2021-01-19
Sejarah
“Green Apple”
Tahun 2006 aku start blogging.
Waktu tu aku pakai nama Green Apple.
That’s why masih ada yang panggil aku Kak Green Apple sekarang.
Dulu orang tak panggil aku Kak Di. Orang panggil aku Green Apple.
Sekitar tahun 2010 aku tutup ruangan komen di blog sebab always tak reply komen-komen yang masuk (kalau dah sampai 100 komen sehari, jenuh nak mereply dik oiii).
Bila ruangan komen ditutup maka orang tak nampak dah nama aku GREEN APPLE.
Readers start panggil aku Kak Di because kat blog sometimes ada dialog antara aku and En Wan.
En Wan panggil aku “Di”.
Dia sorang je panggil aku Di, kawan-kawan aku panggil aku Diana.
So bila kerap share dialog En Wan di blog, people start calling me Di or Kak Di juga.
That’s why kat luar, kalau sesiapa tegur aku “Kak Di!”, otomatik aku tahu itu blog reader 😄.
So kepada yang bertanya, itulah sejarah nama Green Apple.
Memang dah tinggal sejarah dah pun, dah tak guna dah nama tu.
Tahun 2006, aku berkerja makan gaji.
Schedule tak sepadat now. Hari-hari boleh update blog.
Kadang-kadang tu sehari 2 blog post.
Waktu tu semua benda aku cerita.
Goreng tempe tak garing pun boleh jadi content 😆.
“Ada orang baca ke cerita awak ni? Tulis hari-hari dapat apa ntah”.
Itu ayat feveret En Wan, dulu.
Tapi aku ni jenis kau cakaplah apa pun, bukan aku pinjam laptop kau pun.
Kalau benda tu aku suka buat, aku akan teruskan buat.
Waktu tu aku tak harap apa-apa dari blogging.
Lagipun dulu, blogging tak bagi apa-apa benefit dari segi material.
It’s just like personal diary je.
Selepas muncul trend paid review, barulah mencanak-canak orang ber-blogging.
Tahun 2008, aku resign kerana nak run bisnes biotech sendiri.
Dari tahun 2003-2014 (11 tahun) berkecimpung dalam market biotech, ramai orang dan banyak pengalaman and ilmu aku dapat.
Like I said dalam post semalam, bila kau berada dalam circle yang betul, indirectly kau akan ter-motivated.
Benda yang kau tak pernah plan pun kau boleh buat.
2 orang dalam gambar ni, Dr A1 sorang lecturer, yang lagi satu Dr A2 seorang cosmetic surgeon.
Dr A2 tu adalah orang Malaysia yang berkerja di UK.
Pakar bab membesorkan tetek, besorkan bontot, sedut lemak, tegangkan kulit muka, etc.
Sekarang dia dah ada di Malaysia dan jadi ahli lembaga pengarah salah satu kolej swasta.
Aku banyak bincang dengan dia perihal weight loss dari sudut pandang seorang cosmetic surgeon.
Walaupun dia doktor pakar, very humble.
In fact, dia pulak yang asyik tanya aku pasal herbs and biotech.
So we both discuss perihal kajian herbs untuk weight loss.
Cut story short, kitorang came out with formula untuk produce weight loss pill.
Awal-awal dulu, pil ni diproduce di UK ya sebab Dr ni ada di sana untuk uruskan.
Waktu ni namanya bukan GC PLUS, nama lain.
Masa aku launch pil ni, aku pakai sistem email je.
Customer order pun dari blog.
Belum ada lagi website atau order melalui whatsapp.
Kiranya semua yang order adalah 100% pembaca blog.
Tetapi respond di luar jangkaan.
Aku tak expect respond sangat banyak macam tu sebab ikut lojik, ini ubat kot, bukannya food.
Macam tak masuk akal bila orang berpusu-pusu membeli ubat 🤔.
First launching, around 2000 terjual.
Sangat memeranjatkan aku sebenarnya sebab sebotol harganya RM90.
Masa ni aku dah start takut.
Takut stok tak sampai.
Takut stok tak sempat produce.
Tapi yang paling takut sekali adalah kepercayaan yang diletakkan pada aku, tinggi.
