam tak, sebab selalunya hoarding sinonim dengan tempat tinggal yang cramp - dalam sink, atas kaunter, atas katil, hall, porch.
Tapi kalau ikut pemerhatian aku, mok macam ada sikit-sikit la.

Penyakit sayang nak buang barang ni semua orang pun ada sebenarnya, contohnya suka simpan paper bag, simpan botol perfume kosong, etc.
Kalau itu saja yang disimpan, maybe kita boleh kategorikan sebagai hobi.
Tapi kalau dah sampai segala benda nak disimpan for the sake of "just in case"...itu bukan hobi, tu namanya penyakit.

Kalau nak tahu samada ada tak penyakit ni, yang pertama sekali - sayang nak buang barang padahal dah tahu barang tu kau tak pasti bila nak guna pun tapi at the same time korang yakin barang tu akan diperlukan suatu masa nanti.

Yang kedua, barang tu ada emotional significance, walaupun dah pecah.
Contohnya, sikat yang dah patah dua.
Ok fine, bahagian yang ada comb tu masih boleh dipakai.
Tapi, yang pemegang tu kau nak buat apa simpan?
But untuk seorang hoarders, pemegang tu dia tetap simpan, tapi dia tak buat apa-apa pun.
Kalau nak glue semula pada comb tu lainlah cerita kan, ni tak.
Dia simpan je sampai ke sudah.

Yang ketiga, memang tak suka buang apa-apa.
Contoh, surat khabar lama.
Dah menambun punya tinggi, tapi tak buat apa-apa.
Nak kata digunakan pun tak, dijual semula ke recycle centre pun tak.
Dia just nak simpan sebab tak nak buang.

Aku takde tiga-tiga point ni.
Sejenis kuat membuang barang sebab tak suka semak.
Baju dalam lemari pun kalau dah 6 bulan tak bersentuh, aku bagi orang.
Lojiklah la kan, kalau dah sampai 6 bulan baju tu kat dalam tu tak berpakai, asal keluar pakai baju yang sama je, maknanya aku taknak la baju tu.
Better bagi orang.

Tak memasal je turun ke dapur pukul 10am nak ambik susu konon, penyudahnya pukul 1pm baru aku naik atas semula.
Hilangkan nak start menulis final project, aku merempan dalam blog pulak.
Dah, aku nak mandi, pastu tidur.
Perlu tenangkan fikiran baru boleh menulis.