Bila orang sanggup keluarkan duit RM90 sebotol, kat situlah ketakutan yang sebenar.
Memandangkan production waktu tu di UK, the disadvantage adalah logistik.
Aku ada pengalaman clearkan shipment barang-barang biotech from kargo KLIA, jadi aku tahu kalau carton tu besar dan banyak, chances nak kena tahan dengan kastam memang tinggi.
Stok-stok biotech aku always kena tahan sebab sekali masuk memang bercarton-carton.
Bila kena tahan, maknanya kena tax.
Bab tax tu takpe, yang aku risau berapa lama nanti kena tahan kat kargo.
Jadi, aku instruct Dr A2 poskan sikit-sikit - 100 botol, 170 botol, 200 botol macam tu.
Biar package tu small and variety, tak nampak macam bawak masuk stok sekaligus banyak.
Masalahnya, masa aku launch pil tu, order untuk first batch adalah around 2000 bottles.
Kau imagine nak tunggu shipment sampai berapa lama kalau setiap kali pos tak sampai 300 botol?
Mujur juga yang beli ni semua adalah blog reader.
Dorang 'kenal' and trust aku, jadi dorang sanggup tunggu.
Cuma aku tak sedap hati la gini. Takkan selamanya nak macam ni.
Dengan sorang lagi kawan (Dr A2), kitorang berdua out source local factory yang boleh manufacture.
Tak susah, sebab everything dah ada, tinggal nak produce je ni.
At the same time, stok yang dari UK aku teruskan sebab tak nak putus supply because order keep coming in.
Perlu diingatkan waktu ni aku masih ada kerja hakiki, iaitu biotech supplies and DNA detection (halal).
Aku lupa macamana aku juggle time untuk buatkan semua ni, yang aku tahu urusan aku banyak dibantu oleh Dr A2.
Kalau aku buat sorang memang tersungkur la, mana nak kejar kerja hakiki, mana nak arrange new business.
Masa ni En Wan masih di Hitachi, aku tak libatkan dia bab ni.
In fact dia tak tahu menahu pun selama hampir 2 tahun aku dah start dengan RnD GC Plus.
Dalam masa sebulan, GC PLUS (seperti botol sekarang) berjaya dimass-produced locally.
Dari luar nampak macam everything quite smooth, tapi aku kat dalam ni tonggang-terbalik nak settlekan semua.
Dengan KKM application, dengan lab test, dengan design, etc.
Logo GreenAard dan label botol pertama GC Plus di-design oleh blog reader (aku bayar, bukan free).
Masa ni segalanya kena outsource.
Malam-malam lepas makan, bersila bungkus GC Plus.
Dapat bungkus 200 botol sehari dah besar rahmat. Letih oi.
Melekat pantat aku kat lantai. Kadang membungkus sambil menguap-nguap.
Tersalah packing pun ada, tersalah masukkan alamat pun ada.
GC PLUS yang dah di-pack aku kumpulkan dalam bakul, park depan pintu so that esok Pos Laju collect kat rumah sementara aku pi keje (bibik ada kat rumah).
Siang sambung kerja jumpa customer biotech sana sini, dalam kereta mereply order GC PLUS kat email.
Balik kerja sambung sibuk print consignment note Pos Laju pulak.
Malam sambung packing. Lembik rasa.
Mujurlah masa ni aku dah ada pengalaman sikit menguruskan bisnes.
Akaun Pos Laju dah ada, ofis dah ada, ordering system dah ada (tumpang sistem XZIZ Biotech), dah tahu cara nak clearance stok, dah tahu cara nak arrange inventory - kiranya kuranglah sikit keserabutan tu. Tapi serabut juga.
Bermula dengan 2000 customer, now our database dah mencecah 22,000.
Tahun ni masuk tahun ke-6 GreenAard, tahun ke-13 XZIZ Biotech, dan tahun ke-2 aku dengan Mega Jati Academy.
Dulu, aku berangan nak pencen awal.
Maybe dulu persekitaran di tempat kerja tak best that's why terasa nak pencen awal.
Bila dah buat kerja yang kita suka, tak terasa sedang bekerja pun.
Tak bekerja, tak payahlah pencen, kan. Hahaha.